Pencanting tegar

Showing posts with label senaman otak. Show all posts
Showing posts with label senaman otak. Show all posts

9/8/17

Mengaku Melayu tapi layu.


Assalamualaikum semua. Salam Jumaat.
It's been a while I posted an entry via mobile. Guess I really need to blurt my thoughts fast. It keeps hitting my morale. Haha
.
.
Terima kasih.
Tolong.
Boleh ke?
Maaf.

.
.
Keempat empat perkataan ni nampak biasa. Tapi jika diungkap, besar nilainya.

Masa kini, jarang sekali atau payah lah nak dengar orang ucap 'Terima kasih" apalagi "Maaf".
.
Satu contoh. Apabila kita bertanya arah jalan, dan seseorang berikan jawapan.. Kemudian kita buat apa? Blah terus? Rasa rasanya apa orang rasa? Sakit hati kan? Eh dah tolong tapi terima kasih pun tak cakap.

Memanglah bila nak menolong kena ikhlas di mana dalam ikhlas kita tidak mengharap apa pun hatta terima kasih sekali pun.

Persoalan di sini bukan ikhlas. Ikhlas adalah sesuatu yang tak nampak, sukar dikecap. Persoalan di sini lebih kepada adab. Manners.

CKB mengaku CKB memang ortodoks. Tradisional. Oh, sebelum tu maaf post ni bercampur bahasa.

CKB nak tergelak bila dengar orang Melayu bercakap tentang adab la, perjuangan bangsa la etc etc tapi benda sekecil ucap Terima Kasih pun tak boleh buat. Berat sangat ke ucapan tu?

This one applies to not just physical conversations, whatsapp for instance is also accounted.

Da tanya memacam, dah dijawab, pastu diam. Bluestick kan aje. From my perspectives, I find its very very rude.
.
.
Perkara kecil, tapi nilainya besar. Jika kita pun tak buat, adakah anda fikir, anda akan mengajar anak anak anda perkara tersebut? I don't think so. Sebab, perkara kecil kan?

Dan bila kita berjumpa dengan orang yang macam ni, kita akan cakap, "Eh, mak bapak tak ajar ke?".

And guess what? Kitalah mak bapak yang tak mengajar tu.
.
.

Kalau perkara sekecil ucap Terima Kasih, Maaf, Tolong pun tak boleh buat, kau fikir kau boleh capai perkara besar?
.
.
Let me tell you something, no, you can't. You don't even dream about it.
.
.
.
Benda kecil kan? HehπŸ˜’πŸ˜’πŸ˜’

1/5/12

Aku pun mahasiswa/siswi

Sekarang heboh tentang isu Safwan Anang yang kritikal dan isu bendera Adam Adli dan ape ntah seangkatan dengannya. Gua dengar cerita dari banyak pihak. Dan akhirnya gua terkeluar idea di tengah malam buta ni untuk tulis entri.

1. Mahasiswa ni darah muda, darah panas. So, bila ada sesuatu yang boleh menggoncang jiwa muda mereka, mereka akan buat dengan penuh sungguh- sungguh. Satu pujian kepada mahasiswa. YAY!

2. Isunya kecik aje, turun bendera bape minit..then naikkan balik. Kurang sopan tapi tak cukup biadap sampai kena belasah lah kan. Ape lah.

3. Malas lah bernombor- nombor ni.

Ok, meh sini aku luah pendapat aku yang tak berapa nak get into dalam arus politik negara ni. Bagi aku, kedua- dua pihak ada salahnya. Aku takmolah cakap lebih kang kata aku berat sebelah pulak.
Buat brothers kita yang cedera, kita doakan kesejahteraan hidup mereka.

Camni, cer cer korang rujuk Surah Muhammad ayat ke- 7. Maksudnya lebih kurang.... siapa yang menolong agama Allah, nescaya Allah akan menolong/ meneguhkan kedudukan kamu.

Ate, cemane nak menolong agama Allah ni? Berdemo? Tunjuk perasaan? Pung pang pung pang?
Mari kita SEMUA cuba tegakkan agama Allah dalam diri kita dulu. Mantopkan iman memasing. Buat muslimin khasnye, cer cer korang penuhkan masjid buat solat jemaah untuk Solat Subuh. Cer cer cer.

Yang perempuan, muslimat bagi aku.. mohle kita ajak reramai join usrah instead kita turun dok pung pang pung pang. Kalau kita mahukan negara yang mengamalkan sistem Islam yang betul.. kita kena start dari bawah dulu.

Ok, camni. Aku takdela terer merer dalam hal agama atau politik. Tapi, ni pendapat aku sebagai seorang mahasiswi jugak.
Daripada kita buka aib orang, kutuk- kutuk, caci- maki sana - sini.. kan bangsa and agama lain tengok kita macam... asyik bertelagah aje kan? Cer cer cer kalo korang korang yang geng mahasiswa tu buat solat hajat continously. Maybe every week ke. Buat qiamullail dan mohon pada Allah agar DILEMBUTkan hati manusia 'tersebut' untuk menerima dan membuat perubahan ke arah kebaikan. Mohon agar Allah jaga hati- hati kita semua supaya tak terdeviate dari jalan Allah.

Bukankah hati itu milik Allah dan hanya Allah saja yang bisa membolak- balikkan hati manusia itu?
Bagi aku, dua- dua ada salah dan khilafnya. Daripada berkumpul nak tukar pindaan la apa la, baik korang susun strategi guane nak tarik lagi ramai memember kita datang masjid buat solat jemaah kan?

Ha, tang pindaan and apa segala tu.. boleh buat..ye la..kena la ada perubahan ye dok? Takkan nak dok tang tuu je kalau dah tahu salah kan? Tapi, slow and steady lah. Jangan gelojoh katak.
Sedangkan Rasulullah SAW pun ambil masa untuk wujudkan kerajaan Islam ye dok? Rasulullah pun start dengan pupuk iman power dalam diri sahabat. Apatah lagi kita umat akhir zaman ni. Ha, kan? kan? Nampok dok?

p/s: aku pun sedang suba memperbaiki diri

Stop the hatred, raise the love.
Wallahualam.

5/17/11

Seni yang dilupa

Hari ini aku meneroka setiap susuk pameran di Balai Seni Lukis. Sudah dua tahun aku duduk berdekatan dengannya tapi baru hari ini aku berpeluang untuk menjejak kaki di sini.
Indah- indah seninya, tak tercapai dek akal.
Ada yang seninya terus, ada juga yang halus.
Ada yang kasar, ada yang perlu jana minda.

Apa pun, aku suka.

Aku meneliti setiap hujung ke hujung hasil seni setiap artis. Aku kagum.
Aku tak punya ini kelebihan, aku cuma mampu senyum sekali sekala. Heh, mereka sarkastik di dalam seni mereka.
Kadang seni itu menakutkan. Ya, andai ada yang salah menafsir.. takut haluan hidupnya simpang pula.
Bagi aku, setiap hasil itu adalah seni. Dan setiap seni tiada yang huduh.
Bagi aku seni adalah sesuatu yang abstrak, subjektif di mana lain manusia lain penilaiannya.

Di antara karya- karya visual yang dipamerkan ada diselit beberapa baris puisi dari sasterawan terkenal seperti Usman Awang dan A. Samad Said. Bahasa yang mudah, tapi penuh dengan cerita.

Mereka yang sayang seni adalah mereka yang menghargai budaya dan juga sejarah.
Mereka yang suka seni adalah mereka yang kagum dengan kejadian indah alam ciptaanNya.
Mereka yang berseni adalah mereka yang setiap saat memikir jalan baik untuk dunia.
Sedang belajar itu jua seni.
Bagaiman strategi untuk mengulangkaji, buat latihan, menyelsaikan masalah..semua itu seni.
Terpulang pada manusia dengan seni mereka masing- masing.
Namun... masih yang tak punya mata untuk melihat. Hanya untuk memandang.
Masih tak punya telinga untuk mendengar. Hanya untuk hiasan.
Masih tak punya akal untuk faham. Hanya untuk berfungsi.
Masih tak punya hati untuk menilai. Hanya untuk naluri sendiri.

Sedang sejarah itu seni, mengajar pemuda pemudi
Tentang indahnya dunia hasil korban darah nenek moyang
Indahnya bebas selepas jiwa mereka yang dulu dipenjara ketat
Seronoknya melangkah ketika dulu orang lama kaki tangan terikat

Bangunan lama berkulat mercu sejarah bangsa bebas merdeka
Menjentik kembali memori sejarah pahlawan bangsa yang benar pertahan negara

Sejarah itu cerita lampau yang benar
Persetan pahit atau manisnya
Ia masih sejarah

Manakan lagi jadi sejarah andai ia diubah mengikut rasa
Bagi mereka yang tiada seni di dalam jiwanya
Bagi mereka yang mengurung kebebasan berseni di dalam dirinya
Bagi mereka yang terkurung dengan arus hedonisme yang meracun bagai virus
Dipenjara cerita prono, diikat dengan maksiat, dicampak ke alam 'gembira tanpa kiamat'

Kembalikan jiwa senimu
Sedang Islam itu sangatlah halus dan berseni
Ya, halus seninya

3/26/11

Tok... saya ada hajat nih!

3 orang pemuda yak ni Ali, Abu dan Ahmad datang menemui Tok Waduk yang dikatakan punya banyak ilmu yang mampu melunaskan segala hajat manusia yang tak pernahnya nak puas ni.

Ali: Assalamualaikum Tok, kami datang ni ada hajat.


Tok W: Waalaikumsalan wbt, ha..ape ke jahat * eh typo pulak. hajat kamu tuh? Ni adele ni kalau tak pedajal orang mesti nak puaskan nafsu tuh.


Ali: Eh, memandai jaa Tok nii.. kami bertiga ni ada hajat baik ni..untuk kepentingan sejagat jugakk


Tok W: ha..habaq mai meh


Ali: Erm.. tok.. cemane eh saya nak berjaya? Berjaya dalam hidup saya? Tok boleh tak terus bagi saya dapat jawatan manager kat syarikat tin beskot hujung kampung tuh?


Tok W: Hamboii..banyak benor soalan hang sorang ja. Kojer senang je tuh.. Ko nak berjaya eh? Ko naiklah tangga kejayaan. Ala2 tangga Batu Kep tu. Da sampai nanti kiranye ko berjaya le tuhh


Ali: * what thaaaaa


Ahmad n Abu: ekekekeke


Abu: Ha..saya pulak tok...cemane nak jadi kaye ni tok? Boring la kais pagi makan pagi je


Tok W: Siapa suruh kau kais pagi makan pagi jeee..kais lah petang sekali bolehlah makan petang nanti.. Ala, sonang aje tuuu.. Ko pergilah bank..buatlah loan ke.. kuarkan duit..Bank kan banyak duit. Nanti dapat lah duit


Abu: Takat gitu tak payohle saya datang jumpa tok.. adik saya 3 tahun tu pun tahu jawab! * grrrr


Ahmad dan Ali: huahuahuahua


Ahmad: Ha..tok...cemane ni tok.. Saya ni dah gatai nak menikahh. Duit dah ado. Ni cemane saya nak cari isteri yang cun melecun tok? Hari tu saya ter reject Lisa Surihani lah..Adoi..


Tok W: Sonang aje tuh..Ekau nak cantik luar ke dalam? Cantik luar ko cari le pompuan yang pandai mekap tepek bedok sekilo dengan bulu mata palsu sepanjang 2 marhalah. 


Ahmad: Ha? ngape pulokk


Ali n Abu: Yele.. pompuan kalau mekap baru cantik..ala cam artis2 n minah2 shawl tuu.. da mekap baru cun gilass..tanpa mekap? Hanchooooomm


Tok W: ekekeke, udah2. Tok nak balik umah ni, malam ni malam Jumaat.


Ali, Abu n Ahmad: Tapi, kami x dapat pun apa yang kami hajatkan nihhhh


Tok W: ko pikior le. Otak Allah bagi suruh berpikir.. Demi masa pemudaa.. gunalah otak itu untuk berpikiorr..jangan buang masa dan matikan akal. Anak muda yang suka matikan akal umpama robot terhebat keluaran Jepun. Mampu bergerak, tiada impian. Bai

Mereka pun pulang dengan hampa. Tak paham apa yang Tok Waduk nak sampaikan. Ha, korang paham tak apa yang Tok tu nak sampaikan? Ce citer.. ce citerr

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails