Pencanting tegar

Showing posts with label tahi. Show all posts
Showing posts with label tahi. Show all posts

2/18/16

Ganja oh ganjaa


"Pakcik, saya nak Ganja sekilo. Ikat tepi ok"


What a shocking news!
Tadi lepas penat buat aiskrim nak buat jual petang ni aku skrol la fb. Jumpa pula artikel bernas nenas finas ni.

"Benarkan rakyat hisap ganja bagi kurangkan tekanan kos sara hidup tinggi" Syed Rosli



Haa, kau!

Menitik air mata akak dik baca.

Malas hurai panjang panjang korang bacalah sendiri. Jangan malas nokk.

Kenapa Malaysia haramkan ganja?

Ok, mari kita kaji efek ganja dan marijuana yang abe Syed Rosli kabor ni.

Penggunaan ganja dan marijuana atau seangkatan darinya sebenarnya asal asal nya bersifat perubatan. Sebagai ubat penenang bagi mereka yang ada anxiety ke panic attack camtu.


Namun, dengan beri lesen special untuk orang hisap ganja tu ALONEEE sangatlah berbahaya. Sebab apa? Sebab akan ada unsur ABUSE di situ. Sorryla nok akak cakap rojak ok.

Macam saya katakan tadi, asal  penggunaan barang terlarang ini adalah bagi tujuan perubatan. Akak ulang bagi yang lembab. PERUBATAN.

Bila dikatakan untuk perubatan, maksudnya penggunaan ini akan dikhaskan hanya bagi segelintir orang berdasarkan pengesahan doktor. Maksudnya, bukan semua orang hanya yang betul betul perluuu sahaja yang boleh guna.

Jika ganja ini menjadi sah di Malaysia atau dapat lesen dah tak salah di sisi undang-undang, maksudnya akan ramai lah yang 'tak sesuai' guna ganja tu.
Lepas tu, ada ke pasukan dan teknologi khas memantau penggunaan ganja tu?

Contoh kalau aku pergi beli ganja pastu bila aku pakai ganja tu ada cip dalam ganja tu so pasukan khas akan track aku macam cctv nak tengok dah bapa banyak ganja aku guna.

Pasti akan ada unsur ABUSE. Sekarang tengah haram ganja pun orang boleh pakai dadah ganja sampai memudaratkan diri dan masyarakat apatah lagi kalau dah tak haram nanti.



Ganja ni buat orang EXTRA relax nanti.

Relax tak pergi kerja.
Relax tak jaga anak.
Relax tak solat.
Relax tak memimpin. Relax dari segala- galanya.


RELAX sangat akan melumpuhkan sistem kemasyarakatan nanti!

Orang kata, main point is abuse.

Betul tu, bangang tu satu kelemahan normal.
Malaysia sendiri dah abuse satu sifat bangang.
Dibiarkan sangat akan berjangkit- jangkit bangang tu.

Lagipun, benda dah memang terang- terang tak elok kan.

Anyway, saya hanya menyatakan pendapat. Malaysia kan free speech country. Nak dengar dengar, tak nak sudah.

p/s: rujuk post i yang dulu.

2/10/16

Penyokong Tegar Maksiat.



Assalamualaikum.

Teknologi semakin rancak membangun dan manusia juga semakin rancak dengan ilmunya.
Tapi, sayang. Semua itu menjauhkan kita dari kedudukan asal sifat manusia kita.
Kita semakin kehilangan sesuatu iaitu AKHLAK.


Pelbagai cara kini orang nak cari duit. Buat blog, pastu bing  dekat Facebook guna headline kebaboom.
Beritanya bukan apa sangat, tapi ayattttttt MasyaAllah boleh jatuh fitnah. Berita buruk dulu- dulu dibangkitkan semula dengan sedikit penambah perasa AJINOMOTO pastu visit ke blog kebusshhh berjuta like page kau.Nampaknya rasa tanggung dosa sebar aib tu dah terpadam bila tengok duit kaat nuffnange berkoyan koyan.


Syabas kepada Pyromania Art yang memberikan gambaran viisual kepada permasalahan ini. Klik kat link nama dia tu nanti korang leh cekiout sendiri.

Media.

Media ni asalnya menyebarkan informasi tapi sekarang dah macam jilake. Dia punya pusing cerita sampai orang yang baca pun pening. Yang salah di katanya betul, yang betul di katanya salah.


Contohnya sekarang, dekat TV akan censored kan adegan cium seks dan sebagainya. TAPIIIIIII, kau tayang cerita jantan betina duduk satu rumah takde hubungan BERDUAAA aje boleh pulakkkkk. Lepas tu sekarang banyak sangat trenddd cerita NOVEL BANGANG kawen dengan lelaki yg pernah rogol dia tp sekarang dah insaf takpun kawen tapi dulu salah seorang pernah buat maksiat.

Macam sekarang ni dah macam takde benda dah seks sebelum nikah ni. Kau terlanjur takpe kau taubat nanti kau kawen suami kau kaya sado dan pemaaf tapi memula dia jual mahal tapi sebenarnya dia sayang kau. Murah sangat ke harga sebuah maruah tu??

Cth: 
Setia Hujung Nyawa


Ombak Rindu

Even so lah keadaan realitinya memanglah maksiat melata macam wujudnya orang bangang sekarang tapi perlu ke kau sensasikan realiti hodoh tu??

Aku tak faham pengarah-pengarah drama sekarang. Otak dah tak kreatif ke?
Ambil satu novel pastu kau buat drama.

Ceritanya orang kawen muda pastu ade pompuan gedik skirt pendek tak cukup kain menggeletis nak jantan yg dah kahwin tu. Pastu jantan tu mestilah kaya dan sado dan hensem. GET REAL PEOPLE! 

Lelaki zaman sekarang memangg ramai SADO dan HENSEM tapi ramai lagi yang TAK SADO dan TAK HENSEM malah lebih ramai lagi majoriti peminjam PTPTN yang gagal membayar hutangg. Lepas tu sekarang parents semua nak kawen mahal mahal nak buat macam ala Kate Middleton tapi duduk rumah teres setingkat yang murah tu. 

Dilema pasangan muda yang nak berkahwin tapi ibu bapa tuntut macam2 baru boleh kahwin.
Hutang PTPTN tak habis bayar walau dah 6 anak.
Kos hidup semakin meninggi.
Dilema sistem pendidikan
Dilema permainan politik negara
Masalah patriostism yang semakin pudar
Kepincangan pemimpin dalam mengutamakan agama dalam pentadbiran

Semua atas tu korang boleh buat satu drama atau filem yang menarik.


Terima kasih bagi pihak yang terlibat dalam pembikinan OLA BOLA kerana inilah cerita yang kita perlukan sekarang!


Kesimpulannya, jangan kecoh kenapa banyak maksiat , rasuah sekarang. Sedangkan kau hari- hari pasang TV buka majalah bagi anak baca novel penuh dengan unsur maksiat.

Di hujung usia dunia ni, ikatlah diri masing- masing dengan taqwa. Minta Allah lindung kita.
Orang jadi 'lawak' sekarang ni sebab jauh dengan Allah, moga Allah ampuni kita dan semua saudara kita yang terjauh daripada Dia. Aameen

p/s: lama tak blogging so sekarang lepas gian. :)


2/18/15

Budak sekarang takde adab.

Aku rasalah kan, tak tahulah kan tapi bagi aku so far, bebudak sezaman aku akhlak mereka masih terjaga tau. Hormat orang tua, hormat orang lebih tua, dan bersifat 'penyegan'. Laa ni aku tengok bebudak Sekarang selambaaaa je

Contoh;

Kau dtg rumah orang. Pastu kau main baring je atas sofa sambil tengok tv. Dan kau seorang perempuan. Memang tuan rumah akan kata " duduklah buat macam rumah sendiri" tapi kau agak2lah kan mana kesopanan tatasusila seorang gadis?


Kau datang rumah orang, bermalam di sana dan esoknya kau bangun tengah hari. Kau ingat hotel?


Sebab kau macam bagus, kau tak hormat akak abg kau yg selama ni duk tolong kau ke sana ke mari invest macam2. Pastu, atas 'setia' konon kau buang je akak abang kau. Lupa jasa orang. Pastu buat bodo cam xdebenda.


Boyfriend aku cakap aku ni Memang cerewet. Macam mak2. Ini tak boleh, itu tak boleh. Aku mengaku aku Memang ortodox. Kena bangun pagi tak boleh berjalan2 dalam rumah selagi x dpt kebenaran tuan rumah n etc etc. Memang aku ni cam gaya orang tua, aku x kisah. Tapi pada aku inilah adab sopan yang kita bangsa Melayu warisi. Bangsa kita dah lupa tatasusila kita. Dan aku x kisah org cakap apa aku bertekad kalau aku ada anak, aku akan jadikan anak aku ortodoks jugak macam aku.


Biar ortodox, jangan biadab.

1/4/12

Tahi lah!

Aku baru bangun tidur. Warghhhhh!!

Adeh, tadi paper OT Neuro. Hurm, aku rasa macam akan teruk je paper kali ni. Aku macam buat tak sepenuh hati. Ilmu pun tak konfiden ada ke tak ntah masa jawab tadi.  Aku ratapi ke'tahi' an menjawab paper tadi dalam mimpi yang panjang. Macam tak rela nak bangun. Sebab tak nak mengaku aku  memang jawab ntah hape hape.
Takleh nak salahkan paper.. aku yang tak cukup belajar. Padanlah muka kau kan.
Lagi puas hati jawab paper OT Geri semalam.

*************************************

So, pagi tadii aku bangun lepas Subuh aku terus study since paper OT Neuro yang 'hebat' tu pukul 12 tengah hari. Pepagi baca buku segor sikit nak terima ilmu otak ni ye dok?
So around pukul 10- 11 pagi gua rasa macam dah takleh terima otak ni. Gua stop. Gua pergi ke tandas sebelum ambil wuduk buat kali ke berapa ntah sebab bila kita menuntut ilmu siap dengan wuduk ilmu tu lagi berkat.
So sambung cerita. Gua pergi tandas. Masuk kaki kiri. Masuk tandas pertama.
Arghhhh!!! SHIT!

Perkataan pertama yang keluar dari mulut seorang perempuan yang ayu macam aku. Memang tak patut cakap macam tu. Tapi, memang SHIT!
Ya, ianya memang SHIT!

Ape keeeeeeeee bongek bebenor sekor homosapiens ni dah berak tak reti nak jirus jamban!
Adoiiii.
Memang lah aku bengang kan. Kalau korang tak bengang ke? Gheti berak gheti la cucii. Ni tandasbukan abah ko punye sorang. Ish.
Celepek tahi tu kat mangkuk jamban. Aku terus pindah ke jamban sebelah dan meneruskan hajat asal akudalam kebengangan. Dalam hati, mujur lah jamban ni bersih.

Aku peliklah dengan segelintir manusia yang tak gheti nak jaga kebersihan ni. Dah berak. Kau punya pulak tu, takkan expect aku atau makcik cleaner bersihkan sisa najis ko? Kadang- kadang aku kesian dengan makcik cleaner, terpaksa berhadapan dengan karenah mahasiswi la kononnya tapi hakikatnya lebih sengal dari orang sengal. Bila tandas kotor ko complain!

Pastu, ni yang stok makan dalam tapawer ni. Ade yang biarkan sampai berulat- ulat. Aku pelik gak aku pernah tertinggal bekas tapawer kat bilik membasuh tu takde la sampai berulat, ni dorang cukup satu malam keluarlah ulat- ulat hitam pulak tu. Geli siot!

Pastu bila dia basuh tapawer tu ade lagi ulat- ulat tu melekat kat sinki, tak jugak dia bersihkannn. Pengotor betul.
Kencing berak tak reti nak jirus. Pastu tandas busuk kotor banyak bunyii.

Hishh.

Mujurlah dia tak komplen pulak lepas berak,
 " Ape pasal takdeorang mau cebok punggung saya? geli lah banyak tahi! "

Sila jaga kebersihan bersama.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails