Pencanting tegar

Showing posts with label jiwang. Show all posts
Showing posts with label jiwang. Show all posts

2/27/16

Serious 15 years old addiction

WARNING: THIS IS A SUPER GEDIK FANGIRL POST.
Please read it at your highest pitch.
HAHA!


Just found out about a graphic novel by Voltage.Inc ( Luv ya!). 

Kissed by the Baddest Bidder!!!

I went like WHOAHHHHHHH its like my first time engaging to my addiction to Korean Drama back in 2007-2008.

The storyline is a total whole new level of fairytale. I know.. so much of childish-ness in my 20 plush plush personality but so whatt?? Its anime anyway. If its like real life action drama then that is boring. (Apa aku cakap ni)

The characters:

Yourself
Eisuke Ichinomiya (The King)
Soryu Oh (The Cool Mobster)
Mitsunari Baba (The Womanizing Thief)
Ota Kisaki ( The Enigmatic Artist)
Mamoru Kishi (The Slacker Detective)

So these are the main character of the drama andddddd I am soooooooooooo fairytale -in-love-with SORYU OH!


He is so coooooll and act-like-i-dont-know-u or whatever but when he's alone (with you) he is super romantic, flirting and yes, sweet.

Too bad to continue to next episode I have to purchase. So, I ain't that addicted that I'm gonna spend my cash on this super sweet fairytale drama!

I'll just check it if its can be hacked! HAHA

Ok then. TAA

I am so happy to finally meet my childish side and excitedly tells my bestie Nadia to download it. LOL


5/23/14

Separuh hati

Phew phew phewwww *buang buang habuk

Dah berkabus blog aku ni. Habuk tebal 6 inci dah boleh buat arnab. (tagline masa matrik bila bilik penuh habuk). Haha teringat Bad.
Apa khabar lah Bard. And bebudak matrik. Paling aku rindu zaman gila masa sekolah, matrik dan universiti. Start menggila masa matrik. Terima kasih pada Badriah yang menukarkan aku yang suci bendul gitu kepada manusia seumpama kau. Haha.

Kemudian 4 tahun aku bertapa di kolej Universiti Kebangsaan Malaysia tercinta aku *tangan di dada mata ke atas*. Geng2 satu kursus dengan aku yang sampai sekarang masih tak kurang gilanya nampaknya menebarkan sayap ketidak normalan mereka ke satu tapak yang lebih jauh. Ya, ke alam 'dewasa'. Menyingkap kembali zaman muda mudi yang ntah apa- apa, aku rasa lebih bangga dari diri yang sekarang. Ya.

Kini, aku seolah bahtera tanpa layar dan kemudi (diambil dari lirik 'Bonda' oleh M. Nasir). Terumbang- ambing penuh golak. Kawan- kawan tak normal aku dah menjauh. Syukur, Allah dekatkan aku kepada sahabat yang cukup aku sayang. Bibi. Bicara dengannya tak pernah jemu dan lalai. Dalam sedu mampu disambut dengan senyum tawa diakhir bicara. Ah, rindulah dengan mek Kelate tu.

___________________________________________________________________________

Tipu jika aku kata aku tak sedih. Tipu jika aku kata aku kuat. Tipu. Tipu. Sejujur manapun manusia, pastikan menipu bila dia di tempat golak seperti aku. Ya, seperti di dalam kasut aku (baca: in my shoes). Apalagi si penipu macam aku. HAHA

Hati seolah diambil sebelah. Rasa sedih sekadar separuh jalan. Rasa gembira juga seolah separuh jalan. Semua seolah tidak kena.

Hingga tiba ke satu tahap, aku tak punya lagi rasa apa- apa. Tak mampu nak fikir risau. Apalagi mengalirkan air mata. Kadang fikir, aku salah kah?

Pernahkah korang berada di satu masa, yang kau mungkin tahu ia salah, tapi kau seolah tersepit. Ah, bagaimana bisa si pembaca maya menyelam ke dasar jiwa s penulis maya juga kan?


Rindu. Ya, aku rindu menulis. Mungkin aku akan mula menulis semula. Terima kasih kepada yang setia membaca rintihan jiwa jujur. Jujur kah? Mungkin.

3/22/12

Mengintai pelangi

Hidup ini takkan selamanya indah. Takkan selamanya senyum. Takkan selamanya aman.
Pasti ada ketikanya badai gelora menghempas jiwa, menggelodak emosi dan mencabar sabar.

Pasti ada tikanya kerut dahi ketat berlipat, mulut muncung ke depan, dan hati terbakar membara- bara.
Di sini, hanya iman dan kewarasan akal saja yang dapat mengawal diri.

Orang kata, bila seseorang itu sedang marah jangan di balas dengan tengkingan.
Umpama menuang minyak ke dalam bara api.
Sebaliknya, jadilah tasik yang sejuk dan tenang.
Bukankah marah itu api, dan sebaik- baik pemadam api adalah air?
Atas sebab itu agama mengajar kita untuk berwuduk bila hati sedang panas. :)

Bila A marah, B harus diam. Tenang.
Tunjukkan kasih sayang.
Mengalah bukan bermakna kalah.
Yang kita mahu kesepakatan, bukan siapa menang siapa betul.

pelangi bagi siapa yang bersabar menunggu tamatnya hujan

Dalam cerahnya hari, pasti akan ada tikanya hujan lebat guruh petir melanda
Mengapa tangiskan hujan lebat itu
sedangkan ada pelangi mengintai di akhir titisannya?

Turunnya hujan bermakna turunnya rahmat Allah. Pelangi itu adalah hadiah bagi siapa yang bersabar dan berfikir.

Jadinya pertengkaran itu bermakna itu ujian Allah. Nikmat hebat menunggu di akhir ketegangan itu bagi siapa2 yang berfikir dan bersabar.



Hidup tak sentiasa indah, tapi ia akan jadi lebih indah bagi yang tahu menghargainya. :)

3/14/12

Bertahan

Hati ini sering berdoa, meminta pada Yang Tak Mati itu.. agar ditetapkan iman.. di sabarkan hati dan dimudahkan n disegerakan urusan itu.

Kita dah plan macam- macam. Plan A? Plan B? Plan C? Semua dah gerak. Sekarang tinggal istiqomah dan menunggu green light dari Maha Kuasa.

Kalau Allah nak, Dia boleh make it happen sekarang juga kerana tiada apa yang mustahil bagiNya. Tapi, Dia tangguhkan.. Dia lengahkan..
Untuk apa lambat sangat?

Untuk menguji hati- hati yang meminta ini. Untuk menguji hati- hati yang mengaku yakin kepadaNya.
Diuji sabar, iman, akhlak, bisikan lagha, kesihatan serta manusia sekitar.
- Bagaimana kamu kata kamu sudah beriman sebelum kamu diuji?"

Untuk apa?

Untuk persediaan di hari bahagia yang akan datang. InsyaAllah. InsyaAllah.
Allah itu Maha Mendengar, Maha Mengetahui isi hati hamba- hambaNya.

Ya Allah yang Maha Mengetahui setiap bisikan kecil hati- hati kami. Dengarkanlah hajat kami. Permudahkanlah ia ya Allah. Sungguh, Engkau Maha Kuasa, Maha Mendengar dan Maha Mengetahui.

p/s: Kita rasa kita dah buat plan yang paling cun, tapi sebenarnya Allah ada plan yang lebih cool untuk kita.
Setiap kebahagiaan itu mulanya dengan sedikit kesakitan.
Setiap kejayaan itu mulanya dengan sedikit kekecewaan.

:)

12/19/11

The garden that I adore most.

Lama tak menulis. Datang sini haritu pun sebab nak join GA NisaKay. Pergh...nasib la aku sempat, kalo tak menangis air mata  suci la aku. Dia dah totopp bhaii. Huuu~

Nampak no 638 tu? perghhhh..mujur sempat. Mujur jenguk2 jugak blog ni walau sibuk dengan 'awesome' posting tu. Lalalala~

**********************

Waktu- waktu kritikal berposting dah mula mengendur, jadi stress tu da tenang sikitlah sekarang ni. Sekarang aku kena siapkan assignment Psikiatrik dan lengkapkan case study untuk hantar ke jabatan. Ughh, banyak benda nak buat.

***********************

Sekarang ni hati sedang berbunga- bunga. Hehehe
Tapi, aku harap aku dapat lagi tahan hati ini untuk terus mekar kembang membunga. Bukan apa, takut cepat sangat bunganya kembang, indahnya itu awal sangat.. takut layunya pun cepat sangat.

Orang kata, gua nak slow & steady je bro.

Bukan buat dono tu tanda tak suka. Cuma, aku nak tahan bunga- bunga kat taman hati ni mekar cepat sangat. Sebab aku tengah tunggu bunga paling cantik di hati ini untuk mekar.
Tapi, tulah. Bunga tu lambat mekarnya, leceh jagaannya. Lama pulak tu baru berbunga.
Tu yang ramai orang tak sabar tu.

Tapi, aku nak jugak tunggu bunga tu. Biar lah leceh manapun, sebab aku tahu.. bila mekar saja bunganya tahan sampai aku menghembus nafas terakhirku. InsyaAllah.
Selalu saja aku pinta pada Tuhan, tolong aku jaga bunga ini. Aku ni lemah. Tak pandai nak jaga. Takut juga layu sebelum kembang.

Kepada external force yang membuat bunga- bunga kecil di taman hatiku berkembang mekar, tolong jangan bagi banyak sangat baja. Nanti bunga- bunga ini mati terlebih baja. Tolonglah saya jaga bunga- bunga di taman hati ini perlahan- lahan. Oh2, tolong juga saya jaga bunga yang paling cantik tu.

Sebab saya harap sangat... doa sangat.. yang bunga tu kembang mekar dengan indahnya... bila kita sudah halal. Bunga tu bukan untuk saya sorang je, awak pun mesti suka bila tengok bunga cantik tu nanti. ^^
Dengan harapan, bunga itu terus kembang hingga ke JannahNya. InsyaAllah.

Maafkan saya kalau saya lukakan taman awak.
Saya cuma nak jaga bunga- bunga dalam taman saya je. :)


P/s: A video that I would want 'the person' to watch.
Until Jannah. Yes, until Jannah. 

11/17/11

Perihal hati

Aku tak nak berharap.
Tapi, dah macam ada bibit harapan.
Tak nak berharap.
Tak nak berharap.

Duhai hati, jangan lah mudah jatuh hati
Pada Adam yang belum kau nikahi
Pada Adam yang belum pasti
Tolong hati, tolonglah berhati- hati

Duhai Allah, kalau aku jatuh hati
Biarlah pada dia yang aku nikahi
Andai aku jatuh hati pada yang belum halal lagi
Permudahkanlah urusan peng'halal'an kami
Aku tak mahu lama- lama jatuh hati
Takut maksiat datang mengiringi
Ampuni hambaMu ini..

- Hati ni lembut sangat. Macam mana nak bagi keras sikit?

11/16/11

Wordless wednesday



<3 <3 <3

11/10/11

Kites

Our Angry Bird flew up highhh

pakai inai.
No ring at my ring finger yet.
Just not yet. =P


Angry bird did makes us angry. 
Gggrr

Tired. 
But it was worth it.
Thanx besties and dearies.

May our relationship stay strong and fills with love in every each day that we live. 
May Allah grant us our Doa.
May Allah bless us.
May Allah bless us.
May Allah bless us.

Ameen.
:)

10/26/11

Aku minta kita halal

Ada benda yang kita tak mampu luahkan dalam bentuk kosa kata.
Ada perkara yang mampu di interpretasikan melalui perbuatan.

Aku kalau boleh, nak simpan yang manis- manis ini pada kemudian hari.
Orang kata, benda yang seronok bila ditahan- tahan jadi makin seronok di kemudian hari.

Semoga aku tak menjadi orang yang lupa diri.
Ampunilah aku. Selamatkan aku. Ya Allah.

Harap, aku tak terlalu mengharap.
Harap, aku akan terus tak mengharap.
Harap, semuanya baik- baik saja.

Thank you to all the cherish moments.
Tapi, harap dapat ditahan- tahankan..sebab saya nak sesuatu yang lebih manis selepas 'dihalalkan'.


=)

10/24/11

[tazkirah] Nasihat Nabi SAW kepada Ali R.A

Its for me, and for you as well


Nasihat Nabi s.a.w kepada Ali r.a 


Wahai Ali, bagi orang ‘ALIM itu ada 3 tanda-tandanya:


 1) Jujur dalam berkata-kata.


 2) Menjauhi segala yang haram.


 3) Merendahkan diri. 


Wahai Ali, bagi orang yang JUJUR itu ada 3 tanda-tandanya: 


1) Merahsiakan ibadahnya 


2) Merahsiakan sedekahnya. 


3) Merahsiakan ujian yang menimpanya. 


Wahai Ali, bagi orang yang TAKWA itu ada 3 tanda-tandanya: 


1) Takut berlaku dusta dan keji. 


2) Menjauhi kejahatan. 


3) Memohon yang halal kerana takut jatuh dalam keharaman. 


Wahai Ali, bagi AHLI IBADAH itu ada 3 tanda-tandanya: 


1) Mengawasi dirinya. 


2) Menghisab dirinya. 


3) Memperbanyakkan ibadah kepada Allah s.w.t. 




Ya Allah, jadikanlah kami hamba- hambaMu yang bersyukur serta soleh dan solehah.




"memohon yang halal kerana takut jatuh dalam keharaman"


- I don't know why but I just simply want to highlight this.
May Allah bless us.


Andai dia jodohku, satukanlah hati- hati kami dengan rahmatMu hingga ke syurgaMu.

with <3


;)



10/9/11

Cakap tak serupa bikin

I've read a quarter part of " Men Are From Mars, Women Are From Venus " by John Gray. It was a recommendable book. Awesome I must say. It is something that do lies in us and have been there since our ancestors. It is just something great that God have created. The differs between men and women. The beauty of being different and how to cope with such differs, the end result will be just astonishingly brings out the blooms of  the love garden.



***************************

" A woman under stress is not immediately concerned with finding solutions to her problems but rather seeks relief by expressing herself and being understood"

Ia menjelaskan di sini bahawa perempuan tends to talk about their problems.
Its a sign of relief if she can talk about it. Thus, she is expecting if there is anyone who cares to just listen on her mumbles.
Just listen.
Perempuan memang suka cakap pasal masalah instead of solving it first. But talk about it is a first step for a woman to solve her problems. She just wants to know if there is someone who cares to listen to her. Woman  is attention seeker in nature. ;)

*************************************

Although I am a female. Keep asking people to blurt out their problems and thoughts in order to feel peace and calm
I'm not doing it.

It is just so hard to talk about all of your inner problems.
It is just so hard to trust anyone.

************************************

" So, how did you cope with all of the stress? You didn't tell anyone about it right?"
" I cried my lungs out"
"Oh, but why can't you just talk to someone?"
" I trust no one"
" How can I be any helpful to you if I don't know any of your problems?"
" Just listen to my cries. Will ya?"
" That's a big pleasure. I feel needed. *smiled*"

Not every girls do talk about their problems. Sometimes crying is just her way of expressing her emotions. She just can't tell it.
Cry and cry.
Can you listen to my cries without knowing what is going on in my head?
Knowing someone that is able to just listen to my tears and cries without know nothing about what is really going on is something priceless. It's like a heaven of blooming flowers.
Because that means that someone really cares for you and will be by your side no matter what.

Thank you for listening to my tears.

************************

Aku memang orang cakap tak serupa bikin. Nak percaya aku lagi tak?
Even a counselor needs to be counselled.

8/1/11

Aktiviti Bulan Ramadhan



Assalamualaikum

Hari ini dengan rasminya merupakan hari pertama umat Islam berpuasa. Semalam telah pun bermula terawikh dan sedikit tazkirah dari ustaz di masjid2 sempena hadirnya Ramadhan yang mulia ini.

Kebanyakan orang kata, bila tiba saja bulan Ramadhan segala benda jadi slow. Takleh nak dating, takleh nak tengok porn, takleh mencarut, takleh buat aktiviti harian dan segala macam lagi.

Kerana itulah istimewanya Ramadhan, hampir semua umat Islam berhenti melakukan aktiviti2 lagha.
Tapi ada yang menganga pun takleh jadi jugak kan.

Seperti di dalam video di atas, Ramadhan merupakan bulan pesta. Ya! Pesta Ibadah.
Pelbagaikan amalan ibadah kita pada bulan ini. Semoga kita menerima keberkatan yang banyak InsyaAllah.

Sediakan mutabaah amal supaya kita sentiasa dapat update dan check diri kita.

Contoh2 mutabaah amal yang anda boleh follow. Mudah saja, tekan kat google saja ok?
Sesuaikan mengikut citarasa sendiri.
Aim biar tinggi. ;)

Salam Ramadhan Al Mubarak.

6/16/11

Kalau rasa gembira *sambung

Kalau rasa gembira tepuk punggung!..hoi! hoi!
Kalau rasa gembira tepuk punggung!   hoi! hoi!
Kalau rasa gembira beginilah caranya, kalau rasa gembira tepuk punggung! HOI! HOI!

Ha, kau semua tak rasa pelik ke bila lagu " Kalau rasa gembira " tu ditukar dari tangan kepada punggung. Demm lah. Memang pelik amat!

Intro..

Assalamualaikum semua.

Bila aku cakap tepuk punggung mesti korang semua yang otak belu lagi kuning- kuning langsat ni mula menerajah memesong pikiran ke arah yang lebih gelap. Pastu kata aku cakap bukan bukan. Ciskek!
Aku bukan cakap nyanyi kosong baii, aku pernah nampak seorang minah ni tau2.. bila dia happy je dia tunjuk punggung dan tepuk kuat2. Pe jadah baii?
***************************
Hari ini aku keluar dengan awek tercinta aku. Saja sambut birthday dia awal. Esok birthday dia. Dia nak keluar dengan pakwe pacaknya, maka aku diketepikan. Ciskek! Haha.
Aku agak emosi hari ini. Jadi mood pun tak ada. Aku pergi bershopping dengan pakai t-shirt dan tudung bawal. Takdelahhh shawl mawll niii.

Rasa marah, kecewaa, sedih, down menerajang- rajang hati dan emosi benak aku. Maka aku mulakan langkah silat memulihkan diri. Zattttt!!!!. Kita shopping sampai pengsan! RAWR!

Awek aku dengan cake nya. HB babe! <3

Rupanya dekat Times Square dah ada banyak kedai baru. Murah! Aku meroyan tengok pakaian cun2 murah2 pulak tu. Ciskek! Ada satu tempat tu tulis " Fashion Runway". OHEMMJAYYY. Nyesal gua pakai T-shirt je. Patut gua pakai jeket panas ketiak basah kewl dengan shawl belit kepala. Baru lah fashionable! RAWR!

Gua letih. 

Hekceli bukan ini yang gua nak cerita. Aku rasa down sikit dari semalam sebab ikan cencaru peram bakar madu aku tak menjadi sangat. Bukan tak menjadi apa, cuma ikan tu tak cantik rupa dia. Hancur. Tapi sedap lah. Ngeh3

& hari ini.... pagi2 lagi...

Takpelah.. dah shopping lega sikit. Tiada lagi gangguan emosi yawww!
Senyum arr CKB... Senyum ahhhhhh

Kau suruh orang senyum, nasihat orang gembira2... tapi kau down pehall??
Benda kecik je baii.. kau akan wanita besi. RAwr!

* Aku senyumlah niiii

( monolog )


Aku jenis tegar. 
Aku jenis tegar.
Aku jenis tegar.
I dare to take the risk.

But..

This heart is not made of steel.

OUT

p/s: kalau rasa sedih tepuk ATM! Ka-ching! Ka- ching!

6/9/11

Lelaki nampak comel bila...

Saya sangat setuju dengan pernyataan di bawah ...
Serius sangat comel
<3


Lelaki nampak sangat comel bila mereka lipat baju.

Lelaki nampak sangat comel bila mereka pandai bake a cake.

Lelaki nampak sangat comel bila mereka disuruh cari uban emak.

Lelaki nampak comel bila mereka melatah tanpa dibuat buat. Takat "Oh mak kau" je pun comel.

Lelaki nampak comel bila tidur dalam kesejukkan.

Lelaki nampak comel bila memandu sambil curi curi pandang awek dia yang duduk dekat passenger seat.

Lelaki nampak comel bila makan ais krim comot comot sampai ke pipi.

Lelaki nampak comel bila selesema atau bersin bersin tak henti henti.

Lelaki nampak comel bila mereka buat buat tahu padahal masih blur blur sebab tak ingat direction.

Lelaki nampak comel bila mereka ketakutan.

Lelaki nampak comel bila mereka menangis.

Lelaki nampak comel bila mereka solat dengan kain pelekat. Nampak macam abah abah.

Lelaki nampak comel bila mereka cuba buat muka serius tapi tiba tiba tergelak. Bergantung pada siapa yang buat lawak.

Lelaki nampak comel bila mereka membaca dengan khusyuk bukan dibuat buat.

Lelaki nampak comel bila mereka gelisah dan nervous.

Lelaki nampak comel bila mereka tekun bekerja especially yang bekerja di pejabat.

Lelaki nampak comel bila mereka cuba main gitar tapi ternyata sumbang mambang. Sekurang kurang mencuba katanya.


sumber sini 

<3
=)

6/8/11

Suami kena kuat

Assalamualaikum


Memanglah kalau dah kahwin tu suami memang kena kuat. Kalau tak kuat camne nak dukung bini yang tengah pregnant tu kan? Kan? Ha! Ha! Korang pikir kuat apa? Cepat je korang tekan eh? Otak kuning betul. Haha


Seorang suami haruslah kuat pertamanya dari segi agamanya.
Jadi, wajarlah adanya satu institusi atau seminar ke ape ke bagi mereka2 yang bergelar suami atau yang bakal jadi suami ini untuk bermuhasabah diri dan memperbaiki iman agar dapat memegang teguh agama dalam keluarga. 







Daripada buat isteri2 setia punye persatuan, baik buat persatuan suami soleh ke... kan? Isteri setia buat apenye nak berpersatuan? Duk umah le atenye jaga makan minum pakai anak suami ye dok? Suami tu kena bagi banyak ilmu agama, senang le deme nak paham yang agama Islam ni mudah dan penuh dengan kasih sayang. Ate kalau suaminya sembahyang pun idakk, bini sibuk persatuan sini sana.. nak kukuh mende rumahtanggenye? hoho
Rujuk sini.


Dari Dr. Fadzillah Kamsah. rujuk sini.


Ha, 10 sifat calon suami yang baik!


Agama!
Akhlaknya!
Tegas!
Amanah!
Tak boros!
Jaga pandangan tak tengok perempuan lain!
Jaga batas pergaulan!
Rakan pergaulan yang baik!
Bertanggungjawab!
Wajah tenang!


Ha, kalau anda yang kaum Adam ni nak jadi calon suami yang baik, bolehlah baca ulasan lanjut di sini ye.


Selain itu, anda juga boleh rujuk sini untuk menambah ilmu tentang bagaimana untuk menjadi suami atau bakal suami yang baik. 


Sesungguhnya telah ditetapkan jodoh kita di Lauhul Mahfuz. Lelaki yang baik adalah untuk perempuan yang baik dan begitulah sebaliknya. Jika kamu seorang yang baik tetapi mendapat pasangan yang tidak baik, pohonlah padaNya. sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana. 


Selamat bertemu jodoh kalian =)

5/17/11

Seni yang dilupa

Hari ini aku meneroka setiap susuk pameran di Balai Seni Lukis. Sudah dua tahun aku duduk berdekatan dengannya tapi baru hari ini aku berpeluang untuk menjejak kaki di sini.
Indah- indah seninya, tak tercapai dek akal.
Ada yang seninya terus, ada juga yang halus.
Ada yang kasar, ada yang perlu jana minda.

Apa pun, aku suka.

Aku meneliti setiap hujung ke hujung hasil seni setiap artis. Aku kagum.
Aku tak punya ini kelebihan, aku cuma mampu senyum sekali sekala. Heh, mereka sarkastik di dalam seni mereka.
Kadang seni itu menakutkan. Ya, andai ada yang salah menafsir.. takut haluan hidupnya simpang pula.
Bagi aku, setiap hasil itu adalah seni. Dan setiap seni tiada yang huduh.
Bagi aku seni adalah sesuatu yang abstrak, subjektif di mana lain manusia lain penilaiannya.

Di antara karya- karya visual yang dipamerkan ada diselit beberapa baris puisi dari sasterawan terkenal seperti Usman Awang dan A. Samad Said. Bahasa yang mudah, tapi penuh dengan cerita.

Mereka yang sayang seni adalah mereka yang menghargai budaya dan juga sejarah.
Mereka yang suka seni adalah mereka yang kagum dengan kejadian indah alam ciptaanNya.
Mereka yang berseni adalah mereka yang setiap saat memikir jalan baik untuk dunia.
Sedang belajar itu jua seni.
Bagaiman strategi untuk mengulangkaji, buat latihan, menyelsaikan masalah..semua itu seni.
Terpulang pada manusia dengan seni mereka masing- masing.
Namun... masih yang tak punya mata untuk melihat. Hanya untuk memandang.
Masih tak punya telinga untuk mendengar. Hanya untuk hiasan.
Masih tak punya akal untuk faham. Hanya untuk berfungsi.
Masih tak punya hati untuk menilai. Hanya untuk naluri sendiri.

Sedang sejarah itu seni, mengajar pemuda pemudi
Tentang indahnya dunia hasil korban darah nenek moyang
Indahnya bebas selepas jiwa mereka yang dulu dipenjara ketat
Seronoknya melangkah ketika dulu orang lama kaki tangan terikat

Bangunan lama berkulat mercu sejarah bangsa bebas merdeka
Menjentik kembali memori sejarah pahlawan bangsa yang benar pertahan negara

Sejarah itu cerita lampau yang benar
Persetan pahit atau manisnya
Ia masih sejarah

Manakan lagi jadi sejarah andai ia diubah mengikut rasa
Bagi mereka yang tiada seni di dalam jiwanya
Bagi mereka yang mengurung kebebasan berseni di dalam dirinya
Bagi mereka yang terkurung dengan arus hedonisme yang meracun bagai virus
Dipenjara cerita prono, diikat dengan maksiat, dicampak ke alam 'gembira tanpa kiamat'

Kembalikan jiwa senimu
Sedang Islam itu sangatlah halus dan berseni
Ya, halus seninya

4/26/11

Aku dan Shiloh Fernandez

Kadangkala penulisan boleh buat aku jadi gila.
Ya, gila kerana bahasanya. Gila kerana sasteranya. Gila kerana hiperbolanya. Entah sejak bila aku mula meminati sastera ( bahasa Melayu khasnya ), aku juga tidak mengerti bila. Ok, ini entri kedua buat hari ini. Seronok menulis tahu? Almaklum, aku baru saja menamatkan perjuangan di medan peperiksaan akhir bagi sem 4. Alhamdulillah, aku berjaya memberi tembakan dan penggorengan padu. Hehe

Sabtu lepas, aku melepaskan rindu pada kawan baikku dan adikku tersayang. Berjalan di sekitar Times Square yang sarat dengan manusia bawah umur dan persepaduan tangan- tangan bukan muhrim memberi aku sedikit kejelikan ketika aku menebar sayap kebebasan. Ahhh, ramai betul orang couple. Ahhh, ramai betul pakai seksi2. Ahhhhh, ramai betul tak cukup kainnn. Kadang fikiran keji aku mula mengejekk,
" Eh, tak kusangka Malaysia yang kaya raya ini punya sumber textile yang terhad. Sungguh kasihan ya." ;D

Ramai budak- budak sekolah. Pakaian cukup advanced. Sedikit, eh bukan. Banyak meluat melihatnya. Badannya papan gembira saja pakai ketat2. Kantoi lah kau belum subur! Kain singkat menampakkan betis putih halus mulus. Yang bertudung? LEGGINGS. Ahhh, penyakit legging ini dari muda sampai yang tua pun pakai! Mahu berdarah bijik mata ini tahu?? Bosan dengan suasana itu, kami menempah tiket wayang.
Agak lama juga aku tidak singgah ke kancah gelap maksiat couple2 ni. Mujur aku duduk jauh dari mereka.

Red Riding Hood. Boleh laa. 3/5. Itu pun kerana heronya hot.

there you go Peter, ( ady forgot his name! ) and Valerie.

this is the hero. Peter. Shiloh Fernandez. To make it short, at the end, he turns into a wolf. Why? 
I'm not going to tell yaaa! HAHA
( Please just say it he's HOT )

This is the second heroin. CKB. Her roles? 
Illegal caunsellor. 
Cartoon maniac.

Ada pengkid mencuba nasib minta nombor aku. Dalam fikiran aku, aku cuma ingin belasah saja si pengkid ini agar kembali kepada fitrah. Ahhh, apa sudah jadi pada homosapiens di dunia? ( Memejamkan mata mendongak ke udara )

Tipikal filem antarabangsa, pasti ada unsur ghairah. Ahh, bosan beteii. Malaysia nak angkat filem ke antarabangsa pun kena ada unsur ghairah juga kah? PLEASELAHHHHH

Di sebalik tirai ortodoks.

Assalamualaikum..


" Sorry babe, aku tak leh lah nak kuar dengan kau esok, minggu ni aku tidur umah boipren aku," kata Shila kepada Fana.


"Eh, kenapa kau cakap perlahan sangat ni? Line rosak ka?" 
"Bukanlah, ni awek aku ade kat rumah aku la.. dia tidur sini malam ni."
__________________________________________________________________

Rumah yang dimaksudkan bukanlah rumah bujang tetapi ia adalah rumah family. Di mana kau akan tinggal dengan mak abah serta adek beradek kau yang kau selalu bergaduh tu.




"Eh, baguslah tu. Lepak umah family bukanlah rumah sorang2..tak da maksiat..dapat eratkan silaturahim antara awek dan keluarga pakwe. Hubungan direstui gituu"

Erm..
Kini, boleh kata memang ramai yang mengamalkan tradisi awek-tidur-rumah-famili-pakwe atau pakwe-tidur-rumah-famili-awek. Kata mereka itu dapat mengeratkan hubungan plus, bukan ada maksiat pun kan?kan?

Katakan saja aku ortodoks, orang zaman batu atau pun keturunan Paleolitik tak mahu maju.. aku tak peduli, aku tak ambil erti..aku tetap kurang ( atau sama sekali tidak ) setuju dengan tradisi ini. Belum ada apa- apa hubungan sudah dipanggil "mak" pada mak pakwe. Belum ada apa- apa sudah tidur di rumah keluarga. Di layan seperti ahli keluarga. Kalau putus, agak2 nyalah..apa yang akan jadi? Masih lagi tidur di sanakah?

Seorang perempuan seharusnya menjaga batas- batas pergaulan. Ya, kamu bukan buat apa.. cuma ingin rapat dengan keluarga si dia saja..
Bagi aku, adalah tidak manis bagi seorang perempuan pergi ke rumah seorang lelaki tanpa alasan yang kukuh.  Lagikan pula bermalam. Sekalipun keluarganya ada, bukanlah satu tradisi atau adat Melayu dan mungkin tidak elok juga di sisi agama untuk berbuat demikian.

Aku mungkin terlalu ortodoks, tradisional mungkin. Tapi, apalah salahnya kira menjaga peribadi kita. Seorang perempuan yang baik bukanlah seorang perempuan yang selalu mengunjungi rumah seorang lelaki bukan mahramnya.

Lepas tu, takkanlah korang nak pakai tudung sepanjang masa kan dalam rumah tu? Mesti akan mengerbangkan rambut kau punyaa. Aurat ditayang. Yelah, kan dah jadi 'keluarga'.

Aku agak pelik bagi keluarga yang membenarkan awek/pakwe anaknya untuk bermalam di rumah mereka. Kalau mereka dalam keadaan bermusafir lainlah.. ini saja- saja. Apalah motifnya. Di mana batas2 pergaulan itu akan terjaga sedangkan si ibu bapa pun approve kebebasan anaknya itu?

Heh, dunia dunia..

Aku mungkin ortodoks, tradisional, kuno dan retro. Tapi, adalah lebih baik andainya kita menjaga diri sendiri. Sudah biasa pergi ke rumah keluarga, pasti biasa juga pergi ke rumah bujang, kan?
Apa nak bimbang? Famili kita setuju dengan hubungan kita. Kita pasti akan kahwin punya. Duduklah sayang tengok tv dekat rumah B. Lepas tu? Tangan merayap ke seluruh anggota badan si gadis. Katanya praktikal palpation anatomy. Kan sudah jadi 'keluarga', manakan haramnya ye dak?


aku mungkin di penjara ortodoks, tapi aku rela jika maruahkan selamat di dalamnya.

4/21/11

Perempuan yang group B*

Aku masih merangkak dalam garapan masa.
Masih rasa annoying dengan sekitar yang tidak adil. Diskriminasi. Semakin meluat bila teman mula bicara politik. Haktuiihh, semua tu tahi.
****************************************
Assalamualaikum

Aku semakin bosan melihatkan couple2 di jalanan ketika aku keluar dari kepompong kolej untuk mengembangkan sayap kebebasan aku. Berpelukan. Bergomolan. Berkissingan. Melihat si gadis tergedik- gedik dengan rambut seterika berkarat meleser- leser kepada boyfriend yang bangga menghembuskan asap nikotin ke udara. Heh, tengok sekali aje sudah tahu, BUDAK SEKOLAH BARU NAK UP. Pakaian mengalahkan kami mahasiswa mahasiswi yang mendapat pinjaman PTPTN dan biasiswa JPA. Henpon semua advanced. Aku hanya pakai Nokia takde kaler dan henpon SE G900 sekenhen.

Dulu, kecoh seMalaya tentang pelajar perempuan bergaduh sepak terajang tumbuk tarik rambut kerana merebutkan seorang lelaki. Aku maish ingat lagi di sekolah aku, ketika aku sedang minum air Ribena dan makan muffin sementara tunggu bas awam.. sekumpulan pelajar perempuan di seberang jalan bergaduh sampai sesak jalan raya. Lupa nak beritahu, mereka pakai miniskirt. Yang buntal ada, yang papan pun ada. Aku hanya mampu melihat dari jauh. Ikutkan hati nak je aku lempor but berladam KRS aku toreh kat muka sorang2. Punca? Lelaki.
LAME.




Aku wonder, mengapa perempuan- perempuan sanggup berbuat demikian hanya kerana seorang lelaki? Gaduh sepak terajang. Dalam baju kurung tuu baiii. Tak tahu malu sungguh.

Situasi: Gua dan kengkawan kelas gua tengah bersuka ria dalam kelas. Ya, kami sedang meniru kerja sekolah. Kami sangat 1 Malaysia. 

Tiba2, dengar manusia menjerit macam cengkerik, gua and the gang menjengah keluar koridor..Ok, bitches tengah bergaduh. Berebutkan lelaki berkulit gelap banyak jerawat gigi kuning perangai huduh yang duduk tengok di atas tangga. Kecut prostate ke bang? Gua dan seangkatan malas ambil port. Ketua kelas dari kelas masing2 pergi ke bilik guru mereport. Tudung beterbangan. Kain berselakan. Bayu kekoyakan. Muka berlebaman. Rambut kekusutan. Eh eh. Kain berselakan? Ahah! Patutlah yang teruna ( teruna ke?) duduk lepak je. Ada show lain dari catfights rupanya. Huh.

Perempuan, harus punya sifat malu. Malu untuk menggatal. Malu untuk meleser. Malu untuk berbitches. Tapi malangnya, dengan panduan cerita- cerita yang berkiblatkan Barat atau keYahudian.. perempuan- perempuan sekarang mampu bersifat lebih ganaih dan brutal dari jejaka. Tak hairanlah kalau ramai jejaka yang pergi memotong di Thailand. Haha

Barangkali perempuan sekarang sudah hilang sifat feminin tu. Bilang saja berapa ramai sudah jadi pengkid. Pengaruh songsang yang ingin dibudayakan.
Apalah nak direbutkan sangat lelaki tak hemsem huduh perangai tuh??
Pelik aku. Nampak benor desperatenye. Takut tak laku letteww.
Lepak lah girls. Chills. Tak kapel tak bermakna tak laku.

Epal yang belum dipetik dengan epal yang dah ada dekat pasar. Beza kan?
Epal di atas pokok masih segar takde sape sentuh lagi. Sedap tu. Tapi payah nak petik.
Epal di pasar, dah berapa banyak tangan duk pegang2 ye dok?

Menjadi perempuan itu satu anugerah terindah. Mudah masuk syurga. Mudah juga masuk neraka.

So, kalau boyfriend kau kena rampas.. jangan marahkan si perampas. Dah memang dasar boyfriend kau tu gatal. Lepaskan sudah. Bukan ada ikatan pun. Tak payah gaduh2. Aku sikuu kang sekor2.

Bye.

4/4/11

Assalamualaikum

Fuhh, setelah 2 minggu berpraktikal di Hospital Serdang dan terus ke Muar untuk program universiti, hari ini aku buka laptop dan menaip laju2 papan kekunci yang aku rindu.

Sepanjang minggu yang hectic ini, aku telah belajar dan melihat pelbagai ragam manusia yang tak kusangka- sangkakan itu. Sudah malas untukbicara ini semua, cukup aku simpan dan amalkan apa yang arwah atok selalu pesan, " Sipatkan aje dioghang tu siput". Oh2, bukan nak kata kamu macam siput, itu cume metafora supaya aku lebih senang dan tidak sakit hati serta makan dalam dengan persekitaran ku.

Lembu punya susu, sapi dapat nama. Tapi dalam situasi kami peribahasa itu kurang sesuai tampaknya.
Orang sebelah punya bau ketiak, kami yang dikata busuk. Hahaha

*******************************

Sepanjang minggu yang sibuk ini juga aku telah menyempitkan ruangan leisure aku dan melebihkan ruangan work. Kerja- kerja dan kerja. Aku kurang ber SMS dengan sahabat handai apalagi bakal suami mak angkat di Terengganu. Hahaha.. punya sedikit rindu tapi ku simpan saja biar terbuku. <--------- Ego sikit. huhu

Final exam minggu depan. Dan aku menghadap laptop taip laju2 untuk entri sampah ini. Tak peduli jua kata mereka aku mahu juga publish ini post.HAHA

Tak BW lagi, soryy buat pengunjung yang sudi mengunjung blog yang dah berhabuk ni kerana tiada lawatan balas dari tuan tanah namun aku akan menrjah blog korang bila masanya sudah cukup senggang dan lenang buat aku. ^^

Bila mahu piknik lagi? ^^ 

Aku rindu 2 homosapiens kiri dan kanan aku ini. T.T


p/s: entry ini tiada motif. tak ada input. Ada idea.. cuma ayat tak tersusun lagi. ^^

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails