Pencanting tegar

Showing posts with label sengih. Show all posts
Showing posts with label sengih. Show all posts

3/3/16

Missing the missed misses


Though it has been quite sometime being a hiatus to certain people that does not mean I am completely out of the circle. It just may seem I am hibernate for a while to catch up my breath at my own world.

Hurt. Scars. Memories.

These may be quite a negative words to be put up a "happy life" dictionary but without them, life won't be sweet. It's true its hurt when those scarring scaring the shit out of you. Not that scared scare. Just scared in reminding you the feeling back then. You know? The-not-happy-moment-we-shared-but-pretends-to-be-cool-but-you-are-pissed-off-still?

Sometimes its not the big things that matters, its the small things that had been missed.

Kinda missing those little moments but I guess they are so busy catching up trendy hashtags and hipsters or whatever the kids called them. I guess I am just too old for these superstar instagram social media damn things. I burst what I wanna say. And anyway, I am not been very talkative (or maybe writative?) to social media thingy. Especially when it comes to my personal life. So why do you wanna give f'ed to every words I say and what I did?

Sorry, too busy contented with happiness and just don't give a damn shit about you guys. Ops, sorry. That was uncalled. A lie perhaps. I DO care.

Disappointed. I think that's BEST describe what I felt. For like now? I just don't care. Won't care.

I am now upgrading my life. Alhamdulillah, things surely gets better and good.

I fell several times and most of the times I was being lifted by Him. The One that never left me. He is The One and Only I can depend on. The one that Forgives.

He surely understands my mess and charms. Though the dark spots scattered all over the place. He brings out the stars in me. Thank You Allah. How can I be so ungrateful..

Just stop meddling other peoples life. Or at least, just stop being a douche. Or hoe. Its disturbing.

3/22/12

Mengintai pelangi

Hidup ini takkan selamanya indah. Takkan selamanya senyum. Takkan selamanya aman.
Pasti ada ketikanya badai gelora menghempas jiwa, menggelodak emosi dan mencabar sabar.

Pasti ada tikanya kerut dahi ketat berlipat, mulut muncung ke depan, dan hati terbakar membara- bara.
Di sini, hanya iman dan kewarasan akal saja yang dapat mengawal diri.

Orang kata, bila seseorang itu sedang marah jangan di balas dengan tengkingan.
Umpama menuang minyak ke dalam bara api.
Sebaliknya, jadilah tasik yang sejuk dan tenang.
Bukankah marah itu api, dan sebaik- baik pemadam api adalah air?
Atas sebab itu agama mengajar kita untuk berwuduk bila hati sedang panas. :)

Bila A marah, B harus diam. Tenang.
Tunjukkan kasih sayang.
Mengalah bukan bermakna kalah.
Yang kita mahu kesepakatan, bukan siapa menang siapa betul.

pelangi bagi siapa yang bersabar menunggu tamatnya hujan

Dalam cerahnya hari, pasti akan ada tikanya hujan lebat guruh petir melanda
Mengapa tangiskan hujan lebat itu
sedangkan ada pelangi mengintai di akhir titisannya?

Turunnya hujan bermakna turunnya rahmat Allah. Pelangi itu adalah hadiah bagi siapa yang bersabar dan berfikir.

Jadinya pertengkaran itu bermakna itu ujian Allah. Nikmat hebat menunggu di akhir ketegangan itu bagi siapa2 yang berfikir dan bersabar.



Hidup tak sentiasa indah, tapi ia akan jadi lebih indah bagi yang tahu menghargainya. :)

12/31/11

Best ke Ombak Rindu itewww? ( review )

Entri kedua hari ni.
Demm, pada waktu kritikal camnilah jari jemari aku gedik menggelupur untuk  berblogging. Dan di waktu genting macam ni lah aku gi tengok movie kat laptop Dati.
Helo helooo ada nota OT Neuro dan OT Geri yang perlu di study hokayyyy..Beratur nunnnnn...hahaha..waklu!

back to the topic, aku nak buat review pasal cerita Hombakk Rindeww yang aku rasa majoriti perempuan duk kata, " Aww,, besh nyerww..cuwiitt..sedeyyy"
Aku, selaku seorang yang paling senang nak menangis atau paling ciwek dalam geng memember ingin menguji sejauh mana filem meletopp pop popcorn ni mampu buat aku menangis.

So, Idati pun bukak le cerita tu sambil kami makan tengah hari.

Oke! Ini list review aku pasal ceghita ni:

1. Geli. Banyak sangat aksi sentuh menyentuh antara bukan muhrim. Kulit ke kulit pulakk tuu. bahu Aaron menyentuh bahu Maya, dada bertemu dada. Banyak aksi cium mium, kemban memban, dan atas katil. Mungkin aku dah lama tak tengok movie orang real berlakon ( selama ni aku asyik tengok cerita kartun ) so aku rasa geli mual sengal. Aku terfikir, apa lah yang bini Aaron tu pikiorkan mase Aaron berlakon ngan Maya tu.

2. Banyak sangat bridge yang tak perlu (kot ). Antara satu babak ke satu babak ada bridge kan.. yang hitam malap2 tu. Aku ni takdelah pandai bab edit mengedit video apatah lagi filem.. tapi bagi aku dan geng2 musyawarah tadi.. terlalu banyak bridge tu. Macam annoying sikit. Buat aku jadi blur, pe cerr ni lompat2 cerita?

3. Takde caption description of certain situation. Macam.. yelahh. Si Izzah tu kan dah lama tak balik kampung kan.. kot ye pun tulis la kat situ " Selepas 2 bulan".." Selepas 10 tahun ". Aku ngan Nani tu jadi blur.. ape kes kata lama tak balik kampung tapi tak tahu dah bape lama tak balik? Paham ? Paham?

4. Tak sedih pun? Oke, mungkin sebab aku tengok dengan kengkawan aku yang gegile dan asyik ketawa sepanjang tengok cerita tu maka aku tak dapat fokus kat cerita. Atau mungkin sifat kuat nangis aku dah kebal. Aku faham macam mana rasa seorang Izzah tu.. cuma.. mungkinla kan..bridging cerita dan susunan tak sama macam dalam novel kot.. tu aku takdela rasa sedih pun. Aku cuma rasa.. slow.

5. Lisa. Pergh, watak Lisa memang best. Aku suka dia dalam cerita ni. memang ada masalah Mood disorder. Aku rasa watak dia dalam tu ada Bipolar Mood Disorder. Memang sesuai la watak dia dalam tu. Baran je kejernye. Jangan baran ngan Yusry udah le ye. :P

6. Aku suka Bront dalam cerita ni. Tak tahu napa. Nampak macho. Bhahaha.

7. Okelah, Hariz ngan Izzah tu sweet la jugak. Kesian je tukar2 jam tangan untuk hantaran.
Sweet. Simple je nikah camtu. Tapi, aku rasa lah kan..Maya cam tak bape sesuai jadi si Izzah. Aku rasa yang cam sesuai Tiz Zaqiyah. Bagi aku Tiz memang sesuai watak2 perempuan kampung teraniaya gitu. No offense eh Tiz. Hehe. Cuma aku rasa Tiz memang pandai bawak watak camtu. Ha, kalau bukan Tiz pun.. Fouziah Ghous! Dia pun best gak.

Overall? Boleh la cerita ni.
Cuma bila ada lagi 5 minit cerita ni nak abes, kawan aku tiba- tiba menempelak

" Tahi la! Cerita ni tak patut keluar jadi filem! Cerita ni patut keluar jadi drama kat TV1 je! Nak masuk TV3 pun tak layak! Puii " ( oke, yang part 'puiii' tu aku yang tambah )
dan kami yang lain bantai gelak je. Kehkehkeh

Serius, aku rasa biasa je la tengok cerita tu. Mungkin aku yang salah timing sebab tengok time genting ni kan. Atau....

cerita ni memang tak best. ( kot )

Okeh, jangan marah peminat Ombak Rindeww seklian. Ni pendapat aku yang sepatutnye study time ni je. Challo betehh

9/27/11

Malam dingin yang hangat

Malam ini aku duduk termangu di depan laptop yang baru masuk tahun ketiga bersamaku.
Rheumatoid arthritis dan OTPF aku tatap satu- satu dengan mata yang semakin mahu layu.
Jasad umpama kayu terpacak di kerusi tak bisa bergerak sini sana
Sejuk.
Tapi masih hangat.
***************************
Orang kata.. dalam hati ada taman
Mungkin untuk aku.. bukan taman lagi..

Ia ada sebuah dunia penuh bunga dan kilauan bintang
Putih
Bersih
Suci

Patut kah aku punya perasaa berat sebelah ini?
Sedang patut aku letak redha di puncak emosi
Bukan rasa yang bias
Tak adil
Tak adil


Mungkin aku perlu minta lagi pada Tuhan
" Ya Allah, tolong jaga hati ini. Tolong jaga hati ini. Jangan biarkan aku menyerahkan kepada yang bukan sepatutnya. Hanya Kau yang Maha Memahami"

Jangan bias
Jangan berat sebelah




Ada satu suara di hujung kotak hati

" Aku berdoa pada Tuhan agar dia orangnya. Ya, dia. "

Allahumma ameen. Moga Allah permudahkan urusan kita.

Selamat belajar wahai mahasiswa sekalian.

9/4/11

dear haters and anon~

Selamat Hari Raya ;D


6/8/11

Suami kena kuat

Assalamualaikum


Memanglah kalau dah kahwin tu suami memang kena kuat. Kalau tak kuat camne nak dukung bini yang tengah pregnant tu kan? Kan? Ha! Ha! Korang pikir kuat apa? Cepat je korang tekan eh? Otak kuning betul. Haha


Seorang suami haruslah kuat pertamanya dari segi agamanya.
Jadi, wajarlah adanya satu institusi atau seminar ke ape ke bagi mereka2 yang bergelar suami atau yang bakal jadi suami ini untuk bermuhasabah diri dan memperbaiki iman agar dapat memegang teguh agama dalam keluarga. 







Daripada buat isteri2 setia punye persatuan, baik buat persatuan suami soleh ke... kan? Isteri setia buat apenye nak berpersatuan? Duk umah le atenye jaga makan minum pakai anak suami ye dok? Suami tu kena bagi banyak ilmu agama, senang le deme nak paham yang agama Islam ni mudah dan penuh dengan kasih sayang. Ate kalau suaminya sembahyang pun idakk, bini sibuk persatuan sini sana.. nak kukuh mende rumahtanggenye? hoho
Rujuk sini.


Dari Dr. Fadzillah Kamsah. rujuk sini.


Ha, 10 sifat calon suami yang baik!


Agama!
Akhlaknya!
Tegas!
Amanah!
Tak boros!
Jaga pandangan tak tengok perempuan lain!
Jaga batas pergaulan!
Rakan pergaulan yang baik!
Bertanggungjawab!
Wajah tenang!


Ha, kalau anda yang kaum Adam ni nak jadi calon suami yang baik, bolehlah baca ulasan lanjut di sini ye.


Selain itu, anda juga boleh rujuk sini untuk menambah ilmu tentang bagaimana untuk menjadi suami atau bakal suami yang baik. 


Sesungguhnya telah ditetapkan jodoh kita di Lauhul Mahfuz. Lelaki yang baik adalah untuk perempuan yang baik dan begitulah sebaliknya. Jika kamu seorang yang baik tetapi mendapat pasangan yang tidak baik, pohonlah padaNya. sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana. 


Selamat bertemu jodoh kalian =)

5/17/11

Seni yang dilupa

Hari ini aku meneroka setiap susuk pameran di Balai Seni Lukis. Sudah dua tahun aku duduk berdekatan dengannya tapi baru hari ini aku berpeluang untuk menjejak kaki di sini.
Indah- indah seninya, tak tercapai dek akal.
Ada yang seninya terus, ada juga yang halus.
Ada yang kasar, ada yang perlu jana minda.

Apa pun, aku suka.

Aku meneliti setiap hujung ke hujung hasil seni setiap artis. Aku kagum.
Aku tak punya ini kelebihan, aku cuma mampu senyum sekali sekala. Heh, mereka sarkastik di dalam seni mereka.
Kadang seni itu menakutkan. Ya, andai ada yang salah menafsir.. takut haluan hidupnya simpang pula.
Bagi aku, setiap hasil itu adalah seni. Dan setiap seni tiada yang huduh.
Bagi aku seni adalah sesuatu yang abstrak, subjektif di mana lain manusia lain penilaiannya.

Di antara karya- karya visual yang dipamerkan ada diselit beberapa baris puisi dari sasterawan terkenal seperti Usman Awang dan A. Samad Said. Bahasa yang mudah, tapi penuh dengan cerita.

Mereka yang sayang seni adalah mereka yang menghargai budaya dan juga sejarah.
Mereka yang suka seni adalah mereka yang kagum dengan kejadian indah alam ciptaanNya.
Mereka yang berseni adalah mereka yang setiap saat memikir jalan baik untuk dunia.
Sedang belajar itu jua seni.
Bagaiman strategi untuk mengulangkaji, buat latihan, menyelsaikan masalah..semua itu seni.
Terpulang pada manusia dengan seni mereka masing- masing.
Namun... masih yang tak punya mata untuk melihat. Hanya untuk memandang.
Masih tak punya telinga untuk mendengar. Hanya untuk hiasan.
Masih tak punya akal untuk faham. Hanya untuk berfungsi.
Masih tak punya hati untuk menilai. Hanya untuk naluri sendiri.

Sedang sejarah itu seni, mengajar pemuda pemudi
Tentang indahnya dunia hasil korban darah nenek moyang
Indahnya bebas selepas jiwa mereka yang dulu dipenjara ketat
Seronoknya melangkah ketika dulu orang lama kaki tangan terikat

Bangunan lama berkulat mercu sejarah bangsa bebas merdeka
Menjentik kembali memori sejarah pahlawan bangsa yang benar pertahan negara

Sejarah itu cerita lampau yang benar
Persetan pahit atau manisnya
Ia masih sejarah

Manakan lagi jadi sejarah andai ia diubah mengikut rasa
Bagi mereka yang tiada seni di dalam jiwanya
Bagi mereka yang mengurung kebebasan berseni di dalam dirinya
Bagi mereka yang terkurung dengan arus hedonisme yang meracun bagai virus
Dipenjara cerita prono, diikat dengan maksiat, dicampak ke alam 'gembira tanpa kiamat'

Kembalikan jiwa senimu
Sedang Islam itu sangatlah halus dan berseni
Ya, halus seninya

4/26/11

Aku dan Shiloh Fernandez

Kadangkala penulisan boleh buat aku jadi gila.
Ya, gila kerana bahasanya. Gila kerana sasteranya. Gila kerana hiperbolanya. Entah sejak bila aku mula meminati sastera ( bahasa Melayu khasnya ), aku juga tidak mengerti bila. Ok, ini entri kedua buat hari ini. Seronok menulis tahu? Almaklum, aku baru saja menamatkan perjuangan di medan peperiksaan akhir bagi sem 4. Alhamdulillah, aku berjaya memberi tembakan dan penggorengan padu. Hehe

Sabtu lepas, aku melepaskan rindu pada kawan baikku dan adikku tersayang. Berjalan di sekitar Times Square yang sarat dengan manusia bawah umur dan persepaduan tangan- tangan bukan muhrim memberi aku sedikit kejelikan ketika aku menebar sayap kebebasan. Ahhh, ramai betul orang couple. Ahhh, ramai betul pakai seksi2. Ahhhhh, ramai betul tak cukup kainnn. Kadang fikiran keji aku mula mengejekk,
" Eh, tak kusangka Malaysia yang kaya raya ini punya sumber textile yang terhad. Sungguh kasihan ya." ;D

Ramai budak- budak sekolah. Pakaian cukup advanced. Sedikit, eh bukan. Banyak meluat melihatnya. Badannya papan gembira saja pakai ketat2. Kantoi lah kau belum subur! Kain singkat menampakkan betis putih halus mulus. Yang bertudung? LEGGINGS. Ahhh, penyakit legging ini dari muda sampai yang tua pun pakai! Mahu berdarah bijik mata ini tahu?? Bosan dengan suasana itu, kami menempah tiket wayang.
Agak lama juga aku tidak singgah ke kancah gelap maksiat couple2 ni. Mujur aku duduk jauh dari mereka.

Red Riding Hood. Boleh laa. 3/5. Itu pun kerana heronya hot.

there you go Peter, ( ady forgot his name! ) and Valerie.

this is the hero. Peter. Shiloh Fernandez. To make it short, at the end, he turns into a wolf. Why? 
I'm not going to tell yaaa! HAHA
( Please just say it he's HOT )

This is the second heroin. CKB. Her roles? 
Illegal caunsellor. 
Cartoon maniac.

Ada pengkid mencuba nasib minta nombor aku. Dalam fikiran aku, aku cuma ingin belasah saja si pengkid ini agar kembali kepada fitrah. Ahhh, apa sudah jadi pada homosapiens di dunia? ( Memejamkan mata mendongak ke udara )

Tipikal filem antarabangsa, pasti ada unsur ghairah. Ahh, bosan beteii. Malaysia nak angkat filem ke antarabangsa pun kena ada unsur ghairah juga kah? PLEASELAHHHHH

4/14/11

cool tapi hipokrit

Assalamualaikum

Semalam,err..pagi ni..pukul 4 pagi.. baru je menghabiskan cerita drama Jepun; Nobuta. Bukan apa, saja buang stress jawab exam Systemic Pathology yang buat aku rasa nak lempang diri sendiri.

Akira dan Shuji

Cerita ini banyak reminisce moments in secondary school. Yeah.. bagi aku, kenangan yang paling manis adalah ketika di sekolah menengah. Pada masa Form 1 dan Form 2 masih lagi keanak- anakan, but things heat up when Form 3 sampailah matriks. Betul, zaman remaja yang benar2 remaja bagi aku adalah ketika berumur 15 tahun sehingga 19 tahun. Duration masa itu sekejap saja, hanya 4 tahun tetapi terlalu banyak memori dan  perkara yang berlaku.
Entah kenapa masa sekolah tak sabar je nak keluar pergi universiti tetapi bila dah duduk dekat dalam U ni, aku benar- benar merindukan zaman persekolahan.


Seperti Nobuko, demi untuk fits in dalam community, dia perlahan - lahan untuk berubah menjadi yang lebih baik. Shuuji on the other hand, keep pretending to be cool sebab dia mahu semua orang kenali dia walhal dia tidaklah secool manapun sebenarnya. Watak yang benar- benar genuine dalam cerita ini adalah Akira di mana dia tetap menjadi diri dia.

So, apa yang aku dapat dari cerita ini?


Friendship. Point of change.

Friendship yang kukuh buat aku rasa cemburu dengan Nobuko yang punya sahabat begitu setia bersamanya walau seteruk manapun dia. Semuanya dilalui bersama- sama. Cute!

Point of change. Jangan tipu kau yang kami nampak sekarang adalah kau yang sebenar dari dulu. Setiap orang akan mengalami proses perubahan. Proses perubahan yang paling rapid adalah ketika di sekolah menengah di mana semua orang mahu fit in dengan rakan- rakan dan trying hard to be popular. Heh, termasuklah aku. So, pelbagai aktiviti akan disertai oleh remaja2 yang dahagakan populariti ini. Sepanjang tempoh ini, adalah tidak dinafikan betapa ramainya umat menjadi hipokrit. Kau cuba get along dengan kawan- kawan yang cool atau serupa haramm supaya kau diterima untuk join group mereka.

Dari seorang yang pendiam kau berubah menjadi seorang yang banyak cakap. Dari seorang yang tak cool kau menjadi cool. Eleh, kau ingat mereka yang cool tu tak noob macam kau ke dulu? Mereka pun berubah lahh.

" No one is confident with themselves. Everyone is afraid of what people thinks"

Betul tak pernyataan ni?
Heh, jangan tipulah. Kalau benar kau yakin dengan diri kau.. aku cabar kau berak kat tepi kedai KFC sekarang! Apa? Malu? Malu pada siapa? Kan kau sangat confident kan?
See? Mereka yang cool itu hanya di mata kita. Hakikatnya mereka tu tak cool pun. Mereka cool sebab mereka selalu memikirkan apa yang orang lain fikir terhadap diri mereka. Acting cool to fit in.


Popular girls? Trying to be mean and acting 'pretty'. This is the definition of popular girl to me. Di zaman sekolah dulu perempuan yang popular ini adalah perempuan-cantik-yang-aktif-sukan-tak-pandai-pun-takpe-ada-gedik-cukup-untuk-buat-kau-rasa-nak-pijak-jenis-layan-semua-lelaki-seksi-sikit-serta-punya-barang-yang-mahal-mahal-tahap-celebrity-serta -suka-cakap-ikut-suka-lutut-kambing-kau.

Setiap orang memerlukan perubahan demi kebaikan sejagat, dan mungkin kadang- kadang kita perlu menjadi hipokrit tanpa kita sedari. Bukan semua benda kau boleh lepas cakap semua. Ada benda kau akan simpan dalam hati tapi balik bilik tumbuk bantal tekup bantal jerit sekuat hati Mak Limah bila keluar bilik senyum manis. Semua orang perlu menjaga hati semua orang.

Tapi, ada benda yang kau perlu kekalkan. Personaliti. Walaupun kau pakai macam Paris Hilton, menggedik macam Paris Hilton, ada rancangan BFF sendiri tetapi kau tetap tak boleh jadi Paris Hilton. Kau tetap Bedah jual kuih kat tepi kedai Pak Jabit. Kan?
So, why trying hard to be someone that you are not?

Ubah sedikit sifat untuk menjadi lebih baik.Tapi, keep your personality. You cannot change the whole you. 
Ada apa pada populariti? Ada apa pada cool?
Being yourself is more cool than being everyone's cupcake.
Cupcake.. the ingredients are almost the same. Only the appearance and how it was made makes it different.
No matter who made it, where it was made, what inside it.. it will always be a cupcake. Alter lah macam manapun, cupcake itu takkan menjadi durian mahupun dinosour. Masih lagi cupcake. Comel di mata orang, manis bila dimakan. Memberi senyuman pada mereka yang kelaparan.
Kamu hanya cupcake yang kecil.. bukan kek Secret Recipe. Tapi, sebab dah ubah sikit ingredient bagi sedap, corakkan dengan cantik2.. semua orang pun senyum melihat cupcake tu.

kan?

p/s: Perubahan itu perlu, tapi bukan terus menukar diri kamu.. cuma buang sifat buruk itu.
:)

4/10/11

Dunia Blogger huru hara kah?

Assalamualaikum

Aku bukanlah blogger yang popular dan dikenali sangat dalam dunia blogger ni. Kadang2 aku banyak gak tak tahu apa dah jadi kat dalam dunia blog. Setelah beberapa lama aku menyepi dek kerana praktikal dan sekarang aku akan menghadapi final exam yang ke-4 di universiti tercintan aku ni, aku banyak membaca blog- blog ( BW) orang lain. Tapi, malang sekali aku tidak meninggalkan jejak. Ahah, takpelah.. aku tak kisah sangat pasal trafik ni.

Aku lihat, banyak jenis blogger ni. Dan sekarang, bagi aku lah..isu terhangat adalah apabila blogger2 mengutuk atau dalam bahasa baiknya adalah mengkritik blogger2 lain. Tak perlu kot aku bagi link siapa aku pasti majoriti blogger tahu siapa mereka yang sarcasm ini. Ini aku senaraikan pendapat aku:\



1. Aku pembaca tegar blog sarkastik tersebut dan harus aku akui.. apa yang mereka sarkakan adalah kebenaran yang kita, manusia seringkali cuba tutup dengan kain chiffon bagi nampak cantik. Dalam 75% isi kandungan blog tersebut aku setuju dan selebihnya aku tak setuju dan malas ambil port.
Yang benar memang pahit, kan?

2. Juga aku akui, memang cara mereka terlalu kasar mungkin lebih2 lagi majoriti mereka Melayu Islam dan orang yang mereka kutuk itu jua Melayu Islam. Cara mereka kasar, menyentap tanpa belas kasihan. Jika ingin menegur, gunalah cara berhemah..tegur direct je derr.. tak payah guna blog berkias semua. Kan ada yang dah sentap buat entry post emo. Hehe

3. Setiap manusia itu berbeza. Maka setiap blogger itu berbeza. Ada yang suka pura2 comel padahal kat realiti amikkk kau ganaih gila rimau pun kecut pancreas tengok beliau. Biasalah tu, ada yang jujur... ada yang hipokrit demi meraih trafik. we have to accept the differences lah. Aku pun banyak je blog2 yang aku memang tak suka. Lagi2 blog ' perasan comel' tepek muke muncung itik beriban dekat blog mahupun FB. Tapi, aku boleh buat apa? Kutuk? Kritik? Tak akan ada bezanya. Sebab selagi blogger tu tak mahu sedar diri semakin tua dan perlu matang tak guna kau kutuk2 beliau.

Samalah aplikasinya dengan kambing. Kau kata kambing busuk tak mandi.. kutuk gila2. Macam la kambing tu peduli kan? kan? So, apa yang korang boleh buat??
>>> Berdoa lah agar mereka diberikan petunjuk supaya bijik mata korang tak sakit bila tengok muka muncung itik mata boolat dalam " Pencarian Awek Tudung Muka Kiut Badan Mantap" Hahaha.



Tak guna kau kutuk2 kritik2 sebab sebenarnya kau menaikkan trafik diorang jugak.

" Bapak lah blogger Cik Kain Batik ni! Bajet baik gila cun semua ahhhh?? Perasan baguihh je! Aku memang benci bloogger macam ni!"

Lalu orang pun cari siapa Cik Kain Batik ni? Haa...tak pasal2 trafik aku naik sebab ada orang kutuk aku kan? Duit nuff aku pun naik beriban. Bolehlah nanti aku nak cash out beli Laptop baru. Hohoho.

So, buat pengkritik... tegur dengan cara berhemah.
Buat yang dikritik, cuba reflect balik betul salah mereka yang kritik anda tu. Jangan terus sentap je tak memasal. Lagi kau sentap, lagi best orang nak kutuk kau. Tak payah raih simpati sebab kadang2 aku pun meluat dengan entry tacink lepas dikritik.
Kalau kritikan itu munasabah..ambillah iktibar.. kalau tiba2 macam takda kena mngena.. pekakkan telinga butakan mata tak payah baca lagi blog deme.
OK?

Hidup ini penuh warna. Berbagai ragam manusia. Ragam itu menjadikan ia berwarna warni. Kalau semua nak sama macam kau.. Kau kawan dengan diri kau sorang sajalah.  Accept differences. Tegur dengan baik.

Aku suka blogging sebab aku boleh curahkan pendapat aku kat sini. Sekian.

4/4/11

Kenapa mesti Cik Kain Batik?

Assalamulaikum

Acapkali aku ditujukan dengan persoalan ini iaitu; " Kenapa mesti Kain Batik?"

Hehe... Di sini, biarlah aku menjelaskan dengan lebih detail tentang maksud di sebalik CKB ini.



Kain Batik: material kapas yang merupakan warisan turun temurun masyarakat Melayu khususnya wanita. Kain batik punya banyak corak yang biasanya bercorakkan alam semulajadi yakni bunga bungaan dan daun daun.

Itu, adalah maksud secara literal.

Metaforanya; kain batik merupakan warisan wanita Melayu turun temurun. Kain batik itu sendiri melambangkan sifat Melayu yang sukakan alam semulajadi melalui corak floranya, feminin dan kesopanan bahasa serta budaya masyarakat Melayu. Kain batik boleh digayakan sebagai kain biasa yakni diikat di pinggang, ataupun dijadikan selendang ( wanita Melayu dulu2 ). Pemakaian kain batik yang diletak di atas kepala seperti selendang menggambarkan keayuan serta sifat malu yang ada pada seorang wanita.



Wanita Melayu dahulu umpamanya Mahsuri digambarkan melalui penceritaan dongeng yakni sebagai seorang wanita Melayu yang sopan, cantik parasnya, ayu lembut tuturnya, senyum manis bicaranya, sopan gayanya namun tegas dalam pendiriannya. Digambarkan sebagai seorang yang setia, jujur dan bersungguh- sungguh dalam kerjanya baik di rumah mahupun di bendang. Itulah gambaran wanita Melayu bersama kain batik yang kita boleh imaginasikan sekarang.

Kini, apa yg dapat kita lihat sekarang pada wanita Melayu? *uhukz

Tak juga kata aku ini wanita Melayu terakhir gila sopan tahap dewi- dewi remaja. No no noooo
Tapi aku ingin sekali mngembalikan warisan dan tipikal wanita Melayu dahulu yang terkenal dengan kesopanan serta kelembutan bahasa ( bukan kebodohan ) cumanya diberi sedikit nafas baru dengan cita-cita yang tinggi, ketegasan serta pengaplikasian agama yang utuh di jiwa. Cukup ingin sekali. Ya, aku masih tak berjaya sebenarnya.

Ada kawan lelaki aku kata, biasalah lah kalau lelaki pakai kain pelikat.. nama macho..kelelakian. ( Ya, aku setuju..aku rasa lelaki yang pakai kain pelikat dengan baju Melayu nampak sangat cool lagi2 kalau ada songkok atau kopiah dan hanya pakai selipar jepun berjalan lenggang pulang dari masjid atau surau setelah selesai solat berjemaah ). Tetapi, perempuan tak boleh pakai kain batik keluar rumah sebab nampak sangat seksi. 


Lebih seksi daripada yang pakai hot pants, spaghetti dang skirt koyak2 nampak seluar kecil tiga segi di dalam tu. Katanya, bagi lelaki.. perempuan yang pakai kain batik dan berbaju T-shirt biasa itu sebenarnya nampak lebih seksi kerana cara pemakaian kain batik itu lebih menunjukkan sifat2 kewanitaan pada diri seorang wanita. Oh2, tidaklah aku suruh kome semua pergi Pavillion nanti pakai kain batik dengan spaghetti nanti..tidakk.

Cuma aku ingin kita warisi sifat wanita Melayu yang sinonim dengan kain batik ini dahulu. Bukan seksi itu fokusnya, sopan lembut itu utamanya. 

^^

3/8/11

Di luar gula2, di dalam ulat sampah.

Assalamualaikum dan selamat petang.

Dunia memang klise. Pengarah muvi semua klise. Cerita drama yang klise. Ah, pendek kata semua rakyat sudah dipengaruhi dengan itu perkara. Klise.

Sudah, sudah. Jika debat ingin kau wujudkan dengan aku, silakan saja packing barang kau dan pulang ke kampung kau sekarang. Jika perang saraf ingin kau mulakan dengan aku, matikan saja ide itu kerana aku malas membazir neuron sama orang macam kau. Menutup sampah dengan kain sutera. Akan busuk juga si sutera itu. Kan?

Jika kau ingin debatkan yang bengkok itu lurus, yang petak itu bulat, yang keras itu kapas, yang hitam itu putih,
 lupakan saja niat kau itu. Aku tak mahu membazir air liur dan adrenaline untuk berdebat dnegan orang seperti kau. Kau yang klise.

Selama ini kaki yang dipijak itu kau boleh biarkan, tiba- tiba bahumu dilanggar terus kau memaki serata. Mengapa? Bimbang gusar takhta bertukar tangan? Takut kecut salahmu diberitahu semua? Hanya kerana satu event tahunan, kau melatah salah semua. Klise.

Hah, tak perlu pandang sinis sampai senget kepala. Tak perlu muncung mulut juling mata. Haha, aku peduli apa!
*ketawa*

Maaf sudah aku pohonkan diselit bersama aku punya ketegasan. Maaf, aku bukan jenis pak turut menurut kata si Pak Pandir. Pendirian ini teguh dan hatiku rasa ia benar. Hanya ditepuk bahu sudah marah segala. Belum lagi ludahan tu! Haktuih!

Hey, jangan sangka kau sudah juara. Jangan sangka mereka bersama kau sahabat semua. Jangan2 antara mereka itu yang menikam dalam. Hahaha.

Aku jujur dalam bahasa. Kau? Sekadar kata ikut rasa.

- nampak kan bezanya? Booooo ~~

2/17/11

Kenali kawan anda.

Setelah hampir 2 tahun aku bermastautin di universiti tercinta aku ni, aku rasa aku telah belajar sesuatu.

Pada awai pertemuan, kita akan kawan ja dengan semua orang. Masa nilah kita semua nak berkenalan ye dok?
Tak kenai maka takdak la cinta.  Waktu ni waktua biasa la orang- orang semua jadi hipokrit sat sebab semua tak kenai kan. Kena la kejap pakai topeng muko sat. Dah rasa ngam sekepala gitu, barulah keluar segala isi pati diri sebenar. Orang kata waktu ini transition stage. Masih dalam adaptation stage.

Lepaih tu, agak-agak dalam setahun la kan.. barulah masing- masing menjelaskan belang- belang kat tulang belakang depa. Mulut gila tak ingat tak cover mintak kaki menapak ja kat muka, perangai hampeh talam dua muko, dapat jatan besaq sikit teruih berubah jadi besaq kepala. Pa diaaa ni derr??

Hahaha, biasaq la tuhder.
Tula namanya asam garam kehidupan. Sebab tu kalau kita nak berkawan, kita kena tengok dulu orang tu camna.
Memula kita diam ja and tengok ja rentak depa tu lagu mana. Laser? Celupaq? Lembut? Sotong? Macho? Gentleman? Gedik? Poyo? Haaa, hampa klasifikasikanlah sendiri naa.
Lepaih kita dapat agak- agak rentaq depa, kita ikut la sekali rentaq depa. Pepatah pun ada habaq mai kan, "masuk kandang kambing  mengembek, masuk kandang rimau mengucap la ( eh? )"


Dah agak-agak kita boleh sekepala, kalau kita nak cuba ubah dia.. kita kena la cucuk pelan- pelan. Contohlah sahabat kita ni mulut dia punyala celupaq tahap mintak selipar kan.. kita tegur la elok- elok. E.g:

sahabat : awatlah hang ni lambat sangat pickup? Bukannya payah sangat algebra nuh. Otak ada buat pekasam pa?


Aku : ....


sahabat 2: Ahaha, sengal hang ni. Tak baek der hang cakap lagu tu. Depa mungkin tak pandai algebra je, yang hang tu tak pandai basuh pas berak lagi pa diaaa.. Otak manusia Allah cipta lain- lain der. 


sahabat : ..... ( muke shock insaf )

Lebih kurang lagu tuh la. Kadang- kadang kita kena pandai manipulate orang. Cuba kenai dulu depa tu camna, baru kita leh masuk cucuk. Benda ni gua takleh ajar, u all kena belajar sendiri. Lebihkan pemerhatian dan kurang percakapan. Nescaya you all akan dapat belajaq benda ni. Tapi provided you all bukak la otak hampa luas-luas, jangan narrow minded sangat and asyik nak orang ja dengaq cakap hampa.

Tapi, kalau depa tu di tahap tak boleh diselamatkan, macam da teruk gila mulut celupaq tahap sakit gila hati
baik hampa tinggalkan ja orang lagu ni. Kalau dalam ilmu neuropsychology, keadaan ni dipanggil "Escape- avoidance coping" in one of the ways in coping with stress.
Hang takmo stress, hang lari jauh2 naa.

selamat berfikir, dan selamat beramal!
Kawan dan sahabat itu berbeza. Hampa carilah sendiri apa bezanya.
Ni homework nih!

p/s: hampa jangan tunjuk hampa tu baguih sangat, orang naek menyampah tau!

1/18/11

Tamak haloba berloba loba

Kadang- kadang rasa pelik dengan keadaan sekeliling. Rasa hairan dengan spesis manusia yang bermacam rupa. Hah, tak sedar diri juga dianggap jelik pelik orang lain. Tapi, itulah manusia. Sering mengata, tapi tahi tertepek atas dahi tak nampak, baju koyak orang jua yang dikejarnya.

Itulah manusia. Tak juga mengatakan aku lah orang terbaik gila di dunia. Aku sendiri sedang memcari diri aku.
Apa yang kurang gembira adalah penerapan politik di dalam institusi pendidikan khususnya remaja.

Tapi, dunia sekarang berkembang pesat.. bahkan kanak- kanak pun dah mengamalkan politik wang ni tau!

tak percaya??

Senario realiti maya :


Esok merupakan hari undian untuk pilih ketua kelas. Malam itu, Jamut si budak nakal tahap gaban buat open house jemput kawan- kawan dia bersuka ria.





esoknya, Faud si kening seterika dapat menjadi penolong ketua darjah.
Ketua darjah? Jamut. 



........

12/25/10

entri kurang berkualiti. jangan baca. nanti korang jagi gila.

Hari ni sangat serabut. Oh, lupa pulak..Assalamualaikum kamu semua.
Ok, sambung. Hari ni sangat serabut pada awal paginya. Sebagai Exco Program merangkap protokol, aku dan Nani dikejutkan sekali lagi sampai kami dah tak rasa terkejut pun dengan perubahan perjalanan program yang tiba- tiba. Program ape? Program..hehehe

KURSUS KAHWIN!
Tulisan perlu besar bersama tanda (!) juga perlu berwarna eye-catching supaya bagi perasaan terkejut dan excited kepada korang. Jangan euphoria.

Harharhar ( dengan penuh perasaan bangga ). Selain daripada menjadi seorang Exco yang tak delah berdedikasi sangat, aku juga merupakan seorang peserta kursus tersebut. Percaya tak? hahaha

Anyway, banyak ilmu yang dipelajari hari ni. Opkos sangat penat sebab dari pukul 8 pagi sampai 5.30 petang kursus tu. Esok ada lagi sampai pukul 1 petang.

Erm...oh ye!

Angah aku telah selamat melahirkan anaknya pada pukul 2.10 pagi tadi bertarikh 25 Disember dan 19 Muharram. Dengan berat 2.85 kg  baby boy itu telah diberi nama Mohd. Faris Iman Bin Mohd. Irwan.

Faris = Pahlawan
Iman = Kepercayaan

Mohd. Faris Iman = Pahlawan beriman yang terpuji

Alhamdulillah. Syukur ke hadratNya selamat semuanya. Sekarang ni orang nak letak nama anak dasyat2..nak western.. gelamer gelamer... Tapi mereka terlupa. Apakah maksud di sebalik nama itu. Ingatlah, ketika kita dihimpunkan di Padang Masyar nanti, kita akan dipanggil dengan nama beserta nama bapa kita. Jadi, bagilah nama- nama yang baik kepada keturunan kamu. ^^  

p/s : tak sabar nak ada anak sendiri. mesti best kan? ^^


12/24/10

Adik kembar 3 aku.

Salam alaik semua.
Ferr..dah lame siot tak blogwalking, tengok blog pun camtu2 je. Ntah nape cam tak berapa ada mood. Tambah2 tak sabar2 nak tunggu anak saudara kedua aku lahir. Jadi, aku pulang ke rumah menyetelkan beberapa perkara. InsyaAllah semuanya setel kot.
Aku balik rumah ni, di samping berada dalam situasi yang memerlukan, aku perlu menyusukan dan menjaga adik- adik kembar tiga aku. Kembar TIGA bai!

Dah la tak reti duduk diam, penat betul. Mama pulak terus lepas tangan biarkan aku jaga dorang. Mama kata mama dah tak larat, nak rehat. Huhu

botol susu yang berharga RM 8. 

sebelum minum susu kena cergaskan diri dulu.
Permainan antara Apok dan Salem.

Leo dipulaukan.

Apok yang ganas. 

Salem yang hitam.

Leo yang hyperactive.

Setelah penat aku gilir- gilirkan dorang minum susu dan mengejar diorang sekeliling rumah sebab dorang suke main lari-lari-kaki-kengkang , aku sumbatkan diorang ke dalam istana feveret dorang.


Sudah terguling ke dalam tempat beradu.

mereka tidur dengan nyenyak. SSHHHH!! Jangan bising! Nanti dorang terjaga niaya je ko nak dengar dorang jerit- jerit macam kena dera.


Kesian dekat anda. Sejak2 3 ekor ni ada, dia sering diketepikan.
Panda kan dah besar, lagipun Panda asyik kotor je, penatlah nak mandikan selalu.
Dahla makan banyak. Nanti kitorang manjakanlah ko ek Panda.
Jangan kecik- kecik hati tau!

ni bukan Panda.Ni Labu. Panda dah halau dia. Sob sob 


Panda yang hitam putih. Saat- saat manis Panda dan Labu ketika berumur 5 bulan.

Sayang my cats!!

12/19/10

Contest jejariku kreatif!

heyyyaaaa
kali ni aku rase baik hati yang sangat2 soooooo aku nk buat contest to all the bloggers!

CONTEST JEJARI KREATIF!
http://www.emocutez.com

ok, contest ni memerlukan kekreatifan kengkorang semua untuk menggayakan pelbagai jenis gaya sekreatif yang boleh lah pada jari jemari korang. tangan pun boleh. 
pamerkan hasil kreativiti yg korg leh hasilkan dgn jejari korg tu okeh? ^^
ni contoh:
korang buatlah apa yang korang suke kat jari korang, nak conteng2 ke nak pkaikan baju ke nak apa2 lah.
takpun korg leh wt kapal selam hasil dr jejari korg pon ok gk! tp ingat..posing jari tu WAJIB ada!

syarat2:

1. kamu kamu dan kamu perlulah jadi follower .faz punye cerita. terlebih dahulu. ^^

2. sile letakkan banner tangan aku yang kurang comel itu di entry korang dan letakkan di sidebar korang. cam biaselah kan. link kan banner tersebut kepada entry ini supaya mudah sesape mungkin makcik Peah nak join nanti bile dye bace blog korang.

3. entry tu tajuk nye bertulis "CONTEST JEJARIKU KREATIF" taw!

4. hadiahnye bernilai RM30 atau lebih ( lg banyak penyertaan lagi bosar adiah nyo)!!!

5. tarikh tutup pada 30 disember 2010. weee~~~
=)

kat sni aku nk tag kengkawan aku tuk join.


http://www.emocutez.com

11/20/10

Anak saudara pertama!!!!!

 Alya Danish!

comel comel comel comel comel nyeeeeeeeeeeee

macammmmm mak lang dye..wewewewe..hehehe

gambar ihsan Along dari FB, Jitra..^^

10/31/10

contest mimik muke menarik

Salam semua

Okeh2
aku dah boring bace PTC dan kinesiology yang melambak muscle2 n nerves yang perlu disubat ke dalam kepala.
So, aku blogwalking. 
( jalan2 sambil bawak payung ala2 org english ropol2 tu )
lalaalal
.
.
.

VOILA!
n aku jumpak ini contest!!


dari cik cikin yang sgt2lah super gile extreme cute taw!

wawawa...

okeh..aku nk letak gmbar mimik muke aku
jangan terkejut, jangan takot


gambar di atas di snap di hadapan istana budaya
( aku pakai tudung hitam )
wajah perlulah cover cun sambil duduk ala2 puteri gunung ledang yang sangat ayu
http://www.emocutez.com
yela kan, manalah tahu dapat offer kerja blakon teater kt istana budaya. 




dari istana  budaya ke Kolej Tun Syed Nasir
setelah kecewa tak daapat offer blakon tp hana dapat offer cleaner je
http://www.emocutez.com
pada malam 31 ogos 2010
( aku tudung putih )
 kami merayau2 pada waktu malam bagi mencari kedamaian setelah sakit kepala tintong study utk midsem exam
namun apa yang kami dapat hanyalah kegilaan..http://www.emocutez.com



kegilaan diteruskan sampailah pak guard datang
" hey, korang ni sampai bila nak bergambo ni? balik2 bilik"
...
ok, aku tipu.
pak guard tak datang, dye tengok je gelagat kami.
sehinggalah effect Diazepam beransur hilang
kami pulang ke jalan yang benar
( ke bilik untuk sambung study farmakologi)
http://www.emocutez.com

ok, aku nak tag sape eyh:

aleeya ikan

so, tu je
hehe..

http://www.emocutez.com

* sambung study *

10/7/10

Cerita bebudak hingusan

Ahaaa.. tadi aku bukak blog member aku fahmishah. Terbace entry lame pasal jamuan kelas kitorang dulu. Rindu arr

Ok, kami dulu kelas 4 Sains 2 dan kemudian bersama- sama melangkah ke tahun 2007 untuk masuk ke kelas 5 Sains 2. Kelas kami sangat2 lah muhibah. Kalau orang sekarang baru nak wujudkan 1 Malaysia, kami pada tahun 2006 dan 2007 dahulu sudah pun 1 Malaysia. Eh, rasanya kami sudah pun begitu semenjak dari sekolah rendah lagi.

Kalau tak silap kelas kami hanya ada 28- 32 orang saja kot. Memang tak ramai. Tapi kami happy. Kalau bab meniru homework, semua akan berkumpul untuk tiru sama- sama. Hahaha.. Belajar sama- sama. Pastu ada je nak kenakan orang. Gelak sama- sama. Best sangat- sangat waktu tu.
Oklah, cakap banyak tak guna, biar aku hidangkan korang dengan gambar- gambar zaman dinosor dulu.

FORM 4 SC 2


Ni mase Form 4, ngan cikgu sambilan kimia. Semua puteri yang cun2 bergambar kat taman sains depan kelas kitorang..hehehe

Ni dak lelaki lak. Ok, memang sikit. Memang ini je la bebudak lelaki kelas kitorang. Oh, Jenshen n ChunHong xde. Pi tandas kot.

 Mase ni aku xde. Aku men lompat2 depan kelas kot. Huuuuu~~

Actually aku dah tak ingat lah nama kedua2 cikgu ni, tapi dadih yang dorang buat memang sedap la.
Pastu sangat faham la apa yang dorang ajar. THNX!

FORM 5 SC 2


Okay, nampak sedap kan? Heeee.. x ongatlah pulak sape yang buat kek ni. Mak Nadia kot..X ingat.huhu
Tapi memang sedap la. Semua gambar2 ni adalah diambil ketika jamuan kelas 5 Sains 2. 


40 Choco Ball dihidangkan kepada 30 orang students yang kebuluran~~
huhu
Benda ni aku makan satu je itupun selepas makan nasi beriyani dan segala kuih muih dan buah2 an.
Isinya padat, mantop serta memerlukan skill yang hebat untuk menganga dan menggigit choco ball ini dengan baik tanpa comot.


Ni adalah hadiah2 yang kitorng bawak untuk ditukar.Best!
Aku x ingat plak aku dapat ape ntah.


Okay, suka hati korang lah nak cakap apa tapi ak pun rasa gamba ni kami agak gedik. Hahaha.
KAMI PRODUCTION CREW adalah organisasi yang bertanggungjawab untuk handle jamuan ni. Ni adalah antara ahli MT ( Majlis Tertinggi ) produksi tersebut.
Dari kiri ; Min, Fadzlina atau nama saintifiknya aku, Fick


Haa.. inilah ahli produksi yang lengkap.
Nadia, aku, Min, Fick and Eca.
Kami adalah geng yang havoc, bising, kecoh dalam kelas mahupun di luar kelas.
Kami ramai kawan dan mungkin ramai musuh ( sebab dorang jelez ngan kitorang).
hahahaah


Barisan pengawas perempuan. Pengawas eh bukan mawas mahupun pengganas.


Barisan Librabrian yang sayangkan alam sekitar. Hijau2.


Adilla, Aisyah n Suzy. Dorang sangat pandai okeh.


Yinnern n Suzy. 1 Malaysia kan?
^.^


Barisan Kami Prod. crew yang sedap meniup belon.


Our invitation card to all the teachers. Cun tak? wawawawawawawa


Gambar candid. Tapi entah nape aku selalu posing dengan baik walaupun candid. Har har har!


Time ni tengah main belon beracun. Kitorang pas2 kan belon pastu sampai ade orang cakap STOP! orang yang dapat belon tu kena keluar. Or denda.


Gambar ni yang paling nostalgik. Kami semua bersatu hati merapatkan kaki2 busuk kami ( kaki aku wangi okeh ) bagi menunjukkan satu perpaduan boleh dicapai tanpa slogan2 atau propaganda yang rasanya tak perlu pun. Dan percaya atau tak, individu yang menyumbangkan kaki mereka dalam gambar ini masih lagi punya ikatan kuat antara satu sama lain. 
^.^

LAIN2 GAMBAR


Ini gambar di snap ketika SPM. Mak Nadia support nasi lemak untuk aku sekali. Terharu bai!


Encik Sahful kami punya math teacher. Tersangat2lah suka menyakat orang dan kelakar serta sangat2 cool.
Gambar di snap ketika ujian ape ntah tapi kami tak macam ujian pun. Siap leh tanye sir lagi cane nak buat soklan tuh. Hahahaha


Ini bukan skandel. Ini kawan. Gambar disnap ketika Hari Graduasi 2007.
Dari kiri; Eca, aku, Pahan n usop.


Nadia, aku n Eca.
Macam KLCC. Aku tau tu. Tak perlu cakap.


Okay, ini awek comel tengah amik sijil graduasi ni. Hahaha ( Waklu! )
Tepat je timing aku senyum kat kamera tengah snap. Heeeee


Best sangat bila teringat waktu dulu. Aku ingat lagi, dalam geng 5 orang tu, dorang panggil aku ustazah. Aku pun tak pasti kenapa aku dapat gelaran tu. Nak kata aktif dalam kelas agama, aku selalu tidur je. Sehingga mendapat jolokan Ratu Tidur. Fer. Ko cakap je dalam kelas ape yang aku tak pernah tidur. Hahaha..sib baek lah dapat skor, kalo tak..memang aku balik kampung tanam jagung je la..



Pe2 hal pun geng, susah senang kita dah harungi bersama. Jangan rasa tersisih kerana tiada siapa yang disisihkan. Aku plankita wat gathering atau reunion 5 sc 2. Tapi aku tau ramai dah fly. Takperla, kita wat yang mane ade je. Reminisce back the memories. Semoga ukhuwah yang terjalin kukuh ikatannya sampai bila- bila. InsyaAllah.


Kita tetap geng bebeh!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails