Pencanting tegar

Showing posts with label keluarga. Show all posts
Showing posts with label keluarga. Show all posts

3/11/16

Ingat Cantik Takde Kolestrol?


Assalamualaikum

CKB recently ada buat medical checkup di hospital. Tiada apa apa yang serius saja buat sebab dah lama tak buat.



Macam biasa kena inject dulu. Dia nak ambil darah tu. CKB takde apa- apa okay je maybe sebab dah biasa dulu CKB selalu kena inject sebab selalu sangat masuk hospital.

Kemudian keluarlah result seminggu kemudian. Ha.....

Semua okay...

okay...

okay...

okayyy

okayyy... WHATTTTTTT??


Result menunjukkan paras kolestrol CKB tinggi dari paras normal seorang homosapiens!!

LDL kolestrol CKB Tinggi = kolestrol JAHAT


Apa yang tidak seronok bila kau sentiasa slim kurus walaupun makan macam saka ialah, kau tak tahu sebenarnya apa yang berlaku dalam badan kau. Contoh kalau adik abang aku kalau makan banyak diorang akan gemuk. Aku? Tak gemuk gemuk.  Ini menimbulkan banyak orang cemburu pada aku.

Tapi aku tak rasa ia satu kelebihan yang boleh dibangga banggakan.

Sangkaan aku tepat.

Tahap kolestrol aku tinggi jadi risiko untuk ada sakit jantung turut tinggi. Ya Allah..

Kadar Kolesterol Normal Menurut WHO
ini merupakan paras kolestrol normal menurut WHO


Jenis-jenis kolesterol :
  • Kolesterol LDL atau Low Density Lipoprotein adalah sejenis kolesterol yang berbahaya, karena jenis kolesterol ini jika kadarnya tinggi  menimbulkan resiko tinggi pula menimbulakan penyakit jantung dan stroke. Kadar yang baik dari kolesterol ini adalah kurang dari 100 mg/dL, untuk ukuran normal antara 100 – 129 mg/dL, ukuran yang cukup antara 130 – 150 mg/dL, ukuran yang tinggi antara 160 – 180 mg/dL dan ukuran yang paling tinggi mencapai angka lebih dari 190 mg/dL.
  • Kolesterol HDL atau Hight Density Lipoprotein adalah kolesterol yang baik, karena kolesterol jenis ini dapat membuang atau mengurangi kolesterol jahat yang berlebihan pada pembuluh darah. Kadar normal dari kolesterol ini adalah 40 – 50 mg/dL serta antara 20 – 60 mg/dL.
  • Trigliserida adalah suatu jenis lemak yang ada dalam darah serta terdapat dalam berbagai organ tubuh. Beberapa faktor yang dapat memicu trigliserida dalam aliran darah adalah obesitas/kegemukan, gula, mengonsumsi alkohol, serta makanan yang berlemak. Kadar normal dari kolesterol ini adalah kurang dari 150 – 199 mg/dL, kadar tinggi antara 200 – 499 mg/dL dan kadar paling tinggi apabila mencapai angka 500 mg/dL.

Nampak tak tulisan lain tu? Ya.. aku copypaste dari sini.

  Ukuran kadar kolesterol normal menurut WHO

  1. Kurang dari 200 mg/dL, ukuran ini merupakan takaran kadar kolesterol yang normal. Artinya jumlah kadar kolesterol LDL, HDL, serta Trigliselida masih kurang dari angka 200 mg/dL. Jika hal itu terjadi maka resiko terkena penyakit jangtung akan semakin tipis atau sedikit.
  2. Berada pada angka 200 – 239 mg/dL, ukuran ini masih tergolong kolesterol cukup.
  3. Lebih dari ukuran 240 mg/dL merupakan ukuran kadar kolesterol yang tinggi, hal ini dapat memicu penyakit jantung korener.(koronari)

Jadi tak guna juga cantik tinggi slim kalau kolestrol penuh dah kat arteri.


Atas sebab itu CKB cuak maka dengan pantas CKB buat keputusan untuk mengambil diet pengawalan kolestrol.



1. Kurangkan makanan bertepung (tepung jagung, tepung gandum).


2. Pagi dan malam makan oat.





3. Setiap pagi dan malam minum air rebusan kayu manis dengan perut kosong.

Adalah lebih baik kalau rebus kayu manis tu berbanding serbuk. Serbuk buat sakit tekak. Untuk dapatkan kayu manis yang segar janglah pergi beli di NSK atau Econsave. Sebab tak fresh dan pahit.

CKB menggunakan kayu manis dari Padang, Indonesia. Rasanya memang manis dan sedap.




4. Kunyah bawang putih 1-3 ulas sehari.

Dah macam hape dah dok mengunyahh bawang putih. Busuk mulut CKB. Tapi lepas tu perilah bersugi okay.
Image result for garlic



5. Bersenam sekurang- kurangnya 20 minit setiap hari.


CKB buat regangan badan 5 minit.
Treadmill atau bunga tanjung selama 10 minit
Cooling down 5 minit


Ada banyak lagi makanan dan cara untuk kurangkan kolestrol tapi ini semua yang CKB rasa mudah dan boleh amalkan.

Ingat, kita tengok orang gemok tapi tak semestinya dia tak sihat. Tengok tengok kita lagi sakit dari dia.

Jadi jom sihat!







3/3/16

Cara Mudah Rawat Bengkak


Malang tidak berbau tapi kentut pasti berbau.

Selasa lepas CKB nak bersiap lah pergi ambil wuduk lagipun nak uk uk sebab pagi tadi banyak sangat makan sambal. Sambal nasi lemak mama CKB memang superb makan pulak bersama rendang ayam pergh pergh pergh memang awesome mosome.

Kalau korang ke Kuala Kubu atau Batang Kali atau within that area lah boleh datang sebelum pukul 9 pagi mama ada jual Nasi Lemak area Tamu Hill depan surau. Tapi ingat sebelum pukul 9 pagi sebab biasanya sold out dah kalau datang lepas waktu tu ok.
Nasi lemak memang gila sedap not to mention ada mihun goreng halalan toyyiban pastu lauk pasti rendang ayam kalau kuih ada apam coklat pisang.

Nampak macam " Eleh.............."
Percayalah, korang rasa sekali pasti nak lagi dan lagi.

Anyway back to the topic.

CKB sakit perut jadi bergegas ke tandas. Malang tak berbau. Tengah jalan- jalan entah camneeee ntah
PRAKKKK terjelepok lah daku terseliuh pergelangan kakiku aduh oh sakitnya.

CKB mengerang keskaitan . Abah mama CKB

" Kau jatuh ke? Langgar apa??"
"Ni camana ni? Jatuh kepala dulu ke??"

CKB geleng je. Sakit sangat tapi perut pun sakit gak tapi kaki sakit camnne ni jadi kena tangguh urusan tandas.

CKB minta mama tolong ambil ais dan tuala dan perlahan lahan CKB jalan masuk bilik. Sorry, tak jalan pun. CKB merangkak. HAHHH KAUU

Esoknya.. mama CKB buatkan satu ubat SUPER Mujarab untuk rawat bengkak di kakiku. (Note that urusan sakit perut semalam dah selesai sebelum menunaikan solat Isyak semalam ye )



Nilahhhh diaaaa

Cekur dan bedak sejuk.

Gaulkan cekur yang dah ditumbuk dengan bedak sejuk lepas tu tepekkan dengan daun sirih atau daun kaduk atau daun kunyit atau daun apa apalah yang besar lebar macam muka kau.

Lepastu balutkan dengan bandage. Tujuan daun tu supaya khasiat cekur tadi tak meresap ke kain bandage dan kain taklah kotor.

Untuk lebih mujarab campurkan cekur dan kapur sireh. Lepas tu tepek.

Hasilnya lebih mujarab dan cepat. Jangan lupa baca Bismillah ok.

Cekur ni memang elok untuk 'sedut' bengkak. Kalau kau ada jerawat pun boleh letak sikit dalam 5-10 minit nescaya jerawat tersebut surut. Percayalah, CKB dah try.

Petua ni boleh dipraktikkan untuk :

-Jerawat
-Bengkak terseliuh macam CKB
-Bisul
-Kembung
-Rasa tegang kat kepala boleh letak kat area belakang leher. Tapi jangan lama- lama nanti kau pening.


Antara kesan cekur ni bila dia bertindak adalah kau akan rasa tempat yang kau tepek tu berdenyut denyut. CKB rasa memula tu denyut sampai ke kepala dan ada rasa panas kat area kau tepek tu. Sampai rasa penat dan gua pun tido. Jangan main- main ok.

Jadi banyakkan rehat.

Sekarang Alhamdulillah bengkak makin surut tapi tiap kali tepek mesti denyut. Kalau genge terseliuh pergelangan kaki ni disarankan banyak rehat dan jangan degil. Dianggarkan lebih kurang seminggu baru kau boleh jalan sempurna gelek inul.

Masa berehat jangan dibazirkan dengan baca pasal PokJib dan geng nya. Banyakkan zikir dan baca Quran ok.

Tu je. Selamat Mencuba!!

2/14/16

Mentaliti atau MentaHiti?



Aku rasa aku seorang yang pelik. Sebab, di kala masa sekolah orang bercita- cita tinggi aku cita- cita sekadar nak jadi jururawat je. Itupun sebab mak aku jururawat. Aku pun suka nak rawat, bagi inspirasi pada orang.

Bila meningkat dewasa, masa kolej semua keputusan semua baik je aku masih macam tak punya cita- cita yang tinggi. Siap dah tukar cita- cita.
Nak tahu aku nak jadi apa?

Surirumah.

Aku mengimpikan kehidupan aku sebagai seorang surirumah sepenuh masa yang banyak masa aku berpoye dengan keluarga aku. Mungkin sebab aku dibesarkan dalam keluarga yang kedua ibu bapa aku bekerja. No. Bukan sebab aku rasa kurang kasih sayang ke hape but well we all do have feelings kan? Jadi aku buat keputusan untuk jadi surirumah. Angan- angan aku adalah aku pandai masak macam- macam, tanam banyak pokok pastu boleh ajar anak anak mengaji siapkan suami pergi holiday dengan keluarga pendek kata tipikal surirumah lah. Impian aku just nak ada keluarga bahagia sampai Jannah. Cukup.

Aku pernah suarakan impian aku ni pada seorang ( atau beberapa orang gak kot ) rakan aku. Dorang gelakkan aku. 

"Buang masalah kau belajar bertahun tahun kalau setakat nak mereput kat rumah!"

"Kau ni ORTODOKS la"

"Nama je orang KL tapi macam orang kampung ulu banat mana impian kau ni"

Dan macam macam lagi ejekan dengan nada bagaya atau bergurau dalam bahasa Banjar.


Apa salahnya nak jadi surirumah? Bagus apa kan? Lagipun bagi aku surirumah ni lah antara pelopor industri PENDIDIKAN AWAL Ummah. Sebabnya guru hanya ada beberapa jam sahaja di sekolah. Surirumah lah yang ada 24 hours beb.

Kesian kan? Yang kerja hebat- hebat tu mampu ke nak buat kerja surirumah cenggini?


Ha tengok ni. TENGOK LA BACAAAA SAMPAI HADAM BELAJO TINGGI2 KANN

Setiap orang ada kapasiti dan kebolehan tersendiri. So what kalau impian aku nak jadi surirumah. Malah ada pensyarah aku mengejek impian aku. Ada kawan - kawan yang konon hebat kerjanya pun begitu. SO?? Aku tak pernah persoalkan pun kenapa korang bangang pemalas nak masak bontot besar tempayan atau gaji je besar tapi otak tak besar- besar. Kannnnnnnn

Sekarang ni dah berapa ramai surirumah jadi Jutawan. Best kot. Kau duduk rumah kerja dari rumah je dah jadi jutawan. Yang kerja opis tinggi tinggi nun acane eh? mwahahahah *gelak jahat


Apa pun bukan niat aku nak hina ke kutuk sapa- sapa tapi adalah siit-sikit bagi mereka yang otak sempit.

Setiap pekerjaan ada nilai murninya. Tukang sapu ke pekebun ke doktor ke setiap pekerjaan, yakni kita semua sebenarnya memerlukan antara satu sama lain.

Kalau semua jadi injineur dan doktor siapa nak jadi tukang sapu? Dahla korang pemalas hisap rokok buang rata- rata anak tak reti nak ajar buang sampah dalam tong ludah rata- rata lepas tu dah minum air ketuungggg campak je atas jalan sungai penuh pampers bangang abadi punya perangai.

Tukang sapuuu juga kena bersihkan hasil dari 'akhlak tinggi' korang tu. So, jangan kita menghina pekerjaan orang lain. Hanya sebab orang tu tak hidup senang, tak kaya macam kita dia tu buat kerja yang jijik. 

Dia cuma miskin tapi dia tak jahat,

Kita ni. Kerja bagus bagus duit banyak, barangkali kita lebih seribukali lagi 'kotor'.

Back to the topic. (kuat meroyan sebab lama tak blogging).
Berbanggalah siapa yang menjadi surirumah tu. Didiklah anak- anak menjadi umat Islam yang berjihad untuk aagama bangsa dan negara. Tanamkan jiwa patriotisme dan akhlak mulia supaya tak jadi bangang macam ketua ketua leni.

Ok dah penat, Tido.

Psstt: 
Kuih Tiram ni wey sedappppp.
Ada Coklat, Original, Kacangggg


3/14/12

Bertahan

Hati ini sering berdoa, meminta pada Yang Tak Mati itu.. agar ditetapkan iman.. di sabarkan hati dan dimudahkan n disegerakan urusan itu.

Kita dah plan macam- macam. Plan A? Plan B? Plan C? Semua dah gerak. Sekarang tinggal istiqomah dan menunggu green light dari Maha Kuasa.

Kalau Allah nak, Dia boleh make it happen sekarang juga kerana tiada apa yang mustahil bagiNya. Tapi, Dia tangguhkan.. Dia lengahkan..
Untuk apa lambat sangat?

Untuk menguji hati- hati yang meminta ini. Untuk menguji hati- hati yang mengaku yakin kepadaNya.
Diuji sabar, iman, akhlak, bisikan lagha, kesihatan serta manusia sekitar.
- Bagaimana kamu kata kamu sudah beriman sebelum kamu diuji?"

Untuk apa?

Untuk persediaan di hari bahagia yang akan datang. InsyaAllah. InsyaAllah.
Allah itu Maha Mendengar, Maha Mengetahui isi hati hamba- hambaNya.

Ya Allah yang Maha Mengetahui setiap bisikan kecil hati- hati kami. Dengarkanlah hajat kami. Permudahkanlah ia ya Allah. Sungguh, Engkau Maha Kuasa, Maha Mendengar dan Maha Mengetahui.

p/s: Kita rasa kita dah buat plan yang paling cun, tapi sebenarnya Allah ada plan yang lebih cool untuk kita.
Setiap kebahagiaan itu mulanya dengan sedikit kesakitan.
Setiap kejayaan itu mulanya dengan sedikit kekecewaan.

:)

3/11/12

A simple story

Boy : Saya bosan lah macam ni.

Girl : Bosan?

Bosan: Yelah, kita duduk jauh- jauh, asing- asing. Jumpa pun tak leh buat apa. Boleh tengok aja. Banyak kena jaga.

Girl : Saya pun bosan juga. Hurmm

Boy: Awak..

Girl : Ye?

Boy: Jom kita nikah? Nanti boleh bercinta dengan gembira. Dah halal. Allah pun suka kan?

Girl : *smiled


“Barangsiapa menikah, maka ia telah melengkapi separuh dari agamanya. Dan hendaklah ia bertaqwa kepada Allah dalam memelihara yang separuhnya lagi”. (Hadist Riwayat Thabrani dan Hakim)


“Dan kawinkanlah orang-orang yang sendirian di antara kamu dan orang-orang yang layak (berkawin) dari hamba-hamba sahayamu yang laki-laki dan perempuan. Jika mereka miskin Allah akan memampukan mereka dengan karunia-Nya. Dan Allah Maha Luas (pemberian-Nya) lagi Maha Mengetahui”.
(An-Nur : 32)



“Shalat 2 rakaat yang diamalkan orang yang sudah berkeluarga lebih baik, daripada 70 rakaat yang diamalkan oleh jejaka (atau perawan)” (HR. Ibnu Ady dalam kitab Al Kamil dari Abu Hurairah)


“Tiga golongan yang berhak ditolong oleh Allah : 


1. Orang yang berjihad / berperang di jalan Allah. 
2. Budak yang menebus dirinya dari tuannya. 
3. Pemuda / i yang menikah karena mau menjauhkan dirinya dari yang haram” (HR. Tirmidzi, Ibnu Hibban dan Hakim)






Jadi, mengapa takut bernikah awal? Bukankah nikah itu lebih baik ?

Apabila kita berusaha melakukan sesuatu hanya kerana ingin mendapatkan keredhaan Allah, nescaya Allah mudahkan urusannya. 
Bagi siapa yang bernikah, Allah menggandakan rezeki bagi pasangan tersebut.

Yakinlah dengan janji Allah!
Jangan takut dengan stigma manusia!

Kita pasti akan hadapi pelbagai rintangan pada awalnya, tapi yakinlah bahawasanya Allah ada plan yang jauh lebih cool untuk kita!

1/20/12

Mengharap pada yang pasti

InsyaAllah, kalau niat kita baik.. maka berusahalah dan bertawakkallah kepada Yang Pasti..

Jangan asyik memikirkan masa depan kerana ia pasti akan datang,
jangan terlalu memikirkan masa silam kerana ia takkan berulang,
Fikirkan hari ini, kalau pagi jangan tunggu petang,
Hari ini milik kita!
Selamat berjuang!

InsyaAllah, insyaAllah, kalau tak dapat apa yang kita mahu pun,
apa jua yang Dia bagi pasti itulah yang terbaik.

Tapi, aku mahu pohon juga..
Permudahkanlah urusan kami..
Sehingga ke JannahMu.
Pelihara kami, jadikan kami hamba- hambaMu yang soleh dan solehah.

Allahumma ameen

10/31/11

Bebudak dulu2 dengan bebudak sekarang

Assalamualaikum. Yosh!

Arghh.. aku ada 2 minggu lagi sebelum pi posting ke Hospital Sungai Buloh. Syukur Alhamdulillah dah setel hal rumah sewa. Yang tak setel2 lagi masalah study dan skills. Aduiii, sempat ke laa ilmu2 ni aku nak sumbat dalam kepala. Otak ni macam berdeting- deting kosongnya.

Semalam, aku dengan Nani berjalan- jalan di Tasik Titiwangsa selepas memenuhkan ruang di dalam kontena perut kami. Hajatnya, nak sambung projek video. Tapi, kamera Nani habis bateri pulak. Aduii. So, kami strolling around je la dalam panas gekgerr tu.
Tengah jalan- jalan sambil menggelakkan manusia yang berperangai super pelik, kami ternampak ada 3 orang budak linkungan umur 4 ke 6 tahun yang sedang khusyuk buat apa ntah. Kami makin dekat, makin dekat..

Yang sorang sibuk main PSP. Sorang main Iphone. Sorang main Gameboy.



And we were just likee...


Okay kids, u were only 6 and yet u already have those Iphone, Ipod, PSP, PS3, XBox, laptops and other advanced stuffs. When I was your age, I only have marbles and batu seremban.

Yea, dulu dulu mana nak ada benda benda tu semua.. 
batu seremban
main getah


Dedulu aku siap dengan semangatnya buat sendiri batu seremban tu. Buat mestilah kena cantik- cantik barulah kau akan jadi cool. Hehehe. Masa tu, tak kira laki ke pompuan semua nak join baik main getah, batu seremban, main pemadam, main guli, penutup botol, rebut- rebut tiang dan macam- macam lagi.
Memang kelakar lah kan zaman kecik2 dulu. Kehkehkeh.

Paling tak tahan main batu seremban la. aku ni nama je pompuan tapi tak reti main. Budak laki lagi terer main dari aku. Huhuhu. Tapi dulu aku antara yang terterer dalam main getah lah. Tapi sebab faktor ketinggian, aku akan selalu sangkut bila dah sampai pinggang. Demmit lah dorang tinggi- tinggi!

Pastu suka sangat nyanyi lagu rakyat macam "anak itik Tok wi", "bapaku pulang", "lagu tiga kupang" dan macam- macamlahh.

Permainan "polis entry" pun popular gak.

Semua benda ni aku masih main sampai aku Form 3 tak silap. Hahah... Takde keje mase tu pergi main benda alah ni. Syok weh!

And I wonder lah kan, bebudak sekarang ni agak- agak tahu tak permainan kita dulu2 ni?
Hidup dorang asyik menghadap komputer, PSP, pastu belajooooo je. Macam dah takde life.

Kesianlah.


Masa kecik putih, dah beso? Hangit!
Hahaha

8/4/11

Bersyukur tak cantek tak kaya

Assalamualaikum

Oh hai!
Hari ni aku buat tart strawberi berbadam.Ya..... pertama kali buat pastri yang sememangnya sejak azali aku PALING BENCI buat pastri. Kenapa? Renyah! Leceh sangat.
Dannn.... begitulah rupa Tart Strawberi Berbadam aku. Pastri aku rapuh sangat dan rasa tepung je manakal based inti tu buat aku rasa loya. Rupanya kena taruk esen vanila bukan esen badam ye kawan- kawannnn...

Okeylah kengkawan, back to the topic. Aiceh komee sepiking London pulak aihh..hakhakhak.
Kadang- kadang atau sememangnya lumrah agaknya, manusia ini sememangnya selalu rasa tak bersyukur.

Yang gemok nak kurus, yang kurus nak gemok
Yang hitam nak putih, yang putih nak hitam
Yang menggerutu nak halus, yang halus nak menggerutu

So, macam2 pesen la manusia ni kan. Tak payah citer jauh2 nun ke bandang Bedah sana... meh sini aku cerita pasal diri aku je lah.

Aku ni sememangnya telah dilahirkan dengan rupa paras dan anggota yang sempurna ( Alhamdulillah ). Aku ni biasa- biasa aja tak adelah cantik mana kulit tak halus tak gebu tak mulus segala lah. Bak kata orang, hidung tak mancung pipi tembam gedabak gitu.
Dan aku selalu rasa rendah diri bila tengok orang lain. Aku selalu rasa aku ni tak cantik, huduh, sebab tuorang tak nak pandang aku ( esp guys ). Semakin aku meningkat dewasa, keinginan untuk menjadi cantik semakin membuak- buak bagai raksa yang mengamuk di dalam perut bumi. RAWR!
Maka..... aku buat pembedahan plastik. Eh eh!! Tak adalah woiii... aku tak buat pun..

Aku baca majalah kecantikan dan sedia untuk improve diri aku.
Bila semakin dewasa..semakin rasa matang.. semakin rasa tinggi ( ah? HAHAHAHA.. perasan2! )
baru aku sedar.. aku ni sebenarnya cantik jugak. hahaha

maksud aku.. diri aku yang Allah telah ciptakan ini cukup cantik. Mungkin hidung aku tak semancung Karisma Kapoor, kulit tak secerah dan semulus Fasha Sandha, suara tak semerdu Siti Nurhaliza dan jasad tidaklah setinggi Elain Daly. Tapi, aku cantik sudah diciptakanNya. Syukur sangat Alhamdulillah.

Nak tahu bagaimana aku mula rasa macam ni? Haa.... ianya bermula sejak akak aku cakap masa kami sedang berborak2 sambil lipat kain depan TV.

Angah : Hekceli, kita kena bersyukur tau kaki kita tak cantik, muka tak lawa sangat tau.


CKB : Hurmm ( dalam hati, awatnya?? )


Angah : Yelah,, cuber kau bayangkan kalau kita ni cantik macam artis2 nun.. kulit halus putih gebu cun segala.. mesti kita nak dedahkan kaki kita pakai shorts, tunjukkan bahu mulus pakai singlet.. tunjuk rambut tunjuk segala. Kan?

Tiba- tiba mama mencelah


Mama: : Itulah tandanya Allah sayangkan korang. Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk hambaNya. Dia tak mahu korang buat dosa so dia bagi korang camtu..takdelah korang nak terbukak2.




Kan?

Dulu, masa zaman muda mudi remaja remaji darah panas lagi.. aku selalu macam nak benda mahal2..apa orang ada.. aku pun kalau boleh nak jugak ada..  tapi aku diamkan aje sebab aku tahu keluarga aku bukan orang senang sangat. So, aku selalu cam berangan kalau aku kaya.. kalau akuada family angkat yang kaya raya.. kalau aku ada boyfriend kaya.. kalau aku ada talent yang hebat dan dapat buat duit sampai aku jadi kaya... kan best?

Kemudian, bila aku dah masuk matriks, masuk U.. aku lihat pelbagai jenis ragam manusia. Yang kaya, yang tak kaya.. yang sederhana.

Kemudian, aku teringat masa perbualan aku dengan Asri. Tak pasti Asri ingat lagi tak conversation ni tapi ni lebih kurang la isi pati prbualan kitorang.

Asri : Asal ko reject dye weh? Dia tu hensem, baik.. haaa kaya. Banyak duit weh.. dah la da keje.. senang hidup ko. Senang ko nak shopping sakan kan? Hahaha


CKB : Ngekk ko. Ntahla, aku tak suka lah kaya2 sangat ni.


Asri : Pesal? Ko takut ko tak mampu handle nafsu materialistik ko? HAHAHA


CKB : Sengal ahhhh. Pangg ko kangg ape tak dapat. Bukan apa, sebenarnya kan.. aku bersyukur sangat aku dilahirkan dalam keluarga yang taklah senang sangat dan nak kata susah pun.. biasa je lah adala juga benda nak di makan. Dulu, hidup kitorang boleh tahan sesak.. apa benda minta tak payah harap nak dapat jam2 tu.. benda tu akan dapat..tapi tunggulah mungkin 5 tahun akan datang camtulah.. TV kecikkk je sampai member aku datang umah tegur, " keciknye tv ko faz cmne ko tengok TV?"


Masa kawan aku tegur tu baru aku tahu TV umah aku kecik. And we have faced quite hard times to be at this stage. Bila aku terkenang masa dulu- dulu, buat aku bersyukur sangat dengan kehidupan sekarang.. walaupun sekarang masih ada masalah kewangan here and there, tapi rezeki tu ada ja.. Allah memudahkan selalu urusan kami. Jadi, ia buat aku sedar.. duit bukan segalanya. Walaupun kami tak kaya.. kadang2 problem dengan duit..tapi kami masih happy. Rasa senang hati. Duit tu kalau bagi dalam skala hidup kepentingan antara 1 hingga 5 di mana 1 adalah paling penting dan 5 paling kurang penting.. duit tu di tempat ketiga.


Paling utama? Keberkatan daripada Allah SWT.

***********

Secara kesimpulannya, setiap apa yang berlaku adalah semuanya rancangan Allah yang Maha Bijaksana.
Jangan selalu merungut tentang kehidupan kita.. sebab setiap satu daripadanya bukanlah satu kesilapan... tapi satu pengajaran.
Kalau ada orang buat taik dengan kita, jangan kita baling balik taik tu kat dia.. sebab tangan kita gak yang kotor nanti..sebaliknya kita bersihkan ajelah taik tu dengan senyuman ikhlas. komfem dia segan nak bagi taik lagi. :)

Maka, bersyukurlah dengan setiap kepahitan yang kita  terima.. kerana di hujung kepahitan itu kita akan mengukir senyuman.

Sama dengan pahitnya koko... tetapi setelah koko itu diproses dengan lama.. ia membentuk coklat yang sedap dan manis. Kan?

Rindu KMPK. ;)

Seindah- indah kehidupan.. indah lagi syurga akhirat. ;)

7/30/11

Kenapa akuu???

Assalamualaikum buat pengunjung dan pembaca setia blog usang ini. Setelah sekian lama mendiamkan diri dari dunia blog, aku kembali dengan senyum menyinar di wajah. Ya, ada berita baik. ;)

AKU LULUS LESEN KETE WEIHHH!!!!
Alhamdulillah. Syukur setinggi2nya setelah beberapa kali gagal. Tolonglah jangan tanye berapa kali  kegagalan tu ok.

Pernah tak korang rasa macam apesal korang je dapat benda yang tak best?
Ok, sebagai contoh aku la. Aku da fail test JPJ buat keberapa kali ntah memang duit dah macam air.
Down gila. Ada budak first time amik terus lulus. Aku rasa cam nak lempamng je budak tu. Hahaha..emo habess.



But then aku terfikir. Mesti ada dosa yang aku buat kat Allah sampai Allah bayar cash kat aku. Takpun sebab Allah tahu aku mampu sebab tu Allah uji aku. Budak2 yg lulus terus tu aku perhatikan.

Andaian2 aku dalam kotak otak :

- maybe keluarga dia susah mana mampu nak bayar banyak2 kali yuran tu sebab tu dia lulus.
- maybe dye ada banyak masalah so Allah kurangkan beban dye dengan dye lulus test JPJ.
- maybe dye ade dugaan lain yang lebih besar.
- maybe dye ade kereta sendiri so dye da banyak practice.

dan bemacam- macam lagi andaian2 aku. Well, you know what..andaian2 ni sebenarnya membuatkan aku lebih tenang.. memikirkan mungkin dye lebih susah dari aku jadi aku patut bersyukur aku mampu nak bayar yuran JPJ ni.



Pernah jugak aku selalu bengang bila orang yang aku harapkan tiada bila masa aku perlukan. Laaagii besttt ( lagu MyVi ) bila dia tambah pulak luka kat hati yang sakit ini sambil direndan dalam cuka. Kadang2 rasa tak puas hati dengan family sendiri sebab kita macam takde hak nak bersuara. ( contoh je bai )



But then, aku mulalah dengan andaian2 aku..




- Maybe 'orang tu' tengah sibuk malas nak layan hal remeh temeh macam aku
- Maybe 'orang tu' ada banyak lagi masalah nak fikir
- Maybe ' orang tu' sebenarnya care tapi tak reti nak tunjuk
- Maybe 'orang tu' sendiri sedang memerlukan seseorang
- Maybe 'orang tu' sedang jauh lebih sakit hati dari kita
- Maybe ' orang tu' dah pernah melalui terlalu banyak ujian berat dahulu menyebabkan dye macam hati kering dengan kita.
- Maybe inilah dugaan besar yg Allah nak bagi upgrade iman kita

Ya, sentiasa bersangka baik. Kita rasa hidup kita tak adil. Orang lain dapat family bahagia tapi kita family hampeh gaduh pecah belah semua. Tapi who knows kan? Mana tahu sebenarnya kitalah yang Allah dah tetapkan jadi 'hero' dalam keadaan tu? Maybe usaha kita tu tak akan dipedulikan malah bakal diperlekehkan.. tapi lebih baik dari tak buat apa2 kan?
Mana tahu dengan usaha dan niat bersih kita itu keadaan yang sebelumnya kucar- kacir menjadi damai dan tenang sepertimana temangnya air di Tasik Chini?

Kadang2 kita rasa orang selalu tak adil dengan kita, tapi adakah kita benar tak pernah tak adil pada orang?
Kita berkecil hati dengan orang tapi pernahkah kita terfikir berapa ramai yang telah kita kecilkan hati mereka?

Bermuhasabahlah

Sempena kedatangan Ramadhan ini, sama- samalah kita melonjakkan kaki menginjak dan mengintai sinar bahagia ke SyurgaNya sana. Intai peluang redha dari Maha Esa.

Ingatlah, doa itu senjata mukmin. Dan Allah mana pernah tinggalkan kita. Kita aja yang selalu lupa.

Ada rasa malu tak?

7/20/11

Back to basic

Assalamualaikum

Kembali semula aku ke sini. Menconteng titik demi titik di dunia maya yang menjadi pendengar lelah ku yang setia. Aku manusia biasa. Masih memerlukan gas oksigen untuk respirasi lalu menghembuskan karbon dioksida ke udara bebas. Untuk ke sekian kalinya aku masih berlumba dengan masa. Titian masa yang tak kenal erti mengalah membuat aku semakin lelah. Rapuh rapuh langkah kaki memijak gunung dugaan mengeluarkan air keringat yang hampir saja buat aku lemas. Lemas tanpa air.

Setiap insan itu unik. Setiap masalah ada penyelesaiannya. Bagi aku, andainya masalah itu aku mampu luahkan pada orang lain itu bermakna masalah itu sebenarnya masalah enteng yang aku mampu tangani sendiri. Dan jika aku simpan dan kata " Jangan risau, aku leh handle", sebenarnya itulah masalah yang besar yang aku pendam sehingga membukit menyesakkan rona emosi dan denyut nadi.

Bukan semua benda kita boleh beritahu.
Tak semua orang kita boleh beritahu.
Tak semua benda kita boleh tahu.

Some things are meant to be silence.

Bukan semua benda boleh puaskan hati kita.
Dan bukan semua hati orang kita boleh puaskan.
Walau orang yang sama darah dengan kita.

Life is indeed like a wheel.

Memang kecewa bila orang yang kita harap sangat tak ingat hari istimewa kita. Sungguh, mereka semua sama.
Manusia, Al- Insan.. memang fitrahnya.. lupa.
Cukuplah Allah bagiku, cukuplah Allah penolongku.

Ada masa dalam ketawa kita lupa tentag tujuan asal ke dunia.
sedang kita sudah berjanji untuk melaksanakan syariatNya.
Percaya bahawa Allah itu Maha Esa.
Percaya cinta dan hati itu milikNya.
Mencintai manusia pasti akan kecewa, mencintai Dia bahagia selamamya.
Maafkan aku Allah, sang pelupa ini sering menoreh duri ke nadi sendiri.
Ampunkan aku.

Aku mahu kembali kepada diri yang dulu.

Ku hadkan masa untuk berkata-kata. Banyak memerhati.
Ku hadkan masa ketawa. Banyak tersenyum.
Ku hadkan masa bercerita. Banyak berdoa.

Ya Allah, saksikanlah aku hambaMu ini.. memohon ampun daripadaMu. Sungguh, Kau Maha Pengampun lagi Maha Penyabar.

Sanah helwah ya ukhti Nur Fadzlina Binti Abu Talib.

6/21/11

Etika memasak ;)

Assalamualaikum dan salam sejahtera sekalian bloggers dan non bloggers

Hari ini CKB nak berceloteh tentang etika memasak. Ha! Korang ingat blogging je ke ada etika? Memasak pun kenalah ada etika. Etika- etika berikut adalah berdasarkan pengalaman sendiri serta sanak saudara yang mengajar CKB. Kamon bebeh!

1.Pertama
- Pertama- tama sekali anda semua perlulah tahu apa yang anda nak masak. Maka, bahan- bahan perlulah disediakan bagi mengelakkan masakan kurang bahan lalu menjadikannya tak sedap. Tahu berapa orang hidangan yang perlu disediakan. Kalau anda nak masak tomyam ayam maka sediakan lah bahan tomyam ayam bukanlah bahan untuk kambing bakar. Pastikan juga bahan- bahan itu dijamin halal ye.

2. Kedua
- Bersihkan dapur terlebih dahulu supaya tak semak bila nak mulakan sesi potong memotong dan mengelakkan pecah memecah pinggan. Bersihkan periuk belanga supaya tak adalah mana tahu kot2 ada tahi cik ti ke kan kang tak pasal beracun pulak masakan kita. Selain itu, bersihkan bahan- bahan masakan macam sayur, telur dan sebagainya sebaik- baiknya. Jangan biar ada najis macam kat telur kadang- kadang ada taik ayam terlekat kat telur tu. Baik hampa basuh kalau tak nanti tak pasal makanan kita jadi haram pulak dek najis ayam tu. Kemudian, basuh tangan sebersihnya.

3. Ketiga.
- Adegan mula memasak sudah mengambil tempat. Sebagai contoh anda masak nasi, ketika anda menuang beras ke dalam periuk perlulah membaca " Bismillahirrahmanirrahim " ( Dengan nama Allah yang maha Pengasih dan Maha Penyayang ). Keperluan membaca ini bukanlah terhad pada nak memasak saja, tapi setiap kali kita ingin memulakan apa jua aktiviti bagi memohon keberkatan Allah SWT. Itulah indahnya Islam. :)

4. Keempat.
- Ketika anda sedang menggaul, mencedok lauk ke nasi ke kan.. eloklah anda baca surah Al- Kautsar. Pendek saja surahnya. Natijah membaca surah ini adalah bagi mencukupkan makanan yang kita masak. Walaupun hidangan yang kita masak sedikit, tetapi dengan izin Allah cukup untuk semua orang yang ada.

5. Kelima- Sepanjang proses memasak.
- Di peringkat ini, eloklah kalau kita selalu berzikir, berselawat ke atas junjungan besar kita Nabi Muhammad SAW. Elakkan daripada menyanyi lagu2 yang lagha apalagi bergelek Inul di dapur. Ish3. Aku pernah dengar ceramah di Ikim.fm tapi tak ingat ustaz mana yang cakap. Dia kata setiap dari  makanan kita ada molekul2 yang hidup. Maka molekul2 ini bertanggungjawab dalam proses memberi manfaat kepada tubuh si pemakan. Molekul yang hidup ini akan terus hidup apabila kita banyak memuji Allah SWT yakni Pencipta seluruh alam. Bila kita menyanyi lagu yang tak memberi manfaat, molekul tersebut akan mati atau berubah bentuk menjadi huduh lalu apabila kita makan langsung tak beri manfaat dan mungkin memberi kemudaratan pada kita.
Jadi, kaum hawa sekalian, sudah2lah menyanyi perasan Dato' Siti ehh, moh kita berzikir. InsyaAllah, berkat zikir dan selawat kita itu, akhlak dan iman keluarga kita terpelihara melalui masakan kita. InsyaAllah.
:)

- Ha, yang ni paling penting! Masa tengah memasak, kita mesti nak merasa kan? Janganlahhh sesekali kita merasa terus dari senduk masakan tu dan masukkan balik pulak dalam masakan. Pertama! Geli! Kedua! Tak baik! Aku tak tahulah apa hukumnya tapi aku rasa macam berdosa la bila kita buat macam tu. Seolah- olah kita memberi sisa kita kepada orang lain untuk makan. Air liur basi semua sebati dalam masakan. Apa daaa! So, kalau kita nak rasamasakan, letakkan dalam piring lain dan rasa. Okeh! ;D

Aku tak tahu nape gambar jadi camni.
btw, ini masa bubur dalam proses memasak.
Hari ini, masak bubur sebab abah demam.
:)

6. Tamat masakan
- Dah siap semua, hidangkan dengan pinggan mangkuk yang sesuai. Oppp oppp, jangan lupa ucapkan Alhamdulillah dengan izinNya selesai kita memasak dengan baiknya. Basuh pinggan mangkuk periuk belanga yang digunakan tadi. Bersihkan dapur sinki supaya tak serabut dan tak ada cik ti datang menjenguk. Kemas2!

Inilah rupa bubur nasi yang aku masak tadi.
Ada ayam, bayam, lobak merah dan pepper.
Sihat!

Itu saja tips dari CKB. Semoga segala makanan yang kita masak tu memberi manfaat kepada sesiapa yang memakannya InsyaAllah. Oh2, mama ada jugak pesan. Sebelum masak or sambil- sambil masak tu, kita berdoa semoga masakan kita itu dapat membentuk akhlak dan memelihara iman ahli keluarga kita. InsyaAllah. 

p/s: kalau kome ada tips2tambahan bolehlah share ye! =)


6/17/11

Kenapa mata kita bukan di belakang kepala?

Assalamualaikum

Jawapan : Kerana kita perlu memandang ke hadapan seiring dengan langkah kita. Apa guna langkah ke depan tapi pandangan sentiasa ke belakang?



" Kadangkala disebabkan terlalu sukar untuk kita melepaskan masa silam, kita akan kehilangan perkara penting pada masa kini"
- Anonymous

" Do not die for yesterday, live for tomorrow"
- Someone, AA.

Indahnya penciptaan Allah. Semuanya membuat kita berfikir untuk lebih dekat kepadaNya. 

Jangan terlalu menyalahkan persekitaran kerana kegagalanmu, persekitaran adalah faktor sampingan, faktor utama adalah diri kamu.

Kalau kau punya pegangan hidup yang teguh, biar angin monsun apa pun menolak, kau masih boleh berdiri dengan teguh, tegas berkata;
 " Hai , dunia! "

p/s: menghargai masa silam dengan membenamkannya dengan selamat di ceruk minda, menghargai masa kini dengan mencurahkan kasih tanpa perlu mengorek semula masa silam. Yang buruk kita tanamkan, yang baik kita kenangkan. 
Hati- hati dengan hati yang rapuh.

6/8/11

Suami kena kuat

Assalamualaikum


Memanglah kalau dah kahwin tu suami memang kena kuat. Kalau tak kuat camne nak dukung bini yang tengah pregnant tu kan? Kan? Ha! Ha! Korang pikir kuat apa? Cepat je korang tekan eh? Otak kuning betul. Haha


Seorang suami haruslah kuat pertamanya dari segi agamanya.
Jadi, wajarlah adanya satu institusi atau seminar ke ape ke bagi mereka2 yang bergelar suami atau yang bakal jadi suami ini untuk bermuhasabah diri dan memperbaiki iman agar dapat memegang teguh agama dalam keluarga. 







Daripada buat isteri2 setia punye persatuan, baik buat persatuan suami soleh ke... kan? Isteri setia buat apenye nak berpersatuan? Duk umah le atenye jaga makan minum pakai anak suami ye dok? Suami tu kena bagi banyak ilmu agama, senang le deme nak paham yang agama Islam ni mudah dan penuh dengan kasih sayang. Ate kalau suaminya sembahyang pun idakk, bini sibuk persatuan sini sana.. nak kukuh mende rumahtanggenye? hoho
Rujuk sini.


Dari Dr. Fadzillah Kamsah. rujuk sini.


Ha, 10 sifat calon suami yang baik!


Agama!
Akhlaknya!
Tegas!
Amanah!
Tak boros!
Jaga pandangan tak tengok perempuan lain!
Jaga batas pergaulan!
Rakan pergaulan yang baik!
Bertanggungjawab!
Wajah tenang!


Ha, kalau anda yang kaum Adam ni nak jadi calon suami yang baik, bolehlah baca ulasan lanjut di sini ye.


Selain itu, anda juga boleh rujuk sini untuk menambah ilmu tentang bagaimana untuk menjadi suami atau bakal suami yang baik. 


Sesungguhnya telah ditetapkan jodoh kita di Lauhul Mahfuz. Lelaki yang baik adalah untuk perempuan yang baik dan begitulah sebaliknya. Jika kamu seorang yang baik tetapi mendapat pasangan yang tidak baik, pohonlah padaNya. sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana. 


Selamat bertemu jodoh kalian =)

5/24/11

Tak boleh hidup tanpa kau walaupun aku mati.

Assalamualaikum wbt

Can't live without you even if I die by 2 AM.

Aku bukanlah peminat cerita korea. Tapi, kalau kau pasang aku layan je. Sebab bagi aku, cerita korea ke..apa- apalah cerita bersiri macam dadah. It's addictive. Sekali kau tengok, kau nak tengok lagi dan lagi. Jadi, kalau di asrama aku lebih suka tengok muvi berbanding drama. Tapi, kalau member dah pasang aku layan jer lah kan sampai kejang urat mata aku. Haha.
*****************************************************************

Sudah berapa ramai kes bunuh diri terjun bangunan shopping complex, terjun gaung, terjun laut dan segala jenis terjun yang dilakukan oleh si pembunuh diri ini. Kita tolak kes yang berkait dengan politik kerana aku ingin bicara soal cinta kini. Hehe.

I'll love you forever
We got an everlasting love
Aku tunggu kau hingga ke syurga
Can't live without you even if I die
Aku cinta kau sampai mati
Aku tunggu kau seribu tahun

Ha, apa lagi? Aku cinta kau sampai kucing bertanduk? Haha. Begitulah ayat- ayat manis yang sering diungkap bagi mereka yang sedang dilamun cinta mintan.
Segala janji manis ditabur, bila rasa itu habis.. habis madu sepah dibuang.


Bila clash, menangis macam nak pengsan macam dia ajelah lelaki/ perempuan yang tinggal kat bumi ni. Pastu menagih kembali kasih sayang si dia yang ternyata dah tak nak kat kau lagi. Siap ugut nak bunuh diri lah... nak buat benda jahat lahhh.. rosakkan hubungan orang tu dengan kekasih dia lahhh..ape kes ni deyy?

Bila laki tu dah tak mau dengan kau, mulalah tulis surat pepanjang then terjun bangunan. Otak bersepai. Impian hancur.
Katanya, biarlah aku tunggu kau di pintu syurga. Kat pintu jelah sebab nanti dia akan masuk neraka. Yelah, bunuh diri tu kan dosa besar. Haish.

Sebelum berjumpa dengan si dia elok je kau hidup sensorang, takkanlah lepas putus dengan dia kau hilang terus liver kau kann? Baru couple deyy, tak kahwin lagi janganlah beriya sangat.

Biasalah, bila clash mesti sedih. Bila orang tak nak kat kau mesti kau rasa loser habis. Tapi, chill sudahh.
Janganlah sampai nak cederakan diri, bunuh diri, register kan diri masuk Hospital Bahagia, baling asid semua..

Hidup ni indah peoples!
Yang patah akan tumbuh.
Yang hilang akan berganti.

Sekalipun yang tumbuh itu tidakkan sama dengan yang patah, tetapi yang tumbuh itu baru, fresh dan lebih baik.
Manakan sama yang berganti itu dengan yang hilang kan?
Tapi, percayalah.. apabila kita bersabar dengan sesuatu InsyaAllah, Allah akan memulangkan kepada kita dengan perkara yang lebih baik.
Bersabarlah dalam sabar.

Redhakan mereka yang pergi, redhakan mereka yang tak mahu kau lagi.
Redhakan apa yang terjadi, redhakan apa jua situasi.
Nescaya kau akan lebih mengerti
Bahawa dunia ini indah dan hilanglah rasa benci.

Sekali sekala, kita perlu mengecewakan hati demi iman.
Sekali sekala kita perlu lukakan hati demi iman.
Tapi, percayalah.. duka itu hanya sementara.
Allah sedang mengatur rancangan yang lebih baik untuk hambaNya.
Maka, kau harus percaya.
Jangan mudah putus asa
Teruskan menadah tangan berdoa.
" Temukan aku dengan jodohku yang mulia,
Yang mampu membawaku sehingga ke syurga
Yang sentiasa mencari redhaNya
Yang setia bermalam dalam sujudnya"

Allahumma ameen
;)

5/2/11

Maria bukan mak aku 5

" As we go on, we remember All the time we had together 
 And as our lives change From whatever We will still be Friends Forever"
Semua pelajar tahun akhir kejuruteraan mekanikal menyanyikan lagu Graduation nyanyian Vitamin C. Kaum Hawa sesuai dengan hati lembut mereka masing- masing mngesatkan air mata. Tersentuh. Di dalam kepala masing- masing berfikir, adakah ukhuwah yang dibina ini akan berkekalan? Apakah masih ada rasa ukhuwah bila mereka keluar? Bilakah lagi mereka akan bertemu dan berbual gembira? Masihkah boleh lagi mereka berperangai gila- gila?
Pelajar lelaki meletakkan tangan mereka ke atas bahu- bahu kawan mereka. Majlis makan malam itu sungguh menyentuh hati. Imran hanya tersenyum nipis. Azlan seperti biasa akan menjadi 'joker'. Dia akan cuba menghidupkan suasana. Di dalam hati jantannya sebenarnya turut berasa sedih. Tapi, keegoan membatasi segalanya. Alah, semua lelaki begitu. Ego. Padahal semua pun tersentuh juga.

Selesai majlis makan malam, masing- masing berpelukan dan bergambar sakan. Manalah tahu tak jumpa lagi selepas ni.

" Imran!" Laila membuat muka berkerut sambil menunjuk ke arah Imran.
" Senyum lah sikit!! Kita bukan nya tangkap gambar orang nak mati!" Satu dewan hotel ketawa.

Imran mengangkat kening dan senyum nipis. Dalam hatinya berkata," Aku dah senyum lah sengal, kau tak nampak ke?"

Entah kenapa hari itu Imran punya perasaan ingin bercakap.
" Alah, kita semua ni pun memang akan mati kan, okay lah tu," Imran cuba menyimpulkan senyuman. Dia cuba. Aishh, awatla susah sangat nak senyum ni?

Satu dewan senyap. Terpukul dengan kata- kata Imran. Laila ketawa kecil sambil membetulkan kamera DSLR D90 nya di atas tripod. 
" Okay lah okay lah. Kau menang Im.. Dah dah, aku set time sekarang. Sedia!" Sebaik saja Laila menekan punat kameranya itu dia terus berlari dan bergaya ala- ala model bersama rakan- rakannya.

Klikk!

Semua tersenyum. Begitu juga Imran.
_______________________________________________________________

Hari ini hari terakhirnya di UIA. Sudah 5 tahun dia tidak singgah di rumah Maria. Bertemu pun tidak. Tapi, Imran selalu menjenguk Maria secara senyap- senyap dan mengikuti perkembangan Maria melalui Kak Bedah. Alhamdulillah, Maria sudah tukar kerja. Dia kini bekerja dengan Kak Bedah sebagai tukang masak.
Setiap kali hari raya, Imran akan pulang dan melihat Maria dari jauh. Dia cuma ingin memastikan Maria masih duduk di situ. Setiap bulan dia akan mengirimkan wang kepada Maria melalui Kak Bedah.

" Kak Bedah, ini wang bulan ni. Saja ingatkan Kak Bedah, jangan kata ini dari saya ya? Campurkan saja wang ni dengan gaji dia," Kak Bedah hanya mengangguk. Baik betul budak ni. Kalaulah aku ada anak perempuan, pasti akan aku jodohkan mereka.

Selesai berkemas, Imran sudah bersedia untuk pulang ke rumah. Inilah harinya. Ya, dia kini membawa nama graduan. Dia juga sudah mendapat kerja di Petronas. Baru kelmarin dia pergi ke pejabat utama Petronas dan mengesahkan persetujuannya dengan Petronas. Gaji pun lumayan. Dia ingin membawa Maria tinggal dengannya sekali. Angan- angannya terus dilayan sambil bersiap.

" Im, ni untuk kau." Azlan menyerahkan tupperware yang berisi makanan beserta kad yang disampul dengan sampul berwarna merah. Imran mengangkat kening kirinya.

" Ain bagi. Tadi aku terserempak dengan dia. Kebetulan aku ingin berjumpa dengan Laila, terserempak pula dengan dia. " Panjang lebar Azlan menerangkan. Imran membuka penutup tupperware itu. Hmm, sambal ikan bilis. Senyum. Dia buka buka sampul merah itu dah membaca isi kad di dalamnya.

" Assalamualaikum akhi.
Tak sangka sekejap saja kita akan meninggalkan dunia mahasiswa kan? Imran, Ain tak mahu bicara lebar. Cumanya, Ain ingin memberitahu Imran bahawa Ain sebenarnya sudah lama menyimpan perasaan terhadap Im. Sejak masuk ke sini, Im benar- benar membuatkan Ain rasa kasih terhadap Im. Ain saja ingin beritahu walaupun Ain tahu siapalah Ain jika mahu dibandingkan dengan Sasha. Ain tahu, Im sedang berhubungan dengan Sasha. Sasha itu cantik, bijak dan pandai bergaya. Sesuailah dengan Im yang segak. Ain beritahu ini kerana mungkin selepa sini kita tidak akan berjumpa. Okaylah Im. Semoga berbahagia. Assalamualaikum.


Nurul Ain Hasanah Abdul Shukor"

Terjegil mata Imran membaca isi kad tersebut. Sasha? Sejak bila aku couple dengan Sasha? 
Azlan memandang Imran dengan penuh tanda tanya. Apa yang kad itu beritahu Imran?

" Weh, bila pula lah aku dengan Sasha ni?" Imran tak boleh tahan kemusykilan yang berlegar- legar di mindanya. 
" Eh, kau bukan dengan Sasha kah? Aku rasa satu uni tahu kot kau dengan Sasha." Musykilnya Azlan. Selama ni dia memang sangka Imran dengan Sasha.Pernah sekali Azlan ternampak mereka di perpustakaan pada awal tahun 4 mereka.

" Siapa kata? " Imran menekan suaranya. Marah. Geram. 

" Sasha lah. Dia kata dia pakai tudung pun sebab kau yang galakkan," Azlan semakin bingung. Apakah selama ini dia dan pelajar- pelajar lain ditipu mentah- mentah?

" Whattt?? Dusta! Hish! Suka- suka saja buat cerita! Sudahlah Lan, kau jangan percaya lagi dengan dia. Lan, aku nak pulang dulu. Esok kita jumpa di studio Aiman  ok?" Imran seolah memberi arahan. Azlan hanya mengangguk dan mereka terus berpelukan sambil menepuk- nepuk bahu masing- masing. Imran pergi sambil mengangkat tangannya. Azlan hanya memandang.
___________________________________________________________

Tak guna punya Sasha. Patutlah selama ini Ain asyik mengelak dari Imran. Tak guna kau! Marahnya! Hish! Sepanjang perjalanan ke perhentian bas UIA dia menyumpah- nyumpah Sasha di dlaam hatinya. 

Di perhentian bas, dia terserempak dengan Ain. Gugup. Ain sedang tekun membaca buku. Warna ungu memang sesuai dengannya. 

" Assalamualaikum Ain," sapa Imran tanpa menghiraukan rasa menggelabahnya.

" Waailakumussalam. Eh, Im?" Ain mengangkat mukanya dan terkejut. Muka nya merah. tak tahulah kerana panas matahari atau segan bertemu dengan Imran.

" Im ada hal nak cakap." Ain hanya tunduk dan membuang pandangannya ke sisi kanannya. Mencari kalau- kalau ada kereta Naza Citra hitam sudah sampai. Tiada bayang pun. 

" Im dengan Sasha tiada apa- apa. Kami bertegur sapa pun jarang. Lagipun..." Kata- kata Imran tersangkut. Ahh, slowlah sikit berdegup wahai jantung!

" Lagipun?" Ain menanti sambungan ayat Imran dengan penuh kemusykilan.

" Erm... Ain. Im...Im..Ehehmmm! Err...Im sukakan Ain. " Ayatnya mati. Ahhh!!! Tensionnya aku dengan jantungku ini! Slowlah sikit berdegup! Imran beristighfar sebentar. Ain mempamerkan riak terkejut.

" Sudi tak Ain menjadi bidadari Im di dunia dan InsyaAllah di syurga juga?" Imran menahan rasa ingin menggelupurnya. Ain mati kata- kata. Manusia lain di perhentian bas itu menjadi penonton drama " cinta tudung dan kopiah" mereka. Ain menelan air liur. Senyap.

" Im tak mahu paksa Ain. Tapi, itulah yang Im mahu cakapkan. Ikhlas dari hati Im. Sebab, Im rasa.. Im dah jumpa tulang rusuk Im yang dah hilang tu.. " Imran memandang tepat wajah sawo matang itu. Matanya yang sederhana besar dan redup itu benar- benar mendamaikan. Eh, Imran! Jangan pandang lama- lamalah!

Ain tunduk. Bukunya yang dibaca tadi digenggam kuat. Dalam tunduk itu ada makna. Ain sebenarnya sedang tersenyum. Ain terlalu malu untuk berkata- kata lalu dia hanya mengangguk. Imran kaku. 

" Ain?"Curious Imran dengan anggukan Ain.

" Ain sudi membantu perjuangan Im." Perlahan suara Ain mengucapkan kata- kata keramat itu. Alhamdulillah! Imran meraup mukanya dengan ucapan syukur pada Yang Esa berkali- kali. Penonton di perhentian bas itu menepuk tangan mereka. Tak sangka drama di kaca tv kini di depan mata. Live yaww!!
 Kereta Naza Citra hitam pun sampai. Ain bingkas bangun dan pergi menaiki kereta itu. Imranhanya tersenyum sambil matanya mengekori langkah Ain. Aiman di dalam kereta seperti dapat menghidu sesuatu. Ya, ada bau. Bau penyatuan dua jiwa. Senyum.
___________________________________________________________

Perjalanan hampir 2 jam ke Kampung Baru dari UIA Gombak. Jalan sesak amat. Pemandu teksi menyumpah- nyumpah dengan pemandu lain yang langsung tidak berhemah dalam kesesakan ini. Imran hanya berzikir menenangkan hati. Tapi, syukur juga Imran. Sampai juga dia di depan rumah nya. Rumah Maria. 

" Assalamualaikum."Imran berdiri di hadapan pintu rumah usang itu. Tidak banyak yang berubah. Cuma daun pintu itu telah ditukar dan dicat baru. Di tangan Imran terdapat bungkusan berwarna kuning. Semalam dia sempat pergi ke Jalan Tunku Abdul Rahman. Untuk Maria pastinya.

" Waalaikumsalam." Kedengaran suara dari dalam menyahut diselang- selikan dengan bunyi batuk- batuk.
Tidak sihatkah?

Daun pintu dibuka. Imran menyelak rambutnya yang panjang paras bahu itu. Kacau betul pandangan rambut ni. Lupa pula nak pergi potong semalam. Takpelah, nanti aku pergi potong di kedai Siva.
Keluarlah seorang wanita awal 40-an. Tingginya paras dada Imran saja. Wajahnya putih pucat. Tiada makeup. Dan, dia bertelekung. Imran menelan air liur. Berdebarnya.
Wanita itu mengangkat mukanya memandang Imran. Wajahnya berubah riak. Terkejut. 
Imran cuma senyum kelat. 

" A..aa..apa kau buat di sini?" Maria begitu terkejut. Hampir saja jantungnya gugur. Walaupun wajah Imran sedikit berubah, namun dia kenal benar dengan wajah itu. 

" Kan Imran dah pernah beritahu, Imran akan pulang juga. Terima kasih kerana menunggu Imran sehingga Imran pulang," Imran tersenyum.Di dahi lelaki itu terdapat tanda hitam. Tanda nur. Tanda orang selalu sujud. Tenang saja wajahnya. Maria kehilangan kata- kata. Sugul. 

" Boleh Imran masuk?" Imran cuba menyembunyikan rasa gembiranya melihat Maria yang sudah banyak berubah. Maria cuma mengalihkan badannya dan memberi isyarat supaya Imran masuk. Imran mengangkat beg besarnya dan ditarik masuk ke dalam rumah. Dilihat isi rumah itu tidak berubah walau seinci pun. Semuanya sama.

" Kau...kau nak makan?" Maria bertanya kepada Imran dengan penuh kepayahan. Suaranya tersekat- sekat.
Imran cuma senyum. Kali ini, dia senyum yang senyum!Senyum ikhlas! Imran menyerahkan bungkusan kuning itu kepada Maria. 

" Tak perlu susah- sudah. Im bukan tetamu. Im cuma sudah pulang ke rumah. Ni, ambillah. Memang Im belikan untuk..." Ayatnya mati di situ. Untuk Maria?Atau untuk mak? Dia seperti teragak- agak untuk menyebut. 

Maria menyambut bungkusan itu dan terus duduk di kerusi malas. Senyap. Telekung yang dipakainya tidak dibuka lagi. Matanya jatuh kepada bungkusan itu. Dibuka perlahan- lahan. Imran melihat dengan penuh debar. Sudah terlalu lama mereka tidak bersua. Terasa kekok.

Di dalam bungkusan itu ada sekeping kad merah dan juga sehelai baju kurung serta sehelai..... tudung.
Warna hijau muda. Sesuai dengan kulit Maria yang cerah. Di atas kad merah itu terdapat tulisan Imran. 
" Untuk Maria Manisa Binti Ahmad, mak Mohammad Imran Haikal Abdullah"

Maria mencampakkan kad itu ke atas lantai. Mukanya berkerut kelat. Imran tenang. Ada hikmahnya Im.

" Aku bukan mak kau! Tak faham lagikah?" Imran diam. Sabar.. sabar.

" Heh! Mak? Kalau betul kau anggap aku mak, kenapa kau tak datang jenguk aku hah? Kenapa kau tak pulang beraya?? Kenapa kau biar aku tertunggu- tunggu kau tanpa khabar berita? Kalau bukan kerana Pak Mat dan Bedah, aku pasti tak tahu langsung perkembangan kau! Bodoh! Aku benci kau! Benci!"
Maria tiba- tiba begitu beremosi. Air matanya mengalir laju. Entah kenapa jauh di lubuk hatinya terasa begitu rindu dengan pemuda ini. Rindu dengan pertengkaran mereka. Rindu dengan suaranya. Rindu Imran.

Imran hanya membisu. Dibiarkan wanita ini meluahkan perasaannya. Di dalam hati Imran, berbunga- bunga gembira. Maria menunggu aku. Maria tidak tahu selama ini Imran selalu menjenguk Maria. Dibunuhnya ular yang cuba membuat sarang di rumah itu. Dibetulkan tingkap yang sudah rapuh. Semua itu Maria tidak tahu. Biarlah dulu. 

Maria menghampiri Imran dan mencampak bungkusan itu di muka Imran. Marah!
" Aku tak mahu ini! Aku tak perlu semua ini! Aku senang sekarang! "

" Aku bukan mak kau, Imran! Aku BUKAN MAK KAU!!!" 

Maria menjerit dengan penuh emosi. Suaranya serak. Matanya banjir. Wajahnya basah. Maria terduduk di hadapan Imran. Imran hanya diam. Imran menghampiri Maria dan duduk di hadapan Maria. Perlahan bahu Maria dirangkulnya masuk di dalam pelukan hangatnya. Dagu Imran bersentuh dengan kepala Maria. Maria penat beremosi. Maria membiarkan badannya dalam hangat pelukan Imran. Sesekali dipukul- pukul dada sasa Imran. Benci kau! Benci kau!

" Kau memang bukan mak aku Maria.. memang kau bukan mak aku." Imran perlahan mengiyakan kata- kata Imran. Maria terkejut. Tangisannya terhenti. Bukankah memang ini yang aku harapkan? Bukankah memang ayat ini yang aku selalu mahu dengar? Tapi, mengapa.... aku rasa hatiku bagai dicucuk seribu duri? Maria berhenti memukul Imran lalu cuba meleraikan pelukan Imran. Namun, pelukan Imran terlalu kuat.

" Maria, kau bukan mak aku..." Ahhhh!! Peritnya ayat ini! Jangan kau ucap lagi Imran! Jangan!! Berhenti!! Hati Maria tak berhenti menjerit. Ingin saja ditekup kedua telinganya.

" Tapi kau adalah syurga duniaku. Syurga aku di bawah tapak kakimu. Izinkan aku memasuki syurgaNya bersama tapak kakimu. Bersama kau." Imran membisik. Air matanya sudah tidak tetahan. Ego jantannya kalah. Maria senyap. Air mata kembali membanjiri wajahnya. Senyum. Maria senyum dalam tangisan.

" Panggil aku mak." Dalam sendu senyuman Maria memegang tangan Imran yang besar itu dan digenggamnya erat.
Imran senyum. Di dalam hatinya tak terhingga ucapan syukur.

Senyap..


" Hai mak, mak apa khabar?" Tersekat- sekat suara Imran. Maria tersenyum. Ya Allah, maafkan aku kerana dosaku. Peliharalah anak ini dan tempatkan dia di dalam syurgaMu.
_________________________________________________________

Tamat.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails