Pencanting tegar

Showing posts with label vlog. Show all posts
Showing posts with label vlog. Show all posts

2/18/15

Budak sekarang takde adab.

Aku rasalah kan, tak tahulah kan tapi bagi aku so far, bebudak sezaman aku akhlak mereka masih terjaga tau. Hormat orang tua, hormat orang lebih tua, dan bersifat 'penyegan'. Laa ni aku tengok bebudak Sekarang selambaaaa je

Contoh;

Kau dtg rumah orang. Pastu kau main baring je atas sofa sambil tengok tv. Dan kau seorang perempuan. Memang tuan rumah akan kata " duduklah buat macam rumah sendiri" tapi kau agak2lah kan mana kesopanan tatasusila seorang gadis?


Kau datang rumah orang, bermalam di sana dan esoknya kau bangun tengah hari. Kau ingat hotel?


Sebab kau macam bagus, kau tak hormat akak abg kau yg selama ni duk tolong kau ke sana ke mari invest macam2. Pastu, atas 'setia' konon kau buang je akak abang kau. Lupa jasa orang. Pastu buat bodo cam xdebenda.


Boyfriend aku cakap aku ni Memang cerewet. Macam mak2. Ini tak boleh, itu tak boleh. Aku mengaku aku Memang ortodox. Kena bangun pagi tak boleh berjalan2 dalam rumah selagi x dpt kebenaran tuan rumah n etc etc. Memang aku ni cam gaya orang tua, aku x kisah. Tapi pada aku inilah adab sopan yang kita bangsa Melayu warisi. Bangsa kita dah lupa tatasusila kita. Dan aku x kisah org cakap apa aku bertekad kalau aku ada anak, aku akan jadikan anak aku ortodoks jugak macam aku.


Biar ortodox, jangan biadab.

12/31/11

Tudung beraurat?

Assalamualaikum

Sekarang ni memang ramai gilosshh kot yang duk pakai shawl mawl ni kan? Ko mintak je kain hape, semua ada.  Cotton? Chiffon? Lycra? Kera? Pendek? Panjang? Besau? Kecik? Ha, kau cakap je semua ada baik kat Jalan TAR mahupun di blogshop online. Banyak himbun sampai rambang mata kau. Yang jadi masalah cuma ongkos je. ( Ni masalah aku sebenarnya. )

Cuma, ade sedikit perkara yang aku ingin sentuh.Sekarang ramai orang pakai tudung, tapi adakah pemakaian mereka mengikut syariat?


Orang kata, kalau nak berubah kena step by step kan?
Aku tengok ramai dah yang dari tak bertudung, sudah pakai tudung tapi ala- ala scarflets la.
Takpelah, sekurang- kurangnya dia sudah mula berjinak- jinak untuk memakai hijab.
Tapi, tak salah kan kalau kita mula bejinak- jinak lagi dengan melabuhkan sikit shawl kita tu menutup dada kita?
Nampak sopan je, pahala pun dapat kerana memakai mengikut syariat.

Here is the video that I attached together to support this entry. ;)

Tak salah untuk bergaya, tapi janganlah sampai mendedahkan aurat ye.
Pemakaian tudung menurut Islam adalah untuk menutup aurat kita yakni rambut, telinga, leher dan dada.
Tudung itu haruslah( atau wajib ) tidak jarang dan terlalu pendek sehingga menampakkan aurat kita.

Aurat: adalah bahagia yang suatu (yang terdedah,tersingkap, terbuka) maka terasa malu seperti aib seseorang didedahkan maka ia akan malu,dan adakalanya perkara itu menjatuhkan maruah (menurunkan harga) dirinya.

Relax dulu sisterss sekaliannn, jangan ingat aku nak hentam korang. siapalah aku ni untuk hentam orang sedang aku sendiri terlalu banyak celanya.

Ini sekadar ingatan bersama. Aku sendiri ucap syukur Alhamdulillah melihat betapa ramai mereka yang sebelum ini tidak memakai hijab sudah mula memakai hijab. Kesedaran sudah mula anda.
Alhamdulillah.

Cuma, tak salah kita tambah sikit ilmu di sini dan cuba labuhkan sikitttt je lagi. Pahala bhaiii.. pahala.

Harapnya kita semua sama- sama cuba perbaiki diri

From
Tudung Beraurat to Tudung Syariat.


 InsyaAllah ;)

9/4/11

dear haters and anon~

Selamat Hari Raya ;D


9/2/11

style up your bawal with earrings!


8/30/11

style your square scarf! (side knot )



Selamat Hari Raya Aidilfitri!

8/27/11

[tutorial] square scarf to shawl!

Assalamualaikum. This is my first time of making video. So, please excuse my inappropriate grammar using. Enjoy!



LinkWithin

Related Posts with Thumbnails