Pencanting tegar

Showing posts with label fashion. Show all posts
Showing posts with label fashion. Show all posts

1/28/12

Make- up berlebihan: hanya untuk orang yang tak konfiden!

Okay, hamek kau panjang gila tajuk entri kali ni. Bhahaha!

Assalamualaikum!

Kaum perempuan macam aku, kau dan sesiapa yang terasa dia ada gene XX pasti akan ada rasa untuk sentiasa menjaga penampilan. Ya lah, wanita kan diumpamakan seperti hiasan dunia. Dan sebaik- baik hiasan adalah wanita solehah. :D

Hokay, aku jalan- jalan dekat jalan ( eh, memanglah kan? ). aku tengok ade la bebudak yang tak berapa nak cukup umur yakni masih bersekolah lagi. Segak bergaya dengan baju berjenama, high heels dan make- up. Make- up?

Make up untuk aku adalah:
- celak
- lip balm yang aku beli dari Mekah boleh tuko kaler
- krim muka
- bedak johnson's Baby.

4 benda ni adalah yang aku akan selalu guna bila keluar dari rumah. Celak? Tnegoklah kalau aku rasa nak guna aku pakai la. Kalau tak, aku blah, start enjin... jalan!

Hokay!

Camni citer dye sebenarnya. Korang tahu tak kalau guna banyak snagat mekap contoh bedak asas, blusher etc etc etc tu boleh merosakkan kulit muka kita? Kulit muka kita akan lebih mudah berkedut dan ianya akan tua sebelum usia. Auch!

Terlalu banyak bahan kimia dan ape ntah lagi dalam mekap2 tu kita pakai kat muka merosakkan struktur keanjalan kulit kita.Hal ini disebabkan bahan kimia itu telah mengubah struktur collagen kulit kita dan menggalakakkan lebih banyak cross- linkage. Apa tu cross linkage? Google! Jangan malas! Lepas tu, menggelabah kulit rosak.. cucuk Botox! Terima kasih teknologi! =.=

Bila kita pakai mekap, kita sebenarnya sedang menutup keaslian wajah kita. Wajah kita ni sudah sememangnya cantik Allah bagi. Kita cuma perlu maintain kan aje. Pakai krim, pencuci muka, done!
Mekap2 ni adalah untuk mereka yang kurang keyakinan terhadap diri mereka. Oh, bukan bermakna mereka hodoh. Cuma, mereka bimbang mereka tidak menjadi perhatian.

Bagi pengantin, mungkin boleh dikecualikan. Namun begitu rasanya tak perlulah begitu over kot mekapnya. Cukuplah sekadar membezakan yang mana pengantin, yang mana mak mertua. Bhahaha!
Bila kita pandai jaga, tak payah la nak cucuk Botox bagai.

Eh, yang pakai Botox pun adalah mereka yang kekurangan keyakinan diri. Takut kan penuaan.
Grows old with grace people! You are beautiful with the wrinkles!

Ok, lari tajuk dah.

So kengkorang semua. Jomlah kita mengurangkan penggunaan make- up kat muka. Kesianlah dekat kulit kita. Kesian juga pada lelaki ajnabi.. iman mereka mampu rosak disebabkan keghairahan kita ber make- up2.
Jom make-up untuk suami saja! Yahoo! Cek it out this entry!

Lets do it! Wear it right!

12/31/11

Tudung beraurat?

Assalamualaikum

Sekarang ni memang ramai gilosshh kot yang duk pakai shawl mawl ni kan? Ko mintak je kain hape, semua ada.  Cotton? Chiffon? Lycra? Kera? Pendek? Panjang? Besau? Kecik? Ha, kau cakap je semua ada baik kat Jalan TAR mahupun di blogshop online. Banyak himbun sampai rambang mata kau. Yang jadi masalah cuma ongkos je. ( Ni masalah aku sebenarnya. )

Cuma, ade sedikit perkara yang aku ingin sentuh.Sekarang ramai orang pakai tudung, tapi adakah pemakaian mereka mengikut syariat?


Orang kata, kalau nak berubah kena step by step kan?
Aku tengok ramai dah yang dari tak bertudung, sudah pakai tudung tapi ala- ala scarflets la.
Takpelah, sekurang- kurangnya dia sudah mula berjinak- jinak untuk memakai hijab.
Tapi, tak salah kan kalau kita mula bejinak- jinak lagi dengan melabuhkan sikit shawl kita tu menutup dada kita?
Nampak sopan je, pahala pun dapat kerana memakai mengikut syariat.

Here is the video that I attached together to support this entry. ;)

Tak salah untuk bergaya, tapi janganlah sampai mendedahkan aurat ye.
Pemakaian tudung menurut Islam adalah untuk menutup aurat kita yakni rambut, telinga, leher dan dada.
Tudung itu haruslah( atau wajib ) tidak jarang dan terlalu pendek sehingga menampakkan aurat kita.

Aurat: adalah bahagia yang suatu (yang terdedah,tersingkap, terbuka) maka terasa malu seperti aib seseorang didedahkan maka ia akan malu,dan adakalanya perkara itu menjatuhkan maruah (menurunkan harga) dirinya.

Relax dulu sisterss sekaliannn, jangan ingat aku nak hentam korang. siapalah aku ni untuk hentam orang sedang aku sendiri terlalu banyak celanya.

Ini sekadar ingatan bersama. Aku sendiri ucap syukur Alhamdulillah melihat betapa ramai mereka yang sebelum ini tidak memakai hijab sudah mula memakai hijab. Kesedaran sudah mula anda.
Alhamdulillah.

Cuma, tak salah kita tambah sikit ilmu di sini dan cuba labuhkan sikitttt je lagi. Pahala bhaiii.. pahala.

Harapnya kita semua sama- sama cuba perbaiki diri

From
Tudung Beraurat to Tudung Syariat.


 InsyaAllah ;)

11/10/11

Who said labuh is not trendy?







Labuh is the new skinny jeans! - quoted from Maria Elena.
:D

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails