Pencanting tegar

Showing posts with label cinta. Show all posts
Showing posts with label cinta. Show all posts

10/4/16

Kisah Gadis yang roller coaster


Terima kasih kepada Tuhan yang sentiasa kembalikan aku kepada jalan Dia.

Image result for roller coaster

Dari awal pembesaran aku, aku bertuah dilahirkan dalam keluarga yang baik, mama abah mungkin bukan lah alim sangat tapi solat tu sangat dipentingkan.

Basic basic aku tahulah.


Tapi tulah, aku yang degil. Aku jenis pendiam. Tapi dalam diam aku nak cuba semua benda.
Nak freehair, nak tindik banyak banyak, nak pakai seksi, nak jadi perhatian.

Mungkin, aku rasa aku kekurangan perhatian.


Cita- cita aku dari kecil, aku nak cuba semua benda dalam dunia ni.
Tapi, aku tak pernah terfikir nak cuba jadi Muslim yang baik.

Sehinggalah aku berumur 15 tahun. Aku bertemu dengan seorang lelaki (crush). Taklah hensem. Tak tinggi. Tak pandai sangat. Tapi entah. Apa lah yang buat aku tertarik sangat pada dia.


Aku sangat bencikan kekaburan (baca= vagueness). Jadi aku confess dan confront. Dan aku direject berkali kali oleh si dia. HAHAHA
Masa tu dalam otak aku, aku nak kapel segala jadah. Tapi, lelaki tu bukan jenis macam tu. Macam- macam aku buat, memang aku tak malu la gedik gila kat dia. ( Macam macam tu macam buat biskut, yahoo messengger cmtu je bukan macam budak sekarang menyidai je kat depan jalan tu)


Tapi bukan tu yang aku nak cerita. Dari dia, Allah nak ajar aku. Allah jadikan dia (lelaki itu) satu medium untuk bimbing aku.
Dari freehair hidup tak tentu hala..

Dia ajar aku cara pakai tudung yang betul.
"Kalau pakai tudung tu, labuhkan sampai tutup dada"

"Baju tu kalau longgar kan selesa sikit"

"Sebelum tidur, baca Al- Quran baru tak jadi orang lalai"



Dan aku mula suka dia bukan kerana apa yang dia ada. Tapi sifatnya. Dia nasihat aku, tanpa aku rasa offended. Aku.. tak mengaji. Tak pandai mengaji. Umur 16 tahun baru merangkak rangkak baca Al-Quran. Sedangkan kawan- kawan aku berkali kali khatam.


Di usia aku 19 tahun baru aku kenal geng geng masjid. Masa tu aku baru tahu ada perempuan muda macam aku rajin gi masjid. Aku ingat semua macam aku suka berjimba je HAHA

Image result for handsock



Bila umur 22 tahun baru tahu kepentingan menutup aurat dengan betul. Kena pakai stokin, handsock, pakai kain dalam. Sebelum ni ikut ikut orang je.

Image result for traditional hijab

Bila umur 25 tahun, baru aku faham KENAPA kena pakai baju yang labuh labuh. Yang tak jarang. Tudung kena labuh tu. Lepas tu kenapa tak boleh makeup banyak.

Lepas tu baru faham kenapa tak boleh couple. Pelik kan? Aku pernah dengar and baca pasal tak boleh couple tapi still tak faham. Bila diorang explain aku rasa diorang ni menakut- nakutkan aku. Menyebabkan aku menyampah nak kawan dengan diorang lagi. HAH



Baru kenal istilah tabbaruj.
Pernah dengar sebelum ni tapi tak faham.


So sebab banyak benda yang aku tak tahu tapi malu & tak tahu camna nak tanya aku diamkan dan aku selalu dah elok elok pakai tudung labuh aku start keluar rumah sidai kain freehair. Aku baru faham bila ada abang ipar kena pakai tudung dekat rumah.



Orang tengok aku kemain pakai baju labuh muslimah etc etc tapi hakikatnya banyak benda yang aku tak tahu. So, aku pun masih dalam proses mencari diri aku.


Apa yang aku nak sampaikan adalah janganlah kita terus menghukum orang. Selagi namanya manusia selagi itulah kita buat silap. Sebab kita semua ni tak pandai.


Jangan marah kalau ada orang tolak dakwah kau. Bukan tugas kau bagi dia hidayah. Tapi, tugas kau adalah menasihati dan mengajak kebaikan. Kadang- kadang bukan diorang taknak, diorang hanya protes sebab diorang tak faham. Aku tahu sebab aku pun pernah dalam golongan tu.


Semua orang nak jadi baik. Tapi baik macam mana tu yang kita tak faham.


Aku bersyukur sebab sepanjang hidup aku hingga sekarang, aku dikurniakan kawan kawan yang baik, keluarga yang baik.

So, wahai kawan- kawan semua yang sedang angau bercinta, sibuk mekap sana sini... tak salah lah. Fitrah manusia suka yang cantik. Tapi, cantik untuk apa?


Niat tu.


p/s: Lelaki tersebut telah meninggal pada 2 Februari 2013. Sepanjang perkenalan kami, tak lekang dari dia nasihat untuk aku walau aku degil yang amat. Terima kasih Tuhan.
Al- Fatihah.

2/10/16

Penyokong Tegar Maksiat.



Assalamualaikum.

Teknologi semakin rancak membangun dan manusia juga semakin rancak dengan ilmunya.
Tapi, sayang. Semua itu menjauhkan kita dari kedudukan asal sifat manusia kita.
Kita semakin kehilangan sesuatu iaitu AKHLAK.


Pelbagai cara kini orang nak cari duit. Buat blog, pastu bing  dekat Facebook guna headline kebaboom.
Beritanya bukan apa sangat, tapi ayattttttt MasyaAllah boleh jatuh fitnah. Berita buruk dulu- dulu dibangkitkan semula dengan sedikit penambah perasa AJINOMOTO pastu visit ke blog kebusshhh berjuta like page kau.Nampaknya rasa tanggung dosa sebar aib tu dah terpadam bila tengok duit kaat nuffnange berkoyan koyan.


Syabas kepada Pyromania Art yang memberikan gambaran viisual kepada permasalahan ini. Klik kat link nama dia tu nanti korang leh cekiout sendiri.

Media.

Media ni asalnya menyebarkan informasi tapi sekarang dah macam jilake. Dia punya pusing cerita sampai orang yang baca pun pening. Yang salah di katanya betul, yang betul di katanya salah.


Contohnya sekarang, dekat TV akan censored kan adegan cium seks dan sebagainya. TAPIIIIIII, kau tayang cerita jantan betina duduk satu rumah takde hubungan BERDUAAA aje boleh pulakkkkk. Lepas tu sekarang banyak sangat trenddd cerita NOVEL BANGANG kawen dengan lelaki yg pernah rogol dia tp sekarang dah insaf takpun kawen tapi dulu salah seorang pernah buat maksiat.

Macam sekarang ni dah macam takde benda dah seks sebelum nikah ni. Kau terlanjur takpe kau taubat nanti kau kawen suami kau kaya sado dan pemaaf tapi memula dia jual mahal tapi sebenarnya dia sayang kau. Murah sangat ke harga sebuah maruah tu??

Cth: 
Setia Hujung Nyawa


Ombak Rindu

Even so lah keadaan realitinya memanglah maksiat melata macam wujudnya orang bangang sekarang tapi perlu ke kau sensasikan realiti hodoh tu??

Aku tak faham pengarah-pengarah drama sekarang. Otak dah tak kreatif ke?
Ambil satu novel pastu kau buat drama.

Ceritanya orang kawen muda pastu ade pompuan gedik skirt pendek tak cukup kain menggeletis nak jantan yg dah kahwin tu. Pastu jantan tu mestilah kaya dan sado dan hensem. GET REAL PEOPLE! 

Lelaki zaman sekarang memangg ramai SADO dan HENSEM tapi ramai lagi yang TAK SADO dan TAK HENSEM malah lebih ramai lagi majoriti peminjam PTPTN yang gagal membayar hutangg. Lepas tu sekarang parents semua nak kawen mahal mahal nak buat macam ala Kate Middleton tapi duduk rumah teres setingkat yang murah tu. 

Dilema pasangan muda yang nak berkahwin tapi ibu bapa tuntut macam2 baru boleh kahwin.
Hutang PTPTN tak habis bayar walau dah 6 anak.
Kos hidup semakin meninggi.
Dilema sistem pendidikan
Dilema permainan politik negara
Masalah patriostism yang semakin pudar
Kepincangan pemimpin dalam mengutamakan agama dalam pentadbiran

Semua atas tu korang boleh buat satu drama atau filem yang menarik.


Terima kasih bagi pihak yang terlibat dalam pembikinan OLA BOLA kerana inilah cerita yang kita perlukan sekarang!


Kesimpulannya, jangan kecoh kenapa banyak maksiat , rasuah sekarang. Sedangkan kau hari- hari pasang TV buka majalah bagi anak baca novel penuh dengan unsur maksiat.

Di hujung usia dunia ni, ikatlah diri masing- masing dengan taqwa. Minta Allah lindung kita.
Orang jadi 'lawak' sekarang ni sebab jauh dengan Allah, moga Allah ampuni kita dan semua saudara kita yang terjauh daripada Dia. Aameen

p/s: lama tak blogging so sekarang lepas gian. :)


3/14/12

Bertahan

Hati ini sering berdoa, meminta pada Yang Tak Mati itu.. agar ditetapkan iman.. di sabarkan hati dan dimudahkan n disegerakan urusan itu.

Kita dah plan macam- macam. Plan A? Plan B? Plan C? Semua dah gerak. Sekarang tinggal istiqomah dan menunggu green light dari Maha Kuasa.

Kalau Allah nak, Dia boleh make it happen sekarang juga kerana tiada apa yang mustahil bagiNya. Tapi, Dia tangguhkan.. Dia lengahkan..
Untuk apa lambat sangat?

Untuk menguji hati- hati yang meminta ini. Untuk menguji hati- hati yang mengaku yakin kepadaNya.
Diuji sabar, iman, akhlak, bisikan lagha, kesihatan serta manusia sekitar.
- Bagaimana kamu kata kamu sudah beriman sebelum kamu diuji?"

Untuk apa?

Untuk persediaan di hari bahagia yang akan datang. InsyaAllah. InsyaAllah.
Allah itu Maha Mendengar, Maha Mengetahui isi hati hamba- hambaNya.

Ya Allah yang Maha Mengetahui setiap bisikan kecil hati- hati kami. Dengarkanlah hajat kami. Permudahkanlah ia ya Allah. Sungguh, Engkau Maha Kuasa, Maha Mendengar dan Maha Mengetahui.

p/s: Kita rasa kita dah buat plan yang paling cun, tapi sebenarnya Allah ada plan yang lebih cool untuk kita.
Setiap kebahagiaan itu mulanya dengan sedikit kesakitan.
Setiap kejayaan itu mulanya dengan sedikit kekecewaan.

:)

3/11/12

A simple story

Boy : Saya bosan lah macam ni.

Girl : Bosan?

Bosan: Yelah, kita duduk jauh- jauh, asing- asing. Jumpa pun tak leh buat apa. Boleh tengok aja. Banyak kena jaga.

Girl : Saya pun bosan juga. Hurmm

Boy: Awak..

Girl : Ye?

Boy: Jom kita nikah? Nanti boleh bercinta dengan gembira. Dah halal. Allah pun suka kan?

Girl : *smiled


“Barangsiapa menikah, maka ia telah melengkapi separuh dari agamanya. Dan hendaklah ia bertaqwa kepada Allah dalam memelihara yang separuhnya lagi”. (Hadist Riwayat Thabrani dan Hakim)


“Dan kawinkanlah orang-orang yang sendirian di antara kamu dan orang-orang yang layak (berkawin) dari hamba-hamba sahayamu yang laki-laki dan perempuan. Jika mereka miskin Allah akan memampukan mereka dengan karunia-Nya. Dan Allah Maha Luas (pemberian-Nya) lagi Maha Mengetahui”.
(An-Nur : 32)



“Shalat 2 rakaat yang diamalkan orang yang sudah berkeluarga lebih baik, daripada 70 rakaat yang diamalkan oleh jejaka (atau perawan)” (HR. Ibnu Ady dalam kitab Al Kamil dari Abu Hurairah)


“Tiga golongan yang berhak ditolong oleh Allah : 


1. Orang yang berjihad / berperang di jalan Allah. 
2. Budak yang menebus dirinya dari tuannya. 
3. Pemuda / i yang menikah karena mau menjauhkan dirinya dari yang haram” (HR. Tirmidzi, Ibnu Hibban dan Hakim)






Jadi, mengapa takut bernikah awal? Bukankah nikah itu lebih baik ?

Apabila kita berusaha melakukan sesuatu hanya kerana ingin mendapatkan keredhaan Allah, nescaya Allah mudahkan urusannya. 
Bagi siapa yang bernikah, Allah menggandakan rezeki bagi pasangan tersebut.

Yakinlah dengan janji Allah!
Jangan takut dengan stigma manusia!

Kita pasti akan hadapi pelbagai rintangan pada awalnya, tapi yakinlah bahawasanya Allah ada plan yang jauh lebih cool untuk kita!

12/19/11

The garden that I adore most.

Lama tak menulis. Datang sini haritu pun sebab nak join GA NisaKay. Pergh...nasib la aku sempat, kalo tak menangis air mata  suci la aku. Dia dah totopp bhaii. Huuu~

Nampak no 638 tu? perghhhh..mujur sempat. Mujur jenguk2 jugak blog ni walau sibuk dengan 'awesome' posting tu. Lalalala~

**********************

Waktu- waktu kritikal berposting dah mula mengendur, jadi stress tu da tenang sikitlah sekarang ni. Sekarang aku kena siapkan assignment Psikiatrik dan lengkapkan case study untuk hantar ke jabatan. Ughh, banyak benda nak buat.

***********************

Sekarang ni hati sedang berbunga- bunga. Hehehe
Tapi, aku harap aku dapat lagi tahan hati ini untuk terus mekar kembang membunga. Bukan apa, takut cepat sangat bunganya kembang, indahnya itu awal sangat.. takut layunya pun cepat sangat.

Orang kata, gua nak slow & steady je bro.

Bukan buat dono tu tanda tak suka. Cuma, aku nak tahan bunga- bunga kat taman hati ni mekar cepat sangat. Sebab aku tengah tunggu bunga paling cantik di hati ini untuk mekar.
Tapi, tulah. Bunga tu lambat mekarnya, leceh jagaannya. Lama pulak tu baru berbunga.
Tu yang ramai orang tak sabar tu.

Tapi, aku nak jugak tunggu bunga tu. Biar lah leceh manapun, sebab aku tahu.. bila mekar saja bunganya tahan sampai aku menghembus nafas terakhirku. InsyaAllah.
Selalu saja aku pinta pada Tuhan, tolong aku jaga bunga ini. Aku ni lemah. Tak pandai nak jaga. Takut juga layu sebelum kembang.

Kepada external force yang membuat bunga- bunga kecil di taman hatiku berkembang mekar, tolong jangan bagi banyak sangat baja. Nanti bunga- bunga ini mati terlebih baja. Tolonglah saya jaga bunga- bunga di taman hati ini perlahan- lahan. Oh2, tolong juga saya jaga bunga yang paling cantik tu.

Sebab saya harap sangat... doa sangat.. yang bunga tu kembang mekar dengan indahnya... bila kita sudah halal. Bunga tu bukan untuk saya sorang je, awak pun mesti suka bila tengok bunga cantik tu nanti. ^^
Dengan harapan, bunga itu terus kembang hingga ke JannahNya. InsyaAllah.

Maafkan saya kalau saya lukakan taman awak.
Saya cuma nak jaga bunga- bunga dalam taman saya je. :)


P/s: A video that I would want 'the person' to watch.
Until Jannah. Yes, until Jannah. 

11/17/11

Perihal hati

Aku tak nak berharap.
Tapi, dah macam ada bibit harapan.
Tak nak berharap.
Tak nak berharap.

Duhai hati, jangan lah mudah jatuh hati
Pada Adam yang belum kau nikahi
Pada Adam yang belum pasti
Tolong hati, tolonglah berhati- hati

Duhai Allah, kalau aku jatuh hati
Biarlah pada dia yang aku nikahi
Andai aku jatuh hati pada yang belum halal lagi
Permudahkanlah urusan peng'halal'an kami
Aku tak mahu lama- lama jatuh hati
Takut maksiat datang mengiringi
Ampuni hambaMu ini..

- Hati ni lembut sangat. Macam mana nak bagi keras sikit?

11/16/11

Wordless wednesday



<3 <3 <3

11/10/11

Kites

Our Angry Bird flew up highhh

pakai inai.
No ring at my ring finger yet.
Just not yet. =P


Angry bird did makes us angry. 
Gggrr

Tired. 
But it was worth it.
Thanx besties and dearies.

May our relationship stay strong and fills with love in every each day that we live. 
May Allah grant us our Doa.
May Allah bless us.
May Allah bless us.
May Allah bless us.

Ameen.
:)

10/24/11

[tazkirah] Nasihat Nabi SAW kepada Ali R.A

Its for me, and for you as well


Nasihat Nabi s.a.w kepada Ali r.a 


Wahai Ali, bagi orang ‘ALIM itu ada 3 tanda-tandanya:


 1) Jujur dalam berkata-kata.


 2) Menjauhi segala yang haram.


 3) Merendahkan diri. 


Wahai Ali, bagi orang yang JUJUR itu ada 3 tanda-tandanya: 


1) Merahsiakan ibadahnya 


2) Merahsiakan sedekahnya. 


3) Merahsiakan ujian yang menimpanya. 


Wahai Ali, bagi orang yang TAKWA itu ada 3 tanda-tandanya: 


1) Takut berlaku dusta dan keji. 


2) Menjauhi kejahatan. 


3) Memohon yang halal kerana takut jatuh dalam keharaman. 


Wahai Ali, bagi AHLI IBADAH itu ada 3 tanda-tandanya: 


1) Mengawasi dirinya. 


2) Menghisab dirinya. 


3) Memperbanyakkan ibadah kepada Allah s.w.t. 




Ya Allah, jadikanlah kami hamba- hambaMu yang bersyukur serta soleh dan solehah.




"memohon yang halal kerana takut jatuh dalam keharaman"


- I don't know why but I just simply want to highlight this.
May Allah bless us.


Andai dia jodohku, satukanlah hati- hati kami dengan rahmatMu hingga ke syurgaMu.

with <3


;)



6/17/11

Kenapa mata kita bukan di belakang kepala?

Assalamualaikum

Jawapan : Kerana kita perlu memandang ke hadapan seiring dengan langkah kita. Apa guna langkah ke depan tapi pandangan sentiasa ke belakang?



" Kadangkala disebabkan terlalu sukar untuk kita melepaskan masa silam, kita akan kehilangan perkara penting pada masa kini"
- Anonymous

" Do not die for yesterday, live for tomorrow"
- Someone, AA.

Indahnya penciptaan Allah. Semuanya membuat kita berfikir untuk lebih dekat kepadaNya. 

Jangan terlalu menyalahkan persekitaran kerana kegagalanmu, persekitaran adalah faktor sampingan, faktor utama adalah diri kamu.

Kalau kau punya pegangan hidup yang teguh, biar angin monsun apa pun menolak, kau masih boleh berdiri dengan teguh, tegas berkata;
 " Hai , dunia! "

p/s: menghargai masa silam dengan membenamkannya dengan selamat di ceruk minda, menghargai masa kini dengan mencurahkan kasih tanpa perlu mengorek semula masa silam. Yang buruk kita tanamkan, yang baik kita kenangkan. 
Hati- hati dengan hati yang rapuh.

6/9/11

Lelaki nampak comel bila...

Saya sangat setuju dengan pernyataan di bawah ...
Serius sangat comel
<3


Lelaki nampak sangat comel bila mereka lipat baju.

Lelaki nampak sangat comel bila mereka pandai bake a cake.

Lelaki nampak sangat comel bila mereka disuruh cari uban emak.

Lelaki nampak comel bila mereka melatah tanpa dibuat buat. Takat "Oh mak kau" je pun comel.

Lelaki nampak comel bila tidur dalam kesejukkan.

Lelaki nampak comel bila memandu sambil curi curi pandang awek dia yang duduk dekat passenger seat.

Lelaki nampak comel bila makan ais krim comot comot sampai ke pipi.

Lelaki nampak comel bila selesema atau bersin bersin tak henti henti.

Lelaki nampak comel bila mereka buat buat tahu padahal masih blur blur sebab tak ingat direction.

Lelaki nampak comel bila mereka ketakutan.

Lelaki nampak comel bila mereka menangis.

Lelaki nampak comel bila mereka solat dengan kain pelekat. Nampak macam abah abah.

Lelaki nampak comel bila mereka cuba buat muka serius tapi tiba tiba tergelak. Bergantung pada siapa yang buat lawak.

Lelaki nampak comel bila mereka membaca dengan khusyuk bukan dibuat buat.

Lelaki nampak comel bila mereka gelisah dan nervous.

Lelaki nampak comel bila mereka tekun bekerja especially yang bekerja di pejabat.

Lelaki nampak comel bila mereka cuba main gitar tapi ternyata sumbang mambang. Sekurang kurang mencuba katanya.


sumber sini 

<3
=)

5/25/11

Andai esok tidak tiba

Kadangkala pada lewat malam
Aku masih terjaga dan melihat si dia tidur
Dia hilang dibuai enak mimpi
Maka
aku menutup lampu dan terbaring di dalam kelam

Dan aku akan terfikir
Andai aku tak akan bangun pada esok pagi
Adakah dia akan meragui
Perasaan aku terhadapnya di dalam hati ini

Andai esok tidakkan tiba
Adakah dia tahu sebanyak mana kucintanya?
Sudahkah aku sudah cuba untuk menunjukkan setiap hari
Yang dialah untukku satu- satunya?
Jika tiada lagi hayat di dunia untukku
Dia harus menghadapi hidup ini tanpaku
Dengan cinta yang ku beri dulu
Akan cukup buatnya selamanya
Andai esok tidakkan tiba

Kerana aku pernah kehilangan mereka yang ku sayang dulu
Yang tidak pernah tahu betapa aku cintakan mereka
Kini aku hidup dalam penyesalan
dengan perasaan sebenarku tidak penah terungkap
Jadi aku berjanji pada diri
Beritahu pentingnya dia padaku setiap hari
Dan elakkan apa jua situasi di mana tiada lagi peluang kedua
Untuk beritahu perasaanku padanya


Andai esok tidakkan tiba
Adakah dia tahu sebanyak mana kucintanya?
Sudahkah aku cuba untuk menunjukkan setiap hari
Yang dialah untukku satu- satunya?
Jika tiada lagi hayat di dunia untukku
Dia harus menghadapi hidup ini tanpaku
Dengan cinta yang ku beri dulu
Akan cukup buatnya selamanya
Andai esok tidakkan tiba

Jadi beritahulah kepada dia yang kau sayang
Apa saja yang kau fikirkan
Andai esok tidakkan tiba

p/s: If Tomorrow Never Comes bu Ronan Keating

5/24/11

Tak boleh hidup tanpa kau walaupun aku mati.

Assalamualaikum wbt

Can't live without you even if I die by 2 AM.

Aku bukanlah peminat cerita korea. Tapi, kalau kau pasang aku layan je. Sebab bagi aku, cerita korea ke..apa- apalah cerita bersiri macam dadah. It's addictive. Sekali kau tengok, kau nak tengok lagi dan lagi. Jadi, kalau di asrama aku lebih suka tengok muvi berbanding drama. Tapi, kalau member dah pasang aku layan jer lah kan sampai kejang urat mata aku. Haha.
*****************************************************************

Sudah berapa ramai kes bunuh diri terjun bangunan shopping complex, terjun gaung, terjun laut dan segala jenis terjun yang dilakukan oleh si pembunuh diri ini. Kita tolak kes yang berkait dengan politik kerana aku ingin bicara soal cinta kini. Hehe.

I'll love you forever
We got an everlasting love
Aku tunggu kau hingga ke syurga
Can't live without you even if I die
Aku cinta kau sampai mati
Aku tunggu kau seribu tahun

Ha, apa lagi? Aku cinta kau sampai kucing bertanduk? Haha. Begitulah ayat- ayat manis yang sering diungkap bagi mereka yang sedang dilamun cinta mintan.
Segala janji manis ditabur, bila rasa itu habis.. habis madu sepah dibuang.


Bila clash, menangis macam nak pengsan macam dia ajelah lelaki/ perempuan yang tinggal kat bumi ni. Pastu menagih kembali kasih sayang si dia yang ternyata dah tak nak kat kau lagi. Siap ugut nak bunuh diri lah... nak buat benda jahat lahhh.. rosakkan hubungan orang tu dengan kekasih dia lahhh..ape kes ni deyy?

Bila laki tu dah tak mau dengan kau, mulalah tulis surat pepanjang then terjun bangunan. Otak bersepai. Impian hancur.
Katanya, biarlah aku tunggu kau di pintu syurga. Kat pintu jelah sebab nanti dia akan masuk neraka. Yelah, bunuh diri tu kan dosa besar. Haish.

Sebelum berjumpa dengan si dia elok je kau hidup sensorang, takkanlah lepas putus dengan dia kau hilang terus liver kau kann? Baru couple deyy, tak kahwin lagi janganlah beriya sangat.

Biasalah, bila clash mesti sedih. Bila orang tak nak kat kau mesti kau rasa loser habis. Tapi, chill sudahh.
Janganlah sampai nak cederakan diri, bunuh diri, register kan diri masuk Hospital Bahagia, baling asid semua..

Hidup ni indah peoples!
Yang patah akan tumbuh.
Yang hilang akan berganti.

Sekalipun yang tumbuh itu tidakkan sama dengan yang patah, tetapi yang tumbuh itu baru, fresh dan lebih baik.
Manakan sama yang berganti itu dengan yang hilang kan?
Tapi, percayalah.. apabila kita bersabar dengan sesuatu InsyaAllah, Allah akan memulangkan kepada kita dengan perkara yang lebih baik.
Bersabarlah dalam sabar.

Redhakan mereka yang pergi, redhakan mereka yang tak mahu kau lagi.
Redhakan apa yang terjadi, redhakan apa jua situasi.
Nescaya kau akan lebih mengerti
Bahawa dunia ini indah dan hilanglah rasa benci.

Sekali sekala, kita perlu mengecewakan hati demi iman.
Sekali sekala kita perlu lukakan hati demi iman.
Tapi, percayalah.. duka itu hanya sementara.
Allah sedang mengatur rancangan yang lebih baik untuk hambaNya.
Maka, kau harus percaya.
Jangan mudah putus asa
Teruskan menadah tangan berdoa.
" Temukan aku dengan jodohku yang mulia,
Yang mampu membawaku sehingga ke syurga
Yang sentiasa mencari redhaNya
Yang setia bermalam dalam sujudnya"

Allahumma ameen
;)

5/17/11

Seni yang dilupa

Hari ini aku meneroka setiap susuk pameran di Balai Seni Lukis. Sudah dua tahun aku duduk berdekatan dengannya tapi baru hari ini aku berpeluang untuk menjejak kaki di sini.
Indah- indah seninya, tak tercapai dek akal.
Ada yang seninya terus, ada juga yang halus.
Ada yang kasar, ada yang perlu jana minda.

Apa pun, aku suka.

Aku meneliti setiap hujung ke hujung hasil seni setiap artis. Aku kagum.
Aku tak punya ini kelebihan, aku cuma mampu senyum sekali sekala. Heh, mereka sarkastik di dalam seni mereka.
Kadang seni itu menakutkan. Ya, andai ada yang salah menafsir.. takut haluan hidupnya simpang pula.
Bagi aku, setiap hasil itu adalah seni. Dan setiap seni tiada yang huduh.
Bagi aku seni adalah sesuatu yang abstrak, subjektif di mana lain manusia lain penilaiannya.

Di antara karya- karya visual yang dipamerkan ada diselit beberapa baris puisi dari sasterawan terkenal seperti Usman Awang dan A. Samad Said. Bahasa yang mudah, tapi penuh dengan cerita.

Mereka yang sayang seni adalah mereka yang menghargai budaya dan juga sejarah.
Mereka yang suka seni adalah mereka yang kagum dengan kejadian indah alam ciptaanNya.
Mereka yang berseni adalah mereka yang setiap saat memikir jalan baik untuk dunia.
Sedang belajar itu jua seni.
Bagaiman strategi untuk mengulangkaji, buat latihan, menyelsaikan masalah..semua itu seni.
Terpulang pada manusia dengan seni mereka masing- masing.
Namun... masih yang tak punya mata untuk melihat. Hanya untuk memandang.
Masih tak punya telinga untuk mendengar. Hanya untuk hiasan.
Masih tak punya akal untuk faham. Hanya untuk berfungsi.
Masih tak punya hati untuk menilai. Hanya untuk naluri sendiri.

Sedang sejarah itu seni, mengajar pemuda pemudi
Tentang indahnya dunia hasil korban darah nenek moyang
Indahnya bebas selepas jiwa mereka yang dulu dipenjara ketat
Seronoknya melangkah ketika dulu orang lama kaki tangan terikat

Bangunan lama berkulat mercu sejarah bangsa bebas merdeka
Menjentik kembali memori sejarah pahlawan bangsa yang benar pertahan negara

Sejarah itu cerita lampau yang benar
Persetan pahit atau manisnya
Ia masih sejarah

Manakan lagi jadi sejarah andai ia diubah mengikut rasa
Bagi mereka yang tiada seni di dalam jiwanya
Bagi mereka yang mengurung kebebasan berseni di dalam dirinya
Bagi mereka yang terkurung dengan arus hedonisme yang meracun bagai virus
Dipenjara cerita prono, diikat dengan maksiat, dicampak ke alam 'gembira tanpa kiamat'

Kembalikan jiwa senimu
Sedang Islam itu sangatlah halus dan berseni
Ya, halus seninya

5/5/11

Allah tak pernah temukan kita dengan orang yang salah

Assalamualaikum semua

Malam ni, setelah mendengarkan bait- bai lagu ' Masih " oleh Flop Poppy.. aku menjadi seorang yang akur kepada perasaan bluesku sendiri. Demm, lagu ini memang berjaya merobohkan dinding kukuh ku yang separuh siap. Ya, dinding pertahanan yang selama ini menggunakan elemen tabah, sabar dan doa. Hancur.. oh, mungkin masih terdapat lagi yang masih utuh. Usah ditanya untuk apa dinding itu, cukup sekadar ia menjadi memori terindah untukku.

Kadang kala, acapkali kita sering persalahkan takdir tanpa kita sedari.. Kenapa ini semua terjadi? Kenapa pada aku? Kenapa sekarang? Kenapa orang itu bukan dia? Kenapa aku jadi begini? Dan pelbagai lagi persoalan yang tak mungkin dapat dirungkai jika hanya berbekalkan emosi yang tidak terkawal.

Sebenarnya, Allah tidak pernah menemukan kita dengan orang yang salah. Tapi, mengapa harus kita hadapi kekecewaan melampau ini? Jika dia adalah orangnya, kenapa hati ini harus terus diluka?

Ya, memang Allah tak kan temukan kita dengan orang yang salah, cumanya 'dia' itu bukanlah jodoh kita. ' Dia ' itu adalah orang yang betul untuk mengajar kita erti kehidupan.
Hidup ini bukan semuanya bahagia, bukan semuanya gembira, bukan semuanya cinta.
Kadang akan tiba masa untuk bersedih, duka datang menerjah, derita datang menjerkah, kecewa melanda bak taufan Katrina. Segala yang kita tak suka itu lah sebenarnya banyak mengajar kita tentang ketabahan, kesabaran.

Malah dalam Al- Quran sendiri ada menjelaskan yang maksudnya lebih kurang;
" Dalam setiap sesuatu yang kamu benci itu, ada yang baik untuk kamu. Dalam satu perkara yang kamu suka itu, ada buruknya"

Let's be heart strong peeps!

- Bersyukurlah atas setiap kedukaan, kekecewaan dan kesedihan, itu satu jalan untuk kita lebih dekat kepada Allah. ;)

5/2/11

Maria bukan mak aku 5

" As we go on, we remember All the time we had together 
 And as our lives change From whatever We will still be Friends Forever"
Semua pelajar tahun akhir kejuruteraan mekanikal menyanyikan lagu Graduation nyanyian Vitamin C. Kaum Hawa sesuai dengan hati lembut mereka masing- masing mngesatkan air mata. Tersentuh. Di dalam kepala masing- masing berfikir, adakah ukhuwah yang dibina ini akan berkekalan? Apakah masih ada rasa ukhuwah bila mereka keluar? Bilakah lagi mereka akan bertemu dan berbual gembira? Masihkah boleh lagi mereka berperangai gila- gila?
Pelajar lelaki meletakkan tangan mereka ke atas bahu- bahu kawan mereka. Majlis makan malam itu sungguh menyentuh hati. Imran hanya tersenyum nipis. Azlan seperti biasa akan menjadi 'joker'. Dia akan cuba menghidupkan suasana. Di dalam hati jantannya sebenarnya turut berasa sedih. Tapi, keegoan membatasi segalanya. Alah, semua lelaki begitu. Ego. Padahal semua pun tersentuh juga.

Selesai majlis makan malam, masing- masing berpelukan dan bergambar sakan. Manalah tahu tak jumpa lagi selepas ni.

" Imran!" Laila membuat muka berkerut sambil menunjuk ke arah Imran.
" Senyum lah sikit!! Kita bukan nya tangkap gambar orang nak mati!" Satu dewan hotel ketawa.

Imran mengangkat kening dan senyum nipis. Dalam hatinya berkata," Aku dah senyum lah sengal, kau tak nampak ke?"

Entah kenapa hari itu Imran punya perasaan ingin bercakap.
" Alah, kita semua ni pun memang akan mati kan, okay lah tu," Imran cuba menyimpulkan senyuman. Dia cuba. Aishh, awatla susah sangat nak senyum ni?

Satu dewan senyap. Terpukul dengan kata- kata Imran. Laila ketawa kecil sambil membetulkan kamera DSLR D90 nya di atas tripod. 
" Okay lah okay lah. Kau menang Im.. Dah dah, aku set time sekarang. Sedia!" Sebaik saja Laila menekan punat kameranya itu dia terus berlari dan bergaya ala- ala model bersama rakan- rakannya.

Klikk!

Semua tersenyum. Begitu juga Imran.
_______________________________________________________________

Hari ini hari terakhirnya di UIA. Sudah 5 tahun dia tidak singgah di rumah Maria. Bertemu pun tidak. Tapi, Imran selalu menjenguk Maria secara senyap- senyap dan mengikuti perkembangan Maria melalui Kak Bedah. Alhamdulillah, Maria sudah tukar kerja. Dia kini bekerja dengan Kak Bedah sebagai tukang masak.
Setiap kali hari raya, Imran akan pulang dan melihat Maria dari jauh. Dia cuma ingin memastikan Maria masih duduk di situ. Setiap bulan dia akan mengirimkan wang kepada Maria melalui Kak Bedah.

" Kak Bedah, ini wang bulan ni. Saja ingatkan Kak Bedah, jangan kata ini dari saya ya? Campurkan saja wang ni dengan gaji dia," Kak Bedah hanya mengangguk. Baik betul budak ni. Kalaulah aku ada anak perempuan, pasti akan aku jodohkan mereka.

Selesai berkemas, Imran sudah bersedia untuk pulang ke rumah. Inilah harinya. Ya, dia kini membawa nama graduan. Dia juga sudah mendapat kerja di Petronas. Baru kelmarin dia pergi ke pejabat utama Petronas dan mengesahkan persetujuannya dengan Petronas. Gaji pun lumayan. Dia ingin membawa Maria tinggal dengannya sekali. Angan- angannya terus dilayan sambil bersiap.

" Im, ni untuk kau." Azlan menyerahkan tupperware yang berisi makanan beserta kad yang disampul dengan sampul berwarna merah. Imran mengangkat kening kirinya.

" Ain bagi. Tadi aku terserempak dengan dia. Kebetulan aku ingin berjumpa dengan Laila, terserempak pula dengan dia. " Panjang lebar Azlan menerangkan. Imran membuka penutup tupperware itu. Hmm, sambal ikan bilis. Senyum. Dia buka buka sampul merah itu dah membaca isi kad di dalamnya.

" Assalamualaikum akhi.
Tak sangka sekejap saja kita akan meninggalkan dunia mahasiswa kan? Imran, Ain tak mahu bicara lebar. Cumanya, Ain ingin memberitahu Imran bahawa Ain sebenarnya sudah lama menyimpan perasaan terhadap Im. Sejak masuk ke sini, Im benar- benar membuatkan Ain rasa kasih terhadap Im. Ain saja ingin beritahu walaupun Ain tahu siapalah Ain jika mahu dibandingkan dengan Sasha. Ain tahu, Im sedang berhubungan dengan Sasha. Sasha itu cantik, bijak dan pandai bergaya. Sesuailah dengan Im yang segak. Ain beritahu ini kerana mungkin selepa sini kita tidak akan berjumpa. Okaylah Im. Semoga berbahagia. Assalamualaikum.


Nurul Ain Hasanah Abdul Shukor"

Terjegil mata Imran membaca isi kad tersebut. Sasha? Sejak bila aku couple dengan Sasha? 
Azlan memandang Imran dengan penuh tanda tanya. Apa yang kad itu beritahu Imran?

" Weh, bila pula lah aku dengan Sasha ni?" Imran tak boleh tahan kemusykilan yang berlegar- legar di mindanya. 
" Eh, kau bukan dengan Sasha kah? Aku rasa satu uni tahu kot kau dengan Sasha." Musykilnya Azlan. Selama ni dia memang sangka Imran dengan Sasha.Pernah sekali Azlan ternampak mereka di perpustakaan pada awal tahun 4 mereka.

" Siapa kata? " Imran menekan suaranya. Marah. Geram. 

" Sasha lah. Dia kata dia pakai tudung pun sebab kau yang galakkan," Azlan semakin bingung. Apakah selama ini dia dan pelajar- pelajar lain ditipu mentah- mentah?

" Whattt?? Dusta! Hish! Suka- suka saja buat cerita! Sudahlah Lan, kau jangan percaya lagi dengan dia. Lan, aku nak pulang dulu. Esok kita jumpa di studio Aiman  ok?" Imran seolah memberi arahan. Azlan hanya mengangguk dan mereka terus berpelukan sambil menepuk- nepuk bahu masing- masing. Imran pergi sambil mengangkat tangannya. Azlan hanya memandang.
___________________________________________________________

Tak guna punya Sasha. Patutlah selama ini Ain asyik mengelak dari Imran. Tak guna kau! Marahnya! Hish! Sepanjang perjalanan ke perhentian bas UIA dia menyumpah- nyumpah Sasha di dlaam hatinya. 

Di perhentian bas, dia terserempak dengan Ain. Gugup. Ain sedang tekun membaca buku. Warna ungu memang sesuai dengannya. 

" Assalamualaikum Ain," sapa Imran tanpa menghiraukan rasa menggelabahnya.

" Waailakumussalam. Eh, Im?" Ain mengangkat mukanya dan terkejut. Muka nya merah. tak tahulah kerana panas matahari atau segan bertemu dengan Imran.

" Im ada hal nak cakap." Ain hanya tunduk dan membuang pandangannya ke sisi kanannya. Mencari kalau- kalau ada kereta Naza Citra hitam sudah sampai. Tiada bayang pun. 

" Im dengan Sasha tiada apa- apa. Kami bertegur sapa pun jarang. Lagipun..." Kata- kata Imran tersangkut. Ahh, slowlah sikit berdegup wahai jantung!

" Lagipun?" Ain menanti sambungan ayat Imran dengan penuh kemusykilan.

" Erm... Ain. Im...Im..Ehehmmm! Err...Im sukakan Ain. " Ayatnya mati. Ahhh!!! Tensionnya aku dengan jantungku ini! Slowlah sikit berdegup! Imran beristighfar sebentar. Ain mempamerkan riak terkejut.

" Sudi tak Ain menjadi bidadari Im di dunia dan InsyaAllah di syurga juga?" Imran menahan rasa ingin menggelupurnya. Ain mati kata- kata. Manusia lain di perhentian bas itu menjadi penonton drama " cinta tudung dan kopiah" mereka. Ain menelan air liur. Senyap.

" Im tak mahu paksa Ain. Tapi, itulah yang Im mahu cakapkan. Ikhlas dari hati Im. Sebab, Im rasa.. Im dah jumpa tulang rusuk Im yang dah hilang tu.. " Imran memandang tepat wajah sawo matang itu. Matanya yang sederhana besar dan redup itu benar- benar mendamaikan. Eh, Imran! Jangan pandang lama- lamalah!

Ain tunduk. Bukunya yang dibaca tadi digenggam kuat. Dalam tunduk itu ada makna. Ain sebenarnya sedang tersenyum. Ain terlalu malu untuk berkata- kata lalu dia hanya mengangguk. Imran kaku. 

" Ain?"Curious Imran dengan anggukan Ain.

" Ain sudi membantu perjuangan Im." Perlahan suara Ain mengucapkan kata- kata keramat itu. Alhamdulillah! Imran meraup mukanya dengan ucapan syukur pada Yang Esa berkali- kali. Penonton di perhentian bas itu menepuk tangan mereka. Tak sangka drama di kaca tv kini di depan mata. Live yaww!!
 Kereta Naza Citra hitam pun sampai. Ain bingkas bangun dan pergi menaiki kereta itu. Imranhanya tersenyum sambil matanya mengekori langkah Ain. Aiman di dalam kereta seperti dapat menghidu sesuatu. Ya, ada bau. Bau penyatuan dua jiwa. Senyum.
___________________________________________________________

Perjalanan hampir 2 jam ke Kampung Baru dari UIA Gombak. Jalan sesak amat. Pemandu teksi menyumpah- nyumpah dengan pemandu lain yang langsung tidak berhemah dalam kesesakan ini. Imran hanya berzikir menenangkan hati. Tapi, syukur juga Imran. Sampai juga dia di depan rumah nya. Rumah Maria. 

" Assalamualaikum."Imran berdiri di hadapan pintu rumah usang itu. Tidak banyak yang berubah. Cuma daun pintu itu telah ditukar dan dicat baru. Di tangan Imran terdapat bungkusan berwarna kuning. Semalam dia sempat pergi ke Jalan Tunku Abdul Rahman. Untuk Maria pastinya.

" Waalaikumsalam." Kedengaran suara dari dalam menyahut diselang- selikan dengan bunyi batuk- batuk.
Tidak sihatkah?

Daun pintu dibuka. Imran menyelak rambutnya yang panjang paras bahu itu. Kacau betul pandangan rambut ni. Lupa pula nak pergi potong semalam. Takpelah, nanti aku pergi potong di kedai Siva.
Keluarlah seorang wanita awal 40-an. Tingginya paras dada Imran saja. Wajahnya putih pucat. Tiada makeup. Dan, dia bertelekung. Imran menelan air liur. Berdebarnya.
Wanita itu mengangkat mukanya memandang Imran. Wajahnya berubah riak. Terkejut. 
Imran cuma senyum kelat. 

" A..aa..apa kau buat di sini?" Maria begitu terkejut. Hampir saja jantungnya gugur. Walaupun wajah Imran sedikit berubah, namun dia kenal benar dengan wajah itu. 

" Kan Imran dah pernah beritahu, Imran akan pulang juga. Terima kasih kerana menunggu Imran sehingga Imran pulang," Imran tersenyum.Di dahi lelaki itu terdapat tanda hitam. Tanda nur. Tanda orang selalu sujud. Tenang saja wajahnya. Maria kehilangan kata- kata. Sugul. 

" Boleh Imran masuk?" Imran cuba menyembunyikan rasa gembiranya melihat Maria yang sudah banyak berubah. Maria cuma mengalihkan badannya dan memberi isyarat supaya Imran masuk. Imran mengangkat beg besarnya dan ditarik masuk ke dalam rumah. Dilihat isi rumah itu tidak berubah walau seinci pun. Semuanya sama.

" Kau...kau nak makan?" Maria bertanya kepada Imran dengan penuh kepayahan. Suaranya tersekat- sekat.
Imran cuma senyum. Kali ini, dia senyum yang senyum!Senyum ikhlas! Imran menyerahkan bungkusan kuning itu kepada Maria. 

" Tak perlu susah- sudah. Im bukan tetamu. Im cuma sudah pulang ke rumah. Ni, ambillah. Memang Im belikan untuk..." Ayatnya mati di situ. Untuk Maria?Atau untuk mak? Dia seperti teragak- agak untuk menyebut. 

Maria menyambut bungkusan itu dan terus duduk di kerusi malas. Senyap. Telekung yang dipakainya tidak dibuka lagi. Matanya jatuh kepada bungkusan itu. Dibuka perlahan- lahan. Imran melihat dengan penuh debar. Sudah terlalu lama mereka tidak bersua. Terasa kekok.

Di dalam bungkusan itu ada sekeping kad merah dan juga sehelai baju kurung serta sehelai..... tudung.
Warna hijau muda. Sesuai dengan kulit Maria yang cerah. Di atas kad merah itu terdapat tulisan Imran. 
" Untuk Maria Manisa Binti Ahmad, mak Mohammad Imran Haikal Abdullah"

Maria mencampakkan kad itu ke atas lantai. Mukanya berkerut kelat. Imran tenang. Ada hikmahnya Im.

" Aku bukan mak kau! Tak faham lagikah?" Imran diam. Sabar.. sabar.

" Heh! Mak? Kalau betul kau anggap aku mak, kenapa kau tak datang jenguk aku hah? Kenapa kau tak pulang beraya?? Kenapa kau biar aku tertunggu- tunggu kau tanpa khabar berita? Kalau bukan kerana Pak Mat dan Bedah, aku pasti tak tahu langsung perkembangan kau! Bodoh! Aku benci kau! Benci!"
Maria tiba- tiba begitu beremosi. Air matanya mengalir laju. Entah kenapa jauh di lubuk hatinya terasa begitu rindu dengan pemuda ini. Rindu dengan pertengkaran mereka. Rindu dengan suaranya. Rindu Imran.

Imran hanya membisu. Dibiarkan wanita ini meluahkan perasaannya. Di dalam hati Imran, berbunga- bunga gembira. Maria menunggu aku. Maria tidak tahu selama ini Imran selalu menjenguk Maria. Dibunuhnya ular yang cuba membuat sarang di rumah itu. Dibetulkan tingkap yang sudah rapuh. Semua itu Maria tidak tahu. Biarlah dulu. 

Maria menghampiri Imran dan mencampak bungkusan itu di muka Imran. Marah!
" Aku tak mahu ini! Aku tak perlu semua ini! Aku senang sekarang! "

" Aku bukan mak kau, Imran! Aku BUKAN MAK KAU!!!" 

Maria menjerit dengan penuh emosi. Suaranya serak. Matanya banjir. Wajahnya basah. Maria terduduk di hadapan Imran. Imran hanya diam. Imran menghampiri Maria dan duduk di hadapan Maria. Perlahan bahu Maria dirangkulnya masuk di dalam pelukan hangatnya. Dagu Imran bersentuh dengan kepala Maria. Maria penat beremosi. Maria membiarkan badannya dalam hangat pelukan Imran. Sesekali dipukul- pukul dada sasa Imran. Benci kau! Benci kau!

" Kau memang bukan mak aku Maria.. memang kau bukan mak aku." Imran perlahan mengiyakan kata- kata Imran. Maria terkejut. Tangisannya terhenti. Bukankah memang ini yang aku harapkan? Bukankah memang ayat ini yang aku selalu mahu dengar? Tapi, mengapa.... aku rasa hatiku bagai dicucuk seribu duri? Maria berhenti memukul Imran lalu cuba meleraikan pelukan Imran. Namun, pelukan Imran terlalu kuat.

" Maria, kau bukan mak aku..." Ahhhh!! Peritnya ayat ini! Jangan kau ucap lagi Imran! Jangan!! Berhenti!! Hati Maria tak berhenti menjerit. Ingin saja ditekup kedua telinganya.

" Tapi kau adalah syurga duniaku. Syurga aku di bawah tapak kakimu. Izinkan aku memasuki syurgaNya bersama tapak kakimu. Bersama kau." Imran membisik. Air matanya sudah tidak tetahan. Ego jantannya kalah. Maria senyap. Air mata kembali membanjiri wajahnya. Senyum. Maria senyum dalam tangisan.

" Panggil aku mak." Dalam sendu senyuman Maria memegang tangan Imran yang besar itu dan digenggamnya erat.
Imran senyum. Di dalam hatinya tak terhingga ucapan syukur.

Senyap..


" Hai mak, mak apa khabar?" Tersekat- sekat suara Imran. Maria tersenyum. Ya Allah, maafkan aku kerana dosaku. Peliharalah anak ini dan tempatkan dia di dalam syurgaMu.
_________________________________________________________

Tamat.

5/1/11

Maria bukan mak aku 4

" Mama..mama you know I love you.
Oooh, mama.. mama you're the queen of my heart
Your love is like tears from the stars
Mama I just want you to know..
Loving you is like food to my soul.."

" Yes it is," spontan Imran menyambung lagu "a song for mama" nyanyian Boyz II Men. Imran ligat menulis lirik lagu " Kasih infiniti" untuk kumpulan Perspektif yang telah disertainya empat tahun lalu. Semenjak keluar dari rumah Maria, Imran terus menyertai kumpulan Perspektif. Pada mulanya dia hanya bermain gitar, kemudian dia membuat lagu dan lirik untuk kumpulan tersebut. Dia tidak mahu menyanyi. Katanya, biar saja di bekerja di belakang tabir. Dia lebih senang begitu. Kini, sudah empat tahun Imran berkecimpung dalam dunia seni. Imran juga banyak menulis lirik, sajak- sajak untuk artis- artis lain. Tapi, itu hanyalah kerja sambilannya saja. Sekadar menampung perbelanjaan universiti dan keperluannya.

Selesai SPM, Imran meneruskan pengajian asasi di Universiti Islam Antarabangsa (UIA). Pak Mat, Hashim anak Pak Salleh yang bekerja sebagai doktor di Hospital Ampang banyak membantunya. Kak Bedah juga kadang- kadang memberi sedikit sumbangan bagi membantu pengajiannya. Kini, dia adalah Imran yang sedang melanjutkan pelajaran di peringkat degree dalam jurusan kejuruteraan mekanikal. Setahun saja lagi. Kemudian, dia akan keluar sebagai orang yang dihormati. Ya, dia mahu kumpul duit. Untuk kahwin. Untuk Maria. Maria.

Imran tidak berubah. Dia masih lagi seorang yang pendiam tapi aktif di dalam pembelajarannya. Dia masih seorang pelajar cemerlang. Dia masih seorang atlit olahraga. Di kampus, siapa yang tidak kenal Imran? Kebanyakannya pasti mengenali Imran.Imran berambut panjang, tinggi lampai dan selalu menjadi imam itu memang idola setiap pelajar. Sudahlah kacak, bijak dan pandai menjaga batas agama.

Tetapi, tiada siapa tahu siapa sebenarnya Imran. Walaupun Azlan, kawan baiknya semenjak sekolah yang kini sama- sama melanjutkan pelajaran di universiti dan bidang yang sama, juga tidak mengetahui cerita di sebalik kesugulan Imran. Yang dia tahu sekarang, Imran sudah pandai senyum. Sikit. Ketawa? Jangan harap.

" Ha, Im. Kau buat apa tu?" Azlan masuk ke bilik asrama mereka secara mengejut. Imran, macam biasa. Stoner. Merenung kertas liriknya yang ditulis tadi. Azlan datang menjenguk lirik "Kasih infiniti".

" Ferr, Im. Gila lah kau. Sudah mahu final exam ni pun kau masih buat kerjakah? Agak- agaklah Im. Tahulah kau bijak! Tapi, utamakan dulu study," Azlan menasihati Imran sambil menghempaskan beg galasnya dan terus mencampakkan tubuhnya ke atas katil. Selesa. Seharian di perpustakaan menelaah. Ahhhh...bestnya.

" Tiba- tiba idea datang. " Itu saja yang Imran jawab.

Azlan sudah biasa dengan Imran yang pendiam. Muka ketat saja sepanjang masa. Azlan pula banyak cakap. Suka berjenaka. Pernah sekali Azlan merajuk tak mahu pulang ke bilik kerana Imran tak ketawa langsung dengan jenaka- jenakanya. Senyum pun tidak. Balik- balik, hujung bibirnya akan ditarik ke kiri. Bukan Azlan tak maklum yang Imran memang tak pandai senyum, tapi entah kenapa dia emo semacam ketika itu. PMS kot? Tersenyum Azlan apabila mengingatkan sifat mengada- ngadanya dulu dengan Imran. Tapi, bagus juga. Semenjak itu, Imran sudah pandai senyum. Sikit. Jadilah dari tiada kan?

"Im,"
"Hmm.." Imran mengangkat kening kirinya. Matanya masih menumpukan perhatian pada lirik lagu itu. Diangkatnya kertas lirik lagu " Kasih Infiniti" separas dengan mukanya. Imran mendengus halus. Dinipiskan bibirnya. Senyum. Okay, siap. Lega hatinya.

" Dah 6 tahun kita member baii. Tapi, segala kisah kau aku tak pernah tahu. Kenapa ya Im?"
Azlan merenung siling. Imran membuang pandangannya ke luar tingkap.

" Aku tak mahu paksa kau cerita. Tapi, kau kawan aku. Dari wajah kau, aku tahu kau sedang bergelumang dalam keperitan yang amat. Aku mahu membantu kau. Spiderman pun perlukan bantuan Im, apatah lagilah kau." Azlan meneruskan rasa hatinya. Dia betul- betul ingin membantu Im. Masalah kewangan kah? Masalah keluargakah? Masalah identiti kah? Celaru.

" Aku boleh lagi," Imran mengemaskan meja studynya. Di susun semua lirik- lirik lagu yang baru dia cipta tadi di dalam fail kuning tertulis " Lirik".

" Terpulanglah Im. Aku tak nak paksa kau. Tapi, kau tahu kan. Apa- apa hal, kau boleh roger- roger aku. "
Azlan mematikan perbualannya. Sudah ebberapa kali dia menguap. Mengantuk amat! Mujur dia sudah solat Isyak di surau blok. Memang niatnya bila pulang ke bilik untuk tidur saja. Perlahan matanya ditutup rapat. Azlan sudah memulakan pelayaran fantasinya.

" Terima kasih Lan," perlahan Imran membalas kata- kata Azlan tadi. Hanya dengkuran Azlan memberitahu " sama- sama " pada Imran. Heh! Tak guna kau Lan. Aku ucap terima kasih kau berdengkur pula! Imran tersenyum sendiri.
________________________________________________________

Pejam celik pejam celik, sudah tamat tahun tiganya. Satu tahun saja lagi. Alhamdulillah, Imran berjaya mengekalkan reputasinya sebagai pelajar cemerlang. Tapi, Imran masih sama. Dia seorang yang merendah diri dan sangat rajin. Perpustakaan umpama rumah keduanya. Hari itu hari Jumaat. Selesai solat Jumaat, Imran terus ke perpustakaan. Cari bahan untuk tesis. Satu- satu buku dibeleknya. Cermin mata yang baru ditempahnya seminggu lepas dibetul- betulkan. Ahhh... sakit kepala gua!

" Gotta..get my head in the game.. ( you gotta getcha getcha head in the game!)" 
Ya, Im! Get your head in the game! Kau boleh buat! Lagu nyanyian Zac Efron dalam High School Musical itu meniup semangat Imran yang semakin rapuh.
Sedang leka membaca, Imran terkejut apabila bahunya ditepuk. Imran mengerutkan dahinya dan mengangkat kening kirinya. Imran berpaling ke belakang. Kelihatan seorang gadis cerah bertubuh montok membuat isyarat "hai" sambil melambai- lambaikan tangannya.

" Sasha, apahal kau?" Sasha ni mengambil jurusan perguaman di sini. Tak sangka mereka ditemukan kembali. Sebenarnya, Im tak suka. Im rimas dengan Sasha yang menggoda. Aku culik kau karang baru tahu!
Sasha menyimpulkan senyumannya. Sengaja. Dia ingin menyerlahkan lagi bibir merah keorenannya. Munggilnya bibir Sasha.

" You buat apa ni?" Sengaja Sasha bertanya.

" Tak nampak?" Imran mencabutkan earphonenya sambil mengangkat kening kirinya. Matanya diberi isyarat supaya Sasha memandang buku- buku dan kertas- kertas tesisnya.

" Ohh, janganlah marah youu. Hihi. You, kita lunch nak nanti?" Sasha memakai shawl jingga terang itu mengenyitkan matanya. Mengada.

" Tak mahu. Hari ini hari Jumaat kan. Perangai elok sikit boleh tak?" Imran malas melayan. Sakit imannya diperlakukan Sasha begini.  Sasha mencebikkan bibirnya. Imran buat tak tahu. Imran terus mengemas buku- bukunya dan beredar dari situ. Tak aman sungguh! Baik tidur di bilik lagi best!
Dan Sasha... mengetatkan genggaman penumbuknya. Nantilah kau Mohammad Imran Haikal Abdullah. Aku akan buat kau tak boleh lari dari aku. Kau.....kau akan jadi milik aku! Milik aku!! Jerit Sasha dalam hatinya. Mukanya berkerut ketat dan bibirnya diketap rapat. Geram.

Imran keluar menuju ke biliknya. Jauhnya tempoat aku parking motor. Ahh, buku ni berat sangatlah. Panasnya cuacaaa. Ahhhhh! Banyak benar alasan kau Imran! Ujian sikit inipun kau nak merungut. Nanti di Masyar matahari sejengkal dari kepala tahu? Astaghfirlaha'zimm.

Dalam perjalanan, Imran terserempak dengan seorang gadis bertudung bawal bidang 50. Dipinnya tudung itu di bahu kiri dan kanan. Gaya butterfly perempuan kata. Manalah Imran tahu.
Gadis itu memakai payung berwarna pink berlindung dari terik matahari.
" Assalamualaikum," Imran memberanikan diri menegur gadis bertudung hijau muda itu.

" Waalaikumsalam.. Eh, Imran. Baru balik dari perpustakaan kah? Banyaknya buku.." Ain tersenyum manis. Tetapi Ain tidak memandang Imran dengan tepat. Sesekali saja mata mereka bertembung. Kebanyakan masanya Ain akan mengalihkan pandangannya dari muka Imran. Segan barangkali.

" Ermm, ya. Ain? Oh, nanti beritahu Aiman yang Im akan fakskan lirik " Kasih Infiniti" tu ya?"

" Oh, Ain dari kelas. Nak hantar buku sebentar. Okay, nanti Ain beritahu Abang Aiman ya. Erm, ada apa lagi?" Ain tak mahu berbicara lama. Panas. Lagipun, dia segan.

" Tak ada apa, cuma.." Imran terketar- ketar.

" Cuma?"

" Erm... hati- hati. Jalan ke sana banyak lopak."Ahhh, apa kau cakap ni Imran!?  Ain tertawa kecil.

" Hihihi, tengah panas ni manalah ada lopak Im. Dari pagi tak hujan bila masa pula ada lopak ni... Sihat tak ni? Hihihi. Ok lah Im, Ain pergi dulu ya. Assalamualaikum." Ain berlalu meninggalkan Imran. Imran menepuk dahi sambil menjawab salam Ain. Apalah kau ni!!! Imran berjalan menuju ke motornya. Pasrah.
___________________________________________________________
bersambung....

4/26/11

Aku dan Shiloh Fernandez

Kadangkala penulisan boleh buat aku jadi gila.
Ya, gila kerana bahasanya. Gila kerana sasteranya. Gila kerana hiperbolanya. Entah sejak bila aku mula meminati sastera ( bahasa Melayu khasnya ), aku juga tidak mengerti bila. Ok, ini entri kedua buat hari ini. Seronok menulis tahu? Almaklum, aku baru saja menamatkan perjuangan di medan peperiksaan akhir bagi sem 4. Alhamdulillah, aku berjaya memberi tembakan dan penggorengan padu. Hehe

Sabtu lepas, aku melepaskan rindu pada kawan baikku dan adikku tersayang. Berjalan di sekitar Times Square yang sarat dengan manusia bawah umur dan persepaduan tangan- tangan bukan muhrim memberi aku sedikit kejelikan ketika aku menebar sayap kebebasan. Ahhh, ramai betul orang couple. Ahhh, ramai betul pakai seksi2. Ahhhhh, ramai betul tak cukup kainnn. Kadang fikiran keji aku mula mengejekk,
" Eh, tak kusangka Malaysia yang kaya raya ini punya sumber textile yang terhad. Sungguh kasihan ya." ;D

Ramai budak- budak sekolah. Pakaian cukup advanced. Sedikit, eh bukan. Banyak meluat melihatnya. Badannya papan gembira saja pakai ketat2. Kantoi lah kau belum subur! Kain singkat menampakkan betis putih halus mulus. Yang bertudung? LEGGINGS. Ahhh, penyakit legging ini dari muda sampai yang tua pun pakai! Mahu berdarah bijik mata ini tahu?? Bosan dengan suasana itu, kami menempah tiket wayang.
Agak lama juga aku tidak singgah ke kancah gelap maksiat couple2 ni. Mujur aku duduk jauh dari mereka.

Red Riding Hood. Boleh laa. 3/5. Itu pun kerana heronya hot.

there you go Peter, ( ady forgot his name! ) and Valerie.

this is the hero. Peter. Shiloh Fernandez. To make it short, at the end, he turns into a wolf. Why? 
I'm not going to tell yaaa! HAHA
( Please just say it he's HOT )

This is the second heroin. CKB. Her roles? 
Illegal caunsellor. 
Cartoon maniac.

Ada pengkid mencuba nasib minta nombor aku. Dalam fikiran aku, aku cuma ingin belasah saja si pengkid ini agar kembali kepada fitrah. Ahhh, apa sudah jadi pada homosapiens di dunia? ( Memejamkan mata mendongak ke udara )

Tipikal filem antarabangsa, pasti ada unsur ghairah. Ahh, bosan beteii. Malaysia nak angkat filem ke antarabangsa pun kena ada unsur ghairah juga kah? PLEASELAHHHHH

Di sebalik tirai ortodoks.

Assalamualaikum..


" Sorry babe, aku tak leh lah nak kuar dengan kau esok, minggu ni aku tidur umah boipren aku," kata Shila kepada Fana.


"Eh, kenapa kau cakap perlahan sangat ni? Line rosak ka?" 
"Bukanlah, ni awek aku ade kat rumah aku la.. dia tidur sini malam ni."
__________________________________________________________________

Rumah yang dimaksudkan bukanlah rumah bujang tetapi ia adalah rumah family. Di mana kau akan tinggal dengan mak abah serta adek beradek kau yang kau selalu bergaduh tu.




"Eh, baguslah tu. Lepak umah family bukanlah rumah sorang2..tak da maksiat..dapat eratkan silaturahim antara awek dan keluarga pakwe. Hubungan direstui gituu"

Erm..
Kini, boleh kata memang ramai yang mengamalkan tradisi awek-tidur-rumah-famili-pakwe atau pakwe-tidur-rumah-famili-awek. Kata mereka itu dapat mengeratkan hubungan plus, bukan ada maksiat pun kan?kan?

Katakan saja aku ortodoks, orang zaman batu atau pun keturunan Paleolitik tak mahu maju.. aku tak peduli, aku tak ambil erti..aku tetap kurang ( atau sama sekali tidak ) setuju dengan tradisi ini. Belum ada apa- apa hubungan sudah dipanggil "mak" pada mak pakwe. Belum ada apa- apa sudah tidur di rumah keluarga. Di layan seperti ahli keluarga. Kalau putus, agak2 nyalah..apa yang akan jadi? Masih lagi tidur di sanakah?

Seorang perempuan seharusnya menjaga batas- batas pergaulan. Ya, kamu bukan buat apa.. cuma ingin rapat dengan keluarga si dia saja..
Bagi aku, adalah tidak manis bagi seorang perempuan pergi ke rumah seorang lelaki tanpa alasan yang kukuh.  Lagikan pula bermalam. Sekalipun keluarganya ada, bukanlah satu tradisi atau adat Melayu dan mungkin tidak elok juga di sisi agama untuk berbuat demikian.

Aku mungkin terlalu ortodoks, tradisional mungkin. Tapi, apalah salahnya kira menjaga peribadi kita. Seorang perempuan yang baik bukanlah seorang perempuan yang selalu mengunjungi rumah seorang lelaki bukan mahramnya.

Lepas tu, takkanlah korang nak pakai tudung sepanjang masa kan dalam rumah tu? Mesti akan mengerbangkan rambut kau punyaa. Aurat ditayang. Yelah, kan dah jadi 'keluarga'.

Aku agak pelik bagi keluarga yang membenarkan awek/pakwe anaknya untuk bermalam di rumah mereka. Kalau mereka dalam keadaan bermusafir lainlah.. ini saja- saja. Apalah motifnya. Di mana batas2 pergaulan itu akan terjaga sedangkan si ibu bapa pun approve kebebasan anaknya itu?

Heh, dunia dunia..

Aku mungkin ortodoks, tradisional, kuno dan retro. Tapi, adalah lebih baik andainya kita menjaga diri sendiri. Sudah biasa pergi ke rumah keluarga, pasti biasa juga pergi ke rumah bujang, kan?
Apa nak bimbang? Famili kita setuju dengan hubungan kita. Kita pasti akan kahwin punya. Duduklah sayang tengok tv dekat rumah B. Lepas tu? Tangan merayap ke seluruh anggota badan si gadis. Katanya praktikal palpation anatomy. Kan sudah jadi 'keluarga', manakan haramnya ye dak?


aku mungkin di penjara ortodoks, tapi aku rela jika maruahkan selamat di dalamnya.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails