Hari ini aku meneroka setiap susuk pameran di Balai Seni Lukis. Sudah dua tahun aku duduk berdekatan dengannya tapi baru hari ini aku berpeluang untuk menjejak kaki di sini.
Indah- indah seninya, tak tercapai dek akal.
Ada yang seninya terus, ada juga yang halus.
Ada yang kasar, ada yang perlu jana minda.
Apa pun, aku suka.
Aku meneliti setiap hujung ke hujung hasil seni setiap artis. Aku kagum.
Aku tak punya ini kelebihan, aku cuma mampu senyum sekali sekala. Heh, mereka sarkastik di dalam seni mereka.
Kadang seni itu menakutkan. Ya, andai ada yang salah menafsir.. takut haluan hidupnya simpang pula.
Bagi aku, setiap hasil itu adalah seni. Dan setiap seni tiada yang huduh.
Bagi aku seni adalah sesuatu yang abstrak, subjektif di mana lain manusia lain penilaiannya.
Di antara karya- karya visual yang dipamerkan ada diselit beberapa baris puisi dari sasterawan terkenal seperti Usman Awang dan A. Samad Said. Bahasa yang mudah, tapi penuh dengan cerita.
Mereka yang sayang seni adalah mereka yang menghargai budaya dan juga sejarah.
Mereka yang suka seni adalah mereka yang kagum dengan kejadian indah alam ciptaanNya.
Mereka yang berseni adalah mereka yang setiap saat memikir jalan baik untuk dunia.
Sedang belajar itu jua seni.
Bagaiman strategi untuk mengulangkaji, buat latihan, menyelsaikan masalah..semua itu seni.
Terpulang pada manusia dengan seni mereka masing- masing.
Namun... masih yang tak punya mata untuk melihat. Hanya untuk memandang.
Masih tak punya telinga untuk mendengar. Hanya untuk hiasan.
Masih tak punya akal untuk faham. Hanya untuk berfungsi.
Masih tak punya hati untuk menilai. Hanya untuk naluri sendiri.
Sedang sejarah itu seni, mengajar pemuda pemudi
Tentang indahnya dunia hasil korban darah nenek moyang
Indahnya bebas selepas jiwa mereka yang dulu dipenjara ketat
Seronoknya melangkah ketika dulu orang lama kaki tangan terikat
Bangunan lama berkulat mercu sejarah bangsa bebas merdeka
Menjentik kembali memori sejarah pahlawan bangsa yang benar pertahan negara
Sejarah itu cerita lampau yang benar
Persetan pahit atau manisnya
Ia masih sejarah
Manakan lagi jadi sejarah andai ia diubah mengikut rasa
Bagi mereka yang tiada seni di dalam jiwanya
Bagi mereka yang mengurung kebebasan berseni di dalam dirinya
Bagi mereka yang terkurung dengan arus hedonisme yang meracun bagai virus
Dipenjara cerita prono, diikat dengan maksiat, dicampak ke alam 'gembira tanpa kiamat'
Kembalikan jiwa senimu
Sedang Islam itu sangatlah halus dan berseni
Ya, halus seninya
Pencanting tegar
Showing posts with label teknologi. Show all posts
Showing posts with label teknologi. Show all posts
5/17/11
Seni yang dilupa
cari:
cinta,
islamik,
jiwang,
patriotik,
senaman otak,
sengih,
sindir manja,
teknologi
4/17/10
G900
inilah rupa hp aku yg skarang
G900
umur dye nk dekat setahun dah
baru setahun~
tapi pen touchscreen nye aku sudah hilangkan
ya..dasar orang cuai begitulah
hehe
selain itu screen nye juga sudah calar balar
tersedar dengan kecalabalaran skrin, barulah aku beli screen protector dekat Chow Kitt
nasibla murah je
housing nye juga sudah retak2 sikit,
sebabnya mungkin selalu terjatuh
maafkan aku kerana terlalu cuai
*menyesal*
bukannya aku x sayang
sayangg
banyak kegunaan kau padaku
haiz~~
tapi satu perkara aku menyampah padamu
kau selalu saja hang
acap kali kau buat perangai aku mesti kena bukak bateri kau
dan on kan semula
bateri pon cepat mati
nasib saja aku x kebumikan
harharhar
proses nk tangkap gambar pon lambat
kau buat aku rasa tension!
mungkin sudah tiba masanya untuk mencari penggati kau
oh tidak!
duit x ada lagi!
tak boleh!
biar saja aku gunakan khidmat kau sehingga tiba ajal menjemput kau
tika itu..
mungkin aku akan guna Nokia 3210 saja
mudah, tahan lasak dan x hang
*belek G900 yg semakin tenat*
p/s: ada siapa2 yang mahu gantikan SE G900 ku dengan Blackberry?
kita trade?
hehe
Subscribe to:
Posts (Atom)
