Pencanting tegar

Showing posts with label kawan2. Show all posts
Showing posts with label kawan2. Show all posts

3/22/12

Mengintai pelangi

Hidup ini takkan selamanya indah. Takkan selamanya senyum. Takkan selamanya aman.
Pasti ada ketikanya badai gelora menghempas jiwa, menggelodak emosi dan mencabar sabar.

Pasti ada tikanya kerut dahi ketat berlipat, mulut muncung ke depan, dan hati terbakar membara- bara.
Di sini, hanya iman dan kewarasan akal saja yang dapat mengawal diri.

Orang kata, bila seseorang itu sedang marah jangan di balas dengan tengkingan.
Umpama menuang minyak ke dalam bara api.
Sebaliknya, jadilah tasik yang sejuk dan tenang.
Bukankah marah itu api, dan sebaik- baik pemadam api adalah air?
Atas sebab itu agama mengajar kita untuk berwuduk bila hati sedang panas. :)

Bila A marah, B harus diam. Tenang.
Tunjukkan kasih sayang.
Mengalah bukan bermakna kalah.
Yang kita mahu kesepakatan, bukan siapa menang siapa betul.

pelangi bagi siapa yang bersabar menunggu tamatnya hujan

Dalam cerahnya hari, pasti akan ada tikanya hujan lebat guruh petir melanda
Mengapa tangiskan hujan lebat itu
sedangkan ada pelangi mengintai di akhir titisannya?

Turunnya hujan bermakna turunnya rahmat Allah. Pelangi itu adalah hadiah bagi siapa yang bersabar dan berfikir.

Jadinya pertengkaran itu bermakna itu ujian Allah. Nikmat hebat menunggu di akhir ketegangan itu bagi siapa2 yang berfikir dan bersabar.



Hidup tak sentiasa indah, tapi ia akan jadi lebih indah bagi yang tahu menghargainya. :)

3/11/12

Down, bad mood = Girls

Assalamualaikum

Yaaa..tu dia... dia mai dahhh

Lama gila tak hapdet. Idea banyak tapi malas nak taip. Takpelah, nasib baik aku bukan jenis gila trafik. Eh? Lalaalal.

Ok, sepanjang ke'absent' an aku.. pelbagai ujian yang Allah telah test aku. Mostly, mentally pressure. Well, Alhamdulillah.. Allah masih sayang aku dan hamba- hambaNya yang lain Dia maish tetapkan hati- hati kami di atas jalanNya. Syukur atas nikmat yang cukup tinggi ini.

Personal, friends, study and bad innertalk adalah antara 'panglima-panglima' yang perlu aku perangi. Berbekalkan kekuatan yang Allah pinjamkan kepada aku, I shall defeat them all! Bhahaha. InsyaAllah.

The pressure is getting tight, and lately senang sangat jatuh sakit. Yea, something bothering my mind plus with bad lifestyle that I have been practiced for over a year. I shall get in shape and get myself fit back!

Perempuan memang senang nak bad mood. Kadang2 tak tahu kenapa tiba2 je bad mood and nangis. Mengada- ngada bahasa mudahnya. Actually, sometimes ( or should I say most of the time?) bad mood and nangis2 tu bukanlah sesuatu di dalam kawalan kami. There's just like a hurricane of hormones inside your body and mind which then appears ugly attitude. *Sigh.
Maafkan kami kaum wanita yang selalu tak dapat difahami.

And yeahh, sepatutnya kita sendiri kena cuba kawal. Camne nak kawal?
Banyakkan istighfar.
Yelah, kepada siapa lagi nak minta? Badan sendiri pun tak dapat nak control, so why not ask from the Owner of our body, heart and mind? Ask Allah to take care of us.

"Ya Allah, jagalah hati- hati kami, lindungi hati dan akal kami dari kejahilan. "

****

Banyak sangat benda yang sedang bermain di fikaran sekarang. LI tak tahu lagi nak pergi mana.
Entri pun tak tersusun point nya. Pepandailah korang absorb the idea from this entry.

Challo betteh!

1/28/12

Make- up berlebihan: hanya untuk orang yang tak konfiden!

Okay, hamek kau panjang gila tajuk entri kali ni. Bhahaha!

Assalamualaikum!

Kaum perempuan macam aku, kau dan sesiapa yang terasa dia ada gene XX pasti akan ada rasa untuk sentiasa menjaga penampilan. Ya lah, wanita kan diumpamakan seperti hiasan dunia. Dan sebaik- baik hiasan adalah wanita solehah. :D

Hokay, aku jalan- jalan dekat jalan ( eh, memanglah kan? ). aku tengok ade la bebudak yang tak berapa nak cukup umur yakni masih bersekolah lagi. Segak bergaya dengan baju berjenama, high heels dan make- up. Make- up?

Make up untuk aku adalah:
- celak
- lip balm yang aku beli dari Mekah boleh tuko kaler
- krim muka
- bedak johnson's Baby.

4 benda ni adalah yang aku akan selalu guna bila keluar dari rumah. Celak? Tnegoklah kalau aku rasa nak guna aku pakai la. Kalau tak, aku blah, start enjin... jalan!

Hokay!

Camni citer dye sebenarnya. Korang tahu tak kalau guna banyak snagat mekap contoh bedak asas, blusher etc etc etc tu boleh merosakkan kulit muka kita? Kulit muka kita akan lebih mudah berkedut dan ianya akan tua sebelum usia. Auch!

Terlalu banyak bahan kimia dan ape ntah lagi dalam mekap2 tu kita pakai kat muka merosakkan struktur keanjalan kulit kita.Hal ini disebabkan bahan kimia itu telah mengubah struktur collagen kulit kita dan menggalakakkan lebih banyak cross- linkage. Apa tu cross linkage? Google! Jangan malas! Lepas tu, menggelabah kulit rosak.. cucuk Botox! Terima kasih teknologi! =.=

Bila kita pakai mekap, kita sebenarnya sedang menutup keaslian wajah kita. Wajah kita ni sudah sememangnya cantik Allah bagi. Kita cuma perlu maintain kan aje. Pakai krim, pencuci muka, done!
Mekap2 ni adalah untuk mereka yang kurang keyakinan terhadap diri mereka. Oh, bukan bermakna mereka hodoh. Cuma, mereka bimbang mereka tidak menjadi perhatian.

Bagi pengantin, mungkin boleh dikecualikan. Namun begitu rasanya tak perlulah begitu over kot mekapnya. Cukuplah sekadar membezakan yang mana pengantin, yang mana mak mertua. Bhahaha!
Bila kita pandai jaga, tak payah la nak cucuk Botox bagai.

Eh, yang pakai Botox pun adalah mereka yang kekurangan keyakinan diri. Takut kan penuaan.
Grows old with grace people! You are beautiful with the wrinkles!

Ok, lari tajuk dah.

So kengkorang semua. Jomlah kita mengurangkan penggunaan make- up kat muka. Kesianlah dekat kulit kita. Kesian juga pada lelaki ajnabi.. iman mereka mampu rosak disebabkan keghairahan kita ber make- up2.
Jom make-up untuk suami saja! Yahoo! Cek it out this entry!

Lets do it! Wear it right!

1/27/12

Joy

Lama aku tak hapdet.
Assalamualaikum!
Hari tu, sabtu lepas bertarikh 21/1 buat pertama kalinya aku yang dilahirkan di kota sesak Kuala Lumpur ini menjejakkan kaki ke Menara KL yang dorang duk gebang2 tu.

So, aku dengan heksaited nye parking depan opis brader polis, berjalan dengan perut separa lapar dan VOILA!. Penuh semangat di jiwa.. aku cakap dengan kengkawan aku.. " AKU NAK NAIK ATAS!"
yayayayaayayyyy! 

pergi dekat kaunter pendaftaran. 
Down. RM35. Awat la mahai benor. jatuh keheksatitedan aku. Lalu kami ke XD theatre. macam main roller coaster. nak tahu ap eitu XD theatre? Lu bukak browser lu.. bukak www.google.com.. then lu type " XD theatre KL Tower". Lu baca sndiri wa malas nak citer

Pendek kata. BEST!



        
Percubaan pertama. Iguana ni berminat dengan cincin gua. CISKEK!

Percubaan kedua. Budak tu tak puas hati dekat wa sebab wa lagi cool dari dye. BHAHAHA!

Percubaan ketiga berjayaaaaaaaa.. Sesi menayang gigi bersama iguanaaa


Dua budak jakon kan menara KL.
dress yang gua pakai ni lu all boleh cekitout dekat chantekdress.

Feeling model. 

sekali sekala. bye. Gua nak call tunang gua. 

p/s: eh? ble plak gua bertunang ni? merepek

1/4/12

Tahi lah!

Aku baru bangun tidur. Warghhhhh!!

Adeh, tadi paper OT Neuro. Hurm, aku rasa macam akan teruk je paper kali ni. Aku macam buat tak sepenuh hati. Ilmu pun tak konfiden ada ke tak ntah masa jawab tadi.  Aku ratapi ke'tahi' an menjawab paper tadi dalam mimpi yang panjang. Macam tak rela nak bangun. Sebab tak nak mengaku aku  memang jawab ntah hape hape.
Takleh nak salahkan paper.. aku yang tak cukup belajar. Padanlah muka kau kan.
Lagi puas hati jawab paper OT Geri semalam.

*************************************

So, pagi tadii aku bangun lepas Subuh aku terus study since paper OT Neuro yang 'hebat' tu pukul 12 tengah hari. Pepagi baca buku segor sikit nak terima ilmu otak ni ye dok?
So around pukul 10- 11 pagi gua rasa macam dah takleh terima otak ni. Gua stop. Gua pergi ke tandas sebelum ambil wuduk buat kali ke berapa ntah sebab bila kita menuntut ilmu siap dengan wuduk ilmu tu lagi berkat.
So sambung cerita. Gua pergi tandas. Masuk kaki kiri. Masuk tandas pertama.
Arghhhh!!! SHIT!

Perkataan pertama yang keluar dari mulut seorang perempuan yang ayu macam aku. Memang tak patut cakap macam tu. Tapi, memang SHIT!
Ya, ianya memang SHIT!

Ape keeeeeeeee bongek bebenor sekor homosapiens ni dah berak tak reti nak jirus jamban!
Adoiiii.
Memang lah aku bengang kan. Kalau korang tak bengang ke? Gheti berak gheti la cucii. Ni tandasbukan abah ko punye sorang. Ish.
Celepek tahi tu kat mangkuk jamban. Aku terus pindah ke jamban sebelah dan meneruskan hajat asal akudalam kebengangan. Dalam hati, mujur lah jamban ni bersih.

Aku peliklah dengan segelintir manusia yang tak gheti nak jaga kebersihan ni. Dah berak. Kau punya pulak tu, takkan expect aku atau makcik cleaner bersihkan sisa najis ko? Kadang- kadang aku kesian dengan makcik cleaner, terpaksa berhadapan dengan karenah mahasiswi la kononnya tapi hakikatnya lebih sengal dari orang sengal. Bila tandas kotor ko complain!

Pastu, ni yang stok makan dalam tapawer ni. Ade yang biarkan sampai berulat- ulat. Aku pelik gak aku pernah tertinggal bekas tapawer kat bilik membasuh tu takde la sampai berulat, ni dorang cukup satu malam keluarlah ulat- ulat hitam pulak tu. Geli siot!

Pastu bila dia basuh tapawer tu ade lagi ulat- ulat tu melekat kat sinki, tak jugak dia bersihkannn. Pengotor betul.
Kencing berak tak reti nak jirus. Pastu tandas busuk kotor banyak bunyii.

Hishh.

Mujurlah dia tak komplen pulak lepas berak,
 " Ape pasal takdeorang mau cebok punggung saya? geli lah banyak tahi! "

Sila jaga kebersihan bersama.

12/31/11

Her engagement

It was on 24th December 2011
;)


Her fiancee is the one that wears pink baju melayu.


Seronok tengok diorang. Hope korang jangan la lama2 sangat ikat ye?
Benda baik, tak salah kita cepatkan. Aku doa korang bahagia.

Badriah ni member seroomate dengan aku masa matrik.
Tunang dia pulak, Fazdly member aku dari sekolah rendah.
So, maybe its their jodoh to meet each other via aku. haha.
So, korang..

Selamat menempuhi alam rumahtangga SESEGERA mungkin!
Allahumma ameen. :)

Best ke Ombak Rindu itewww? ( review )

Entri kedua hari ni.
Demm, pada waktu kritikal camnilah jari jemari aku gedik menggelupur untuk  berblogging. Dan di waktu genting macam ni lah aku gi tengok movie kat laptop Dati.
Helo helooo ada nota OT Neuro dan OT Geri yang perlu di study hokayyyy..Beratur nunnnnn...hahaha..waklu!

back to the topic, aku nak buat review pasal cerita Hombakk Rindeww yang aku rasa majoriti perempuan duk kata, " Aww,, besh nyerww..cuwiitt..sedeyyy"
Aku, selaku seorang yang paling senang nak menangis atau paling ciwek dalam geng memember ingin menguji sejauh mana filem meletopp pop popcorn ni mampu buat aku menangis.

So, Idati pun bukak le cerita tu sambil kami makan tengah hari.

Oke! Ini list review aku pasal ceghita ni:

1. Geli. Banyak sangat aksi sentuh menyentuh antara bukan muhrim. Kulit ke kulit pulakk tuu. bahu Aaron menyentuh bahu Maya, dada bertemu dada. Banyak aksi cium mium, kemban memban, dan atas katil. Mungkin aku dah lama tak tengok movie orang real berlakon ( selama ni aku asyik tengok cerita kartun ) so aku rasa geli mual sengal. Aku terfikir, apa lah yang bini Aaron tu pikiorkan mase Aaron berlakon ngan Maya tu.

2. Banyak sangat bridge yang tak perlu (kot ). Antara satu babak ke satu babak ada bridge kan.. yang hitam malap2 tu. Aku ni takdelah pandai bab edit mengedit video apatah lagi filem.. tapi bagi aku dan geng2 musyawarah tadi.. terlalu banyak bridge tu. Macam annoying sikit. Buat aku jadi blur, pe cerr ni lompat2 cerita?

3. Takde caption description of certain situation. Macam.. yelahh. Si Izzah tu kan dah lama tak balik kampung kan.. kot ye pun tulis la kat situ " Selepas 2 bulan".." Selepas 10 tahun ". Aku ngan Nani tu jadi blur.. ape kes kata lama tak balik kampung tapi tak tahu dah bape lama tak balik? Paham ? Paham?

4. Tak sedih pun? Oke, mungkin sebab aku tengok dengan kengkawan aku yang gegile dan asyik ketawa sepanjang tengok cerita tu maka aku tak dapat fokus kat cerita. Atau mungkin sifat kuat nangis aku dah kebal. Aku faham macam mana rasa seorang Izzah tu.. cuma.. mungkinla kan..bridging cerita dan susunan tak sama macam dalam novel kot.. tu aku takdela rasa sedih pun. Aku cuma rasa.. slow.

5. Lisa. Pergh, watak Lisa memang best. Aku suka dia dalam cerita ni. memang ada masalah Mood disorder. Aku rasa watak dia dalam tu ada Bipolar Mood Disorder. Memang sesuai la watak dia dalam tu. Baran je kejernye. Jangan baran ngan Yusry udah le ye. :P

6. Aku suka Bront dalam cerita ni. Tak tahu napa. Nampak macho. Bhahaha.

7. Okelah, Hariz ngan Izzah tu sweet la jugak. Kesian je tukar2 jam tangan untuk hantaran.
Sweet. Simple je nikah camtu. Tapi, aku rasa lah kan..Maya cam tak bape sesuai jadi si Izzah. Aku rasa yang cam sesuai Tiz Zaqiyah. Bagi aku Tiz memang sesuai watak2 perempuan kampung teraniaya gitu. No offense eh Tiz. Hehe. Cuma aku rasa Tiz memang pandai bawak watak camtu. Ha, kalau bukan Tiz pun.. Fouziah Ghous! Dia pun best gak.

Overall? Boleh la cerita ni.
Cuma bila ada lagi 5 minit cerita ni nak abes, kawan aku tiba- tiba menempelak

" Tahi la! Cerita ni tak patut keluar jadi filem! Cerita ni patut keluar jadi drama kat TV1 je! Nak masuk TV3 pun tak layak! Puii " ( oke, yang part 'puiii' tu aku yang tambah )
dan kami yang lain bantai gelak je. Kehkehkeh

Serius, aku rasa biasa je la tengok cerita tu. Mungkin aku yang salah timing sebab tengok time genting ni kan. Atau....

cerita ni memang tak best. ( kot )

Okeh, jangan marah peminat Ombak Rindeww seklian. Ni pendapat aku yang sepatutnye study time ni je. Challo betehh

11/16/11

Wordless wednesday



<3 <3 <3

11/10/11

Kites

Our Angry Bird flew up highhh

pakai inai.
No ring at my ring finger yet.
Just not yet. =P


Angry bird did makes us angry. 
Gggrr

Tired. 
But it was worth it.
Thanx besties and dearies.

May our relationship stay strong and fills with love in every each day that we live. 
May Allah grant us our Doa.
May Allah bless us.
May Allah bless us.
May Allah bless us.

Ameen.
:)

10/26/11

Aku minta kita halal

Ada benda yang kita tak mampu luahkan dalam bentuk kosa kata.
Ada perkara yang mampu di interpretasikan melalui perbuatan.

Aku kalau boleh, nak simpan yang manis- manis ini pada kemudian hari.
Orang kata, benda yang seronok bila ditahan- tahan jadi makin seronok di kemudian hari.

Semoga aku tak menjadi orang yang lupa diri.
Ampunilah aku. Selamatkan aku. Ya Allah.

Harap, aku tak terlalu mengharap.
Harap, aku akan terus tak mengharap.
Harap, semuanya baik- baik saja.

Thank you to all the cherish moments.
Tapi, harap dapat ditahan- tahankan..sebab saya nak sesuatu yang lebih manis selepas 'dihalalkan'.


=)

10/16/11

Cahaya yang malap

" Cahaya Kesenangan "

Itu maksud kepada nama aku. Nama yang telah tertulis di Lauhul Mahfuz, yang telah ditentukan bagaimana dan siapa dia akan jadi, dengan siapa jodohnya, dan di mana tempat akhirnya nanti. Nama ini di berikan kepada seorang insan yang berketurunan Banjar lahir di bumi Malaysia dan punya personaliti yang sederhana tapi gila- gila. Insan ini membawa maksud nama ini dengan harapan dapat menerangi dunia sekelilingnya dengan kesenangan yang terdapat pada akal, hati dan dirinya.

Ya, nenek saudaranya telah memberikan nama ini kepadanya dengan harapan yang besar agar insan ini dapat memberikan kesenangan tak kira dalam segi apa pun kepada masyarakat.

Tapi, maafkan aku semua.
Nampaknya empunya nama ini gagal dengan tanggungjawabnya.
Ya, gagal menerangi manusia sekelilingnya dengan kesenangan.
Gagal menyenangi mereka dengan 'cahaya' nya.
Mungkin cahayanya malap.
Atau mungkin cahayanya terlalu terang sehingga menyilaukan mata justeru memberi sakit pula.
Maafkan si empunya nama ini.
Seolah tak layak untuk memikul nama ini lagi.

Tapi aku hanya manusia. Maafkan aku. Aku cuba. Aku cuba.
Cuma aku tak pandai. Aku memang lembab. Sorry dude.

Aku.. Cahaya kesenangan yang tidak menyenangkan.

P/s: Maafkan aku. Aku tak sengaja. Tak niat. Tapi kau tetap ada dalam hati dan doa aku dude.

10/9/11

Cakap tak serupa bikin

I've read a quarter part of " Men Are From Mars, Women Are From Venus " by John Gray. It was a recommendable book. Awesome I must say. It is something that do lies in us and have been there since our ancestors. It is just something great that God have created. The differs between men and women. The beauty of being different and how to cope with such differs, the end result will be just astonishingly brings out the blooms of  the love garden.



***************************

" A woman under stress is not immediately concerned with finding solutions to her problems but rather seeks relief by expressing herself and being understood"

Ia menjelaskan di sini bahawa perempuan tends to talk about their problems.
Its a sign of relief if she can talk about it. Thus, she is expecting if there is anyone who cares to just listen on her mumbles.
Just listen.
Perempuan memang suka cakap pasal masalah instead of solving it first. But talk about it is a first step for a woman to solve her problems. She just wants to know if there is someone who cares to listen to her. Woman  is attention seeker in nature. ;)

*************************************

Although I am a female. Keep asking people to blurt out their problems and thoughts in order to feel peace and calm
I'm not doing it.

It is just so hard to talk about all of your inner problems.
It is just so hard to trust anyone.

************************************

" So, how did you cope with all of the stress? You didn't tell anyone about it right?"
" I cried my lungs out"
"Oh, but why can't you just talk to someone?"
" I trust no one"
" How can I be any helpful to you if I don't know any of your problems?"
" Just listen to my cries. Will ya?"
" That's a big pleasure. I feel needed. *smiled*"

Not every girls do talk about their problems. Sometimes crying is just her way of expressing her emotions. She just can't tell it.
Cry and cry.
Can you listen to my cries without knowing what is going on in my head?
Knowing someone that is able to just listen to my tears and cries without know nothing about what is really going on is something priceless. It's like a heaven of blooming flowers.
Because that means that someone really cares for you and will be by your side no matter what.

Thank you for listening to my tears.

************************

Aku memang orang cakap tak serupa bikin. Nak percaya aku lagi tak?
Even a counselor needs to be counselled.

10/6/11

We got each other

Syukur ke hadrat Ilahi dengan limpah kurniaNya aku mampu lagi untuk menjejakkan kaki ke kampus dan kembali belajar ke program seperti sediakala. Walau kadang- kala ada rasa pening melayang tapi semangat keOTan yang membara berjaya menumpaskan rasa pening nausea buat sementara waktu.
Terima kasih Tuhan.

**************************************

Sebentar tadi kami telah belajar untuk mendalami rasa kurang upayanya orang tua dalam menjalankan aktiviti harian ( ADL= Activities of Daily Living ) mereka iaitu menyediakan makanan (preparing meals, feeding ).

One word to describe the kitchen.

HAVOC.

Yes, it was.

When you have too many heads just to prepare one single task and everyone have their very own way to do it.. it wass.. a mess. Especially when you actually didn't know what EXACTLY the INSTRUCTION wants.
Get it? Get it?

HAHAHA

Ok, jahat. Aku jahat.

The point is, we got each other. Though it was tough, confusing and 'funny'... we were still able to cope with the situation. We got a very good coping skill hehhh.. hehehe.

Semua orang berjaya masak. Semua sedap. Especially scone.  Scone paling sedap. Lepas tu bubur. Bhahaha! ( Angkat bakul )

ini scone yang penuh kasih sayang


OK tipu2... semua sedap. Terutama scone. ( Erk. ) It was my first time makan scone tu. Mungkin kerana 'air tangan' kawan- kawan yang penuh kasih sayang tu yang jadi lebih sedap. I don't know. Maybe.
Thanx kepada siapa yang berjaya membuatkannya menjadi sangat sedap.

Kehkehkehkeh

Anyway, despite all of the things had happened before, we still got each other arms hold on tight.
Thanx for being such good friends and classmates. Ada salah faham sikit tu, biasalah.. kita tolak ansur sikit...consider everyone's thoughts. Hope 'this thing' that we hold on to, keep us harmony untill when- when. [ baca: bila- bila ]

So long. Happy studying peoples.

ni bukan scone. Ni butter cookies with choc cip yang aku buat masa cuti yang panjang-sangat-tidur-sampai-bed-sore.

9/18/11

Translating the original.

From the minute I stepped my feet on my third year as undegraduate degree student, I have loss my interest, some of it perhaps in blogging. Maybe it's because I am quite busy with the study and practical and theories stuff.
It's been ages since I did my last blogwalking. Evenso, I've failed to left my 'link' to them. Nevermind. I am not the one who craving for traffic anyway. And hey, who cares kan? Bhahaha!

Just now I managed to do some blogwalkings. And this entry from Shaika have burst out my laugh from the deepest part. Hahaha!

Hok kelate



  • Ready dok budok-budok?
  • Ho laa, kepten!
  • Gapo dio? HO LAA, KEPTEN!
  • ooo,
  • Podio dok dale buoh lanah bowoh laut?
  • Spongebob Sluar kotok!
  • Sene meresap bewarno kuning.
  • Spongebob Sluar kotok!
  • Kalu demo suko bendo laut hok ngarut.
  • Spongebob Sluar kotok!
  • Pah mari la pakat nopat supo ike.
  • Spongebob Sluar Kotok! Ready?
  • Sponge............bob Sluar Kkotok,(3x)
  • Spongebobbb Sluar kotok



Utara style



  • Hampa redi dah ka weii??
  • Haa kapten,
  • Apadia?Tak dengaq nie!!
  • Haaa la kapten..
  • Ohhhh...
  • Sapa hat dok dalam nanaih wah laut?
  • "Spanbob Seluaq Petak"
  • Belubang,meghesap paihtu wana kunin
  • "Spanbob Seluaq Petak"
  • Kalau hampa suka benda laut hat ngarut
  • "Spanbob seluaq Petak"
  • Mai la sini teghejun cam ikan temenung
  • "Spanbob seluaq Petak"
  • REDi?
  • Spanbob seluaq Petak
  • Spanbob seluaq Petak
  • Spanbob seluaq Petak

  • Spanbob seluaq Petak!

Haha. Ngekk

9/14/11

Terserempak dengan Fatin Liyana!

Assalamualaikum
Hari ni merupakan hari orientasi aku ke PPUKM sebab bermulanya minggu hadapan aku ( dan kosmet2 ) akan berpraktikal di PPUKM di unit medical dan psikiatrik. 
So, tadi memang berdebar- debar bila En Wafi bawa kami round2 wad dan melihat pesakit sebenar. 
Terasa benar ilmu di kepala macam sayup2 angin meniup saja. Rasa malu nya dah third year masih lagoi macam awang2- awangan.

Huhu.

Selepas solat Zohor kami dibawa En Wafi untuk round2 perpustakaan PPUKM. Satu floor je tapi suasananya buat aku rasa nak bermalam di sana dalam timbunan buku- buku. Best lah.
Kemudian,... jengjengjengggggggg

Aku ternampak seorang gadis bercermin mata sedang buat group discussion di satu meja. 
Aku macam pernah tengokkk je
Aku tarik member aku cik Hutan Kabut
" Weih, tu bukan FL ke?"
HK : " Ha la!!"

Dan kami berdua menggelupur entah kenapa. Hahaha.
Dan aku rasa FL dan kawan2 nya perasan kami yang menggelupur macam lipas hilang sesungut. Bhahaha!


aku tak delah nampak dia minum air plak dalam library kan. Dia study ok

Tapi kami tak bertegur sapa pun. Dia nampak busy, Kami pun busy jugak tadi. So, cik Fatin Liyana.. kalau anda perasan sekumpulan kanak- kanak yang menggelupur staring at you, jangan risau. Mereka adalah kami. 
Kami sudah third year.

Bukan first year yang hingusan.
But yet, we look so hingusan. 
Don't blame us, its the weather. Fever. 
Bye!

p/s: aku jmpa FL, kau hado? bhahaha! (poyo mode )

9/11/11

Nak jadi macam Yuyu, Cik Epal, Fatin Liyana, Maria Elena

Assalamualaikum semua

* senyuman manis nampak gigi rabbit buat tatapan umum sejagat

Tadi aku melawat blog2 golongan blogger perempuan yang hot dan fofuler seperti Fatin Liyana, Maria Elena, Cik Epal serta Yuyu. Pergh, populer giler mereka. Ko tengok ajerlah follower depa! Pastu cash out bukan sikit2... leh buat belanja satu sem aku. Pergh...

Aku pernah juga nak try2 cedok sikit cara mereka. Macam Abg Ben cakap kena rajin update, keep in tpuch dengan blogger lain.. selalu blogwalking dan join kontest ke  kan..

Ternyata aku hanya sekadar hangat- hangat tahi kambing. Sekejap je. Then , malas balik. 
Sukar sekali barangkali untuk aku mengubah cara penulisan aku yang pelbagai mengikut rasa mood. 
Berbasa- basi.
Cuti 4 bulan tak begitu meniup semnagat untuk menjadi blogger tegar. Sebaliknya aku semakin malas. Hahaha.
Terlalu banyak kerja yang perlu dilakukan selain menghadap laptop 24 jam. 

Tak mengapa tak banyak follower. Tak mengapa tak popular. Tak mengapa orang tak kenal saya.

Yang penting... segala mesej dan intipati yang ingin aku sampaikan telus masuk ke kepala otak anda2 semua.
Mesej harus sampai.

Baru ada saham masuk bila dah lepak dalam kubur nanti.

Doakanlah aku begitu rajin untuk study untuk tahun ketiga aku di sini. Lagi 2 tahun.
Moga Allah permudahkan urusanku. Urusan dunia akhiratku. Urusan hidup matiku. Urusan kejayaan kebahagiaanku. Urusan cinta dan jodohku. 

Allahumma ameen.

p/s: Jadilah diri sendiri. Tak rugi pun. ;D

9/4/11

dear haters and anon~

Selamat Hari Raya ;D


8/23/11

Cerita baru. New leaf.

Alhamdulillah. Lagi beberapa hari saja Ramadhan akan meninggalkan kita. Sedih. Tapi, masih alhamdulillah kerana Tuhan masih benarkan nafas ini bersambung dan denyut nadi berlagu.
Syukur.

Kadang2 boleh jadi benda yang kita suka itu tak baik untuk kita dan benda yang kita tak suka itu baik untuk kita. One word. Redha. Tuhan, damaikan hati aku dengan ketentuanMu.. syukurkan aku dengan pemberianMu.. redhakan aku dengan ujianMu.

Wahai Tuhan pemilik segala hati, yang mampu membolak- balikkan hati, Kau tetapkan lah hati hambaMu ini dengan agamaMu, denganMu ya Maha Mengetahui.

Apa pun terjadi, Alhamdulillah hati lebih tenang. Tenang. Damaikan hati kami dengan ketentuanMu.
Redha itu kata kunci.

***************************

Selepas Maria Bukan Mak Aku, aku tak bercadang untuk menyambung penulisan cerpen lagi. Tunggu idea datang menujah dari langit mungkin? Kehkehkeh. Alhamdulillah, dari segi feedback.. ada yang suka dan tak kurang yang mengkritik. Harus aku akui, terlalu amatur mungkin dan berserabut plot2 nya. Hasilan tulisan spontan begitulah..Huhu. Yelah, aku dah lama tak mengamati seni bahasa ini.
Terima kasih kepada yang komen. Aku hargai setinggi Gunung Kinabalu.
Akan aku cuba perbaiki. Doa2 saja

Aku mungkin akan menulis cerpen lagi. Tentang apa? Hehe.. adalah. Tapi macam biasa, semua penulisan aku kebanyakan dicedok dari sudut pengalaman aku dan orang lain. Dari apa yang aku lihat dan aku dengar. Semuanya hasil interpretasi murahan aku. Tapi, jujur.

Idea sudah ada, cuma sedang menyusun plot dan bahasa. Tunggu. Tunggu.

p/s: terima kasih buat cik Hutan Kabut atas review beliau. :D
p/s/s: hampeh ko.. nak kata aku pendek lah tu! cisdale! hehe

8/14/11

Kalau kita tahu kita lebih faham.

Assalamualaikum wbt.


Hari ini rasa lain. Lain dengan hari hari terawikh sepanjang bulan Ramadhan ini. Rasa.... lain.


******


Teringat zaman sekolah dulu di mana sekolah aku pada setiap hari Jumaat pada awal pagi tersebut kami akan adakan sesi membaca Yasin dan sedikit tazkirah di surau sekolah. Yea, Alhamdulillah walaupun sekolah aku terletak di kawasan sesak bandaraya Kuala Lumpur ( walaupun alamat sekolah Selangor Darul Ehsan..teeheee ) tapi ustaz dan ustazah di sekolah kami adalah para pendidik agama yang sangat proaktif dalam menanam benih Fardhu Ain di dalam setiap jiwa anak muridnya. Mungkin bukan semua benih itu tumbuh mekar, tapi Alhamdulillah.. semoga usaha mereka sentiasa dilimpahkan rahmat dari Allah SWT.


Macam- macam aktiviti yang diadakan bagi mendidik kami tatkala usia remaja yang rebel itu mula meraja. Kehkehkeh, teringat masa kantoi dengan ustaz masa panjat toilet surau sebab toilet biasa kotor. LOL.


Setiap kali hari Jumaat itulah, ustaz- ustaz akan bertemu giliran memegang jawatan pengemudi kami bagi bacaan Yasin. Kemudian, dia akan menyanyikan satu lagu yang cukup indah. Aku tak pernah dengar lagu tu... memang indah.
Tajuknya... Senandung Al- Fatihah.




Baru aku tahu, lagu ini adalah maksud kepada Surah Al- Fatihah. Pertama kali mendengar, seolah bergetar seluruh jiwa dan meremang bulu roma. Entah kenapa.


********************************
Hari ini, ketika bersolat terawikh.. aku cuba mengamati tiap ayat- ayat yang dibaca oleh imam di dalam solat. Aku teringat senandung ini ketika imam mula membaca Al- Fatihah...
Ya Allah.. betapa rasa gementar seluruh tubuh... jiwa rasa bergetar.. mata rasa panas.. dada rasa sesak. 
Betapa rasa semacamm je.. 


********************************


Sungguh.. apabila kita tahu maksud setiap ayat yang kita baca.. kita akan lebih faham.. dan lebih menghayati.


Dengan menyebut nama Mu ya Allah
Yang Maha Pengasih, Penyayang
Segala puji bagi Mu ya Allah
Pemelihara seluruh alam raya

Engkaulah Maha Pengasih dan Penyayang
Yang menguasai Hari Pembalasan
Hanyalah kepada Mu kami menyembah
Dan pada Mu kami mohon pertolongan

Tunjukkanlah kami ke jalan yang lurus
Jalan orang-orang yang Kau beri nikmat
Bukan jalan mereka yang Kau murkai
Dan bukan pula jalan mereka yang sesat 



Bayangkan.. ketika kita sedang bersolat yang sambil lewa.. Malaikat maut mencabut nyawa kita.. Mati lah jasad.. bersemadilah roh di alam kubur. Sudah cukupkah amal kebajikan kita di dunia ini? Cukup kah untuk mengelak dari siksa kubur? Cukupkah untuk elak dari masuk neraka? Ya Allah, ampunilah kami.


Ketika bersolat.. bayangkan ketika kita sedang berdiri tegak..cuba fikir.. mampukah kita berdiri sebaik ini di Padang Masyar nanti?


Setiap dari kita punyai nafsu..


Dalam kitab-kitab yang membicarakan ilmu tasawwuf, ada disebutkan 7 tingkatan nafsu. Iaitu :

1. Ammarah
2. Lawwamah
3. Mulhamah
4. Mutmainnah
5. Radiah
6. Mardiah
7. Kamilah



Tingkatan yang terendah dan terhina ialah Ammarah. Dan tingkatan yang termulia ialah Kamilah.


-Nafsu Ammarah ialah nafsu yang paling hina, paling buruk dan paling jahat. Orang yang bersifat dengan nafsu Ammarah, dia akan merasa bangga apabila melakukan dosa. Dosa-dosa orang yang menyahut seruannya untuk melakukan maksiat juga, dia akan beroleh saham darinya.
Cara untuk menghapuskan nafsu ini adalah perbanyakkan membaca " Laailahaillallah ".


-Tingkatan kedua nafsu ialah Lawwamah. Orang yang memiliki nafsu Lawwamah sedar bahawa diri dia sering terlibat dengan dosa. dan dia sering mengkritik diri dia apabila terlibat dengan dosa. Mereka sentiasa melakukan dosa. Waktu melakukan dosa, mereka tak fikir apa-apa pun. Sebaik saja habis melakukan dosa, dia sedar yang dia telah terlanjur. Dia menyesal dan mengkritik diri dia sendiri di atas keterlanjurannya. Tetapi setelah masa berlalu, dia buat semula dosa kemungkaran yang menjadi kegemarannya.   Seandainya orang bernafsu Lawwamah ini berjaya membuat kebaikan, maka senanglah timbul riyak dan ujub dalam dirinya. Perasan dan syok sendiri. Pendek kata, dia boleh buat baik.. tapi tak banyak.
Cara untuk menghapuskan nafsu  Lawwamah adalah dengan perbanyakkan membaca " Ya Allah ".


-Tingkatan yang ketiga ialah nafsu Mulhamah. Orang yang bernafsu Lawwamah, apabila dia sedar bahawa dia melakukan dosa, hasil dia mengkritik diri dia setelah dia terlanjur melakukan dosa, dia akan berusaha menghisab diri dan berusaha memperbaiki diri. Dia mempelajari ilmu Fardhu Ain dan mula mengamalkannya. Namun, dia masih terlibat dengan dosa. Senang cerita, dia tak istiqomah. Kalau duduk dalam majlis ilmu yang sepatutnya 1 jam.. dia hanya dapat bertahan selama setengah jam. Begitulah seterus2nya.
Cara untuk menghapuskan nafsu  ini adalah dengan perbanyakkan bacaan "Allah".


Tingkatan yang keempat ialah nafsu Mutmainnah. Orang yang bernafsu Mulhamah, hasil usahanya mencari jalan keluar dari melakukan dosa yang istiqamah dan sungguh-sungguh, maka Allah akan tingkatkan nafsunya ke tingkatan Mutmainnah.  Dia sabar dan redha dengan segala ketentuan yang datang dari Allah. Senang story, ni nafsu baik lah. ;D


Jadi, sama2 lah kita berusaha tingkatkan kekuatan diri dan iman kita selagi Ramadhan still available. Ok?


Semoga perkongsian kali ini dapat memberi manfaat buat kita semua. ;)
rujuk sini.

8/12/11

Teringin nak bercuti di luar negara dengan promosi hebat? JOM ikut MAS bebeh!

Assalamualaikum
sempena Ramadhan Al- Mubarak ni.. Malaysian Airlines System ada buat promotion untuk MATTA fair nanti.
 Ha, bile lagi kan nak pergi bercuti cuti ke luar negara yang sejuk- sejuk ada salji dengan harga yang berpatutan kan?

Cepat! Sebelum 16 sept!

Find out what's next from Malaysian Airline System at the upcoming MATTA Fair. In conjunction to the traveling spree, MAS has launched a bunch of deals for domestic and international flights. Booking period valid from now till 16th Sept 2011.

to the infinity... AND BEYONDDD!

Tak teringin nak pi bercuti tempat sejuk2?
Lebih sukakan suasana yang HOT?
Haa.. anda kenal Jojo Struys? Yasmin Hani? Diana Danielle?
These 3 hot chicks need YOU to be their transporter!!
Bila lagi nak rasa cool and kacak kan? hahaha!

cute enough?

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails