Pencanting tegar

Showing posts with label sindir manja. Show all posts
Showing posts with label sindir manja. Show all posts

2/18/16

Ganja oh ganjaa


"Pakcik, saya nak Ganja sekilo. Ikat tepi ok"


What a shocking news!
Tadi lepas penat buat aiskrim nak buat jual petang ni aku skrol la fb. Jumpa pula artikel bernas nenas finas ni.

"Benarkan rakyat hisap ganja bagi kurangkan tekanan kos sara hidup tinggi" Syed Rosli



Haa, kau!

Menitik air mata akak dik baca.

Malas hurai panjang panjang korang bacalah sendiri. Jangan malas nokk.

Kenapa Malaysia haramkan ganja?

Ok, mari kita kaji efek ganja dan marijuana yang abe Syed Rosli kabor ni.

Penggunaan ganja dan marijuana atau seangkatan darinya sebenarnya asal asal nya bersifat perubatan. Sebagai ubat penenang bagi mereka yang ada anxiety ke panic attack camtu.


Namun, dengan beri lesen special untuk orang hisap ganja tu ALONEEE sangatlah berbahaya. Sebab apa? Sebab akan ada unsur ABUSE di situ. Sorryla nok akak cakap rojak ok.

Macam saya katakan tadi, asal  penggunaan barang terlarang ini adalah bagi tujuan perubatan. Akak ulang bagi yang lembab. PERUBATAN.

Bila dikatakan untuk perubatan, maksudnya penggunaan ini akan dikhaskan hanya bagi segelintir orang berdasarkan pengesahan doktor. Maksudnya, bukan semua orang hanya yang betul betul perluuu sahaja yang boleh guna.

Jika ganja ini menjadi sah di Malaysia atau dapat lesen dah tak salah di sisi undang-undang, maksudnya akan ramai lah yang 'tak sesuai' guna ganja tu.
Lepas tu, ada ke pasukan dan teknologi khas memantau penggunaan ganja tu?

Contoh kalau aku pergi beli ganja pastu bila aku pakai ganja tu ada cip dalam ganja tu so pasukan khas akan track aku macam cctv nak tengok dah bapa banyak ganja aku guna.

Pasti akan ada unsur ABUSE. Sekarang tengah haram ganja pun orang boleh pakai dadah ganja sampai memudaratkan diri dan masyarakat apatah lagi kalau dah tak haram nanti.



Ganja ni buat orang EXTRA relax nanti.

Relax tak pergi kerja.
Relax tak jaga anak.
Relax tak solat.
Relax tak memimpin. Relax dari segala- galanya.


RELAX sangat akan melumpuhkan sistem kemasyarakatan nanti!

Orang kata, main point is abuse.

Betul tu, bangang tu satu kelemahan normal.
Malaysia sendiri dah abuse satu sifat bangang.
Dibiarkan sangat akan berjangkit- jangkit bangang tu.

Lagipun, benda dah memang terang- terang tak elok kan.

Anyway, saya hanya menyatakan pendapat. Malaysia kan free speech country. Nak dengar dengar, tak nak sudah.

p/s: rujuk post i yang dulu.

2/14/16

Mentaliti atau MentaHiti?



Aku rasa aku seorang yang pelik. Sebab, di kala masa sekolah orang bercita- cita tinggi aku cita- cita sekadar nak jadi jururawat je. Itupun sebab mak aku jururawat. Aku pun suka nak rawat, bagi inspirasi pada orang.

Bila meningkat dewasa, masa kolej semua keputusan semua baik je aku masih macam tak punya cita- cita yang tinggi. Siap dah tukar cita- cita.
Nak tahu aku nak jadi apa?

Surirumah.

Aku mengimpikan kehidupan aku sebagai seorang surirumah sepenuh masa yang banyak masa aku berpoye dengan keluarga aku. Mungkin sebab aku dibesarkan dalam keluarga yang kedua ibu bapa aku bekerja. No. Bukan sebab aku rasa kurang kasih sayang ke hape but well we all do have feelings kan? Jadi aku buat keputusan untuk jadi surirumah. Angan- angan aku adalah aku pandai masak macam- macam, tanam banyak pokok pastu boleh ajar anak anak mengaji siapkan suami pergi holiday dengan keluarga pendek kata tipikal surirumah lah. Impian aku just nak ada keluarga bahagia sampai Jannah. Cukup.

Aku pernah suarakan impian aku ni pada seorang ( atau beberapa orang gak kot ) rakan aku. Dorang gelakkan aku. 

"Buang masalah kau belajar bertahun tahun kalau setakat nak mereput kat rumah!"

"Kau ni ORTODOKS la"

"Nama je orang KL tapi macam orang kampung ulu banat mana impian kau ni"

Dan macam macam lagi ejekan dengan nada bagaya atau bergurau dalam bahasa Banjar.


Apa salahnya nak jadi surirumah? Bagus apa kan? Lagipun bagi aku surirumah ni lah antara pelopor industri PENDIDIKAN AWAL Ummah. Sebabnya guru hanya ada beberapa jam sahaja di sekolah. Surirumah lah yang ada 24 hours beb.

Kesian kan? Yang kerja hebat- hebat tu mampu ke nak buat kerja surirumah cenggini?


Ha tengok ni. TENGOK LA BACAAAA SAMPAI HADAM BELAJO TINGGI2 KANN

Setiap orang ada kapasiti dan kebolehan tersendiri. So what kalau impian aku nak jadi surirumah. Malah ada pensyarah aku mengejek impian aku. Ada kawan - kawan yang konon hebat kerjanya pun begitu. SO?? Aku tak pernah persoalkan pun kenapa korang bangang pemalas nak masak bontot besar tempayan atau gaji je besar tapi otak tak besar- besar. Kannnnnnnn

Sekarang ni dah berapa ramai surirumah jadi Jutawan. Best kot. Kau duduk rumah kerja dari rumah je dah jadi jutawan. Yang kerja opis tinggi tinggi nun acane eh? mwahahahah *gelak jahat


Apa pun bukan niat aku nak hina ke kutuk sapa- sapa tapi adalah siit-sikit bagi mereka yang otak sempit.

Setiap pekerjaan ada nilai murninya. Tukang sapu ke pekebun ke doktor ke setiap pekerjaan, yakni kita semua sebenarnya memerlukan antara satu sama lain.

Kalau semua jadi injineur dan doktor siapa nak jadi tukang sapu? Dahla korang pemalas hisap rokok buang rata- rata anak tak reti nak ajar buang sampah dalam tong ludah rata- rata lepas tu dah minum air ketuungggg campak je atas jalan sungai penuh pampers bangang abadi punya perangai.

Tukang sapuuu juga kena bersihkan hasil dari 'akhlak tinggi' korang tu. So, jangan kita menghina pekerjaan orang lain. Hanya sebab orang tu tak hidup senang, tak kaya macam kita dia tu buat kerja yang jijik. 

Dia cuma miskin tapi dia tak jahat,

Kita ni. Kerja bagus bagus duit banyak, barangkali kita lebih seribukali lagi 'kotor'.

Back to the topic. (kuat meroyan sebab lama tak blogging).
Berbanggalah siapa yang menjadi surirumah tu. Didiklah anak- anak menjadi umat Islam yang berjihad untuk aagama bangsa dan negara. Tanamkan jiwa patriotisme dan akhlak mulia supaya tak jadi bangang macam ketua ketua leni.

Ok dah penat, Tido.

Psstt: 
Kuih Tiram ni wey sedappppp.
Ada Coklat, Original, Kacangggg


2/10/16

Penyokong Tegar Maksiat.



Assalamualaikum.

Teknologi semakin rancak membangun dan manusia juga semakin rancak dengan ilmunya.
Tapi, sayang. Semua itu menjauhkan kita dari kedudukan asal sifat manusia kita.
Kita semakin kehilangan sesuatu iaitu AKHLAK.


Pelbagai cara kini orang nak cari duit. Buat blog, pastu bing  dekat Facebook guna headline kebaboom.
Beritanya bukan apa sangat, tapi ayattttttt MasyaAllah boleh jatuh fitnah. Berita buruk dulu- dulu dibangkitkan semula dengan sedikit penambah perasa AJINOMOTO pastu visit ke blog kebusshhh berjuta like page kau.Nampaknya rasa tanggung dosa sebar aib tu dah terpadam bila tengok duit kaat nuffnange berkoyan koyan.


Syabas kepada Pyromania Art yang memberikan gambaran viisual kepada permasalahan ini. Klik kat link nama dia tu nanti korang leh cekiout sendiri.

Media.

Media ni asalnya menyebarkan informasi tapi sekarang dah macam jilake. Dia punya pusing cerita sampai orang yang baca pun pening. Yang salah di katanya betul, yang betul di katanya salah.


Contohnya sekarang, dekat TV akan censored kan adegan cium seks dan sebagainya. TAPIIIIIII, kau tayang cerita jantan betina duduk satu rumah takde hubungan BERDUAAA aje boleh pulakkkkk. Lepas tu sekarang banyak sangat trenddd cerita NOVEL BANGANG kawen dengan lelaki yg pernah rogol dia tp sekarang dah insaf takpun kawen tapi dulu salah seorang pernah buat maksiat.

Macam sekarang ni dah macam takde benda dah seks sebelum nikah ni. Kau terlanjur takpe kau taubat nanti kau kawen suami kau kaya sado dan pemaaf tapi memula dia jual mahal tapi sebenarnya dia sayang kau. Murah sangat ke harga sebuah maruah tu??

Cth: 
Setia Hujung Nyawa


Ombak Rindu

Even so lah keadaan realitinya memanglah maksiat melata macam wujudnya orang bangang sekarang tapi perlu ke kau sensasikan realiti hodoh tu??

Aku tak faham pengarah-pengarah drama sekarang. Otak dah tak kreatif ke?
Ambil satu novel pastu kau buat drama.

Ceritanya orang kawen muda pastu ade pompuan gedik skirt pendek tak cukup kain menggeletis nak jantan yg dah kahwin tu. Pastu jantan tu mestilah kaya dan sado dan hensem. GET REAL PEOPLE! 

Lelaki zaman sekarang memangg ramai SADO dan HENSEM tapi ramai lagi yang TAK SADO dan TAK HENSEM malah lebih ramai lagi majoriti peminjam PTPTN yang gagal membayar hutangg. Lepas tu sekarang parents semua nak kawen mahal mahal nak buat macam ala Kate Middleton tapi duduk rumah teres setingkat yang murah tu. 

Dilema pasangan muda yang nak berkahwin tapi ibu bapa tuntut macam2 baru boleh kahwin.
Hutang PTPTN tak habis bayar walau dah 6 anak.
Kos hidup semakin meninggi.
Dilema sistem pendidikan
Dilema permainan politik negara
Masalah patriostism yang semakin pudar
Kepincangan pemimpin dalam mengutamakan agama dalam pentadbiran

Semua atas tu korang boleh buat satu drama atau filem yang menarik.


Terima kasih bagi pihak yang terlibat dalam pembikinan OLA BOLA kerana inilah cerita yang kita perlukan sekarang!


Kesimpulannya, jangan kecoh kenapa banyak maksiat , rasuah sekarang. Sedangkan kau hari- hari pasang TV buka majalah bagi anak baca novel penuh dengan unsur maksiat.

Di hujung usia dunia ni, ikatlah diri masing- masing dengan taqwa. Minta Allah lindung kita.
Orang jadi 'lawak' sekarang ni sebab jauh dengan Allah, moga Allah ampuni kita dan semua saudara kita yang terjauh daripada Dia. Aameen

p/s: lama tak blogging so sekarang lepas gian. :)


2/19/15

Duitkah tuhan kau?

Duit.

Siapa tak suka duit? Siapa kata dia tak perlukan duit tu memang tipu dem demm.
Lagi- lagi pada zaman Sekarang, semua benda perlu duit. Dan betapa pentingnya duit sampai ada yanng sanggup melakukan hampir apa saja.

Sebenarnya kenapa kita perlu duit? Kita perlu duit untuk sediakan keperluan bagi diri dan keluarga. Nak survive katanya. Tapi jika perlu duit untuk beli Iphone 6 itu bukan perlu duit namanya, itu kebulur duit.

Manusia kini lupa tujuan duit tu. Duit itu letaknya di tangan, dapat duit dan kita beri pada mereka unntuk cipta lebih banyak kebahagiaan. Bukan mencipta dendam!

Masalah kini manusia meletakkan duit di hati. Lupa yang beri rezeki itu Allah yang Maha Kuasa. Lupa sihat tubuh, bahagia keluarga, iman Islam itu juga nikmat rezeki. Kita banyaknya mentafsirkan duit = rezeki.


Kebergantungan terhadap duit; gaji bulanan, bisnes MLM, insurans semakin berleluasa. Semua orang mahu dapat duit banyak. Tapi lupakah kita untuk apa semua duit itu? Apakah nniat asal untuk punya duit? Apakah yang perlu dijaga sebelum duit?

Ramai yang menggadaikan silaturahim kerana duit. Memperjudikan kesihatan diri dan keluarga demi duit. Memajakkan cinta pada Ilahi semata kerana duit.

Kau kurang ajar pada manusia lain, pada mereka yang berjasa pada kau semata mereka tidak punya Wang yang banyak. Kau ingat kau Selamat? Kau kurang ajar pada ibu bapa atas Masalah kecil dan konon nanti kau xkan bagi duit.

Duitkah tuhan kau?

Yang memberi izin kau boleh bayar bulan2 bil insurans makan pakai itu semua Allah.

Duitkah tuhan kau?

Yang memberi kau kesihatan percuma dan keluarga bahagia serta oksigen bertalu tanpa caj itu Allah.

Duitkah tuhan kau?



Kau jangan lupa budak, kau hingusan lagi. Dah berapa ramai berkecil hati dengan kau.

Duitkah tuhan kau?

2/18/15

Budak sekarang takde adab.

Aku rasalah kan, tak tahulah kan tapi bagi aku so far, bebudak sezaman aku akhlak mereka masih terjaga tau. Hormat orang tua, hormat orang lebih tua, dan bersifat 'penyegan'. Laa ni aku tengok bebudak Sekarang selambaaaa je

Contoh;

Kau dtg rumah orang. Pastu kau main baring je atas sofa sambil tengok tv. Dan kau seorang perempuan. Memang tuan rumah akan kata " duduklah buat macam rumah sendiri" tapi kau agak2lah kan mana kesopanan tatasusila seorang gadis?


Kau datang rumah orang, bermalam di sana dan esoknya kau bangun tengah hari. Kau ingat hotel?


Sebab kau macam bagus, kau tak hormat akak abg kau yg selama ni duk tolong kau ke sana ke mari invest macam2. Pastu, atas 'setia' konon kau buang je akak abang kau. Lupa jasa orang. Pastu buat bodo cam xdebenda.


Boyfriend aku cakap aku ni Memang cerewet. Macam mak2. Ini tak boleh, itu tak boleh. Aku mengaku aku Memang ortodox. Kena bangun pagi tak boleh berjalan2 dalam rumah selagi x dpt kebenaran tuan rumah n etc etc. Memang aku ni cam gaya orang tua, aku x kisah. Tapi pada aku inilah adab sopan yang kita bangsa Melayu warisi. Bangsa kita dah lupa tatasusila kita. Dan aku x kisah org cakap apa aku bertekad kalau aku ada anak, aku akan jadikan anak aku ortodoks jugak macam aku.


Biar ortodox, jangan biadab.

1/27/15

buffoon

Pepagi lagi dah spoil. Puii

Pernah korang jumpa orang yg best to hang out with pandai et al tapi bangang akhlak? Pernah? Pernah?

Kadang- Kadang a simple explanation with the right tone should be okay rather than raising your voice. Especially when it comes to someone older and the presence of outsider. If you really do not respect the elder, just have a litlle respect to your ownself.

Because you're reallu putting yourself low by being such a buffany buffoon.

Then baru nak explain bagai? The core of the matter is really not merely the reason, it's the attitude during the situation.

You know, if you are being such a bitch, the one that lingers is the dog.



I think you owe an apology. Sincerely. Only if you know what is sincere does mean to you.

3/11/12

A simple story

Boy : Saya bosan lah macam ni.

Girl : Bosan?

Bosan: Yelah, kita duduk jauh- jauh, asing- asing. Jumpa pun tak leh buat apa. Boleh tengok aja. Banyak kena jaga.

Girl : Saya pun bosan juga. Hurmm

Boy: Awak..

Girl : Ye?

Boy: Jom kita nikah? Nanti boleh bercinta dengan gembira. Dah halal. Allah pun suka kan?

Girl : *smiled


“Barangsiapa menikah, maka ia telah melengkapi separuh dari agamanya. Dan hendaklah ia bertaqwa kepada Allah dalam memelihara yang separuhnya lagi”. (Hadist Riwayat Thabrani dan Hakim)


“Dan kawinkanlah orang-orang yang sendirian di antara kamu dan orang-orang yang layak (berkawin) dari hamba-hamba sahayamu yang laki-laki dan perempuan. Jika mereka miskin Allah akan memampukan mereka dengan karunia-Nya. Dan Allah Maha Luas (pemberian-Nya) lagi Maha Mengetahui”.
(An-Nur : 32)



“Shalat 2 rakaat yang diamalkan orang yang sudah berkeluarga lebih baik, daripada 70 rakaat yang diamalkan oleh jejaka (atau perawan)” (HR. Ibnu Ady dalam kitab Al Kamil dari Abu Hurairah)


“Tiga golongan yang berhak ditolong oleh Allah : 


1. Orang yang berjihad / berperang di jalan Allah. 
2. Budak yang menebus dirinya dari tuannya. 
3. Pemuda / i yang menikah karena mau menjauhkan dirinya dari yang haram” (HR. Tirmidzi, Ibnu Hibban dan Hakim)






Jadi, mengapa takut bernikah awal? Bukankah nikah itu lebih baik ?

Apabila kita berusaha melakukan sesuatu hanya kerana ingin mendapatkan keredhaan Allah, nescaya Allah mudahkan urusannya. 
Bagi siapa yang bernikah, Allah menggandakan rezeki bagi pasangan tersebut.

Yakinlah dengan janji Allah!
Jangan takut dengan stigma manusia!

Kita pasti akan hadapi pelbagai rintangan pada awalnya, tapi yakinlah bahawasanya Allah ada plan yang jauh lebih cool untuk kita!

1/8/12

Bajet betteii

Assalamualaikum.

Hye, selamat hari Ahad.

Rata- rata kita pasti kenal atau mungkin kenal pada UAI atau Ustaz Azhar Idrus dan Ustaz KAzim Elias. Sangat popular di Youtube dan ceramahnya pasti InsyaAllah ramai orang akan datang.

Well, aku tak nak cakap pasal depa sangat just Alhamdulillah ada juga ustaz yang mampu menarik golongan muda untuk lebih dekat kepada Islam.

Anyway, korang pernah jumpa dnegan orang yang bajet? Bajet dye je betul?

Heh, macam mana nak cakap eh.. manusia ni tak sempurnakan. Tiada yang sempurna melainkan Allah SWT.

Terlalu ramai yang bijak pandai sekarang. Penulisan nak matang aje. Pemikiran konon2 out of the box la katanya. Cakap dengan orang jangan duduk dalam kepompong.
Dan akhirnya, mereka sendiri yang terperangkap dalam arus pemikiran mereka sendiri.
Too Western-oriented I guess.

Sampai agama pun nak dipertikaikan.
Sampai agama pun nak diolah melalui ideologi sendiri.
Semua benda dia nak kritik.
Semua benda dia nak sarkatikkan.

The world needs more positive people dude.

"If you aren't able to think good of others, at least don't think bad of them"- Aiman Azlan


 "Para Sahabat terlalu sibuk dengan kekurangan diri mereka sampaikan mereka tidak nampak kekurangan dalam diri orang lain."


Well, aku rasa aku pun patut berubah juga. Cubalah. Cubalah.

9/4/11

dear haters and anon~

Selamat Hari Raya ;D


6/7/11

Gadoh & Aku Tak Bodoh

Salam buat kali kedua pada hari ini semua.

Gadoh sememangnya sebuah filem yang cukup sarkastik dan penuh dengan mesej- mesej tersirat.Tak heranlah kalau ianya tak lepas ke panggung. Hehe. Hekceli, tak guna aku ulas segala cerita filem Gadoh tu, takut2 aku kena tuduh si keji pulak. Hehe. Cerita Gadoh itu banyak membuka minda manusia yang selalu rasa dia saja yang bagus, rasa hebat, rasa high standard, rasa terbaik walhal tak sedar diri sangat bodoh, rendah, hina bila kau berjalan mendabik dada.

Filem yang penuh dengan mesej sosial, pentadbiran, pendidikan, kepolitikan
Aku suka. :)

Filem Aku Tak Bodoh aku tonton ketika dalam perjalanan ke Pahang tempoh hari. Ya, ceritanya mudah. Cerita tentang remaja / anak- anak yang sering dipinggirkan buah fikiran mereka. Disuruh turut saja kata ibu bapa. Kata anak- anak ditolak ke tepi, ibu bapa sibuk bekerja.. Suka main serkap jarang saja. Sememangnya inilah realiti dunia kini. Jangan heranlah ramai budak rosak akhlak fikirannya. Semuanya keranadi rumah lagi tidak dididik dengan baik. 

Aku seorang blogger. Aku Ok. :)

Sesekali kita perlu mendengar pendapat orang lain, membuka hati untuk maslah orang lain disandarkan kepada kita. Jangan terlalu pentingkan diri sendiri.


Aku bukanlah peminat besra KPop ke hape ke. Kalau kau bukak aku layan je. Tapi bila aku tahu yang ada kPop Malaysia? Aku just boleh cakap... apakah neraka? ( baca: what the hell?)

Hey, Aku Tak Bodoh lah untuk tahu yang tarian tu semua dicilok dari group Korea cam 2PM *( ini je band korea yg aku tahu )... Bila aku tengok gambar2 diorang dok posing ala2 Korea.. buat aku rasa macam...

" Aku rasa macam nak Gadoh dengan orang" ( tangan meraup muka, muka menoleh ke kiri- tunduk )






Aku suggest popularkanlah budaya Melayu kita.. macam Tarian Zapin ke..Tarian Mak Inang ke.. korang bagilah nafas baru. Bagi ada sikit bunyi techno ke.. hape ke.. takkan itu pun aku nak ajau? Sia- sialah kau pergi amik bidang seni muzik kat kolej macam tuuu.

Aku pernah tengok lagu Zapin dorang masukkan bunyi techno and tarian nye ada unsur zapin campur sikit dengan Hop. Ferr~~ Cool habes lah!

Cukup2lah meniru orang, orang tunjuk peha kau pun nak tunjuk peha. Semua orang pun ada peha apa kau nak bangga sangat dengan batang balak peha kau tu? Haih!

Ketandusan idea dalam meraih kepopularitian sendiri. =.='

5/17/11

Seni yang dilupa

Hari ini aku meneroka setiap susuk pameran di Balai Seni Lukis. Sudah dua tahun aku duduk berdekatan dengannya tapi baru hari ini aku berpeluang untuk menjejak kaki di sini.
Indah- indah seninya, tak tercapai dek akal.
Ada yang seninya terus, ada juga yang halus.
Ada yang kasar, ada yang perlu jana minda.

Apa pun, aku suka.

Aku meneliti setiap hujung ke hujung hasil seni setiap artis. Aku kagum.
Aku tak punya ini kelebihan, aku cuma mampu senyum sekali sekala. Heh, mereka sarkastik di dalam seni mereka.
Kadang seni itu menakutkan. Ya, andai ada yang salah menafsir.. takut haluan hidupnya simpang pula.
Bagi aku, setiap hasil itu adalah seni. Dan setiap seni tiada yang huduh.
Bagi aku seni adalah sesuatu yang abstrak, subjektif di mana lain manusia lain penilaiannya.

Di antara karya- karya visual yang dipamerkan ada diselit beberapa baris puisi dari sasterawan terkenal seperti Usman Awang dan A. Samad Said. Bahasa yang mudah, tapi penuh dengan cerita.

Mereka yang sayang seni adalah mereka yang menghargai budaya dan juga sejarah.
Mereka yang suka seni adalah mereka yang kagum dengan kejadian indah alam ciptaanNya.
Mereka yang berseni adalah mereka yang setiap saat memikir jalan baik untuk dunia.
Sedang belajar itu jua seni.
Bagaiman strategi untuk mengulangkaji, buat latihan, menyelsaikan masalah..semua itu seni.
Terpulang pada manusia dengan seni mereka masing- masing.
Namun... masih yang tak punya mata untuk melihat. Hanya untuk memandang.
Masih tak punya telinga untuk mendengar. Hanya untuk hiasan.
Masih tak punya akal untuk faham. Hanya untuk berfungsi.
Masih tak punya hati untuk menilai. Hanya untuk naluri sendiri.

Sedang sejarah itu seni, mengajar pemuda pemudi
Tentang indahnya dunia hasil korban darah nenek moyang
Indahnya bebas selepas jiwa mereka yang dulu dipenjara ketat
Seronoknya melangkah ketika dulu orang lama kaki tangan terikat

Bangunan lama berkulat mercu sejarah bangsa bebas merdeka
Menjentik kembali memori sejarah pahlawan bangsa yang benar pertahan negara

Sejarah itu cerita lampau yang benar
Persetan pahit atau manisnya
Ia masih sejarah

Manakan lagi jadi sejarah andai ia diubah mengikut rasa
Bagi mereka yang tiada seni di dalam jiwanya
Bagi mereka yang mengurung kebebasan berseni di dalam dirinya
Bagi mereka yang terkurung dengan arus hedonisme yang meracun bagai virus
Dipenjara cerita prono, diikat dengan maksiat, dicampak ke alam 'gembira tanpa kiamat'

Kembalikan jiwa senimu
Sedang Islam itu sangatlah halus dan berseni
Ya, halus seninya

4/18/11

Hentikan virus menjilat bontot.

Assalamualaikum semua yang membaca

Hari ini, aku baru saja selesai meletakkan noktah kepada exam Ortopedik dan Surgeri aku. Daammsyik betullah. Aku ada salah jawap lagi. Persetan itu semua. Aku mahu maju kepada Rehab Com dan Neuropsikologi yang bakal mencederakan sel- sel neuron aku.

Ya, BN menang lagi di Sarawak. Di akhbar Kosmo! gua nampak bini dia cium sayang sama dia. Aku tertanya2 kalau dia kalah adakah bini dia akan cium? Haha, abaikan imaginasi keji aku. Jangan tanya aku kenapa aku baca Kosmo!. Aku tak terhingin pun nak baca tabloid mahupun mainstream news umpana Utusan Malaysia itu. Fakers. Oh2, aku juga bukan di pihak pembangkang. Laporan mereka dua kali lima saja. Bak kata Sarkasis, jilat bontot yang butthurt. Daammmsyiokk aku tak mencarut ok.

Aku dah lama tak tahu perkembangan dunia. Terperap dalam bilik study untuk exam cukup menyeksakan.
Tahu2 itu kalah ini menang. Down. Pelbagai korupsi yang berjaya ditutup. Mata rakyat dibutakan dengan wang pangkat segala.

Jangan skeptikal dahulu wahai manusia yang bersifat merkuri.
Think.
Aku sedang mencari, tiadakah medium neutral yang tidak memberatkan mana2 pihak?
Or should I say, mana keadilan?
Parti yang bernama keadilan tak semestinya adil. Parti yang bernama barisan tak semestinya berbaris. Rebellious mungkin?

Aku cukup meluat dengan mereka yang begitu obses dengan parti2 politik ni. Asalkan pergi ke masjid, dengar ceramah agama, ikut tabligh orang pembangkang?
Asal duit banyak, bercuti selalu, pangkat tinggi dan berlagak itu orang kerajaan?
Pandangan tipikal bagi mereka yang skeptikal.

Bukan menyuruh kau semua jadi lalang duduk di atas pagar. Tapi, aku mahu kamu semua buka mata yang belum buta. Buka telinga yang bisa mendengar. Buka hati yang belum mati. Guna akal yang masih berfungsi.
Setiap parti punya rasional dan sucks nya tersendiri.
Hentikan virus menjilat bontot.

p/s:  Entri serius buat kamu berfikir. Akal masih belum mati. Aku sayang Malaysia.

4/10/11

Dunia Blogger huru hara kah?

Assalamualaikum

Aku bukanlah blogger yang popular dan dikenali sangat dalam dunia blogger ni. Kadang2 aku banyak gak tak tahu apa dah jadi kat dalam dunia blog. Setelah beberapa lama aku menyepi dek kerana praktikal dan sekarang aku akan menghadapi final exam yang ke-4 di universiti tercintan aku ni, aku banyak membaca blog- blog ( BW) orang lain. Tapi, malang sekali aku tidak meninggalkan jejak. Ahah, takpelah.. aku tak kisah sangat pasal trafik ni.

Aku lihat, banyak jenis blogger ni. Dan sekarang, bagi aku lah..isu terhangat adalah apabila blogger2 mengutuk atau dalam bahasa baiknya adalah mengkritik blogger2 lain. Tak perlu kot aku bagi link siapa aku pasti majoriti blogger tahu siapa mereka yang sarcasm ini. Ini aku senaraikan pendapat aku:\



1. Aku pembaca tegar blog sarkastik tersebut dan harus aku akui.. apa yang mereka sarkakan adalah kebenaran yang kita, manusia seringkali cuba tutup dengan kain chiffon bagi nampak cantik. Dalam 75% isi kandungan blog tersebut aku setuju dan selebihnya aku tak setuju dan malas ambil port.
Yang benar memang pahit, kan?

2. Juga aku akui, memang cara mereka terlalu kasar mungkin lebih2 lagi majoriti mereka Melayu Islam dan orang yang mereka kutuk itu jua Melayu Islam. Cara mereka kasar, menyentap tanpa belas kasihan. Jika ingin menegur, gunalah cara berhemah..tegur direct je derr.. tak payah guna blog berkias semua. Kan ada yang dah sentap buat entry post emo. Hehe

3. Setiap manusia itu berbeza. Maka setiap blogger itu berbeza. Ada yang suka pura2 comel padahal kat realiti amikkk kau ganaih gila rimau pun kecut pancreas tengok beliau. Biasalah tu, ada yang jujur... ada yang hipokrit demi meraih trafik. we have to accept the differences lah. Aku pun banyak je blog2 yang aku memang tak suka. Lagi2 blog ' perasan comel' tepek muke muncung itik beriban dekat blog mahupun FB. Tapi, aku boleh buat apa? Kutuk? Kritik? Tak akan ada bezanya. Sebab selagi blogger tu tak mahu sedar diri semakin tua dan perlu matang tak guna kau kutuk2 beliau.

Samalah aplikasinya dengan kambing. Kau kata kambing busuk tak mandi.. kutuk gila2. Macam la kambing tu peduli kan? kan? So, apa yang korang boleh buat??
>>> Berdoa lah agar mereka diberikan petunjuk supaya bijik mata korang tak sakit bila tengok muka muncung itik mata boolat dalam " Pencarian Awek Tudung Muka Kiut Badan Mantap" Hahaha.



Tak guna kau kutuk2 kritik2 sebab sebenarnya kau menaikkan trafik diorang jugak.

" Bapak lah blogger Cik Kain Batik ni! Bajet baik gila cun semua ahhhh?? Perasan baguihh je! Aku memang benci bloogger macam ni!"

Lalu orang pun cari siapa Cik Kain Batik ni? Haa...tak pasal2 trafik aku naik sebab ada orang kutuk aku kan? Duit nuff aku pun naik beriban. Bolehlah nanti aku nak cash out beli Laptop baru. Hohoho.

So, buat pengkritik... tegur dengan cara berhemah.
Buat yang dikritik, cuba reflect balik betul salah mereka yang kritik anda tu. Jangan terus sentap je tak memasal. Lagi kau sentap, lagi best orang nak kutuk kau. Tak payah raih simpati sebab kadang2 aku pun meluat dengan entry tacink lepas dikritik.
Kalau kritikan itu munasabah..ambillah iktibar.. kalau tiba2 macam takda kena mngena.. pekakkan telinga butakan mata tak payah baca lagi blog deme.
OK?

Hidup ini penuh warna. Berbagai ragam manusia. Ragam itu menjadikan ia berwarna warni. Kalau semua nak sama macam kau.. Kau kawan dengan diri kau sorang sajalah.  Accept differences. Tegur dengan baik.

Aku suka blogging sebab aku boleh curahkan pendapat aku kat sini. Sekian.

4/4/11

Kenapa mesti Cik Kain Batik?

Assalamulaikum

Acapkali aku ditujukan dengan persoalan ini iaitu; " Kenapa mesti Kain Batik?"

Hehe... Di sini, biarlah aku menjelaskan dengan lebih detail tentang maksud di sebalik CKB ini.



Kain Batik: material kapas yang merupakan warisan turun temurun masyarakat Melayu khususnya wanita. Kain batik punya banyak corak yang biasanya bercorakkan alam semulajadi yakni bunga bungaan dan daun daun.

Itu, adalah maksud secara literal.

Metaforanya; kain batik merupakan warisan wanita Melayu turun temurun. Kain batik itu sendiri melambangkan sifat Melayu yang sukakan alam semulajadi melalui corak floranya, feminin dan kesopanan bahasa serta budaya masyarakat Melayu. Kain batik boleh digayakan sebagai kain biasa yakni diikat di pinggang, ataupun dijadikan selendang ( wanita Melayu dulu2 ). Pemakaian kain batik yang diletak di atas kepala seperti selendang menggambarkan keayuan serta sifat malu yang ada pada seorang wanita.



Wanita Melayu dahulu umpamanya Mahsuri digambarkan melalui penceritaan dongeng yakni sebagai seorang wanita Melayu yang sopan, cantik parasnya, ayu lembut tuturnya, senyum manis bicaranya, sopan gayanya namun tegas dalam pendiriannya. Digambarkan sebagai seorang yang setia, jujur dan bersungguh- sungguh dalam kerjanya baik di rumah mahupun di bendang. Itulah gambaran wanita Melayu bersama kain batik yang kita boleh imaginasikan sekarang.

Kini, apa yg dapat kita lihat sekarang pada wanita Melayu? *uhukz

Tak juga kata aku ini wanita Melayu terakhir gila sopan tahap dewi- dewi remaja. No no noooo
Tapi aku ingin sekali mngembalikan warisan dan tipikal wanita Melayu dahulu yang terkenal dengan kesopanan serta kelembutan bahasa ( bukan kebodohan ) cumanya diberi sedikit nafas baru dengan cita-cita yang tinggi, ketegasan serta pengaplikasian agama yang utuh di jiwa. Cukup ingin sekali. Ya, aku masih tak berjaya sebenarnya.

Ada kawan lelaki aku kata, biasalah lah kalau lelaki pakai kain pelikat.. nama macho..kelelakian. ( Ya, aku setuju..aku rasa lelaki yang pakai kain pelikat dengan baju Melayu nampak sangat cool lagi2 kalau ada songkok atau kopiah dan hanya pakai selipar jepun berjalan lenggang pulang dari masjid atau surau setelah selesai solat berjemaah ). Tetapi, perempuan tak boleh pakai kain batik keluar rumah sebab nampak sangat seksi. 


Lebih seksi daripada yang pakai hot pants, spaghetti dang skirt koyak2 nampak seluar kecil tiga segi di dalam tu. Katanya, bagi lelaki.. perempuan yang pakai kain batik dan berbaju T-shirt biasa itu sebenarnya nampak lebih seksi kerana cara pemakaian kain batik itu lebih menunjukkan sifat2 kewanitaan pada diri seorang wanita. Oh2, tidaklah aku suruh kome semua pergi Pavillion nanti pakai kain batik dengan spaghetti nanti..tidakk.

Cuma aku ingin kita warisi sifat wanita Melayu yang sinonim dengan kain batik ini dahulu. Bukan seksi itu fokusnya, sopan lembut itu utamanya. 

^^

3/26/11

Tok... saya ada hajat nih!

3 orang pemuda yak ni Ali, Abu dan Ahmad datang menemui Tok Waduk yang dikatakan punya banyak ilmu yang mampu melunaskan segala hajat manusia yang tak pernahnya nak puas ni.

Ali: Assalamualaikum Tok, kami datang ni ada hajat.


Tok W: Waalaikumsalan wbt, ha..ape ke jahat * eh typo pulak. hajat kamu tuh? Ni adele ni kalau tak pedajal orang mesti nak puaskan nafsu tuh.


Ali: Eh, memandai jaa Tok nii.. kami bertiga ni ada hajat baik ni..untuk kepentingan sejagat jugakk


Tok W: ha..habaq mai meh


Ali: Erm.. tok.. cemane eh saya nak berjaya? Berjaya dalam hidup saya? Tok boleh tak terus bagi saya dapat jawatan manager kat syarikat tin beskot hujung kampung tuh?


Tok W: Hamboii..banyak benor soalan hang sorang ja. Kojer senang je tuh.. Ko nak berjaya eh? Ko naiklah tangga kejayaan. Ala2 tangga Batu Kep tu. Da sampai nanti kiranye ko berjaya le tuhh


Ali: * what thaaaaa


Ahmad n Abu: ekekekeke


Abu: Ha..saya pulak tok...cemane nak jadi kaye ni tok? Boring la kais pagi makan pagi je


Tok W: Siapa suruh kau kais pagi makan pagi jeee..kais lah petang sekali bolehlah makan petang nanti.. Ala, sonang aje tuuu.. Ko pergilah bank..buatlah loan ke.. kuarkan duit..Bank kan banyak duit. Nanti dapat lah duit


Abu: Takat gitu tak payohle saya datang jumpa tok.. adik saya 3 tahun tu pun tahu jawab! * grrrr


Ahmad dan Ali: huahuahuahua


Ahmad: Ha..tok...cemane ni tok.. Saya ni dah gatai nak menikahh. Duit dah ado. Ni cemane saya nak cari isteri yang cun melecun tok? Hari tu saya ter reject Lisa Surihani lah..Adoi..


Tok W: Sonang aje tuh..Ekau nak cantik luar ke dalam? Cantik luar ko cari le pompuan yang pandai mekap tepek bedok sekilo dengan bulu mata palsu sepanjang 2 marhalah. 


Ahmad: Ha? ngape pulokk


Ali n Abu: Yele.. pompuan kalau mekap baru cantik..ala cam artis2 n minah2 shawl tuu.. da mekap baru cun gilass..tanpa mekap? Hanchooooomm


Tok W: ekekeke, udah2. Tok nak balik umah ni, malam ni malam Jumaat.


Ali, Abu n Ahmad: Tapi, kami x dapat pun apa yang kami hajatkan nihhhh


Tok W: ko pikior le. Otak Allah bagi suruh berpikir.. Demi masa pemudaa.. gunalah otak itu untuk berpikiorr..jangan buang masa dan matikan akal. Anak muda yang suka matikan akal umpama robot terhebat keluaran Jepun. Mampu bergerak, tiada impian. Bai

Mereka pun pulang dengan hampa. Tak paham apa yang Tok Waduk nak sampaikan. Ha, korang paham tak apa yang Tok tu nak sampaikan? Ce citer.. ce citerr

3/8/11

Di luar gula2, di dalam ulat sampah.

Assalamualaikum dan selamat petang.

Dunia memang klise. Pengarah muvi semua klise. Cerita drama yang klise. Ah, pendek kata semua rakyat sudah dipengaruhi dengan itu perkara. Klise.

Sudah, sudah. Jika debat ingin kau wujudkan dengan aku, silakan saja packing barang kau dan pulang ke kampung kau sekarang. Jika perang saraf ingin kau mulakan dengan aku, matikan saja ide itu kerana aku malas membazir neuron sama orang macam kau. Menutup sampah dengan kain sutera. Akan busuk juga si sutera itu. Kan?

Jika kau ingin debatkan yang bengkok itu lurus, yang petak itu bulat, yang keras itu kapas, yang hitam itu putih,
 lupakan saja niat kau itu. Aku tak mahu membazir air liur dan adrenaline untuk berdebat dnegan orang seperti kau. Kau yang klise.

Selama ini kaki yang dipijak itu kau boleh biarkan, tiba- tiba bahumu dilanggar terus kau memaki serata. Mengapa? Bimbang gusar takhta bertukar tangan? Takut kecut salahmu diberitahu semua? Hanya kerana satu event tahunan, kau melatah salah semua. Klise.

Hah, tak perlu pandang sinis sampai senget kepala. Tak perlu muncung mulut juling mata. Haha, aku peduli apa!
*ketawa*

Maaf sudah aku pohonkan diselit bersama aku punya ketegasan. Maaf, aku bukan jenis pak turut menurut kata si Pak Pandir. Pendirian ini teguh dan hatiku rasa ia benar. Hanya ditepuk bahu sudah marah segala. Belum lagi ludahan tu! Haktuih!

Hey, jangan sangka kau sudah juara. Jangan sangka mereka bersama kau sahabat semua. Jangan2 antara mereka itu yang menikam dalam. Hahaha.

Aku jujur dalam bahasa. Kau? Sekadar kata ikut rasa.

- nampak kan bezanya? Booooo ~~

3/6/11

Aku tak kejar trafik macam setengah orang.

Assalamualaikum

ehem2, aku memang jarang atau boleh kata tak poernah kejar lampu trafik sebab aku tak pandai bawak kereta. Aku hanya akan tengok saja lampu trafik itu. Eh2, salah salah!
Maksud aku, ermm biasalah kan setiap blogger pasti akan pacak NUFF kat dalam blog mereka macam aku ni ha. Ada dua tempat ni kau pilih je mana2 kau nak kelik.

Apa? Tak nak klik? Suka hati kau lah. Hahaha.
Well, aku bukan jenis kejar trafik pun. Buktinya? Trafik aku memang tak kan setinggi Yuyu Zulaikha apalagi Ben Ashaari. Trafik Hutan Kabut definitely lebih tinggi dari aku. Sebab itulah aku tak kan letak entry pasal Nuff aku. Itu rahsia gembira aku saja. Ahahaha.

Aku jarang update. Aku LAGI gila jarang BW. Kalau rajin aku BW ah. Sebab tu tak ramai orang kenal Cik Kian Batik. Kain Batik mungkin mereka kenal boleh didapati di pasar malam ataupun pasar Siti Khadijah. Tapi, Cik Kain Batik? Ada di Ampang.

Aku pacak Nuff ni pun sebab kawan aku dulu2 suruh pacak. Aku pun letak je. Nak kelik sila, tak nak kelik biarkan saja. Tak best lah paksa2 orang ni kan kan kan?
Lagi satu aku kurang gemar adalah spesis yang " I follow you, please follow me backk". =.="

Aku agak alergik ngan statement macam tu. Bukannya apa, aku biasa akan follow kalau aku sukalahh. Kalau aku tak suka buat apa aku follow kan kan kan?
Pastu pastu pastu, aku lagi gila tak gemar dengan ada pop out windows yang ada tulis " Selamat datang! Sila klik Nuff saya dan follow yep"

Hak ellaaaaa... main paksa2 pulakk. Malas gua nak layan. Pashtuh tie na tulish tomei tomei matam nie taww. Ish, aiii cukup ta cukeww. Urgh. GrOw upPp!! aKu tAK suKeWW gaK yaNg jEniS tUliS maCam NiE!.
Ehem, bukan apa.. susah aku nak baca. Aku rasa macam budak tadika kena mngeja balik apa yang korang tulis tu dan fikir wadahek kah itu.

Takperlah, setiap blogger punya beza warna. Aku tak kisah lah.Tapi jangan paksa aku follow dan kelik2 Nuff anda. Aku klik je, tapi kalau ada unsur paksaan tu..aku kelik 'X' je.

Ahaha..ok dah. aku bz ni. Sorry untuk pemenang Contest Jejariku Kreatif. Aku akan post hadiah korang minggu depan. Promise! CKB banyak kerja lah tak sempat nak post. Ok?
Bye

gambar masa dinner kolej yang tak cukup makan.
Saja letak tetibe rasa macam nak letak.
Tak boleh ke?


Masa 1st year di Puri Pujangga.

2/25/11

Rahmat putus cinta : 2

Assalamualaikum wbt.

Ada orang bertanya, apa rahmat putus cinta ?
Kalau sekalipun cinta kita itu ikhlas?
Sekalipun kita benar jujur dalam menuturkan cinta ?
Sekalipun kita tulus? Tapi?
Akhirnya masih lagi putus cinta? Masihhh lagi orang tak berlaku jujur pada kamu?
Demm demm demm. Jahat gila dorang tu tipu kau yang jujur ni.


" Hak ela CKB! Lu tak tahu, lu tak pernah kena tipu, lu tak pernah rasa lu boleh lah cakap kencang! Bajet lah lu! Lu tak tau apa gua rasa selama ni! Gua demm punya ikhlas! "

Erk, sabar dulu bro sis. Dalam entri Rahmat putus cinta yang lepas, ada dinyatakan. Namun, mungkin ada yang kurang faham. Lek lu derr lek lu . Oh oh, mana kau tahu aku tak punya pengalaman? Sudah aku nyatakan rasanya, segala yang tercatit semuanya dicedok serba serbi dari pengalaman aku dan sesiapa di sekeliling aku. Tak tahu maka sila senyap. Terima kasih.

Cinta saya ikhlas 

Ok. Kau jujur. Kau ikhlas. Kau tulus. Ciskek! Dia yang jahat! Dia yang tipu kau kan? Demm demm demm.
Baiklah, mari kita imbas kembali. Atas dasar apa kamu tangkap cinta sama dia?

1. Dia sangat cun/ hemsem
2. Cuma kerana dia. Dia yang menyempurnakan hidupku.
3. Kerana nafsu. Grrr
4. Aku sunyi.
5. Kerana aku rasa dia mampu mendekatkan aku kepada Allah.

Erm, ok. Aku biarkan smua ini bermain dalam fikiran kamu. Ingat, kita masih muda. Jangan matikan akal.
********

Apa rahmat putus cinta ni?

Pertama. Kau berpeluang spend lama gila masa atas sejadah. Yelah, kau kan tengah kecewa. Nak cakap kat sapa lagi? Ex kau? Ah, usah serabutkan semak yang ada. Cari lah Allah. Allah kan Maha Mendengar. Kau lepak je lama2 atas sejadah lepas solat tu. Tak payahh la nak over2 bacaannya kalau kita tak arif. Zikir simple dan doa banyak2 . Doa itu senjata mukmin. Cisdale! Tak tahula pulak nak doa macam mana. Kau cakap je macam mana pun. Mintak elok2 je la. Mintak hari2. Dah lama- lama tu kau jadi immune kau sentiasa nak lepak atas sejadah luangkan masa personal kau dengan Allah. Ha, kan dah satu rahmat tu. Bila lagi kau nak luangkan masa dengan Pencipta kau kan? Masa bercinta dulu tak sempat. Pantang lambat balas mesej awek kau muncung panjang.

Kedua. Yay! Jimat baii gua punya kredit.

Ketiga. Kau akan jumpa nanti. Malas aku cerita panjang. Ya lahh, aku kan tak tahu apa. Apa guna aku cakap pasal benda aku tak pernah rasa kan? ( Cisdale! )



Senang cerita, apabila kita dilanda kedukaan.. itu sebenarnya adalah satu pembuka jalan yang Allah sediakan untuk kita mencari dan mengenali Allah. Kita dah jauh agaknya, maka Dia tutup satu jalan bahagia yang kita suka itu dan sediakan jalan bahagia yang lain dengan mencariNya. Setiap dugaan dan ujian kita lalui itu sebenarnya adalah satu jalan yang Allah buka untuk kita untuk improve tahap iman kita.

Dan yaaa, benci betull korang dengan CKB.

" Cisdale! CKB ni bukannya baik mana. Haktuih! "

Yezza, aku jua manusia biasa. Punya cela di mana- mana. Ingin aku pinjam kata2 nasihat seorang akhi kepada aku,

"Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti aku yg tbaik dikalngan kamu, bukn juga yg paling soleh dikalangan kamu, kerna aku juga pernah melampaui batas utk diri ku sendiri, seandainya sesorang itu hnya dpt menyampaikan dakwah pabila ia menjadi sempurna nescaya tidak akan ada para pendakwah. Maka akn jadi sedikitlah org yg memberi peringatan " Pesanan Imam Hassan al- Basri.

Renung2kan dan selamat beramal!

p/s: percayalah. satu hari nanti kau akan bersyukur kerana diberatkan bahumu dengan seribu ujian, kerana pada akhirnya kau mengukir berjuta senyuman. =D

2/23/11

Lelaki kacak lelaki muka mintak penyepak

Hey lelaki kacak
Hey lelaki muka mintak penyepak
Apa kau runsing tentang rupa dan kepak?
Semuanya sama saja di sana kelak.

Hey lelaki kacak
Punya rupa idaman
Tidak sesaat pun kamu tak berteman
Tak tahu adakah mereka kawan mahupun lawan.

Hey muka mintak penyepak
Rupa sudah serupa perompak
Tengok pun rasa sakit hati rasa nak sepak
Baik kau belah jauh2 sebelum aku kokak

Hey lelaki kacak
Perangainya masyaAllah super jahat
Mainkan hati girl serupa lahanat
Apa kau ingat kau bagus sangat?

Hey lelaki kacak
Rambut tersusun sentiasa disikat
Semua perempuan kau nak pikat
Jahat gila kau rasa nak sebat

Kau selalu ingat kau sangat hebat
Terlupa ada lagi Maha Kuat
Rupa kau tu cuma untuk masa singkat
Baik kau cepat2 pergi bertaubat

Hey muka mintak penyepak
Rasa resah tak dipandang siapa
Hati berbudi penuh bahasa
Ilmu agama penuh di dada
Hey, jangan risau.. Allah kan ada? ;)

Hey muka mintak penyepak
Jangan dirunsing rupa pada manusia
Kerna hati itu lebih mulia
Kelak nur di hati terpancar di muka
Tika itu, oh indahnya kau miliknya siapa.

p/s: sedikit hiperbola. realitinya jujur.

2/20/11

wanita melayu dulu dan sekarang.

Sekarang ni zaman dah moden. nak cantik? Berehh... kau pergi jumpe doktor mintak cucuk sikit vitamin C. Cisdale! Tak best lah vitamin C ni! Oklah, kau pergi amik botox. Cucuk kat dahi, pipi dan dagu. Oh oh! Kat bibir juga! Barulah cantik macam ni!
|
|
|
|
|
|
|
|
|

siot! mimpi ngeri gua !

*ehem!
Menjadi lumrah manusia especially kaum hawa semuanya nak cantik. Kalau dulu takde botox orang pakai susuk. Now susuk dah upgrade la jadi botox.. selamat.. harmoni dengan badan katanya. Lepas cucuk- cucuk muka kau akan jadi macam kau simpan bola pingpong kat dua belah pipi kau, bibir kau macam kena sengat tebuan serta dagu kau tiba- tiba jadi bengkak .
Memang ya, ramai da buat dan ramai yang cantik. Cisdale! Itu fake! Palsu..Muahahaha!!!

Ok, disebabkan kita semua telah terbiasa dengan semua berteknologi dan moden, kita terlupa dengan petua orang lama- lama khasnya petua orang melayu kita untuk kekal cantik. Petua ni ada yang aku amalkan juga.
( mestilah kena jaga! untuk husband i okeee ). Ni antara petua- petua untuk para remaja oke.

1. Makan jamu. Kalau kau tak sure pasal jamu- jamu ni, kau amik jamu yang simple je.  Jamu Perawatan Remaja Putri ni sesuai untuk remaja macam kita- kita lah. ( maksud aku dalam 12 - 30 tahun. Kalau kau umur 70 dan sudah berkahwin mengaku remaja putri lagi..aku tak tahu nak cakap apa )
Jamu ni simple je, mudah. Memang la tak sedap tapi elok lah untuk badan.



2. Amalkan memakan halia dan bawang putih untuk menghilangkan angin dalam badan. 

3. Banyakkan bersenam untuk jaga bentuk badan.

4. Jangan minum ais sebab ais berkuasa untuk mengembangkan badan anda.

5.Banyakkan senyum dan ambil wuduk selalu bagi mendapatkan wajah yang tenang dan penuh dengan Nur.

Andd...ada banyak lagilah, ini antara yang aku amalkan. Tak payah palstik surgery and botox motox ni. Mama aku dah 56 tahun and she is still beautiful. Plus, Islam sendiri mengharamkan manusia mengubah ciptaan Allah kerana segala apa yang Allah ciptakan itu cantik- cantik belaka dan sesuai dengan setiap individu.

Antara adat orang Melayu:

1. perempuan duduk bersimpuh, Lelaki duduk bersila.

2. Jangan menyanyi di dapur nanti dapat suami tua. ( hakikatnya bila kita menyanyi di dapur nanti kita akan terleka dan masakan jadi hangit takpun air liur sekontena masuk dalam gulai..ewww. And kalau menurut Islam, setiap makanan itu punya zarah yang hidup. Jika kita menyanyi lagu yang lagha, zarah- zarah tersebut akan mati sebaliknya banyakkan berzikir dan berselawat kita memasak supaya zarah- zara itu hidup dan memberi manfaat kepada tubuh kita nanti )

3. Jangan duduk atas bantal nanti punggung akan berbisul . ( hakikatnya adalah bantal adalah benda yang letak di kepala makanya adalah tak sopan kita mebontoti kepala kan? )

4. Tutup tingkap dan pintu masa manghrib nanti hantu kopek sorok kau. ( Hakikatnya pada waktu maghrib merupakan waktu syaitan- syaitan keluar berkeliaran berpesta segala. Jadi, jangan keluar rumah dan tutup segala pintu tingkap agar kita tak terjebaik dalam pesta mereka )

Dan.. macam- macam lagi. Tak larat nak taip aihhh. Kalau ada lagi boleh la anda isi di ruangan komen.

Kalau kita lihat betapa sebenarnya orang Melayu sangat menjaga keperibadian wanita kan? Cuba kalau kita tengok filem dulu- dulu.. Wanitanya lemah lembut, banyak diam saja dan sesekali tersenyum. Sekarang?
Kau tak payah cakap la, semua nak ganas, cakap nak lebat dan menyakitkan hati pulak tu. Jalan kengkang- kengkang aku pun tak erti kenapa perlu jalan macam tu. Hurm.. bezanya manusia sekarang kan?

kalau anda lah,anda suka perempuan yang macam mana? gaya dulu atau sekarang?

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails