Pencanting tegar

Showing posts with label gila2. Show all posts
Showing posts with label gila2. Show all posts

2/18/16

Ganja oh ganjaa


"Pakcik, saya nak Ganja sekilo. Ikat tepi ok"


What a shocking news!
Tadi lepas penat buat aiskrim nak buat jual petang ni aku skrol la fb. Jumpa pula artikel bernas nenas finas ni.

"Benarkan rakyat hisap ganja bagi kurangkan tekanan kos sara hidup tinggi" Syed Rosli



Haa, kau!

Menitik air mata akak dik baca.

Malas hurai panjang panjang korang bacalah sendiri. Jangan malas nokk.

Kenapa Malaysia haramkan ganja?

Ok, mari kita kaji efek ganja dan marijuana yang abe Syed Rosli kabor ni.

Penggunaan ganja dan marijuana atau seangkatan darinya sebenarnya asal asal nya bersifat perubatan. Sebagai ubat penenang bagi mereka yang ada anxiety ke panic attack camtu.


Namun, dengan beri lesen special untuk orang hisap ganja tu ALONEEE sangatlah berbahaya. Sebab apa? Sebab akan ada unsur ABUSE di situ. Sorryla nok akak cakap rojak ok.

Macam saya katakan tadi, asal  penggunaan barang terlarang ini adalah bagi tujuan perubatan. Akak ulang bagi yang lembab. PERUBATAN.

Bila dikatakan untuk perubatan, maksudnya penggunaan ini akan dikhaskan hanya bagi segelintir orang berdasarkan pengesahan doktor. Maksudnya, bukan semua orang hanya yang betul betul perluuu sahaja yang boleh guna.

Jika ganja ini menjadi sah di Malaysia atau dapat lesen dah tak salah di sisi undang-undang, maksudnya akan ramai lah yang 'tak sesuai' guna ganja tu.
Lepas tu, ada ke pasukan dan teknologi khas memantau penggunaan ganja tu?

Contoh kalau aku pergi beli ganja pastu bila aku pakai ganja tu ada cip dalam ganja tu so pasukan khas akan track aku macam cctv nak tengok dah bapa banyak ganja aku guna.

Pasti akan ada unsur ABUSE. Sekarang tengah haram ganja pun orang boleh pakai dadah ganja sampai memudaratkan diri dan masyarakat apatah lagi kalau dah tak haram nanti.



Ganja ni buat orang EXTRA relax nanti.

Relax tak pergi kerja.
Relax tak jaga anak.
Relax tak solat.
Relax tak memimpin. Relax dari segala- galanya.


RELAX sangat akan melumpuhkan sistem kemasyarakatan nanti!

Orang kata, main point is abuse.

Betul tu, bangang tu satu kelemahan normal.
Malaysia sendiri dah abuse satu sifat bangang.
Dibiarkan sangat akan berjangkit- jangkit bangang tu.

Lagipun, benda dah memang terang- terang tak elok kan.

Anyway, saya hanya menyatakan pendapat. Malaysia kan free speech country. Nak dengar dengar, tak nak sudah.

p/s: rujuk post i yang dulu.

1/27/12

Joy

Lama aku tak hapdet.
Assalamualaikum!
Hari tu, sabtu lepas bertarikh 21/1 buat pertama kalinya aku yang dilahirkan di kota sesak Kuala Lumpur ini menjejakkan kaki ke Menara KL yang dorang duk gebang2 tu.

So, aku dengan heksaited nye parking depan opis brader polis, berjalan dengan perut separa lapar dan VOILA!. Penuh semangat di jiwa.. aku cakap dengan kengkawan aku.. " AKU NAK NAIK ATAS!"
yayayayaayayyyy! 

pergi dekat kaunter pendaftaran. 
Down. RM35. Awat la mahai benor. jatuh keheksatitedan aku. Lalu kami ke XD theatre. macam main roller coaster. nak tahu ap eitu XD theatre? Lu bukak browser lu.. bukak www.google.com.. then lu type " XD theatre KL Tower". Lu baca sndiri wa malas nak citer

Pendek kata. BEST!



        
Percubaan pertama. Iguana ni berminat dengan cincin gua. CISKEK!

Percubaan kedua. Budak tu tak puas hati dekat wa sebab wa lagi cool dari dye. BHAHAHA!

Percubaan ketiga berjayaaaaaaaa.. Sesi menayang gigi bersama iguanaaa


Dua budak jakon kan menara KL.
dress yang gua pakai ni lu all boleh cekitout dekat chantekdress.

Feeling model. 

sekali sekala. bye. Gua nak call tunang gua. 

p/s: eh? ble plak gua bertunang ni? merepek

1/4/12

Tahi lah!

Aku baru bangun tidur. Warghhhhh!!

Adeh, tadi paper OT Neuro. Hurm, aku rasa macam akan teruk je paper kali ni. Aku macam buat tak sepenuh hati. Ilmu pun tak konfiden ada ke tak ntah masa jawab tadi.  Aku ratapi ke'tahi' an menjawab paper tadi dalam mimpi yang panjang. Macam tak rela nak bangun. Sebab tak nak mengaku aku  memang jawab ntah hape hape.
Takleh nak salahkan paper.. aku yang tak cukup belajar. Padanlah muka kau kan.
Lagi puas hati jawab paper OT Geri semalam.

*************************************

So, pagi tadii aku bangun lepas Subuh aku terus study since paper OT Neuro yang 'hebat' tu pukul 12 tengah hari. Pepagi baca buku segor sikit nak terima ilmu otak ni ye dok?
So around pukul 10- 11 pagi gua rasa macam dah takleh terima otak ni. Gua stop. Gua pergi ke tandas sebelum ambil wuduk buat kali ke berapa ntah sebab bila kita menuntut ilmu siap dengan wuduk ilmu tu lagi berkat.
So sambung cerita. Gua pergi tandas. Masuk kaki kiri. Masuk tandas pertama.
Arghhhh!!! SHIT!

Perkataan pertama yang keluar dari mulut seorang perempuan yang ayu macam aku. Memang tak patut cakap macam tu. Tapi, memang SHIT!
Ya, ianya memang SHIT!

Ape keeeeeeeee bongek bebenor sekor homosapiens ni dah berak tak reti nak jirus jamban!
Adoiiii.
Memang lah aku bengang kan. Kalau korang tak bengang ke? Gheti berak gheti la cucii. Ni tandasbukan abah ko punye sorang. Ish.
Celepek tahi tu kat mangkuk jamban. Aku terus pindah ke jamban sebelah dan meneruskan hajat asal akudalam kebengangan. Dalam hati, mujur lah jamban ni bersih.

Aku peliklah dengan segelintir manusia yang tak gheti nak jaga kebersihan ni. Dah berak. Kau punya pulak tu, takkan expect aku atau makcik cleaner bersihkan sisa najis ko? Kadang- kadang aku kesian dengan makcik cleaner, terpaksa berhadapan dengan karenah mahasiswi la kononnya tapi hakikatnya lebih sengal dari orang sengal. Bila tandas kotor ko complain!

Pastu, ni yang stok makan dalam tapawer ni. Ade yang biarkan sampai berulat- ulat. Aku pelik gak aku pernah tertinggal bekas tapawer kat bilik membasuh tu takde la sampai berulat, ni dorang cukup satu malam keluarlah ulat- ulat hitam pulak tu. Geli siot!

Pastu bila dia basuh tapawer tu ade lagi ulat- ulat tu melekat kat sinki, tak jugak dia bersihkannn. Pengotor betul.
Kencing berak tak reti nak jirus. Pastu tandas busuk kotor banyak bunyii.

Hishh.

Mujurlah dia tak komplen pulak lepas berak,
 " Ape pasal takdeorang mau cebok punggung saya? geli lah banyak tahi! "

Sila jaga kebersihan bersama.

12/31/11

Best ke Ombak Rindu itewww? ( review )

Entri kedua hari ni.
Demm, pada waktu kritikal camnilah jari jemari aku gedik menggelupur untuk  berblogging. Dan di waktu genting macam ni lah aku gi tengok movie kat laptop Dati.
Helo helooo ada nota OT Neuro dan OT Geri yang perlu di study hokayyyy..Beratur nunnnnn...hahaha..waklu!

back to the topic, aku nak buat review pasal cerita Hombakk Rindeww yang aku rasa majoriti perempuan duk kata, " Aww,, besh nyerww..cuwiitt..sedeyyy"
Aku, selaku seorang yang paling senang nak menangis atau paling ciwek dalam geng memember ingin menguji sejauh mana filem meletopp pop popcorn ni mampu buat aku menangis.

So, Idati pun bukak le cerita tu sambil kami makan tengah hari.

Oke! Ini list review aku pasal ceghita ni:

1. Geli. Banyak sangat aksi sentuh menyentuh antara bukan muhrim. Kulit ke kulit pulakk tuu. bahu Aaron menyentuh bahu Maya, dada bertemu dada. Banyak aksi cium mium, kemban memban, dan atas katil. Mungkin aku dah lama tak tengok movie orang real berlakon ( selama ni aku asyik tengok cerita kartun ) so aku rasa geli mual sengal. Aku terfikir, apa lah yang bini Aaron tu pikiorkan mase Aaron berlakon ngan Maya tu.

2. Banyak sangat bridge yang tak perlu (kot ). Antara satu babak ke satu babak ada bridge kan.. yang hitam malap2 tu. Aku ni takdelah pandai bab edit mengedit video apatah lagi filem.. tapi bagi aku dan geng2 musyawarah tadi.. terlalu banyak bridge tu. Macam annoying sikit. Buat aku jadi blur, pe cerr ni lompat2 cerita?

3. Takde caption description of certain situation. Macam.. yelahh. Si Izzah tu kan dah lama tak balik kampung kan.. kot ye pun tulis la kat situ " Selepas 2 bulan".." Selepas 10 tahun ". Aku ngan Nani tu jadi blur.. ape kes kata lama tak balik kampung tapi tak tahu dah bape lama tak balik? Paham ? Paham?

4. Tak sedih pun? Oke, mungkin sebab aku tengok dengan kengkawan aku yang gegile dan asyik ketawa sepanjang tengok cerita tu maka aku tak dapat fokus kat cerita. Atau mungkin sifat kuat nangis aku dah kebal. Aku faham macam mana rasa seorang Izzah tu.. cuma.. mungkinla kan..bridging cerita dan susunan tak sama macam dalam novel kot.. tu aku takdela rasa sedih pun. Aku cuma rasa.. slow.

5. Lisa. Pergh, watak Lisa memang best. Aku suka dia dalam cerita ni. memang ada masalah Mood disorder. Aku rasa watak dia dalam tu ada Bipolar Mood Disorder. Memang sesuai la watak dia dalam tu. Baran je kejernye. Jangan baran ngan Yusry udah le ye. :P

6. Aku suka Bront dalam cerita ni. Tak tahu napa. Nampak macho. Bhahaha.

7. Okelah, Hariz ngan Izzah tu sweet la jugak. Kesian je tukar2 jam tangan untuk hantaran.
Sweet. Simple je nikah camtu. Tapi, aku rasa lah kan..Maya cam tak bape sesuai jadi si Izzah. Aku rasa yang cam sesuai Tiz Zaqiyah. Bagi aku Tiz memang sesuai watak2 perempuan kampung teraniaya gitu. No offense eh Tiz. Hehe. Cuma aku rasa Tiz memang pandai bawak watak camtu. Ha, kalau bukan Tiz pun.. Fouziah Ghous! Dia pun best gak.

Overall? Boleh la cerita ni.
Cuma bila ada lagi 5 minit cerita ni nak abes, kawan aku tiba- tiba menempelak

" Tahi la! Cerita ni tak patut keluar jadi filem! Cerita ni patut keluar jadi drama kat TV1 je! Nak masuk TV3 pun tak layak! Puii " ( oke, yang part 'puiii' tu aku yang tambah )
dan kami yang lain bantai gelak je. Kehkehkeh

Serius, aku rasa biasa je la tengok cerita tu. Mungkin aku yang salah timing sebab tengok time genting ni kan. Atau....

cerita ni memang tak best. ( kot )

Okeh, jangan marah peminat Ombak Rindeww seklian. Ni pendapat aku yang sepatutnye study time ni je. Challo betehh

10/6/11

We got each other

Syukur ke hadrat Ilahi dengan limpah kurniaNya aku mampu lagi untuk menjejakkan kaki ke kampus dan kembali belajar ke program seperti sediakala. Walau kadang- kala ada rasa pening melayang tapi semangat keOTan yang membara berjaya menumpaskan rasa pening nausea buat sementara waktu.
Terima kasih Tuhan.

**************************************

Sebentar tadi kami telah belajar untuk mendalami rasa kurang upayanya orang tua dalam menjalankan aktiviti harian ( ADL= Activities of Daily Living ) mereka iaitu menyediakan makanan (preparing meals, feeding ).

One word to describe the kitchen.

HAVOC.

Yes, it was.

When you have too many heads just to prepare one single task and everyone have their very own way to do it.. it wass.. a mess. Especially when you actually didn't know what EXACTLY the INSTRUCTION wants.
Get it? Get it?

HAHAHA

Ok, jahat. Aku jahat.

The point is, we got each other. Though it was tough, confusing and 'funny'... we were still able to cope with the situation. We got a very good coping skill hehhh.. hehehe.

Semua orang berjaya masak. Semua sedap. Especially scone.  Scone paling sedap. Lepas tu bubur. Bhahaha! ( Angkat bakul )

ini scone yang penuh kasih sayang


OK tipu2... semua sedap. Terutama scone. ( Erk. ) It was my first time makan scone tu. Mungkin kerana 'air tangan' kawan- kawan yang penuh kasih sayang tu yang jadi lebih sedap. I don't know. Maybe.
Thanx kepada siapa yang berjaya membuatkannya menjadi sangat sedap.

Kehkehkehkeh

Anyway, despite all of the things had happened before, we still got each other arms hold on tight.
Thanx for being such good friends and classmates. Ada salah faham sikit tu, biasalah.. kita tolak ansur sikit...consider everyone's thoughts. Hope 'this thing' that we hold on to, keep us harmony untill when- when. [ baca: bila- bila ]

So long. Happy studying peoples.

ni bukan scone. Ni butter cookies with choc cip yang aku buat masa cuti yang panjang-sangat-tidur-sampai-bed-sore.

9/18/11

Translating the original.

From the minute I stepped my feet on my third year as undegraduate degree student, I have loss my interest, some of it perhaps in blogging. Maybe it's because I am quite busy with the study and practical and theories stuff.
It's been ages since I did my last blogwalking. Evenso, I've failed to left my 'link' to them. Nevermind. I am not the one who craving for traffic anyway. And hey, who cares kan? Bhahaha!

Just now I managed to do some blogwalkings. And this entry from Shaika have burst out my laugh from the deepest part. Hahaha!

Hok kelate



  • Ready dok budok-budok?
  • Ho laa, kepten!
  • Gapo dio? HO LAA, KEPTEN!
  • ooo,
  • Podio dok dale buoh lanah bowoh laut?
  • Spongebob Sluar kotok!
  • Sene meresap bewarno kuning.
  • Spongebob Sluar kotok!
  • Kalu demo suko bendo laut hok ngarut.
  • Spongebob Sluar kotok!
  • Pah mari la pakat nopat supo ike.
  • Spongebob Sluar Kotok! Ready?
  • Sponge............bob Sluar Kkotok,(3x)
  • Spongebobbb Sluar kotok



Utara style



  • Hampa redi dah ka weii??
  • Haa kapten,
  • Apadia?Tak dengaq nie!!
  • Haaa la kapten..
  • Ohhhh...
  • Sapa hat dok dalam nanaih wah laut?
  • "Spanbob Seluaq Petak"
  • Belubang,meghesap paihtu wana kunin
  • "Spanbob Seluaq Petak"
  • Kalau hampa suka benda laut hat ngarut
  • "Spanbob seluaq Petak"
  • Mai la sini teghejun cam ikan temenung
  • "Spanbob seluaq Petak"
  • REDi?
  • Spanbob seluaq Petak
  • Spanbob seluaq Petak
  • Spanbob seluaq Petak

  • Spanbob seluaq Petak!

Haha. Ngekk

9/14/11

Terserempak dengan Fatin Liyana!

Assalamualaikum
Hari ni merupakan hari orientasi aku ke PPUKM sebab bermulanya minggu hadapan aku ( dan kosmet2 ) akan berpraktikal di PPUKM di unit medical dan psikiatrik. 
So, tadi memang berdebar- debar bila En Wafi bawa kami round2 wad dan melihat pesakit sebenar. 
Terasa benar ilmu di kepala macam sayup2 angin meniup saja. Rasa malu nya dah third year masih lagoi macam awang2- awangan.

Huhu.

Selepas solat Zohor kami dibawa En Wafi untuk round2 perpustakaan PPUKM. Satu floor je tapi suasananya buat aku rasa nak bermalam di sana dalam timbunan buku- buku. Best lah.
Kemudian,... jengjengjengggggggg

Aku ternampak seorang gadis bercermin mata sedang buat group discussion di satu meja. 
Aku macam pernah tengokkk je
Aku tarik member aku cik Hutan Kabut
" Weih, tu bukan FL ke?"
HK : " Ha la!!"

Dan kami berdua menggelupur entah kenapa. Hahaha.
Dan aku rasa FL dan kawan2 nya perasan kami yang menggelupur macam lipas hilang sesungut. Bhahaha!


aku tak delah nampak dia minum air plak dalam library kan. Dia study ok

Tapi kami tak bertegur sapa pun. Dia nampak busy, Kami pun busy jugak tadi. So, cik Fatin Liyana.. kalau anda perasan sekumpulan kanak- kanak yang menggelupur staring at you, jangan risau. Mereka adalah kami. 
Kami sudah third year.

Bukan first year yang hingusan.
But yet, we look so hingusan. 
Don't blame us, its the weather. Fever. 
Bye!

p/s: aku jmpa FL, kau hado? bhahaha! (poyo mode )

9/4/11

dear haters and anon~

Selamat Hari Raya ;D


8/29/11

You'll look prettier in Hijab.

Assalamualaikum
Alhamdulillah, upon all of the challenges that we've been through, we managed to get ourselves good till the last Ramadhan. Hoping that all of our good deeds will be granted pahala from Allah SWT.


Today could be the last day of Ramadhan. It is quite sad to me to leave this beloved month. :(

I'm not going back to what so called ' kampung'. Yes, I'm staying in KL. KL is my hometown. Sad. kehkehkeh.

I have not been active for the past few days in blogging & will not be active for the coming two weeks. Well, I have two weeks more to stay at home. 12 september.  Bye2 home. :D

So, Selamat Hari Raya Aidilfitri to all Muslims and let me introduce y'all to the awesome Muslim sisters that I found on Youtube. Intrducing.. HijabiBengaliSisters. Enjoy!






Salam Eidulfitri 

Love, 
CKB

8/17/11

Trimas Abg Ben !


trimas abg ben kerana sudi mempromote blog saya yang tak seberapa ni.
Dah 3 tahun blogging ni kali pertama rasa penghargaan dari blogger lain. trimas2!

walaupun begitu ada jugak kata blog ni sampah.. tapi tak apalah... aku ada prinsip sendiri makanya aku gembira dengan penulisan aku.
seperti yang tertera, aku menulis dengan kata hati, semuanya diinterpretasikan dari pengalaman aku.
dari sudut perspektif aku.
Jujur itu pasti.

Marilah bergembira!

p/s: kepada blogger yang follow, terima kaish ye.. maaf tak buat kunjungan balas lagi.. kekangan masa mungkin.. esok saya akan menjenguk blog kalian insyaAllah. 

p/s/s : jangan mudah jatuh dengan kutukan, terima ia sebagai kritikan. In positive way of course. ;D

6/16/11

Kalau rasa gembira *sambung

Kalau rasa gembira tepuk punggung!..hoi! hoi!
Kalau rasa gembira tepuk punggung!   hoi! hoi!
Kalau rasa gembira beginilah caranya, kalau rasa gembira tepuk punggung! HOI! HOI!

Ha, kau semua tak rasa pelik ke bila lagu " Kalau rasa gembira " tu ditukar dari tangan kepada punggung. Demm lah. Memang pelik amat!

Intro..

Assalamualaikum semua.

Bila aku cakap tepuk punggung mesti korang semua yang otak belu lagi kuning- kuning langsat ni mula menerajah memesong pikiran ke arah yang lebih gelap. Pastu kata aku cakap bukan bukan. Ciskek!
Aku bukan cakap nyanyi kosong baii, aku pernah nampak seorang minah ni tau2.. bila dia happy je dia tunjuk punggung dan tepuk kuat2. Pe jadah baii?
***************************
Hari ini aku keluar dengan awek tercinta aku. Saja sambut birthday dia awal. Esok birthday dia. Dia nak keluar dengan pakwe pacaknya, maka aku diketepikan. Ciskek! Haha.
Aku agak emosi hari ini. Jadi mood pun tak ada. Aku pergi bershopping dengan pakai t-shirt dan tudung bawal. Takdelahhh shawl mawll niii.

Rasa marah, kecewaa, sedih, down menerajang- rajang hati dan emosi benak aku. Maka aku mulakan langkah silat memulihkan diri. Zattttt!!!!. Kita shopping sampai pengsan! RAWR!

Awek aku dengan cake nya. HB babe! <3

Rupanya dekat Times Square dah ada banyak kedai baru. Murah! Aku meroyan tengok pakaian cun2 murah2 pulak tu. Ciskek! Ada satu tempat tu tulis " Fashion Runway". OHEMMJAYYY. Nyesal gua pakai T-shirt je. Patut gua pakai jeket panas ketiak basah kewl dengan shawl belit kepala. Baru lah fashionable! RAWR!

Gua letih. 

Hekceli bukan ini yang gua nak cerita. Aku rasa down sikit dari semalam sebab ikan cencaru peram bakar madu aku tak menjadi sangat. Bukan tak menjadi apa, cuma ikan tu tak cantik rupa dia. Hancur. Tapi sedap lah. Ngeh3

& hari ini.... pagi2 lagi...

Takpelah.. dah shopping lega sikit. Tiada lagi gangguan emosi yawww!
Senyum arr CKB... Senyum ahhhhhh

Kau suruh orang senyum, nasihat orang gembira2... tapi kau down pehall??
Benda kecik je baii.. kau akan wanita besi. RAwr!

* Aku senyumlah niiii

( monolog )


Aku jenis tegar. 
Aku jenis tegar.
Aku jenis tegar.
I dare to take the risk.

But..

This heart is not made of steel.

OUT

p/s: kalau rasa sedih tepuk ATM! Ka-ching! Ka- ching!

6/7/11

Gadoh & Aku Tak Bodoh

Salam buat kali kedua pada hari ini semua.

Gadoh sememangnya sebuah filem yang cukup sarkastik dan penuh dengan mesej- mesej tersirat.Tak heranlah kalau ianya tak lepas ke panggung. Hehe. Hekceli, tak guna aku ulas segala cerita filem Gadoh tu, takut2 aku kena tuduh si keji pulak. Hehe. Cerita Gadoh itu banyak membuka minda manusia yang selalu rasa dia saja yang bagus, rasa hebat, rasa high standard, rasa terbaik walhal tak sedar diri sangat bodoh, rendah, hina bila kau berjalan mendabik dada.

Filem yang penuh dengan mesej sosial, pentadbiran, pendidikan, kepolitikan
Aku suka. :)

Filem Aku Tak Bodoh aku tonton ketika dalam perjalanan ke Pahang tempoh hari. Ya, ceritanya mudah. Cerita tentang remaja / anak- anak yang sering dipinggirkan buah fikiran mereka. Disuruh turut saja kata ibu bapa. Kata anak- anak ditolak ke tepi, ibu bapa sibuk bekerja.. Suka main serkap jarang saja. Sememangnya inilah realiti dunia kini. Jangan heranlah ramai budak rosak akhlak fikirannya. Semuanya keranadi rumah lagi tidak dididik dengan baik. 

Aku seorang blogger. Aku Ok. :)

Sesekali kita perlu mendengar pendapat orang lain, membuka hati untuk maslah orang lain disandarkan kepada kita. Jangan terlalu pentingkan diri sendiri.


Aku bukanlah peminat besra KPop ke hape ke. Kalau kau bukak aku layan je. Tapi bila aku tahu yang ada kPop Malaysia? Aku just boleh cakap... apakah neraka? ( baca: what the hell?)

Hey, Aku Tak Bodoh lah untuk tahu yang tarian tu semua dicilok dari group Korea cam 2PM *( ini je band korea yg aku tahu )... Bila aku tengok gambar2 diorang dok posing ala2 Korea.. buat aku rasa macam...

" Aku rasa macam nak Gadoh dengan orang" ( tangan meraup muka, muka menoleh ke kiri- tunduk )






Aku suggest popularkanlah budaya Melayu kita.. macam Tarian Zapin ke..Tarian Mak Inang ke.. korang bagilah nafas baru. Bagi ada sikit bunyi techno ke.. hape ke.. takkan itu pun aku nak ajau? Sia- sialah kau pergi amik bidang seni muzik kat kolej macam tuuu.

Aku pernah tengok lagu Zapin dorang masukkan bunyi techno and tarian nye ada unsur zapin campur sikit dengan Hop. Ferr~~ Cool habes lah!

Cukup2lah meniru orang, orang tunjuk peha kau pun nak tunjuk peha. Semua orang pun ada peha apa kau nak bangga sangat dengan batang balak peha kau tu? Haih!

Ketandusan idea dalam meraih kepopularitian sendiri. =.='

Bukan aku

Assalamualaikum

Amboi2, lama sungguh aku tak buka blog ni..( fuuuhhhhhh)
Habuk berterbangan!
Ohoi!
Syukur ke hadrat Ilahi dengan limpah kurniaNya aku masih dapat menegakkan belikat yang tegang dan menghembuskan gas Karbon Dioksida dengan sempurnanya buat kali yang entah ke berapa.
Semenjak berminggu- minggu yang lepas aku telah mengalami pelbagai cabaran hidup dan hidup aku memang serabut dan sibuk. Dari KTSN aku ke Kuala Selangor kemudian ke Trolak, Perak pulang semula ke KL dan bersiar- siar ke Zoo Negara kemudian pergi isi minyak ke Kuala Terengganu dan pulang semula ke KTSN kemudian pergi dengan tergesa- gesa ke Bangi lalu bertolak ke Pekan, Pahang. Dan hari ini, aku di KL. Semua ini terjadi dalam jangka masa 3 minggu sahaja.

Sepanjang perjalanan aku diduga dengan pelbagai ujian. Kesabaran aku bagai ditendang terajang. Diri aku bagai lalang ditolak ke sana kemari sesuka hati. Longlai jasad penat semangat. Mujur aku punya rakan seputar dan pakcik makcik yang bertimbang rasa. Baik manis keletah mereka.
Sesekali aku telah kecundang dengan hebatnya lalu tunduk dengan naksu amarah. Ya, pastinya syaitan bertepuk melompat gembira apabila aku menurut alur merah darah muda. Panas.
Gurauan yang disangka mampu mengukir senyuman ternyata menyalakan lagi api marak rasa marah.
Cis! Persetanlah!

Semalam dan hari ini aku duduk di hadapan laptop menyiapkan tugasan HM yang memeningkan kepala. Selesai. Alhamdulillah. Hadiah dari Pahang; Muka sunburned, sakit kepala, sakit pinggang, demam, selesema dan suara rock. Pasti, kenangan bersama sembilan lagi rakan yang sama merasa pedih perit dari mereka mereka itu akan aku ukirkan di dalam hati biar ia terus terpateri.
Kerna bila yang perit itu dikongsi, kelak ia menjadi igauan gembira buat kami.
:)

orang kata, jangan cakap dengan orang bodoh nanti kita pun jadi bodoh.
baik diam.

Bila kita sangkal pernyataan dia, dikata kita pembangkang
Bila kita tegur cara dia, dia kata kita tidak fikir panjang
Bila kita buat cara kita, dia kata kita saja suka bikin onar
Bila kita bagi idea, dia kata kita bina popular

Makanya, apa cara untuk kami betulkan kau?
Cukup doa cara kami, iman perisai kami, Allah penolong kami.



4/14/11

cool tapi hipokrit

Assalamualaikum

Semalam,err..pagi ni..pukul 4 pagi.. baru je menghabiskan cerita drama Jepun; Nobuta. Bukan apa, saja buang stress jawab exam Systemic Pathology yang buat aku rasa nak lempang diri sendiri.

Akira dan Shuji

Cerita ini banyak reminisce moments in secondary school. Yeah.. bagi aku, kenangan yang paling manis adalah ketika di sekolah menengah. Pada masa Form 1 dan Form 2 masih lagi keanak- anakan, but things heat up when Form 3 sampailah matriks. Betul, zaman remaja yang benar2 remaja bagi aku adalah ketika berumur 15 tahun sehingga 19 tahun. Duration masa itu sekejap saja, hanya 4 tahun tetapi terlalu banyak memori dan  perkara yang berlaku.
Entah kenapa masa sekolah tak sabar je nak keluar pergi universiti tetapi bila dah duduk dekat dalam U ni, aku benar- benar merindukan zaman persekolahan.


Seperti Nobuko, demi untuk fits in dalam community, dia perlahan - lahan untuk berubah menjadi yang lebih baik. Shuuji on the other hand, keep pretending to be cool sebab dia mahu semua orang kenali dia walhal dia tidaklah secool manapun sebenarnya. Watak yang benar- benar genuine dalam cerita ini adalah Akira di mana dia tetap menjadi diri dia.

So, apa yang aku dapat dari cerita ini?


Friendship. Point of change.

Friendship yang kukuh buat aku rasa cemburu dengan Nobuko yang punya sahabat begitu setia bersamanya walau seteruk manapun dia. Semuanya dilalui bersama- sama. Cute!

Point of change. Jangan tipu kau yang kami nampak sekarang adalah kau yang sebenar dari dulu. Setiap orang akan mengalami proses perubahan. Proses perubahan yang paling rapid adalah ketika di sekolah menengah di mana semua orang mahu fit in dengan rakan- rakan dan trying hard to be popular. Heh, termasuklah aku. So, pelbagai aktiviti akan disertai oleh remaja2 yang dahagakan populariti ini. Sepanjang tempoh ini, adalah tidak dinafikan betapa ramainya umat menjadi hipokrit. Kau cuba get along dengan kawan- kawan yang cool atau serupa haramm supaya kau diterima untuk join group mereka.

Dari seorang yang pendiam kau berubah menjadi seorang yang banyak cakap. Dari seorang yang tak cool kau menjadi cool. Eleh, kau ingat mereka yang cool tu tak noob macam kau ke dulu? Mereka pun berubah lahh.

" No one is confident with themselves. Everyone is afraid of what people thinks"

Betul tak pernyataan ni?
Heh, jangan tipulah. Kalau benar kau yakin dengan diri kau.. aku cabar kau berak kat tepi kedai KFC sekarang! Apa? Malu? Malu pada siapa? Kan kau sangat confident kan?
See? Mereka yang cool itu hanya di mata kita. Hakikatnya mereka tu tak cool pun. Mereka cool sebab mereka selalu memikirkan apa yang orang lain fikir terhadap diri mereka. Acting cool to fit in.


Popular girls? Trying to be mean and acting 'pretty'. This is the definition of popular girl to me. Di zaman sekolah dulu perempuan yang popular ini adalah perempuan-cantik-yang-aktif-sukan-tak-pandai-pun-takpe-ada-gedik-cukup-untuk-buat-kau-rasa-nak-pijak-jenis-layan-semua-lelaki-seksi-sikit-serta-punya-barang-yang-mahal-mahal-tahap-celebrity-serta -suka-cakap-ikut-suka-lutut-kambing-kau.

Setiap orang memerlukan perubahan demi kebaikan sejagat, dan mungkin kadang- kadang kita perlu menjadi hipokrit tanpa kita sedari. Bukan semua benda kau boleh lepas cakap semua. Ada benda kau akan simpan dalam hati tapi balik bilik tumbuk bantal tekup bantal jerit sekuat hati Mak Limah bila keluar bilik senyum manis. Semua orang perlu menjaga hati semua orang.

Tapi, ada benda yang kau perlu kekalkan. Personaliti. Walaupun kau pakai macam Paris Hilton, menggedik macam Paris Hilton, ada rancangan BFF sendiri tetapi kau tetap tak boleh jadi Paris Hilton. Kau tetap Bedah jual kuih kat tepi kedai Pak Jabit. Kan?
So, why trying hard to be someone that you are not?

Ubah sedikit sifat untuk menjadi lebih baik.Tapi, keep your personality. You cannot change the whole you. 
Ada apa pada populariti? Ada apa pada cool?
Being yourself is more cool than being everyone's cupcake.
Cupcake.. the ingredients are almost the same. Only the appearance and how it was made makes it different.
No matter who made it, where it was made, what inside it.. it will always be a cupcake. Alter lah macam manapun, cupcake itu takkan menjadi durian mahupun dinosour. Masih lagi cupcake. Comel di mata orang, manis bila dimakan. Memberi senyuman pada mereka yang kelaparan.
Kamu hanya cupcake yang kecil.. bukan kek Secret Recipe. Tapi, sebab dah ubah sikit ingredient bagi sedap, corakkan dengan cantik2.. semua orang pun senyum melihat cupcake tu.

kan?

p/s: Perubahan itu perlu, tapi bukan terus menukar diri kamu.. cuma buang sifat buruk itu.
:)

3/13/11

Artis youtube- Anas Tahir ^^

Assalamualaikum

AnasTahir? Eh, macam kenal je? Ahaha... Teringat kakak aku pernah tunjuk gambar persatuan kompang dia tika di TIKL. Eh, muke mamat ni? Owhh..dia inilah senior akakku di TIKL dulu.

Dahulunya Anas merupakan ahli kumpulan nasyid FarEast yang aku jangka terkenal dengan lagunya dengan NurSyahadah dan Menanti Di Barzakh. Lagu yang mampu menggetarkan seluruh organ dan memberi goosebumps pada setiap manusia yang kerap kalinya alpa bahawa ajal bakal menjemput tanpa ketahuan.
Well, aku just berBW, surfing and then jumpa pula dengan video ini. Bulu roma menegak.







Kini, Anas telahpun meninggalkan FarEast apabila dia pergi melanjutkan pelajarannya di UK. Oh2, ya..beliau adik FaizalTahir. Bakatnya bukan di bawah bayangan abangnya maka tak perlu anda memperhebohkan adik FaizalTahir tapi Anas Tahir. ;)




Dan ini..adalah video yang aku jumpa di Youtube. Ahaha.....Lawak gila kot dia ni! Pecah perut aku dibuatnya! Hahaha. Korang bolehlah melawat Youtube dan menjenguk video2 nonsense yet entertaining nya. Hihi
Ok, enough of the promotion.. better get back to study and head-cracking assignments businesses. Orthopaedic, Neuropsychology, Systemic Pathology and Biostatistics..please do love me and let me pass you with flying colours.. May Allah bless us. Ameen.

^^

3/8/11

Di luar gula2, di dalam ulat sampah.

Assalamualaikum dan selamat petang.

Dunia memang klise. Pengarah muvi semua klise. Cerita drama yang klise. Ah, pendek kata semua rakyat sudah dipengaruhi dengan itu perkara. Klise.

Sudah, sudah. Jika debat ingin kau wujudkan dengan aku, silakan saja packing barang kau dan pulang ke kampung kau sekarang. Jika perang saraf ingin kau mulakan dengan aku, matikan saja ide itu kerana aku malas membazir neuron sama orang macam kau. Menutup sampah dengan kain sutera. Akan busuk juga si sutera itu. Kan?

Jika kau ingin debatkan yang bengkok itu lurus, yang petak itu bulat, yang keras itu kapas, yang hitam itu putih,
 lupakan saja niat kau itu. Aku tak mahu membazir air liur dan adrenaline untuk berdebat dnegan orang seperti kau. Kau yang klise.

Selama ini kaki yang dipijak itu kau boleh biarkan, tiba- tiba bahumu dilanggar terus kau memaki serata. Mengapa? Bimbang gusar takhta bertukar tangan? Takut kecut salahmu diberitahu semua? Hanya kerana satu event tahunan, kau melatah salah semua. Klise.

Hah, tak perlu pandang sinis sampai senget kepala. Tak perlu muncung mulut juling mata. Haha, aku peduli apa!
*ketawa*

Maaf sudah aku pohonkan diselit bersama aku punya ketegasan. Maaf, aku bukan jenis pak turut menurut kata si Pak Pandir. Pendirian ini teguh dan hatiku rasa ia benar. Hanya ditepuk bahu sudah marah segala. Belum lagi ludahan tu! Haktuih!

Hey, jangan sangka kau sudah juara. Jangan sangka mereka bersama kau sahabat semua. Jangan2 antara mereka itu yang menikam dalam. Hahaha.

Aku jujur dalam bahasa. Kau? Sekadar kata ikut rasa.

- nampak kan bezanya? Booooo ~~

2/13/11

Etew na cite sini aw. ( kita nak cerita sini tau )

Salam alaik anda semua!
Salam sejahtera!
Salam muhibah!
Salam 1 Malaysia! ( erk )

How's it hang yaaaww??
hehe

Eh, etew nak kap pew e? hikhikhik, ley ak etew lpew ak an? rinie, etew na kap sal base y susa na dfhmi. Owg kap base comey aa. Eh, etew kap cani bab etew mang comeyy aw. Ta cam wak... hikhikhik

*pukes*

Okey, serius gila geli geleman bulu mata aku bila baca tulisan sms mahupun di FB dari orang yang perasan comel (kot ). Biasanya orang yang taip bahasa geli ni ( gua panggil bahasa geli, Anwar Hadi kata bahasa EWW ) adalah terdiri dari kaum hawa yang punya angan- angan untuk jadi comel. 

Tak paham aku. Deyy yennadeyy! Tulis lah elok2, tensen gua nak bace. Aku ingat bahasa burung kakak tua ke yang "ak, aw, kap, ta" gitu.
Kalau sekilas baca lah kan ( tanpa mengklik gambar orang yang menggunakan bahasa ini ) kita expect orang ni COMEL GILAlah! Tapi lepas lu bukak 'picca' beliau... HUK ALOH! muka cam gorilla bai! ( bagi lelaki yang menggunakan bahasa geli ni )

korang tak rase nak lempang ke beliau? tak rase ke? tak rase ke?

So, gorilla = bahasa geli. Kenapa? 
Aku tak paham bila aku sms dengan bahasa yang biasa dan kalau gelak pun gua taip " wakakaka " dan "hahahaha" tapi direply dengan bahasa " pew wak glak cowg2 ne? etew ta wt klaka pun aww ". ZZZZ
Ok, yang bagi reply mesej gua tu adalah seorang lelaki. Jejaka . I repeat, JEJAKA!

Serius der, aku geli gila tahap menggelejat bila baca tulisan bahasa geli ni. Yang perempuan dah satu hal berangan comel, yang lelaki pun nak perasan comel gak ke? Deerrr??

Walau aku suke Lee Junki, tapi kalau dia buat perangai konon cute ni buat aku rasa nak lempang sedas.

 Better ;)

Mungkin sebab perempuan sekarang suka sangat tengok jejaka Korea maka jejaka Malaysia rasa tergugat soooo mereka pun nak buat gaya- gaya comel ala- ala Korean guys. Buat muka comel sambil buat " peace" dan cakap pun nak macam budak- budak. Satu perkara yang aku nak cakap.

GROW UPP!!!
get a life dude!

Mungkin bolehhhlaaaa kadang- kadang nak manja2 sikit kan.. tapi tak payalah semua pun nak macam budak- budak. Muka dah macam bapak orang/ nenek orang pun nak cakap 'etew- etew' lagi keww?? ehh,, ke???
Apalah kita nak tiru gaya orang? Kitakan Malaysian, tunjukkan lah identiti seorang warganegara Malaysia. Semua pun nak tiru. Ni sat gi nak pi makan, buang ayaq besaq pun hampa nak tiru jugak ka? Depa dop guna ayaq tau! Depa guna tisu. Haa, tirulah..tirulahh.. Comeii kan?

Hahaha

Bawah ini aku letakkan video AnwarHadi tentang penjelasan beliau terhadap bahasa geli. Atau bahasa Eww.
Selamat dewasa people.

enjoy yewwww

1/16/11

GA umar yang cute: picture aku cute? Kau ada??

Okay, bersempena dengan aku dah tukar template and nama blog aku ni, aku nak join GA Umar yang cute setelah dijemput oleh beliau sendiri. Hehe..

Ferr, dye soh aku ediit picca lah..oklah2..aku edit picca.. Aku harap encik Umar dapat judge seadil2 nye lah

Bismillah~~~

SEBELUM PENYUMBANGAN


Alhamdulillah, berbekalkan Adobe Photoshop CS2 dan Photoscape,
aku berjaya menghasilkan dari yang kat atas ni..
menjadi
.
.
.
.
.
.
.

SELEPAS PENYUMBANGAN


VOILA!!

Disebabkan aku takdelah sekreatip mana,
hasil yang dihasilkan sama je dengan guna photo editor mespes.
Aku nak buat gaya ala 60- an gitu
Macam zaman Saloma ler
( Ada gaya tak? huhu)
Tapi, aku tak kira, aku nak join GA ni!
Muahahaha

Kenapa gambar ni?
Sebab aku rasa aku cute. Macam encik Umar. ^^


Sekiann

1/5/11

Awek Khairul Fahmi bergambar dengan aku.

Salam alaik buat kamu semua. Maaf buat peserta Contest Jejariku Kreatif sebab tak update pemenang lagi. Actually, dah ada nama pemenang tu, tapi aku tak beli hadiah lagi. Jadi, harap bersabar ye? Aku tak bz sangat sepanjang minggu ni, tapi takde mood nak update.

Kejap lagi ada meeting. Haish, boring betul. Aku sangat tak suka pergi meeting bila orang- orang yang menghadiri meeting itu tidak tahu etika ber'meeting' walaupun meeting itu sekadar ala kadar dan penuh senda gurau tak bermanfaat. Adalah sangat menjengkelkan apabila ada orang yang cuba nak tunjuk 'terer' dengan melakukan semua kerja atas alasan tak mahu menyusahkan orang namun hakikatnya dia telah mengambil tanggunjawab orang lain lalu berasa payah dan dengan lantang menyuarakan ketidakpuashatian beliau bersama ayat " Apakah neraka??" >> What the hell??
=.="


Ketika negara dilanda isu hangat meletop kebaboom tentang kemenangan Harimau Muda ke atas Garuda dengan agregat 4-2, pemain seperti Norshahrul, Muslim, Safee Ali dan keeper hebat kita yakni Khairul Fahmi  kerap menjadi bualan di dunia blogger.
Paling hot adalah isu tentang awek Khairul Fahmi yang cantik telah mengecewakan ribuan gadis di Malaysia.

Atas nasihat cik Idati Hutan, aku pun melayari ke dunia blog cik Elia kita tu. Fullamakkersss!!!
Gua macam pernah nampak ini olang!




Tengok2!!! Aku ada gambar dengan cik Elia lah!!!
haaaa...korang ade ke? Ade ke?? ( sambil dongakkan dagu dan memandang korang dengan pandangan mencerun penuh bangga )



OK ok..aku tipu. Cik Elia yang sebenar tak pernah kenal aku pun. ( Muka gila sedih )
Klon cik Elia tu adalah kawan kitorang. cik Diya yang lebih dikenali sebagai cik Speaker. Bukan kerana muka dia seperti speaker ( Oh bukan! Oh Tidak! ), tapi kerana suara dia seperti pakai speaker kuatnya. Barangkali dia pernah tertelan speaker ketika kecil. =.=

Cik Diya sangat pandai dan rajin dan selalu rasa diri dia gemuk walhal dia kurus seperti pokok pinang. Huhu.

Sekian saja laporan aku.

p/s: Cik Elia jangan marah ekk...tapi muka korang memang serupa woooo

12/19/10

Contest jejariku kreatif!

heyyyaaaa
kali ni aku rase baik hati yang sangat2 soooooo aku nk buat contest to all the bloggers!

CONTEST JEJARI KREATIF!
http://www.emocutez.com

ok, contest ni memerlukan kekreatifan kengkorang semua untuk menggayakan pelbagai jenis gaya sekreatif yang boleh lah pada jari jemari korang. tangan pun boleh. 
pamerkan hasil kreativiti yg korg leh hasilkan dgn jejari korg tu okeh? ^^
ni contoh:
korang buatlah apa yang korang suke kat jari korang, nak conteng2 ke nak pkaikan baju ke nak apa2 lah.
takpun korg leh wt kapal selam hasil dr jejari korg pon ok gk! tp ingat..posing jari tu WAJIB ada!

syarat2:

1. kamu kamu dan kamu perlulah jadi follower .faz punye cerita. terlebih dahulu. ^^

2. sile letakkan banner tangan aku yang kurang comel itu di entry korang dan letakkan di sidebar korang. cam biaselah kan. link kan banner tersebut kepada entry ini supaya mudah sesape mungkin makcik Peah nak join nanti bile dye bace blog korang.

3. entry tu tajuk nye bertulis "CONTEST JEJARIKU KREATIF" taw!

4. hadiahnye bernilai RM30 atau lebih ( lg banyak penyertaan lagi bosar adiah nyo)!!!

5. tarikh tutup pada 30 disember 2010. weee~~~
=)

kat sni aku nk tag kengkawan aku tuk join.


http://www.emocutez.com

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails