Pencanting tegar

Showing posts with label poyo. Show all posts
Showing posts with label poyo. Show all posts

3/3/16

Missing the missed misses


Though it has been quite sometime being a hiatus to certain people that does not mean I am completely out of the circle. It just may seem I am hibernate for a while to catch up my breath at my own world.

Hurt. Scars. Memories.

These may be quite a negative words to be put up a "happy life" dictionary but without them, life won't be sweet. It's true its hurt when those scarring scaring the shit out of you. Not that scared scare. Just scared in reminding you the feeling back then. You know? The-not-happy-moment-we-shared-but-pretends-to-be-cool-but-you-are-pissed-off-still?

Sometimes its not the big things that matters, its the small things that had been missed.

Kinda missing those little moments but I guess they are so busy catching up trendy hashtags and hipsters or whatever the kids called them. I guess I am just too old for these superstar instagram social media damn things. I burst what I wanna say. And anyway, I am not been very talkative (or maybe writative?) to social media thingy. Especially when it comes to my personal life. So why do you wanna give f'ed to every words I say and what I did?

Sorry, too busy contented with happiness and just don't give a damn shit about you guys. Ops, sorry. That was uncalled. A lie perhaps. I DO care.

Disappointed. I think that's BEST describe what I felt. For like now? I just don't care. Won't care.

I am now upgrading my life. Alhamdulillah, things surely gets better and good.

I fell several times and most of the times I was being lifted by Him. The One that never left me. He is The One and Only I can depend on. The one that Forgives.

He surely understands my mess and charms. Though the dark spots scattered all over the place. He brings out the stars in me. Thank You Allah. How can I be so ungrateful..

Just stop meddling other peoples life. Or at least, just stop being a douche. Or hoe. Its disturbing.

2/27/16

Serious 15 years old addiction

WARNING: THIS IS A SUPER GEDIK FANGIRL POST.
Please read it at your highest pitch.
HAHA!


Just found out about a graphic novel by Voltage.Inc ( Luv ya!). 

Kissed by the Baddest Bidder!!!

I went like WHOAHHHHHHH its like my first time engaging to my addiction to Korean Drama back in 2007-2008.

The storyline is a total whole new level of fairytale. I know.. so much of childish-ness in my 20 plush plush personality but so whatt?? Its anime anyway. If its like real life action drama then that is boring. (Apa aku cakap ni)

The characters:

Yourself
Eisuke Ichinomiya (The King)
Soryu Oh (The Cool Mobster)
Mitsunari Baba (The Womanizing Thief)
Ota Kisaki ( The Enigmatic Artist)
Mamoru Kishi (The Slacker Detective)

So these are the main character of the drama andddddd I am soooooooooooo fairytale -in-love-with SORYU OH!


He is so coooooll and act-like-i-dont-know-u or whatever but when he's alone (with you) he is super romantic, flirting and yes, sweet.

Too bad to continue to next episode I have to purchase. So, I ain't that addicted that I'm gonna spend my cash on this super sweet fairytale drama!

I'll just check it if its can be hacked! HAHA

Ok then. TAA

I am so happy to finally meet my childish side and excitedly tells my bestie Nadia to download it. LOL


2/18/15

Budak sekarang takde adab.

Aku rasalah kan, tak tahulah kan tapi bagi aku so far, bebudak sezaman aku akhlak mereka masih terjaga tau. Hormat orang tua, hormat orang lebih tua, dan bersifat 'penyegan'. Laa ni aku tengok bebudak Sekarang selambaaaa je

Contoh;

Kau dtg rumah orang. Pastu kau main baring je atas sofa sambil tengok tv. Dan kau seorang perempuan. Memang tuan rumah akan kata " duduklah buat macam rumah sendiri" tapi kau agak2lah kan mana kesopanan tatasusila seorang gadis?


Kau datang rumah orang, bermalam di sana dan esoknya kau bangun tengah hari. Kau ingat hotel?


Sebab kau macam bagus, kau tak hormat akak abg kau yg selama ni duk tolong kau ke sana ke mari invest macam2. Pastu, atas 'setia' konon kau buang je akak abang kau. Lupa jasa orang. Pastu buat bodo cam xdebenda.


Boyfriend aku cakap aku ni Memang cerewet. Macam mak2. Ini tak boleh, itu tak boleh. Aku mengaku aku Memang ortodox. Kena bangun pagi tak boleh berjalan2 dalam rumah selagi x dpt kebenaran tuan rumah n etc etc. Memang aku ni cam gaya orang tua, aku x kisah. Tapi pada aku inilah adab sopan yang kita bangsa Melayu warisi. Bangsa kita dah lupa tatasusila kita. Dan aku x kisah org cakap apa aku bertekad kalau aku ada anak, aku akan jadikan anak aku ortodoks jugak macam aku.


Biar ortodox, jangan biadab.

1/27/12

Joy

Lama aku tak hapdet.
Assalamualaikum!
Hari tu, sabtu lepas bertarikh 21/1 buat pertama kalinya aku yang dilahirkan di kota sesak Kuala Lumpur ini menjejakkan kaki ke Menara KL yang dorang duk gebang2 tu.

So, aku dengan heksaited nye parking depan opis brader polis, berjalan dengan perut separa lapar dan VOILA!. Penuh semangat di jiwa.. aku cakap dengan kengkawan aku.. " AKU NAK NAIK ATAS!"
yayayayaayayyyy! 

pergi dekat kaunter pendaftaran. 
Down. RM35. Awat la mahai benor. jatuh keheksatitedan aku. Lalu kami ke XD theatre. macam main roller coaster. nak tahu ap eitu XD theatre? Lu bukak browser lu.. bukak www.google.com.. then lu type " XD theatre KL Tower". Lu baca sndiri wa malas nak citer

Pendek kata. BEST!



        
Percubaan pertama. Iguana ni berminat dengan cincin gua. CISKEK!

Percubaan kedua. Budak tu tak puas hati dekat wa sebab wa lagi cool dari dye. BHAHAHA!

Percubaan ketiga berjayaaaaaaaa.. Sesi menayang gigi bersama iguanaaa


Dua budak jakon kan menara KL.
dress yang gua pakai ni lu all boleh cekitout dekat chantekdress.

Feeling model. 

sekali sekala. bye. Gua nak call tunang gua. 

p/s: eh? ble plak gua bertunang ni? merepek

1/20/12

Mengharap pada yang pasti

InsyaAllah, kalau niat kita baik.. maka berusahalah dan bertawakkallah kepada Yang Pasti..

Jangan asyik memikirkan masa depan kerana ia pasti akan datang,
jangan terlalu memikirkan masa silam kerana ia takkan berulang,
Fikirkan hari ini, kalau pagi jangan tunggu petang,
Hari ini milik kita!
Selamat berjuang!

InsyaAllah, insyaAllah, kalau tak dapat apa yang kita mahu pun,
apa jua yang Dia bagi pasti itulah yang terbaik.

Tapi, aku mahu pohon juga..
Permudahkanlah urusan kami..
Sehingga ke JannahMu.
Pelihara kami, jadikan kami hamba- hambaMu yang soleh dan solehah.

Allahumma ameen

1/13/12

Follow follow follow

Aku paling anti dengan blogger yang paksa paksa orang follow blog dia.

" Hye, follow me ya! "
" I follow youu, follow me backk yeaa "

Datang blog orang paksa orang follow dia. Ynag jenis " I follow u, follow me back yea" itu aku boleh tahan lagi tapi still agak sengal bagi aku. Tapi yang hok datang blog orang takat tinggal link je. Kat ruangan komen entri.. dia tak komen pun entri tu pastu pepakse gua polo dia. Apakah neraka? ( baca: Whattehel? )
Dah tak best tu tak best laaa, jangan la pakse orangg. ( emo )

Aku ni bukan blogger popular yang nak poyo sangat kan. Tapi, aku berpegang.. " Lu best, gua folo "

Kalau korang rasa blog aku best, follow lah. Kalau tak best, tak payah follow.
Takde butthurt.

Sebab aku pun camtu.

Dan dan dan dan... kepada adik2 blogger sekalian alam...
Akak ni suka nak baca blog adik- adik.. KALAUUU

1. blog adik takde lagu. kalau adepun akak boleh pause kan.

2. blog adik takde pop-up message yang banyak2. Sampai akak nak kuar dari blog adik pun kuar gak pop- up msg tu..memang akak block la.

3. tulisan adik mudah dibaca; yakni warna yang bersesuaian, font yang jelas, saiz yang cukup besar untuk mata akak yang kian tua ni. tulisan kecik, font sambung2, kaler pink kuning sakit mata.. memang akak block.

4. blog adik takde banyak sangat gajet or application. Yang bling2 laa.. yang bila scroll kuar pari2 la.. yang penting..tak berat la. Kalau berat. HACK! eh, block!

5. Ha, this is the best part. Tolong tak payah comel sangat sebab akak tak paham. maksudnya, ayat2 tu.
"tqm0 tqip mqtqm nie qww. bqbqp qnti." T.T

So, kepada sesapa yang aku folo tu, komfemmmmmm korang best! Hekhekhek.

p/s: kat twitter pun amalkan folo me back nii. ape cer?

1/5/12

Aku pun mahasiswa/siswi

Sekarang heboh tentang isu Safwan Anang yang kritikal dan isu bendera Adam Adli dan ape ntah seangkatan dengannya. Gua dengar cerita dari banyak pihak. Dan akhirnya gua terkeluar idea di tengah malam buta ni untuk tulis entri.

1. Mahasiswa ni darah muda, darah panas. So, bila ada sesuatu yang boleh menggoncang jiwa muda mereka, mereka akan buat dengan penuh sungguh- sungguh. Satu pujian kepada mahasiswa. YAY!

2. Isunya kecik aje, turun bendera bape minit..then naikkan balik. Kurang sopan tapi tak cukup biadap sampai kena belasah lah kan. Ape lah.

3. Malas lah bernombor- nombor ni.

Ok, meh sini aku luah pendapat aku yang tak berapa nak get into dalam arus politik negara ni. Bagi aku, kedua- dua pihak ada salahnya. Aku takmolah cakap lebih kang kata aku berat sebelah pulak.
Buat brothers kita yang cedera, kita doakan kesejahteraan hidup mereka.

Camni, cer cer korang rujuk Surah Muhammad ayat ke- 7. Maksudnya lebih kurang.... siapa yang menolong agama Allah, nescaya Allah akan menolong/ meneguhkan kedudukan kamu.

Ate, cemane nak menolong agama Allah ni? Berdemo? Tunjuk perasaan? Pung pang pung pang?
Mari kita SEMUA cuba tegakkan agama Allah dalam diri kita dulu. Mantopkan iman memasing. Buat muslimin khasnye, cer cer korang penuhkan masjid buat solat jemaah untuk Solat Subuh. Cer cer cer.

Yang perempuan, muslimat bagi aku.. mohle kita ajak reramai join usrah instead kita turun dok pung pang pung pang. Kalau kita mahukan negara yang mengamalkan sistem Islam yang betul.. kita kena start dari bawah dulu.

Ok, camni. Aku takdela terer merer dalam hal agama atau politik. Tapi, ni pendapat aku sebagai seorang mahasiswi jugak.
Daripada kita buka aib orang, kutuk- kutuk, caci- maki sana - sini.. kan bangsa and agama lain tengok kita macam... asyik bertelagah aje kan? Cer cer cer kalo korang korang yang geng mahasiswa tu buat solat hajat continously. Maybe every week ke. Buat qiamullail dan mohon pada Allah agar DILEMBUTkan hati manusia 'tersebut' untuk menerima dan membuat perubahan ke arah kebaikan. Mohon agar Allah jaga hati- hati kita semua supaya tak terdeviate dari jalan Allah.

Bukankah hati itu milik Allah dan hanya Allah saja yang bisa membolak- balikkan hati manusia itu?
Bagi aku, dua- dua ada salah dan khilafnya. Daripada berkumpul nak tukar pindaan la apa la, baik korang susun strategi guane nak tarik lagi ramai memember kita datang masjid buat solat jemaah kan?

Ha, tang pindaan and apa segala tu.. boleh buat..ye la..kena la ada perubahan ye dok? Takkan nak dok tang tuu je kalau dah tahu salah kan? Tapi, slow and steady lah. Jangan gelojoh katak.
Sedangkan Rasulullah SAW pun ambil masa untuk wujudkan kerajaan Islam ye dok? Rasulullah pun start dengan pupuk iman power dalam diri sahabat. Apatah lagi kita umat akhir zaman ni. Ha, kan? kan? Nampok dok?

p/s: aku pun sedang suba memperbaiki diri

Stop the hatred, raise the love.
Wallahualam.

10/27/11

Tak payah la nak fanatik sangat

Sejak dua menjak tiga menjak ni kita ada dengar tentang isu Gaddaffi dibunuh kemudiannya dipamerkan di pasaraya untuk tatapan umum. Ramai orang melihat atau meungkin mengejek arwah kerana kata mereka banyak sangat kekejaman yang dia telah lakukan seolah tiada setitik pun kebaikan yang dia pernah lakukan. Sadis.

Aku tak tahu adakah manusia ini memang sebenarnya tak pernah mahu belajar dari sejarah.
" Those who do not learn from the past are doomed to repeat it "

Saddam Hussein umpamanya. Sudah digulingkan. Tapi, aku tengok takde gak amannya negara tu kan?

Camnilah, tak payah susah- susah nak panjangkan leher jenguk dunia luar.

Lepas sorang- sorang pemimpin kena kutuk. Kamonlah wei, semua orang ada kebaikan dan kekurangan kan?

Aku pun tak erti dengan dunia sekarang.
Humban muke dengan seguni duit, emas, aset.. terus buta mata, pekak telinga. hanya celik dan dengar pada yang buruk saja.. yang baik- baik semua dah jadi blind spot.

Mana- mana pun mereka masih manusia. Pasti ada kelemahan dan kelebihan masing- masing. Tak payah nak kejar pangkat sangat lah weii.

So, be rational. Ambil yang baik, yang buruk kita cuba topup kan. Buka mata peoples! Jangan buta sebelum buta sebenar!

Jangan nak fanatik sangat. Kau bukan dapat apa pun.

Lu senang atas dunia hari ni ntah esok lu mati harta lu tinggal.
Lu nak senang- senang kat syurga nanti.

6/10/11

Aku yang kau lihat

Assalamualaikum

some people, No. Most of people thinks that I am a snob

Hell no I am not. I am very friendly.

Everyone does have their boring and fun sites.
I am a boring person yet I am crazy like raarr!

I want the whole world smiles so I smiled to them.
;)


When you annoys me I do this face.
:P

To see something that I hate, I shut my eyes.

Try to control myself. 
I shut my mouth & let my action speaks.

Last but not least, I am not the one that you see. 
I'm just more than that.
Both good and bad.


Saving the good ones, deleting the bad ones.
One by one.
Peace. ;)



4/14/11

cool tapi hipokrit

Assalamualaikum

Semalam,err..pagi ni..pukul 4 pagi.. baru je menghabiskan cerita drama Jepun; Nobuta. Bukan apa, saja buang stress jawab exam Systemic Pathology yang buat aku rasa nak lempang diri sendiri.

Akira dan Shuji

Cerita ini banyak reminisce moments in secondary school. Yeah.. bagi aku, kenangan yang paling manis adalah ketika di sekolah menengah. Pada masa Form 1 dan Form 2 masih lagi keanak- anakan, but things heat up when Form 3 sampailah matriks. Betul, zaman remaja yang benar2 remaja bagi aku adalah ketika berumur 15 tahun sehingga 19 tahun. Duration masa itu sekejap saja, hanya 4 tahun tetapi terlalu banyak memori dan  perkara yang berlaku.
Entah kenapa masa sekolah tak sabar je nak keluar pergi universiti tetapi bila dah duduk dekat dalam U ni, aku benar- benar merindukan zaman persekolahan.


Seperti Nobuko, demi untuk fits in dalam community, dia perlahan - lahan untuk berubah menjadi yang lebih baik. Shuuji on the other hand, keep pretending to be cool sebab dia mahu semua orang kenali dia walhal dia tidaklah secool manapun sebenarnya. Watak yang benar- benar genuine dalam cerita ini adalah Akira di mana dia tetap menjadi diri dia.

So, apa yang aku dapat dari cerita ini?


Friendship. Point of change.

Friendship yang kukuh buat aku rasa cemburu dengan Nobuko yang punya sahabat begitu setia bersamanya walau seteruk manapun dia. Semuanya dilalui bersama- sama. Cute!

Point of change. Jangan tipu kau yang kami nampak sekarang adalah kau yang sebenar dari dulu. Setiap orang akan mengalami proses perubahan. Proses perubahan yang paling rapid adalah ketika di sekolah menengah di mana semua orang mahu fit in dengan rakan- rakan dan trying hard to be popular. Heh, termasuklah aku. So, pelbagai aktiviti akan disertai oleh remaja2 yang dahagakan populariti ini. Sepanjang tempoh ini, adalah tidak dinafikan betapa ramainya umat menjadi hipokrit. Kau cuba get along dengan kawan- kawan yang cool atau serupa haramm supaya kau diterima untuk join group mereka.

Dari seorang yang pendiam kau berubah menjadi seorang yang banyak cakap. Dari seorang yang tak cool kau menjadi cool. Eleh, kau ingat mereka yang cool tu tak noob macam kau ke dulu? Mereka pun berubah lahh.

" No one is confident with themselves. Everyone is afraid of what people thinks"

Betul tak pernyataan ni?
Heh, jangan tipulah. Kalau benar kau yakin dengan diri kau.. aku cabar kau berak kat tepi kedai KFC sekarang! Apa? Malu? Malu pada siapa? Kan kau sangat confident kan?
See? Mereka yang cool itu hanya di mata kita. Hakikatnya mereka tu tak cool pun. Mereka cool sebab mereka selalu memikirkan apa yang orang lain fikir terhadap diri mereka. Acting cool to fit in.


Popular girls? Trying to be mean and acting 'pretty'. This is the definition of popular girl to me. Di zaman sekolah dulu perempuan yang popular ini adalah perempuan-cantik-yang-aktif-sukan-tak-pandai-pun-takpe-ada-gedik-cukup-untuk-buat-kau-rasa-nak-pijak-jenis-layan-semua-lelaki-seksi-sikit-serta-punya-barang-yang-mahal-mahal-tahap-celebrity-serta -suka-cakap-ikut-suka-lutut-kambing-kau.

Setiap orang memerlukan perubahan demi kebaikan sejagat, dan mungkin kadang- kadang kita perlu menjadi hipokrit tanpa kita sedari. Bukan semua benda kau boleh lepas cakap semua. Ada benda kau akan simpan dalam hati tapi balik bilik tumbuk bantal tekup bantal jerit sekuat hati Mak Limah bila keluar bilik senyum manis. Semua orang perlu menjaga hati semua orang.

Tapi, ada benda yang kau perlu kekalkan. Personaliti. Walaupun kau pakai macam Paris Hilton, menggedik macam Paris Hilton, ada rancangan BFF sendiri tetapi kau tetap tak boleh jadi Paris Hilton. Kau tetap Bedah jual kuih kat tepi kedai Pak Jabit. Kan?
So, why trying hard to be someone that you are not?

Ubah sedikit sifat untuk menjadi lebih baik.Tapi, keep your personality. You cannot change the whole you. 
Ada apa pada populariti? Ada apa pada cool?
Being yourself is more cool than being everyone's cupcake.
Cupcake.. the ingredients are almost the same. Only the appearance and how it was made makes it different.
No matter who made it, where it was made, what inside it.. it will always be a cupcake. Alter lah macam manapun, cupcake itu takkan menjadi durian mahupun dinosour. Masih lagi cupcake. Comel di mata orang, manis bila dimakan. Memberi senyuman pada mereka yang kelaparan.
Kamu hanya cupcake yang kecil.. bukan kek Secret Recipe. Tapi, sebab dah ubah sikit ingredient bagi sedap, corakkan dengan cantik2.. semua orang pun senyum melihat cupcake tu.

kan?

p/s: Perubahan itu perlu, tapi bukan terus menukar diri kamu.. cuma buang sifat buruk itu.
:)

4/10/11

Dunia Blogger huru hara kah?

Assalamualaikum

Aku bukanlah blogger yang popular dan dikenali sangat dalam dunia blogger ni. Kadang2 aku banyak gak tak tahu apa dah jadi kat dalam dunia blog. Setelah beberapa lama aku menyepi dek kerana praktikal dan sekarang aku akan menghadapi final exam yang ke-4 di universiti tercintan aku ni, aku banyak membaca blog- blog ( BW) orang lain. Tapi, malang sekali aku tidak meninggalkan jejak. Ahah, takpelah.. aku tak kisah sangat pasal trafik ni.

Aku lihat, banyak jenis blogger ni. Dan sekarang, bagi aku lah..isu terhangat adalah apabila blogger2 mengutuk atau dalam bahasa baiknya adalah mengkritik blogger2 lain. Tak perlu kot aku bagi link siapa aku pasti majoriti blogger tahu siapa mereka yang sarcasm ini. Ini aku senaraikan pendapat aku:\



1. Aku pembaca tegar blog sarkastik tersebut dan harus aku akui.. apa yang mereka sarkakan adalah kebenaran yang kita, manusia seringkali cuba tutup dengan kain chiffon bagi nampak cantik. Dalam 75% isi kandungan blog tersebut aku setuju dan selebihnya aku tak setuju dan malas ambil port.
Yang benar memang pahit, kan?

2. Juga aku akui, memang cara mereka terlalu kasar mungkin lebih2 lagi majoriti mereka Melayu Islam dan orang yang mereka kutuk itu jua Melayu Islam. Cara mereka kasar, menyentap tanpa belas kasihan. Jika ingin menegur, gunalah cara berhemah..tegur direct je derr.. tak payah guna blog berkias semua. Kan ada yang dah sentap buat entry post emo. Hehe

3. Setiap manusia itu berbeza. Maka setiap blogger itu berbeza. Ada yang suka pura2 comel padahal kat realiti amikkk kau ganaih gila rimau pun kecut pancreas tengok beliau. Biasalah tu, ada yang jujur... ada yang hipokrit demi meraih trafik. we have to accept the differences lah. Aku pun banyak je blog2 yang aku memang tak suka. Lagi2 blog ' perasan comel' tepek muke muncung itik beriban dekat blog mahupun FB. Tapi, aku boleh buat apa? Kutuk? Kritik? Tak akan ada bezanya. Sebab selagi blogger tu tak mahu sedar diri semakin tua dan perlu matang tak guna kau kutuk2 beliau.

Samalah aplikasinya dengan kambing. Kau kata kambing busuk tak mandi.. kutuk gila2. Macam la kambing tu peduli kan? kan? So, apa yang korang boleh buat??
>>> Berdoa lah agar mereka diberikan petunjuk supaya bijik mata korang tak sakit bila tengok muka muncung itik mata boolat dalam " Pencarian Awek Tudung Muka Kiut Badan Mantap" Hahaha.



Tak guna kau kutuk2 kritik2 sebab sebenarnya kau menaikkan trafik diorang jugak.

" Bapak lah blogger Cik Kain Batik ni! Bajet baik gila cun semua ahhhh?? Perasan baguihh je! Aku memang benci bloogger macam ni!"

Lalu orang pun cari siapa Cik Kain Batik ni? Haa...tak pasal2 trafik aku naik sebab ada orang kutuk aku kan? Duit nuff aku pun naik beriban. Bolehlah nanti aku nak cash out beli Laptop baru. Hohoho.

So, buat pengkritik... tegur dengan cara berhemah.
Buat yang dikritik, cuba reflect balik betul salah mereka yang kritik anda tu. Jangan terus sentap je tak memasal. Lagi kau sentap, lagi best orang nak kutuk kau. Tak payah raih simpati sebab kadang2 aku pun meluat dengan entry tacink lepas dikritik.
Kalau kritikan itu munasabah..ambillah iktibar.. kalau tiba2 macam takda kena mngena.. pekakkan telinga butakan mata tak payah baca lagi blog deme.
OK?

Hidup ini penuh warna. Berbagai ragam manusia. Ragam itu menjadikan ia berwarna warni. Kalau semua nak sama macam kau.. Kau kawan dengan diri kau sorang sajalah.  Accept differences. Tegur dengan baik.

Aku suka blogging sebab aku boleh curahkan pendapat aku kat sini. Sekian.

4/4/11

Kenapa mesti Cik Kain Batik?

Assalamulaikum

Acapkali aku ditujukan dengan persoalan ini iaitu; " Kenapa mesti Kain Batik?"

Hehe... Di sini, biarlah aku menjelaskan dengan lebih detail tentang maksud di sebalik CKB ini.



Kain Batik: material kapas yang merupakan warisan turun temurun masyarakat Melayu khususnya wanita. Kain batik punya banyak corak yang biasanya bercorakkan alam semulajadi yakni bunga bungaan dan daun daun.

Itu, adalah maksud secara literal.

Metaforanya; kain batik merupakan warisan wanita Melayu turun temurun. Kain batik itu sendiri melambangkan sifat Melayu yang sukakan alam semulajadi melalui corak floranya, feminin dan kesopanan bahasa serta budaya masyarakat Melayu. Kain batik boleh digayakan sebagai kain biasa yakni diikat di pinggang, ataupun dijadikan selendang ( wanita Melayu dulu2 ). Pemakaian kain batik yang diletak di atas kepala seperti selendang menggambarkan keayuan serta sifat malu yang ada pada seorang wanita.



Wanita Melayu dahulu umpamanya Mahsuri digambarkan melalui penceritaan dongeng yakni sebagai seorang wanita Melayu yang sopan, cantik parasnya, ayu lembut tuturnya, senyum manis bicaranya, sopan gayanya namun tegas dalam pendiriannya. Digambarkan sebagai seorang yang setia, jujur dan bersungguh- sungguh dalam kerjanya baik di rumah mahupun di bendang. Itulah gambaran wanita Melayu bersama kain batik yang kita boleh imaginasikan sekarang.

Kini, apa yg dapat kita lihat sekarang pada wanita Melayu? *uhukz

Tak juga kata aku ini wanita Melayu terakhir gila sopan tahap dewi- dewi remaja. No no noooo
Tapi aku ingin sekali mngembalikan warisan dan tipikal wanita Melayu dahulu yang terkenal dengan kesopanan serta kelembutan bahasa ( bukan kebodohan ) cumanya diberi sedikit nafas baru dengan cita-cita yang tinggi, ketegasan serta pengaplikasian agama yang utuh di jiwa. Cukup ingin sekali. Ya, aku masih tak berjaya sebenarnya.

Ada kawan lelaki aku kata, biasalah lah kalau lelaki pakai kain pelikat.. nama macho..kelelakian. ( Ya, aku setuju..aku rasa lelaki yang pakai kain pelikat dengan baju Melayu nampak sangat cool lagi2 kalau ada songkok atau kopiah dan hanya pakai selipar jepun berjalan lenggang pulang dari masjid atau surau setelah selesai solat berjemaah ). Tetapi, perempuan tak boleh pakai kain batik keluar rumah sebab nampak sangat seksi. 


Lebih seksi daripada yang pakai hot pants, spaghetti dang skirt koyak2 nampak seluar kecil tiga segi di dalam tu. Katanya, bagi lelaki.. perempuan yang pakai kain batik dan berbaju T-shirt biasa itu sebenarnya nampak lebih seksi kerana cara pemakaian kain batik itu lebih menunjukkan sifat2 kewanitaan pada diri seorang wanita. Oh2, tidaklah aku suruh kome semua pergi Pavillion nanti pakai kain batik dengan spaghetti nanti..tidakk.

Cuma aku ingin kita warisi sifat wanita Melayu yang sinonim dengan kain batik ini dahulu. Bukan seksi itu fokusnya, sopan lembut itu utamanya. 

^^

3/26/11

Tok... saya ada hajat nih!

3 orang pemuda yak ni Ali, Abu dan Ahmad datang menemui Tok Waduk yang dikatakan punya banyak ilmu yang mampu melunaskan segala hajat manusia yang tak pernahnya nak puas ni.

Ali: Assalamualaikum Tok, kami datang ni ada hajat.


Tok W: Waalaikumsalan wbt, ha..ape ke jahat * eh typo pulak. hajat kamu tuh? Ni adele ni kalau tak pedajal orang mesti nak puaskan nafsu tuh.


Ali: Eh, memandai jaa Tok nii.. kami bertiga ni ada hajat baik ni..untuk kepentingan sejagat jugakk


Tok W: ha..habaq mai meh


Ali: Erm.. tok.. cemane eh saya nak berjaya? Berjaya dalam hidup saya? Tok boleh tak terus bagi saya dapat jawatan manager kat syarikat tin beskot hujung kampung tuh?


Tok W: Hamboii..banyak benor soalan hang sorang ja. Kojer senang je tuh.. Ko nak berjaya eh? Ko naiklah tangga kejayaan. Ala2 tangga Batu Kep tu. Da sampai nanti kiranye ko berjaya le tuhh


Ali: * what thaaaaa


Ahmad n Abu: ekekekeke


Abu: Ha..saya pulak tok...cemane nak jadi kaye ni tok? Boring la kais pagi makan pagi je


Tok W: Siapa suruh kau kais pagi makan pagi jeee..kais lah petang sekali bolehlah makan petang nanti.. Ala, sonang aje tuuu.. Ko pergilah bank..buatlah loan ke.. kuarkan duit..Bank kan banyak duit. Nanti dapat lah duit


Abu: Takat gitu tak payohle saya datang jumpa tok.. adik saya 3 tahun tu pun tahu jawab! * grrrr


Ahmad dan Ali: huahuahuahua


Ahmad: Ha..tok...cemane ni tok.. Saya ni dah gatai nak menikahh. Duit dah ado. Ni cemane saya nak cari isteri yang cun melecun tok? Hari tu saya ter reject Lisa Surihani lah..Adoi..


Tok W: Sonang aje tuh..Ekau nak cantik luar ke dalam? Cantik luar ko cari le pompuan yang pandai mekap tepek bedok sekilo dengan bulu mata palsu sepanjang 2 marhalah. 


Ahmad: Ha? ngape pulokk


Ali n Abu: Yele.. pompuan kalau mekap baru cantik..ala cam artis2 n minah2 shawl tuu.. da mekap baru cun gilass..tanpa mekap? Hanchooooomm


Tok W: ekekeke, udah2. Tok nak balik umah ni, malam ni malam Jumaat.


Ali, Abu n Ahmad: Tapi, kami x dapat pun apa yang kami hajatkan nihhhh


Tok W: ko pikior le. Otak Allah bagi suruh berpikir.. Demi masa pemudaa.. gunalah otak itu untuk berpikiorr..jangan buang masa dan matikan akal. Anak muda yang suka matikan akal umpama robot terhebat keluaran Jepun. Mampu bergerak, tiada impian. Bai

Mereka pun pulang dengan hampa. Tak paham apa yang Tok Waduk nak sampaikan. Ha, korang paham tak apa yang Tok tu nak sampaikan? Ce citer.. ce citerr

3/15/11

Jika aku jatuh hati- jiwang mode

Assalamualaikum.
Ok, hari ni aku terjumpa a very nice blog especially for those in the "cinta-jiwang-karat mode".
Di bawah merupakan doa yang sangatlah sesuai untuk kita praktikkan baik pada single mahupun berdouble.
Opssy.. taken from tentangcinta. ;)


Bismillahirrahmanirrahim...
Ya Allah...
Jika aku jatuh cinta,
Cintakanlah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya PadaMu,
Agar bertambah kekuatanku untuk mencintaiMu...
Ya Muhaimin...
Jika aku jatuh hati,
Izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut padaMu,
Agar tidak terjatuh aku dalam jurang cinta nafsu...
Ya Rabbana...
Jika aku jatuh hati,
Jagalah hatiku padanya,
Agar tidak berpaling daripada hatiMu...
Ya Rabbul Izzati...
Jika aku rindu,
Rindukanlah aku pada seseorang,
Yang merindui syahid di jalanMu...
Ya Allah...
Jika aku menikmati cinta kekasihMu,
Janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan indahnya,
Bermunajat di sepertiga malam terakhirMu...
Ya Allah...
Jika aku jatuh hati pada kekasihMu,
Jangan biarkan aku tertatih dan terjatuh,
Dalam perjalanan panjang menyeru manusia kepadaMu...
Ya Allah,
Jika Kau halalkan aku merindui kekasihMu,
Jangan biarkan aku melampaui batas,
Sehingga melupakan aku pada cinta hakiki dan rindu abadi hanya kepadaMu...
Amin ya rabbal alamin...

;)

3/8/11

Di luar gula2, di dalam ulat sampah.

Assalamualaikum dan selamat petang.

Dunia memang klise. Pengarah muvi semua klise. Cerita drama yang klise. Ah, pendek kata semua rakyat sudah dipengaruhi dengan itu perkara. Klise.

Sudah, sudah. Jika debat ingin kau wujudkan dengan aku, silakan saja packing barang kau dan pulang ke kampung kau sekarang. Jika perang saraf ingin kau mulakan dengan aku, matikan saja ide itu kerana aku malas membazir neuron sama orang macam kau. Menutup sampah dengan kain sutera. Akan busuk juga si sutera itu. Kan?

Jika kau ingin debatkan yang bengkok itu lurus, yang petak itu bulat, yang keras itu kapas, yang hitam itu putih,
 lupakan saja niat kau itu. Aku tak mahu membazir air liur dan adrenaline untuk berdebat dnegan orang seperti kau. Kau yang klise.

Selama ini kaki yang dipijak itu kau boleh biarkan, tiba- tiba bahumu dilanggar terus kau memaki serata. Mengapa? Bimbang gusar takhta bertukar tangan? Takut kecut salahmu diberitahu semua? Hanya kerana satu event tahunan, kau melatah salah semua. Klise.

Hah, tak perlu pandang sinis sampai senget kepala. Tak perlu muncung mulut juling mata. Haha, aku peduli apa!
*ketawa*

Maaf sudah aku pohonkan diselit bersama aku punya ketegasan. Maaf, aku bukan jenis pak turut menurut kata si Pak Pandir. Pendirian ini teguh dan hatiku rasa ia benar. Hanya ditepuk bahu sudah marah segala. Belum lagi ludahan tu! Haktuih!

Hey, jangan sangka kau sudah juara. Jangan sangka mereka bersama kau sahabat semua. Jangan2 antara mereka itu yang menikam dalam. Hahaha.

Aku jujur dalam bahasa. Kau? Sekadar kata ikut rasa.

- nampak kan bezanya? Booooo ~~

3/6/11

Aku tak kejar trafik macam setengah orang.

Assalamualaikum

ehem2, aku memang jarang atau boleh kata tak poernah kejar lampu trafik sebab aku tak pandai bawak kereta. Aku hanya akan tengok saja lampu trafik itu. Eh2, salah salah!
Maksud aku, ermm biasalah kan setiap blogger pasti akan pacak NUFF kat dalam blog mereka macam aku ni ha. Ada dua tempat ni kau pilih je mana2 kau nak kelik.

Apa? Tak nak klik? Suka hati kau lah. Hahaha.
Well, aku bukan jenis kejar trafik pun. Buktinya? Trafik aku memang tak kan setinggi Yuyu Zulaikha apalagi Ben Ashaari. Trafik Hutan Kabut definitely lebih tinggi dari aku. Sebab itulah aku tak kan letak entry pasal Nuff aku. Itu rahsia gembira aku saja. Ahahaha.

Aku jarang update. Aku LAGI gila jarang BW. Kalau rajin aku BW ah. Sebab tu tak ramai orang kenal Cik Kian Batik. Kain Batik mungkin mereka kenal boleh didapati di pasar malam ataupun pasar Siti Khadijah. Tapi, Cik Kain Batik? Ada di Ampang.

Aku pacak Nuff ni pun sebab kawan aku dulu2 suruh pacak. Aku pun letak je. Nak kelik sila, tak nak kelik biarkan saja. Tak best lah paksa2 orang ni kan kan kan?
Lagi satu aku kurang gemar adalah spesis yang " I follow you, please follow me backk". =.="

Aku agak alergik ngan statement macam tu. Bukannya apa, aku biasa akan follow kalau aku sukalahh. Kalau aku tak suka buat apa aku follow kan kan kan?
Pastu pastu pastu, aku lagi gila tak gemar dengan ada pop out windows yang ada tulis " Selamat datang! Sila klik Nuff saya dan follow yep"

Hak ellaaaaa... main paksa2 pulakk. Malas gua nak layan. Pashtuh tie na tulish tomei tomei matam nie taww. Ish, aiii cukup ta cukeww. Urgh. GrOw upPp!! aKu tAK suKeWW gaK yaNg jEniS tUliS maCam NiE!.
Ehem, bukan apa.. susah aku nak baca. Aku rasa macam budak tadika kena mngeja balik apa yang korang tulis tu dan fikir wadahek kah itu.

Takperlah, setiap blogger punya beza warna. Aku tak kisah lah.Tapi jangan paksa aku follow dan kelik2 Nuff anda. Aku klik je, tapi kalau ada unsur paksaan tu..aku kelik 'X' je.

Ahaha..ok dah. aku bz ni. Sorry untuk pemenang Contest Jejariku Kreatif. Aku akan post hadiah korang minggu depan. Promise! CKB banyak kerja lah tak sempat nak post. Ok?
Bye

gambar masa dinner kolej yang tak cukup makan.
Saja letak tetibe rasa macam nak letak.
Tak boleh ke?


Masa 1st year di Puri Pujangga.

2/16/11

nak jadi kain batik

Aku tukar nama lagi.
hehehe
Mari aku ceritakan kronologi nama- nama blog aku

Ena-Fuzz ; pada awal kewujudan blog ni. Masa ni aku masih hingusan baru pandai pegang tetikus ni eksaited sangat nak buat blog. Akhirnya, aku banyak merepek. Merupakan singkatan kepada nama sebenar aku. Nama sebenar aku? Tekalahhh

.faz punya cerita. ; ditukar pada tahun 2009 kut. Entah, tak ingat. Sesuai dengan inti blog, aku cerita segala yang aku lalui di sini berdasarkan penghayatan akal dan hati.

Langkah Kaki : tahun 2010. akhir tahun 2010. Aku tukar sesuai dengan perubahan isi blog aku yang mungking semakin matang ( kot ). Setiap langkah aku susuli dengan pemandangan akal, hati dan agama. Bukan membuta tuli ( ye ke? ).

Cik Kain Batik : secara kasarnya menggambarkan kegemaran aku yang suka pakai kain batik dan suka dengan corak batik serta suka juga makan kek batik ( eh? ). Secara metaforanya, kain batik lebih menunjukkan identiti orang melayu yakni sifat ketimuran serta bahasa yang teratur. Bahsa aku mungkin sangat kucar kacir, tapi aku bangga menjadi Melayu.

sekian.

p/s: takde motif

1/16/11

GA umar yang cute: picture aku cute? Kau ada??

Okay, bersempena dengan aku dah tukar template and nama blog aku ni, aku nak join GA Umar yang cute setelah dijemput oleh beliau sendiri. Hehe..

Ferr, dye soh aku ediit picca lah..oklah2..aku edit picca.. Aku harap encik Umar dapat judge seadil2 nye lah

Bismillah~~~

SEBELUM PENYUMBANGAN


Alhamdulillah, berbekalkan Adobe Photoshop CS2 dan Photoscape,
aku berjaya menghasilkan dari yang kat atas ni..
menjadi
.
.
.
.
.
.
.

SELEPAS PENYUMBANGAN


VOILA!!

Disebabkan aku takdelah sekreatip mana,
hasil yang dihasilkan sama je dengan guna photo editor mespes.
Aku nak buat gaya ala 60- an gitu
Macam zaman Saloma ler
( Ada gaya tak? huhu)
Tapi, aku tak kira, aku nak join GA ni!
Muahahaha

Kenapa gambar ni?
Sebab aku rasa aku cute. Macam encik Umar. ^^


Sekiann

1/13/11

Antara Johor dan Kuala Lumpur.

Salam alaik buat semua pembaca blog faz punye cerita.
Terima kasih kerana masih tegar membaca walaupun kadang- kadang blog aku ni sarat dengan emosi seorang perempuan yang punya gangguan hormon pada tiap- tiap bulan.


Aku budak KL. Dah lama aku menetap di sini. Aku lahir pun di Hospital Kuala Lumpur. Pernah terfikir nak lepak kat negeri lain tapi tak pernah terfikir untuk berpindah dan menetap di negeri lain. Kuala Lumpur ataupun akronimnya KL. KL ni memang sinonim dengan bandar hiburan, bandar kemajuan, bandar kemodenan dan tak lupa juga bandar kemaksiatan. Masa aku matrik dulu aku tak pandai berloghat2. Aku hanya cakap KL je. Bila orang cakap loghat Kelantan, Utara mahupun Nogori aku hanya akan sengih menampakkan gigi kapak aku yang besar sambil mata blur bagi menandakan aku hanya berhipokrit ketika itu. Ya, pura- pura faham tapi aku tak faham pun. Jadi orang melabel aku sebagai.. "biasalah..budak KL kan"


Aku pakai ikut aku suka. Bila aku pakai pakaian yang pelik sikit pada mata diorang mereka akan kata..
" budak KL lah katakan ". =.="


Tapi, di matrik dulu ada ramai orang yang cultural shock. Perangai yang dulu macam ayu tiba- tiba bertukar jadi orang zaman batu yang pakaiannya dasyat tak cukup kain dan mulalah bercakap dengan slang KL. Ala, yang ada campur bahase Inggeris tu. Macam " You all, jom kita peRgi shopping nak? Aww, I tak suka lah makan kat situ" dengan gaya gedik meluatkan aku. Alhamdulillah, bebudak KL maintain cool. Siap ada yang jadi naqibah kat matrik dulu. Ferr


Kemudian aku pindah ke universiti tercinta aku dan berjumpa dengan orang Johor. Satu hari, ada kawan aku menguap, kawan Johor aku ni kata kat dia.." Kuat sangap lah kau ni".
Aku dan member aku terkejut hebat. Apa ke buas dasyat bahasa budak Johor ni.?


"Woi, ko pehal cakap macam tu?" kata kawan aku.
" Pesal plak? Pe masalahnya?" kawan Johor aku mempertahankan diri.
" Tu sangap tu. Gila ke kau?" Aku defend kawan aku.
" Hahaha.. Sangap tu menguap lah dalam loghat Johor. Apa masalahnya korang ni?"
Kami berdua terkedu, " HAH??Menguap?"

Sangap. Dalam definisi kamus orang Johor maksudnya adalah menguap.
Tapi kalau dalam definisi manusia di Selangor dan Kuala Lumpur, maksud sangap ni lebih menjurus kepada orang yang gila seks.
Fer..punya jauhlah maksud satu perkataan tu kan. Baru lain negeri, belum negara lagi.

Jadi, setiap perkataan yang kita guna di sini tak semestinya sama di tempat lain. Kerana ethnic background dan cultural value semua berlainan. Andai aku adalah orang KL, maka logiklah untuk aku menulis/ bercakap dalam loghat yang aku biasa. Perlukah aku memuaskan hati setiap orang di seluruh negara sebab berkemungkinan setiap dari perkataanku mungkin membawa maksud yang dasyat kepada mereka?

Kerana aku hanya orang KL. Aku jarang keluar dari negeri ni. Jadi vocabulary aku tentang perkataan dari dialek yang berlainan sangat kurang. Manalah orang Johor nak tahu sangap pada kami adalah gila seks ye dok? Sekalipun mereka dah tahu, mereka akan tetap guna perkataan tu. Sebab dah biasa kan.
Manalah kami nak tahu menganjing pada negeri lain sama maksud dengan mengejek ye dok?

Jadi, jangan tipikal. Kamus Dewan tak sentiasa betul. ^^
Peace out

12/4/10

AFundi FAZ

AFundi FAZ

asallak aku tetibe afundi mundi ni ek?
haha..ni la gara2 aku demam selsema sampai aku sakit tekak
suare aku mule2 serak2 kahak basah ala2 penyanyi Ella tu.
then, lame2....terus bila aku cube bercakap yang keluar hanyalah angin je.
pehhhhhhhhhhhhhhhh

dada aku ni semput la sebab banyak greenish sputum ( kahak ijau ) dalam dada aku.

so, sekarang ni suare agak2 dah okay..tapi masih serak2 berkahak. eh, basah.
geli pulak kan korang bace..haha
berdarah kot kahak aku.. viral infection ni.

nak try nyanyi lagu Isabella.. kut2 dapat masuk AF
korang AFundi la aku eh.

p/s: AFUNDI FAZ

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails