Pencanting tegar

Showing posts with label patriotik. Show all posts
Showing posts with label patriotik. Show all posts

2/14/16

Mentaliti atau MentaHiti?



Aku rasa aku seorang yang pelik. Sebab, di kala masa sekolah orang bercita- cita tinggi aku cita- cita sekadar nak jadi jururawat je. Itupun sebab mak aku jururawat. Aku pun suka nak rawat, bagi inspirasi pada orang.

Bila meningkat dewasa, masa kolej semua keputusan semua baik je aku masih macam tak punya cita- cita yang tinggi. Siap dah tukar cita- cita.
Nak tahu aku nak jadi apa?

Surirumah.

Aku mengimpikan kehidupan aku sebagai seorang surirumah sepenuh masa yang banyak masa aku berpoye dengan keluarga aku. Mungkin sebab aku dibesarkan dalam keluarga yang kedua ibu bapa aku bekerja. No. Bukan sebab aku rasa kurang kasih sayang ke hape but well we all do have feelings kan? Jadi aku buat keputusan untuk jadi surirumah. Angan- angan aku adalah aku pandai masak macam- macam, tanam banyak pokok pastu boleh ajar anak anak mengaji siapkan suami pergi holiday dengan keluarga pendek kata tipikal surirumah lah. Impian aku just nak ada keluarga bahagia sampai Jannah. Cukup.

Aku pernah suarakan impian aku ni pada seorang ( atau beberapa orang gak kot ) rakan aku. Dorang gelakkan aku. 

"Buang masalah kau belajar bertahun tahun kalau setakat nak mereput kat rumah!"

"Kau ni ORTODOKS la"

"Nama je orang KL tapi macam orang kampung ulu banat mana impian kau ni"

Dan macam macam lagi ejekan dengan nada bagaya atau bergurau dalam bahasa Banjar.


Apa salahnya nak jadi surirumah? Bagus apa kan? Lagipun bagi aku surirumah ni lah antara pelopor industri PENDIDIKAN AWAL Ummah. Sebabnya guru hanya ada beberapa jam sahaja di sekolah. Surirumah lah yang ada 24 hours beb.

Kesian kan? Yang kerja hebat- hebat tu mampu ke nak buat kerja surirumah cenggini?


Ha tengok ni. TENGOK LA BACAAAA SAMPAI HADAM BELAJO TINGGI2 KANN

Setiap orang ada kapasiti dan kebolehan tersendiri. So what kalau impian aku nak jadi surirumah. Malah ada pensyarah aku mengejek impian aku. Ada kawan - kawan yang konon hebat kerjanya pun begitu. SO?? Aku tak pernah persoalkan pun kenapa korang bangang pemalas nak masak bontot besar tempayan atau gaji je besar tapi otak tak besar- besar. Kannnnnnnn

Sekarang ni dah berapa ramai surirumah jadi Jutawan. Best kot. Kau duduk rumah kerja dari rumah je dah jadi jutawan. Yang kerja opis tinggi tinggi nun acane eh? mwahahahah *gelak jahat


Apa pun bukan niat aku nak hina ke kutuk sapa- sapa tapi adalah siit-sikit bagi mereka yang otak sempit.

Setiap pekerjaan ada nilai murninya. Tukang sapu ke pekebun ke doktor ke setiap pekerjaan, yakni kita semua sebenarnya memerlukan antara satu sama lain.

Kalau semua jadi injineur dan doktor siapa nak jadi tukang sapu? Dahla korang pemalas hisap rokok buang rata- rata anak tak reti nak ajar buang sampah dalam tong ludah rata- rata lepas tu dah minum air ketuungggg campak je atas jalan sungai penuh pampers bangang abadi punya perangai.

Tukang sapuuu juga kena bersihkan hasil dari 'akhlak tinggi' korang tu. So, jangan kita menghina pekerjaan orang lain. Hanya sebab orang tu tak hidup senang, tak kaya macam kita dia tu buat kerja yang jijik. 

Dia cuma miskin tapi dia tak jahat,

Kita ni. Kerja bagus bagus duit banyak, barangkali kita lebih seribukali lagi 'kotor'.

Back to the topic. (kuat meroyan sebab lama tak blogging).
Berbanggalah siapa yang menjadi surirumah tu. Didiklah anak- anak menjadi umat Islam yang berjihad untuk aagama bangsa dan negara. Tanamkan jiwa patriotisme dan akhlak mulia supaya tak jadi bangang macam ketua ketua leni.

Ok dah penat, Tido.

Psstt: 
Kuih Tiram ni wey sedappppp.
Ada Coklat, Original, Kacangggg


2/10/16

Penyokong Tegar Maksiat.



Assalamualaikum.

Teknologi semakin rancak membangun dan manusia juga semakin rancak dengan ilmunya.
Tapi, sayang. Semua itu menjauhkan kita dari kedudukan asal sifat manusia kita.
Kita semakin kehilangan sesuatu iaitu AKHLAK.


Pelbagai cara kini orang nak cari duit. Buat blog, pastu bing  dekat Facebook guna headline kebaboom.
Beritanya bukan apa sangat, tapi ayattttttt MasyaAllah boleh jatuh fitnah. Berita buruk dulu- dulu dibangkitkan semula dengan sedikit penambah perasa AJINOMOTO pastu visit ke blog kebusshhh berjuta like page kau.Nampaknya rasa tanggung dosa sebar aib tu dah terpadam bila tengok duit kaat nuffnange berkoyan koyan.


Syabas kepada Pyromania Art yang memberikan gambaran viisual kepada permasalahan ini. Klik kat link nama dia tu nanti korang leh cekiout sendiri.

Media.

Media ni asalnya menyebarkan informasi tapi sekarang dah macam jilake. Dia punya pusing cerita sampai orang yang baca pun pening. Yang salah di katanya betul, yang betul di katanya salah.


Contohnya sekarang, dekat TV akan censored kan adegan cium seks dan sebagainya. TAPIIIIIII, kau tayang cerita jantan betina duduk satu rumah takde hubungan BERDUAAA aje boleh pulakkkkk. Lepas tu sekarang banyak sangat trenddd cerita NOVEL BANGANG kawen dengan lelaki yg pernah rogol dia tp sekarang dah insaf takpun kawen tapi dulu salah seorang pernah buat maksiat.

Macam sekarang ni dah macam takde benda dah seks sebelum nikah ni. Kau terlanjur takpe kau taubat nanti kau kawen suami kau kaya sado dan pemaaf tapi memula dia jual mahal tapi sebenarnya dia sayang kau. Murah sangat ke harga sebuah maruah tu??

Cth: 
Setia Hujung Nyawa


Ombak Rindu

Even so lah keadaan realitinya memanglah maksiat melata macam wujudnya orang bangang sekarang tapi perlu ke kau sensasikan realiti hodoh tu??

Aku tak faham pengarah-pengarah drama sekarang. Otak dah tak kreatif ke?
Ambil satu novel pastu kau buat drama.

Ceritanya orang kawen muda pastu ade pompuan gedik skirt pendek tak cukup kain menggeletis nak jantan yg dah kahwin tu. Pastu jantan tu mestilah kaya dan sado dan hensem. GET REAL PEOPLE! 

Lelaki zaman sekarang memangg ramai SADO dan HENSEM tapi ramai lagi yang TAK SADO dan TAK HENSEM malah lebih ramai lagi majoriti peminjam PTPTN yang gagal membayar hutangg. Lepas tu sekarang parents semua nak kawen mahal mahal nak buat macam ala Kate Middleton tapi duduk rumah teres setingkat yang murah tu. 

Dilema pasangan muda yang nak berkahwin tapi ibu bapa tuntut macam2 baru boleh kahwin.
Hutang PTPTN tak habis bayar walau dah 6 anak.
Kos hidup semakin meninggi.
Dilema sistem pendidikan
Dilema permainan politik negara
Masalah patriostism yang semakin pudar
Kepincangan pemimpin dalam mengutamakan agama dalam pentadbiran

Semua atas tu korang boleh buat satu drama atau filem yang menarik.


Terima kasih bagi pihak yang terlibat dalam pembikinan OLA BOLA kerana inilah cerita yang kita perlukan sekarang!


Kesimpulannya, jangan kecoh kenapa banyak maksiat , rasuah sekarang. Sedangkan kau hari- hari pasang TV buka majalah bagi anak baca novel penuh dengan unsur maksiat.

Di hujung usia dunia ni, ikatlah diri masing- masing dengan taqwa. Minta Allah lindung kita.
Orang jadi 'lawak' sekarang ni sebab jauh dengan Allah, moga Allah ampuni kita dan semua saudara kita yang terjauh daripada Dia. Aameen

p/s: lama tak blogging so sekarang lepas gian. :)


10/27/11

Tak payah la nak fanatik sangat

Sejak dua menjak tiga menjak ni kita ada dengar tentang isu Gaddaffi dibunuh kemudiannya dipamerkan di pasaraya untuk tatapan umum. Ramai orang melihat atau meungkin mengejek arwah kerana kata mereka banyak sangat kekejaman yang dia telah lakukan seolah tiada setitik pun kebaikan yang dia pernah lakukan. Sadis.

Aku tak tahu adakah manusia ini memang sebenarnya tak pernah mahu belajar dari sejarah.
" Those who do not learn from the past are doomed to repeat it "

Saddam Hussein umpamanya. Sudah digulingkan. Tapi, aku tengok takde gak amannya negara tu kan?

Camnilah, tak payah susah- susah nak panjangkan leher jenguk dunia luar.

Lepas sorang- sorang pemimpin kena kutuk. Kamonlah wei, semua orang ada kebaikan dan kekurangan kan?

Aku pun tak erti dengan dunia sekarang.
Humban muke dengan seguni duit, emas, aset.. terus buta mata, pekak telinga. hanya celik dan dengar pada yang buruk saja.. yang baik- baik semua dah jadi blind spot.

Mana- mana pun mereka masih manusia. Pasti ada kelemahan dan kelebihan masing- masing. Tak payah nak kejar pangkat sangat lah weii.

So, be rational. Ambil yang baik, yang buruk kita cuba topup kan. Buka mata peoples! Jangan buta sebelum buta sebenar!

Jangan nak fanatik sangat. Kau bukan dapat apa pun.

Lu senang atas dunia hari ni ntah esok lu mati harta lu tinggal.
Lu nak senang- senang kat syurga nanti.

6/7/11

Gadoh & Aku Tak Bodoh

Salam buat kali kedua pada hari ini semua.

Gadoh sememangnya sebuah filem yang cukup sarkastik dan penuh dengan mesej- mesej tersirat.Tak heranlah kalau ianya tak lepas ke panggung. Hehe. Hekceli, tak guna aku ulas segala cerita filem Gadoh tu, takut2 aku kena tuduh si keji pulak. Hehe. Cerita Gadoh itu banyak membuka minda manusia yang selalu rasa dia saja yang bagus, rasa hebat, rasa high standard, rasa terbaik walhal tak sedar diri sangat bodoh, rendah, hina bila kau berjalan mendabik dada.

Filem yang penuh dengan mesej sosial, pentadbiran, pendidikan, kepolitikan
Aku suka. :)

Filem Aku Tak Bodoh aku tonton ketika dalam perjalanan ke Pahang tempoh hari. Ya, ceritanya mudah. Cerita tentang remaja / anak- anak yang sering dipinggirkan buah fikiran mereka. Disuruh turut saja kata ibu bapa. Kata anak- anak ditolak ke tepi, ibu bapa sibuk bekerja.. Suka main serkap jarang saja. Sememangnya inilah realiti dunia kini. Jangan heranlah ramai budak rosak akhlak fikirannya. Semuanya keranadi rumah lagi tidak dididik dengan baik. 

Aku seorang blogger. Aku Ok. :)

Sesekali kita perlu mendengar pendapat orang lain, membuka hati untuk maslah orang lain disandarkan kepada kita. Jangan terlalu pentingkan diri sendiri.


Aku bukanlah peminat besra KPop ke hape ke. Kalau kau bukak aku layan je. Tapi bila aku tahu yang ada kPop Malaysia? Aku just boleh cakap... apakah neraka? ( baca: what the hell?)

Hey, Aku Tak Bodoh lah untuk tahu yang tarian tu semua dicilok dari group Korea cam 2PM *( ini je band korea yg aku tahu )... Bila aku tengok gambar2 diorang dok posing ala2 Korea.. buat aku rasa macam...

" Aku rasa macam nak Gadoh dengan orang" ( tangan meraup muka, muka menoleh ke kiri- tunduk )






Aku suggest popularkanlah budaya Melayu kita.. macam Tarian Zapin ke..Tarian Mak Inang ke.. korang bagilah nafas baru. Bagi ada sikit bunyi techno ke.. hape ke.. takkan itu pun aku nak ajau? Sia- sialah kau pergi amik bidang seni muzik kat kolej macam tuuu.

Aku pernah tengok lagu Zapin dorang masukkan bunyi techno and tarian nye ada unsur zapin campur sikit dengan Hop. Ferr~~ Cool habes lah!

Cukup2lah meniru orang, orang tunjuk peha kau pun nak tunjuk peha. Semua orang pun ada peha apa kau nak bangga sangat dengan batang balak peha kau tu? Haih!

Ketandusan idea dalam meraih kepopularitian sendiri. =.='

5/17/11

Seni yang dilupa

Hari ini aku meneroka setiap susuk pameran di Balai Seni Lukis. Sudah dua tahun aku duduk berdekatan dengannya tapi baru hari ini aku berpeluang untuk menjejak kaki di sini.
Indah- indah seninya, tak tercapai dek akal.
Ada yang seninya terus, ada juga yang halus.
Ada yang kasar, ada yang perlu jana minda.

Apa pun, aku suka.

Aku meneliti setiap hujung ke hujung hasil seni setiap artis. Aku kagum.
Aku tak punya ini kelebihan, aku cuma mampu senyum sekali sekala. Heh, mereka sarkastik di dalam seni mereka.
Kadang seni itu menakutkan. Ya, andai ada yang salah menafsir.. takut haluan hidupnya simpang pula.
Bagi aku, setiap hasil itu adalah seni. Dan setiap seni tiada yang huduh.
Bagi aku seni adalah sesuatu yang abstrak, subjektif di mana lain manusia lain penilaiannya.

Di antara karya- karya visual yang dipamerkan ada diselit beberapa baris puisi dari sasterawan terkenal seperti Usman Awang dan A. Samad Said. Bahasa yang mudah, tapi penuh dengan cerita.

Mereka yang sayang seni adalah mereka yang menghargai budaya dan juga sejarah.
Mereka yang suka seni adalah mereka yang kagum dengan kejadian indah alam ciptaanNya.
Mereka yang berseni adalah mereka yang setiap saat memikir jalan baik untuk dunia.
Sedang belajar itu jua seni.
Bagaiman strategi untuk mengulangkaji, buat latihan, menyelsaikan masalah..semua itu seni.
Terpulang pada manusia dengan seni mereka masing- masing.
Namun... masih yang tak punya mata untuk melihat. Hanya untuk memandang.
Masih tak punya telinga untuk mendengar. Hanya untuk hiasan.
Masih tak punya akal untuk faham. Hanya untuk berfungsi.
Masih tak punya hati untuk menilai. Hanya untuk naluri sendiri.

Sedang sejarah itu seni, mengajar pemuda pemudi
Tentang indahnya dunia hasil korban darah nenek moyang
Indahnya bebas selepas jiwa mereka yang dulu dipenjara ketat
Seronoknya melangkah ketika dulu orang lama kaki tangan terikat

Bangunan lama berkulat mercu sejarah bangsa bebas merdeka
Menjentik kembali memori sejarah pahlawan bangsa yang benar pertahan negara

Sejarah itu cerita lampau yang benar
Persetan pahit atau manisnya
Ia masih sejarah

Manakan lagi jadi sejarah andai ia diubah mengikut rasa
Bagi mereka yang tiada seni di dalam jiwanya
Bagi mereka yang mengurung kebebasan berseni di dalam dirinya
Bagi mereka yang terkurung dengan arus hedonisme yang meracun bagai virus
Dipenjara cerita prono, diikat dengan maksiat, dicampak ke alam 'gembira tanpa kiamat'

Kembalikan jiwa senimu
Sedang Islam itu sangatlah halus dan berseni
Ya, halus seninya

5/11/11

Ustaz = Ghostbusters

Assalamualaikum wbt ya akhi dan ukhti sekalian.

Tipikal wayang sekarang, kalau bukan cerita matrempit berlumba memeluk bohsia di atas motor akan ada cerita rosak akhlak remaja yang lain. Takpun cerita hantu datang cekik2 manusia dan akan ada si 'ghostbusters' yang terdiri dalam kalangan ustaz- ustaz.


Tak kiralah drama mahupun filem, peranan ustaz atau ulama akan dibawa ke tengah filem apabila tibanya masa untuk menghalau hantu- hantu yang mengganggu manusia.
Sedang peranan ustaz dan para ulama itu lebih jauh skopnya dari sekadar penghalau makhluk halus. Peranannya lebih berat, lebih besar dan lebih penting dari penghalau hantu ghaib.


Buku ini banyak memberi ruang kepada aku untuk berfikir. Berfikir tentang hidup, mati dan..hantu.*berdehem
Peranan ustaz dan para alim ulama itu tugas mereka adalah untuk mengajak manusia; aku dan kamu untuk kembali merujuk Al- Quran dan Hadis, kembali menghadap kiblat tunduk sujud mengagungkan Allah dan seterusnya membuang 'hantu' di dalam jiwa kita.

Ustaz hadir di penghujung cerita dengan bacaan ayat- ayat Al- Quran bagi menghalau hantu sedang keseluruhan cerita langsung tidak menggambarkan nilai hidup Islam pun. Berangguk- anggukan di disko bagai ayam mencatuk makanan kemudian diserang hantu apa ntah then ustaz datang halau hantu tu. Tipikal. Klise.

Orang sekarang lebih takutkan hantu yang ghaib, sedang hantu di jiwa manusia sedang mula meraja.
Berapa ramai 'hantu manusia' yang membuang anak, merempit hilang anggota, menggeliat sini sana di pub- pub, menuang air haram ke dalam esophagus dengan rakusnya, menyuap rasuah ke dalam mulut manusia lain?
Apa hantu - hantu ini tidak pula ingin dihalau?

Terbaru, jenayah simbah asid anonymously oleh penunggang motosikal semakin hebat diperkatakan. Kejam.
Nak tahu apa lagi kejam?

Nak tahu?
Lagi kejam bila kita tak meletakkan Allah di hati kita. Lagi kejam bila kita tak meletakkan Allah di atas segala keutamaan. Lagi kejam bila kita tak mengendahkan suruhan Allah. Solat 5 waktu sama sekali diabaikan setelah banyak nikmat yang diberi. Zakat langsung dilupa setelah banyak harta yang dikumpulkan dengan izin Allah. Menindas orang bawahan setelah mereka memberi kau amanah dengan izin Allah.

Kerana semua ini, kerana tiadanya utama Allah di hati, semua segala 'hantu' muncul mula merajai setiap jiwa sanubari. Apa nak heran hantu berkeliaran di tengah malam sedang hantu manusia sedang sibuk tidur melupakan Solat Isyak? Apa nak heran orang buang anak sedang zina menular bagai budaya? Apa nak heran rogol sini sana andai aurat terdedah sini sana? Apa nak heran anak jahat tak pandai semua andai bapanya menyuapkan makanan hasil rasuah dan penindasan? Aku tanya lagi, apa nak heran?

Ya Allah, janganlah Kau tinggalkan kami. Ingatkan kami andai kami terlupa, kerana kami sangat lah hina dan alpa. Jangan keraskan hati kami, ampunkan kami yang sering menzalimi diri kami. Izinkan kami menjejak kaki kami ke syurgaMu, dengan izinMu, lindungilah kami. Allahumma ameen.

p/s: teringat cerpen 'Kegawatan' nukilan Faisal Tehrani dalan bukunya ' Tiga Kali Seminggu'. Menyedarkan diri yang terlalu alpa dalam arus hedonisme. Enah sampai bila Malaysia ini akan selamat. Ya Allah, lindungi negara ini.

4/26/11

Aku dan Shiloh Fernandez

Kadangkala penulisan boleh buat aku jadi gila.
Ya, gila kerana bahasanya. Gila kerana sasteranya. Gila kerana hiperbolanya. Entah sejak bila aku mula meminati sastera ( bahasa Melayu khasnya ), aku juga tidak mengerti bila. Ok, ini entri kedua buat hari ini. Seronok menulis tahu? Almaklum, aku baru saja menamatkan perjuangan di medan peperiksaan akhir bagi sem 4. Alhamdulillah, aku berjaya memberi tembakan dan penggorengan padu. Hehe

Sabtu lepas, aku melepaskan rindu pada kawan baikku dan adikku tersayang. Berjalan di sekitar Times Square yang sarat dengan manusia bawah umur dan persepaduan tangan- tangan bukan muhrim memberi aku sedikit kejelikan ketika aku menebar sayap kebebasan. Ahhh, ramai betul orang couple. Ahhh, ramai betul pakai seksi2. Ahhhhh, ramai betul tak cukup kainnn. Kadang fikiran keji aku mula mengejekk,
" Eh, tak kusangka Malaysia yang kaya raya ini punya sumber textile yang terhad. Sungguh kasihan ya." ;D

Ramai budak- budak sekolah. Pakaian cukup advanced. Sedikit, eh bukan. Banyak meluat melihatnya. Badannya papan gembira saja pakai ketat2. Kantoi lah kau belum subur! Kain singkat menampakkan betis putih halus mulus. Yang bertudung? LEGGINGS. Ahhh, penyakit legging ini dari muda sampai yang tua pun pakai! Mahu berdarah bijik mata ini tahu?? Bosan dengan suasana itu, kami menempah tiket wayang.
Agak lama juga aku tidak singgah ke kancah gelap maksiat couple2 ni. Mujur aku duduk jauh dari mereka.

Red Riding Hood. Boleh laa. 3/5. Itu pun kerana heronya hot.

there you go Peter, ( ady forgot his name! ) and Valerie.

this is the hero. Peter. Shiloh Fernandez. To make it short, at the end, he turns into a wolf. Why? 
I'm not going to tell yaaa! HAHA
( Please just say it he's HOT )

This is the second heroin. CKB. Her roles? 
Illegal caunsellor. 
Cartoon maniac.

Ada pengkid mencuba nasib minta nombor aku. Dalam fikiran aku, aku cuma ingin belasah saja si pengkid ini agar kembali kepada fitrah. Ahhh, apa sudah jadi pada homosapiens di dunia? ( Memejamkan mata mendongak ke udara )

Tipikal filem antarabangsa, pasti ada unsur ghairah. Ahh, bosan beteii. Malaysia nak angkat filem ke antarabangsa pun kena ada unsur ghairah juga kah? PLEASELAHHHHH

4/18/11

Hentikan virus menjilat bontot.

Assalamualaikum semua yang membaca

Hari ini, aku baru saja selesai meletakkan noktah kepada exam Ortopedik dan Surgeri aku. Daammsyik betullah. Aku ada salah jawap lagi. Persetan itu semua. Aku mahu maju kepada Rehab Com dan Neuropsikologi yang bakal mencederakan sel- sel neuron aku.

Ya, BN menang lagi di Sarawak. Di akhbar Kosmo! gua nampak bini dia cium sayang sama dia. Aku tertanya2 kalau dia kalah adakah bini dia akan cium? Haha, abaikan imaginasi keji aku. Jangan tanya aku kenapa aku baca Kosmo!. Aku tak terhingin pun nak baca tabloid mahupun mainstream news umpana Utusan Malaysia itu. Fakers. Oh2, aku juga bukan di pihak pembangkang. Laporan mereka dua kali lima saja. Bak kata Sarkasis, jilat bontot yang butthurt. Daammmsyiokk aku tak mencarut ok.

Aku dah lama tak tahu perkembangan dunia. Terperap dalam bilik study untuk exam cukup menyeksakan.
Tahu2 itu kalah ini menang. Down. Pelbagai korupsi yang berjaya ditutup. Mata rakyat dibutakan dengan wang pangkat segala.

Jangan skeptikal dahulu wahai manusia yang bersifat merkuri.
Think.
Aku sedang mencari, tiadakah medium neutral yang tidak memberatkan mana2 pihak?
Or should I say, mana keadilan?
Parti yang bernama keadilan tak semestinya adil. Parti yang bernama barisan tak semestinya berbaris. Rebellious mungkin?

Aku cukup meluat dengan mereka yang begitu obses dengan parti2 politik ni. Asalkan pergi ke masjid, dengar ceramah agama, ikut tabligh orang pembangkang?
Asal duit banyak, bercuti selalu, pangkat tinggi dan berlagak itu orang kerajaan?
Pandangan tipikal bagi mereka yang skeptikal.

Bukan menyuruh kau semua jadi lalang duduk di atas pagar. Tapi, aku mahu kamu semua buka mata yang belum buta. Buka telinga yang bisa mendengar. Buka hati yang belum mati. Guna akal yang masih berfungsi.
Setiap parti punya rasional dan sucks nya tersendiri.
Hentikan virus menjilat bontot.

p/s:  Entri serius buat kamu berfikir. Akal masih belum mati. Aku sayang Malaysia.

1/18/11

Tamak haloba berloba loba

Kadang- kadang rasa pelik dengan keadaan sekeliling. Rasa hairan dengan spesis manusia yang bermacam rupa. Hah, tak sedar diri juga dianggap jelik pelik orang lain. Tapi, itulah manusia. Sering mengata, tapi tahi tertepek atas dahi tak nampak, baju koyak orang jua yang dikejarnya.

Itulah manusia. Tak juga mengatakan aku lah orang terbaik gila di dunia. Aku sendiri sedang memcari diri aku.
Apa yang kurang gembira adalah penerapan politik di dalam institusi pendidikan khususnya remaja.

Tapi, dunia sekarang berkembang pesat.. bahkan kanak- kanak pun dah mengamalkan politik wang ni tau!

tak percaya??

Senario realiti maya :


Esok merupakan hari undian untuk pilih ketua kelas. Malam itu, Jamut si budak nakal tahap gaban buat open house jemput kawan- kawan dia bersuka ria.





esoknya, Faud si kening seterika dapat menjadi penolong ketua darjah.
Ketua darjah? Jamut. 



........

12/28/10

Mari tutup bulu kaki!

Salam alaik buat semua kamu semua yang pastinya tak rindukan aku. ( ayat tacink )
Uhum, sejak dua menjak ni aku kurang sikit blogwalking. Hal ini kerana aku tidak ber sleepwalking kelmarin.
Tak apalah. Kegembiraan melampau dalam menyambut anak saudara kedua yakni Faris telah mengalihkan segala fokusku terhadap sekelilingku. Fer, macamlah aku yang beranak! Laki pun tak dop!

Semalam, baru dapat satu assignment. Otakku tampaknya masih belum bersedia dalam menerima segala butiran ilmu. Dah lama sangat dibiarkan rehat sehingga berkarat. Pandangan kosong sambil melampiaskan senyuman tak bermakna mempamerkan gigi kurang memenuhi struktur arkitek terkemuka.

***


Aurat. Aurat bukanlah sekadar menutup rambut serta kulit badan anda. Ia lebih dari sekadar menutup bulu kaki yang menggerinting halus.
Kalau dibandingkan dengan zaman dahulu, sekarang ini populasi wanita yang memakai tudung sudah semakin meningkat. Ya, manis betul bila mereka bertudung. Tapi, perasan tak? Cara mereka berhijab jelas pula nampaknya batang leher mereka.. belit punya belit tudung..ferrr..panjang tu tudung dye..labuh! Tapi... nampak pulah bahagian dada nye. Eh?

Aku rasa tak perlulah aku jelaskan apakah itu aurat. Aurat merupakan bahagian aib. Jadi, nape nak tunjukkan aib kita kepada umum?  Tunjuk ketiak yang baru cukur dengan muka bangga. Kaki yang baru guna VEET ditayang bersama hentakan kaki ala- ala kucing jalan (catwalk).

Erm, aku pasti bagi mereka yang sudah mengenali aku dahulu atau belum pun kenal siapa aku pasti kamu berasa jelik dengan ayat- ayat poyoku ini. Ya, benar. Aku pernah berada dalam golongan itu. Jadi, aku tahu apa rasanya. Apa rasanya? Rasa best bila lelaki tengok ko tak kelip- kelip mata. Rasa HOT abesss arr.
Rasa kau la yang paling chantek di dalam Times Square tu walaupun kau tahu kau hanya berangan je lebih.
Tapi, what's the point? Kau bagi semua orang tengok body kau meliang-liuk, semua orang nak ngorat kau..kerana kau nampak HOT.
Tapi, tak ada seorang pun yang ingin mendekati kau kerana keikhlasan ingin merobah dan memimpin kau.
Tayang sana tayang sini, bagi orang raba sana sini. Mereka tak lebih mendekati kau hanya kerana ingin mengambil kesempatan. Tak rasa sedih ke?Macam sangat pathetic kan?

Percayalah, mana- mana lelaki pun pasti mahukan yang at least tahu menjaga maruah. Kalau dah terdedah sana sini pe barang bro... macam ayam jual kat Pasar Chow Kit je.

Tadi, aku baca blog sapa ntah. Ada gambar artis ni ( tak perlu sebut nama ) berdiri megah di sisi boyprennya sambil berposing ala- ala Paris Hilton. Malang sekali buat artis ini, beliau terlupa kot mencukur bulu ketiiaknya macam ternampak la rerambut halus itu terkeluar dari ketiak beliau. Omaigod! omaigod! Malu beb!

Ha, cuba kalau korang pakai pakaian yang sopan..baju lengan panjang yang longgar dan selesa. Kalau korang simpan bulu ketiak sampai leh buat tocang pon sapa tahu kan? Itu rahsia kamu saja. ( Kasihan suami kamu )

Apa- apa pun, jom pakai pakaian yang sopan. Barulah cool. Say no to bulu ketiak tersembul!
hahahaha

^^

12/20/10

" sokonglah golongan gay, lesbian dan mak nyah. It's getting better in Malaysia"

Salam alaik buat kamu semua yang setia bersama saya di waktu bila- bila yang anda sukalah ye. Hoip! Statement di atas bukanlah dari aku tapi dari seksualitimerdeka.org. Statement yang cukup berani mati lah kan?


" saya Gay, saya Ok"

Perh, they calling all the Malaysians to join in a group hug of love, compassions and acceptance!
Kesamarataan dan menyebarkan what so called " kasih sayang" adalah dituntut dari group ni.
Aku agak terkejut apabila brader kite ni Azwan Ismail, 32 tahun secara jujur mengaku dia gay. Dan dengan confident bagi semangat kat gay lain like it's okay bebeyh, be yourselves and just be gay yawwww.

Apa nak jadi dah ni. Aku bukaklah webpage tu kan. Perh, slogan 1 Malaysia PM kita memang tersemat di kalbu mereka la! Pelbagai kaum dan agama beb menyokong institusi aktiviti songsang kaum Nabi Luth ni!

"Kami ada hak. Kami tak minta jadi begini. Kami sedar kami lain. Tapi, kami mahu jadi diri sendiri. Orang lain tiada hak untuk menentukan siapa yang perlku kamu jadi"

And I say? Waklu. Peh..Hilang kata- kata beb. Aku hanya mampu geleng kepala je.
Apa nak jadi kat Malaysia ni. Dah la pemimpin nak jadikan Malaysia sebagai Negara Hiburan Antarabangsa.
Hiburan merata- rata. Spa sana sini. Rumah urut sana sini. Disko sana sini. Fesyen islamik da pandai bukak2 aurat dah sekarang. Advanced betul diorang ni.

Nak mara- marah emo- emo pun tak guna. Diorang ni yang homoseksual ni ada je benda yang leh diorang argue kan. Walaupun kebanyakan fakta yang diperdebatkan adalah tak masuk akal.Suka sangat dengan kaum sejenis. Hek ela.. lu ada, gua pun ada. Kunci dengan kunci tak masuk beb!!!

Magnet sama kutub menolak! Basic physic theory laaa. Allah Maha Bijaksana tau. Dia buat magnet sama kutub menolak..kenapa ek? Teori fizik yang metafora. Boleh diaplikasikan dalam hukum sosial.
Tapi, orang tak sedar. Sebab semua dah rasa diorang pandai kan.
Betullah kata orang, semakin pandai orang..semakin bodoh lah beliau.
Kalau mencari ilmu tanpa keredhaan Allah.. macam- macam leh jadi.

Malaysia ni tunggu masa nak kena bala je ni. Bersedia lah kome2 sekalian. Kiamat dah dekat. Anytime je time ko tengah syok bangga2 dengan homo2 ko.. tibe2 ada sangkakala kan. Aku pun bukan baik sangat. Tak guna kutuk- kutuk diorang ni sebab diorang dah memang pun terkutuk. Allah sendiri berfirman dalam KalamNya.

Apabila manusia hidup berkiblatkan nafsu
Inilah jadinya
Sama- samalah kita berdoa
Agar mereka kembali ke jalanNya.
Ameen.

11/18/10

berjuang untuk diri/ parti atau rakyat?


Salam semua.. harini aku nak serius sikit..( sikit je )
Kita semua tengok kan macam mana sekarang kalau oranng bosa2 berjuang kan?
ok, kita imbas kembali perjuangan UMNO kepimpinan Dato' Onn Jaafar ( DOJ )dulu eyh
berdasarkan ilmu sejarah Form 5 aku yang semakin berkarat ni.. dulu DOJ asaskan UMNO untuk mengembalikan hak penduduk Tanah Melayu. Then Tunku Abdul Rahman memerdekakan TM. Dengan Perjanjian London and so on so off. Aku rasa korang pun tahu kan so tak payah lah aku bukak kelas sejarah pulak kat sini.

Kembali semula pada zaman sekarang. Kita tengok eh orang2 swkarang berjuang macam mana..
Kalau kita komplen la ape2 kan.. mesti lambat kan effect dye.. tapi bile nak pilihanraya je... wa cakap sama lu..memang cepat ah..
aku tak spesifikasikan kat mana2 parti eyh. bagi aku semua pun sama je.. lagipun aku belum 21 tahun lagi..belum layak mengundi..hehe

Kita tengok pulak ucapan2 wakil2 rakyat kita tu.. fer..ayat memang tahap komsas la wa cakap sama lu.
Tapi, benarkah..apa yang mereka perjuangkan itu adalah untuk rakyat? Atau sekadar untuk melebarkan lagi kawasan punggung mereka?

Hey, jangan mudah menuding jari taw. Mana2 parti pun asas mereka ditubuhkan aalah untuk membela kepentingan rakyat mereka.. tapi itu adalah ASASnya..

Sayang sekali setiap parti itu telah dicemari dengan orang2 yang mementingkan diri sendiri. pastu, banyak pulak tu orang yang jual ikan ni..dorang buat rumpun sendiri dalam parti.. rekrut orang ramai2..gunakan nama parti untuk perjuangkan hak rakyat..KONONnya lah.. dapat untung..share la sama2 kan..

Sekali lagi aku taknak la cakap parti mana2.. sebab aku tak sedia lagi nak sokong mana2..tunggulah umur aku dah sah untuk mengundi nanti eh? heh..

Sifat FANATIK dalam parti itu yang sebenarnya merosakkan nama parti tersebut.

"Sokonglah parti Q..anda akan majuuu"
" Sokonglah parti X..hidup anda terjamin"

Hey2... sila selak balik terjemahan Al- Quran dan hadis2..apa sifat2 yang perlu ada dalam seorang pemimpin?

1. Bertaqwa kepada Allah
2. Adil
3. Berjuang untuk rakyat bersungguh2
4. Tidak mementingkan diri

and so on..

Jadi, tak kiralah mana2 parti pun yang memerintah..sifat2 ini memang WAJIB ada pada seorang pemimpin.
Kalau rasa ade kurang or slack mana2..pi menuntut balik..

Pastu, imbas balik pemimpin kita yang dulu2.. sapa nak jadi menteri semuanya orang yang bijak2..yang memang pro la dalam pentadbiran ni..
tapi sekarang? pandai ayat sikit dah leh jadi orang2 besar.. ape ni?
Semua orang tak perfect..bukan semua benda kita tahu kan..so... janganlah angkat hidung dongak ke langit je..
sesekali pandanglah orang bawah dan jangan segan belajar..

rasa sedih sebenarnya tengok pentadbiran camni..semua sibuk nak nama mereka terpateri kat dinding emas dan besi..

tapi percayalah..bukan semuanya macam ni..dalam kelompok hitam.. pasti ada minoriti putih yang senyap
dorang buat je keje dorang... masih ada yang baik..masih ada yang bertanggungjawab.. Alhamdulillah..
so... korang2 ni..anak2 muda..jangan terlalu obses dalam berpolitik.
jangan bertumpu kepada satu medium saja..satu punca saja.. dengar dari pelbagai pihak..rujuk kembali Al- Quran dan Hadis Sahih.
InsyaAllah..Allah akan tunjukkan kita jalan yang sebenarnya.

Allahumma ameen.
http://www.emocutez.com

8/31/10

personal : sampai bila?

Salam Ramadhan serta selamat menyambut kemerdekaan yang ke- 53.



Sudah 53 tahun Malaysia menyambut kemerdekaan dari penjajah. Bebas. Kini bebas..oohh kini bebasss berlariiiii mengejar mimpiiiiiii..menujuu segala citaaa kejayaAANNNNNNNN...BEBAS KITA BERLARIII!!



aih, ternyanyi pulak. nasib baik suara aku sedap. kalah Ella.

Kita telah merdeka dari penjajah. Tapi andainya kita menilai kembali, adakah kita ini sebenar- benarnya telah merdeka dari mereka?
Lihat saja dari segi mentaliti dan gaya hidup masyarakat kita khususnya masyarakat Melayu yang disinonimkan sebagai masyarakat Islam.
Pakaian yang sendat mendat, baju ketat metat, duduk sesama bukan muhrim rapat- rapat, lagak jalan gedik menggeliat, semuanya berkiblatkan barat.

Inikah merdeka pada kita? Di mana masyarakat yang negaranya negara Islam?

Baiklah. Lupakan tentang hal negara.
Fokuskan kepada diri.

Ingin sekali aku petik bait lirik lagu Awaken nyanyian Maher Zain

Oh...I'm walking with my head lowered in shame from my place
I'm walking with my head lowered from my race
Yes it's easy to blame everything on the west
When in fact all focus should be on ourselves


Negara sudah merdeka.
Tapi adakah diri kita sudah merdeka dari pautan dosa?

Malaikat Jibril berkata: “Celaka seseorang yang masuk ke bulan Ramadhan tetapi keluar dari bulan Ramadhan dengan tidak di'ampuni dosa'nya oleh Allah" Maka Rasulullah pun berkata: “Amin.

Semoga kita tidak tergolong dari golongan yang diaminkan itu. InsyaAllah. 

Janganlah kita sering menyalahkan pihak lain atas kelalaian kita sendiri, kerana semuanya; nak tak nak, mahu tak mahu semuanya dari diri sendiri.
Kuatkan diri. Tabahkan hati. Tingkatkan sabar.
Kejarlah 10 Ramadhan terakhir ini. Semoga kita antara insan terpilih yang ketemu malam penuh barakah; Malam Lailatul Qadar.

Aminn

5/3/10

Malaysia dan orang bodoh di dalamnya


Malaysia
tanah airku yang tercinta
walau kau diasak dengan pelbagai rupa
kau masih Malaysia
pelbagai slogan dan propaganda
pelbagai rima dan muzika
dicipta sebagai penunjuk setia cinta
namun ternyata itu tidak lebih dari kata- kata

rasa cinta tidak terbit hanya di bibir
tidak terbit hanya di layar- layar
tidak jua muncul hanya tatkala 31 Ogos menjelma
sorakan dan laguan
perbarisan dan prosa- prosa
bukan! bukan!

PLKN bukan sekadar suka- suka
itu tandanya kamu sedia sebagai tentera
pertahan negara demi cinta

JALUR GEMILANG bukan sekadar bendera
bukan sekadar kain dicat simbol negara
ia adalah lambang maruah dan tenaga
setiap insan di bawah naungannya

namun Malaysia tanah airku
ku lihat sini sana
kiri kanan depan belakang
di mana Mak Minah, Pak Abu, Ah Seng, Ravinathan?
kini kulihat hanya Wak Sukarjo, Melatina Ria serta Jane Fernandez, Clarissa Jayapagal..
siapa mereka?
bahasa mereka ku tidak faham.
terasa di luar negara tatkala berada di Chow Kitt
bukankah aku di Malaysia yang ku banggakan itu?

sedarlah kalian
ini negara kita
kenapa takut di negara sendiri?
kenapa bersembunyi di tanah sendiri?
kenapa kau berlari di tanah permainan mu?
di mana penguatkuasa??
taman tempat tinggalku umpama di Jalan Jakarta
siapa mereka?
kenapa mereka sungguh bebas?
kenapa mereka yang bekerja?
kenapa mereka yang berniaga?
kenapa mereka yang kita bergantung harap?
kenapa bukan orang kita?
di mana anak- anak muda??

jawapan
mereka sedang berlepakan di pasaraya
berpakaian gah tunjuk terer
tenaga yang ada diguna bergasak sesama mereka
bodohnya
sedangkan negara membutuhkan mereka
bodohnya
tenaga dibazirkan begitu saja
cerdik intelek memberi khidmat di tanah lain
lagi bodoh
negara sendiri perlukan mereka
khidmat mereka di tempat lain
bodoh! bodoh!

aku cintakan Malaysia
jadi aku ingin belajar, bekerja dan berjaya bukan hanya atas tuntutan fardhu kifayah sahaja
tapi menegakkan siapa Malaysia
siapa bersama aku?
kita kehadapan pantang berpaling
semangat patriotik bukan sekadar laungan
tapi baraan dalam jiwa

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails