Pencanting tegar

Showing posts with label keOTan. Show all posts
Showing posts with label keOTan. Show all posts

3/18/12

Menadah muka ke langit

Kisah hari Jumaat lepas.

Macam biasa, kelas mula antara pukul 8.30 atau 9 pagi. Cuaca pagi ini cantik, tak hujan. Betullah, waktu Dhuha yang cantik dan indah.
Hari ini merupakan hari keempat aku berjalan kaki ke Bangunan Yayasan Selangor (BYS) dan merupakan hari kedua aku berjalan kaki seorang diri. Dengan T-Shirt, jeans, kasut Crocs serta backpack kotak-kotak ungu, aku rasa tak ubah macam budak sekolah yang selenge. Haha. Peduli apa! 
Nawaitu yang penting!

Hekceli, takut jugak jalan sorang- sorang ni. Pakai MP3 dan jalan. Hari ni, aku tak rushing. Malas nak tergesa- gesa. Aku jalan dengan penuh lenggang kangkung menikmati udara pagi yang sejuk dan mendamaikan. 
Tak dinafikan terdapat muka- muka Mat Bangla, Mat Hitam dan segala jenis Mat sepanjang perjalanan aku ke BYS. 
Tapi, aku yakinkan diri aku. Dunia ini milik Allah. Sesuatu itu tidak akan berlaku tanpa keizinanNya. Jadi, hanya Allah sebaik- baik pelindung aku. Dalam hati aku cuba tanamkan, " Ya Allah, lindungi hambaMu ini."

Sepanjang perjalanan, suara Maher Zain dan Hafiz Hamidun mengetuk- ngetuk gegendang telinga. Lepas tu, suara Ustaz Kazim pula. Ceramah tentang wanita. Sesekali aku tergelak sendiri. Ya, seorang diri. Aku rasa orang- orang yang tengok aku barangkali fikir aku gila. Kehkehkeh. 

Cahaya matahari menyilaukan mata namun membelai lembut kulit pipi. Matahari berselindung di sebalik menara Celcom, tapi cahayanya membias ke langit dan menerangi pagi indah hari ini. Aku wonder, adakah aku seorang saja yang perasan dengan keindahan pagi ini?

Semua orang sibuk berkejaran untuk pergi kerja.

Ya, pagi yang cukup indah. Allah begitu pemurah. Semua orang dapat menikmati keindahan pagi ini. Jahat, baik, jahil, alim. Semua! 
Bagaimana lagi kita tidak mahu bersyukur?

Dengan limpahan nikmat dan rahmat dariNya,
sudah cukup bersyukurkah kita?

dan ya, itu baru nikmat waktu pagi.


3/14/12

Bertahan

Hati ini sering berdoa, meminta pada Yang Tak Mati itu.. agar ditetapkan iman.. di sabarkan hati dan dimudahkan n disegerakan urusan itu.

Kita dah plan macam- macam. Plan A? Plan B? Plan C? Semua dah gerak. Sekarang tinggal istiqomah dan menunggu green light dari Maha Kuasa.

Kalau Allah nak, Dia boleh make it happen sekarang juga kerana tiada apa yang mustahil bagiNya. Tapi, Dia tangguhkan.. Dia lengahkan..
Untuk apa lambat sangat?

Untuk menguji hati- hati yang meminta ini. Untuk menguji hati- hati yang mengaku yakin kepadaNya.
Diuji sabar, iman, akhlak, bisikan lagha, kesihatan serta manusia sekitar.
- Bagaimana kamu kata kamu sudah beriman sebelum kamu diuji?"

Untuk apa?

Untuk persediaan di hari bahagia yang akan datang. InsyaAllah. InsyaAllah.
Allah itu Maha Mendengar, Maha Mengetahui isi hati hamba- hambaNya.

Ya Allah yang Maha Mengetahui setiap bisikan kecil hati- hati kami. Dengarkanlah hajat kami. Permudahkanlah ia ya Allah. Sungguh, Engkau Maha Kuasa, Maha Mendengar dan Maha Mengetahui.

p/s: Kita rasa kita dah buat plan yang paling cun, tapi sebenarnya Allah ada plan yang lebih cool untuk kita.
Setiap kebahagiaan itu mulanya dengan sedikit kesakitan.
Setiap kejayaan itu mulanya dengan sedikit kekecewaan.

:)

2/21/12

Pencuri masa


Entah berapa alam aku mula menyepikan diri dari dunia maya.
Malas.
Blogwalking pun macam- macam tu saja.
Madah2? Tak ada dah.
Malas. Malas.

Syukur Alhamdulillah atas nikmat yang Dia limpahkan kepada aku yang saban hari selalu lupa pada nikmat pemberianNya. Ya Allah, ampunilah hamba hinaMu ini. Result? Syukur. 

Tahun 3 sem 2. Tak sangka begitu cepat masa menelan umur aku. Dah tua rupanya. Tak boleh lagi buat perangai 17 tahun yang tak matang langsung. Tak boleh lagi merajuk- rajuk oversensitive. Tak boleh lagi nak tantrum mengada- ngada. ( tunggu dengan suami nanti buat tantrum balik. HAHA! )

Pada umur yang sudah 20- an, harus kuat. Kuat mental, kuat fizikal, kuat hati dan kuat iman. 
Tadi masa solat Maghrib, masa baca doa. Entah kenapa hati sebak benar. Walhal itulah doa yang hari- hari aku baca cuma diubah sedikit contentnya bagi sesuai untuk jemaah. Tiba- tiba terfikir, agak2 kalau aku mati time ni, Allah ampunkan tak dosa aku yang tak sempat aku nak cover dulu?

Oh Allah! Maintainkanlah kami di atas jalanMu!

Masa bergerak pantas. Masa semakin penuh. Sempit. Takutnya dah tak ada ruang lengang. Menyesal pula masa waktu banyak masa muda2 dulu tak digunakan dengan baik. Meronggeng adalah! 
Study makin tough. Dugaan semakin hebat. Oh Allah! Aku tak kuat macam badang, aku tak terer.. titipkanlah kekuatan di dalam diri kami keranaMu ya Allah! 

Oh Allah pemilik segala hati. Yang mampu membolak- balikkan hati. Kau jagalah hati- hati kami supaya kukuh di atas jalanMu! Titipkanlah rasa cinta antara kami keranaMu. Kurniakan kami cinta keranaMu supaya masjid yang bakal kami bina kekal sehingga ke JannahMu, InsyaAllah.

Tengah study O&M sebenarnya. Curi masa sebentar dengan blogging kejap. Lakar peringatan buat diri aku dan kamu. 

p/s: Kalau sempat curi masa untuk berblogging, kenapa tak boleh curi masa untuk beribadah? 

11/26/11

How was I doing?

Being an occupational therapist ain't that easy.

It's already been a week here. Yeah, in this hospital. Sungai Buloh. For this first week, I think I am the dumbest person on earth.
Down. One best word to describe me.

Lacking of skills, knowledge, communication skill really turns me off for being an OT. Stop judging people.
Everyone have their very own perspectives of life. Their own coping skill.
Mine? Maybe good enough to not being a psychiatric. Yet?

Depression, blues are running around my head on an on. But hey, I came all the way from KL to learn right?
I should not stop here right?

Sigh. It's hard to be occupational therapist. We have to handle patients holistically.
Head to toe. In and out.

Sometimes, I regret to not listen to my heart before.
OT is something that I know. But it's not something that I like, something that I adore of.

It's a little too late to regret this.

However, throughout these 3 years... OT is quite interesting profession. I am kinda like it. I shall nurture the love ine me with OT.
InsyaAllah.. I will make it through.

p/s: I just love art.
      Ya Allah, do guide me throughout this journey. Ameen.

10/8/11

Psycho

The more I learn about psychiatric, the more I know..

The psychiatric symptoms do lies in me.
Even in everyone of us.

I'm starting to learn about myself. To control all of the manic ideas that may blurt out.

Psycho?

Kau orang pun sama. Stop denying.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails