Pencanting tegar

Showing posts with label suami. Show all posts
Showing posts with label suami. Show all posts

3/14/12

Bertahan

Hati ini sering berdoa, meminta pada Yang Tak Mati itu.. agar ditetapkan iman.. di sabarkan hati dan dimudahkan n disegerakan urusan itu.

Kita dah plan macam- macam. Plan A? Plan B? Plan C? Semua dah gerak. Sekarang tinggal istiqomah dan menunggu green light dari Maha Kuasa.

Kalau Allah nak, Dia boleh make it happen sekarang juga kerana tiada apa yang mustahil bagiNya. Tapi, Dia tangguhkan.. Dia lengahkan..
Untuk apa lambat sangat?

Untuk menguji hati- hati yang meminta ini. Untuk menguji hati- hati yang mengaku yakin kepadaNya.
Diuji sabar, iman, akhlak, bisikan lagha, kesihatan serta manusia sekitar.
- Bagaimana kamu kata kamu sudah beriman sebelum kamu diuji?"

Untuk apa?

Untuk persediaan di hari bahagia yang akan datang. InsyaAllah. InsyaAllah.
Allah itu Maha Mendengar, Maha Mengetahui isi hati hamba- hambaNya.

Ya Allah yang Maha Mengetahui setiap bisikan kecil hati- hati kami. Dengarkanlah hajat kami. Permudahkanlah ia ya Allah. Sungguh, Engkau Maha Kuasa, Maha Mendengar dan Maha Mengetahui.

p/s: Kita rasa kita dah buat plan yang paling cun, tapi sebenarnya Allah ada plan yang lebih cool untuk kita.
Setiap kebahagiaan itu mulanya dengan sedikit kesakitan.
Setiap kejayaan itu mulanya dengan sedikit kekecewaan.

:)

12/19/11

The garden that I adore most.

Lama tak menulis. Datang sini haritu pun sebab nak join GA NisaKay. Pergh...nasib la aku sempat, kalo tak menangis air mata  suci la aku. Dia dah totopp bhaii. Huuu~

Nampak no 638 tu? perghhhh..mujur sempat. Mujur jenguk2 jugak blog ni walau sibuk dengan 'awesome' posting tu. Lalalala~

**********************

Waktu- waktu kritikal berposting dah mula mengendur, jadi stress tu da tenang sikitlah sekarang ni. Sekarang aku kena siapkan assignment Psikiatrik dan lengkapkan case study untuk hantar ke jabatan. Ughh, banyak benda nak buat.

***********************

Sekarang ni hati sedang berbunga- bunga. Hehehe
Tapi, aku harap aku dapat lagi tahan hati ini untuk terus mekar kembang membunga. Bukan apa, takut cepat sangat bunganya kembang, indahnya itu awal sangat.. takut layunya pun cepat sangat.

Orang kata, gua nak slow & steady je bro.

Bukan buat dono tu tanda tak suka. Cuma, aku nak tahan bunga- bunga kat taman hati ni mekar cepat sangat. Sebab aku tengah tunggu bunga paling cantik di hati ini untuk mekar.
Tapi, tulah. Bunga tu lambat mekarnya, leceh jagaannya. Lama pulak tu baru berbunga.
Tu yang ramai orang tak sabar tu.

Tapi, aku nak jugak tunggu bunga tu. Biar lah leceh manapun, sebab aku tahu.. bila mekar saja bunganya tahan sampai aku menghembus nafas terakhirku. InsyaAllah.
Selalu saja aku pinta pada Tuhan, tolong aku jaga bunga ini. Aku ni lemah. Tak pandai nak jaga. Takut juga layu sebelum kembang.

Kepada external force yang membuat bunga- bunga kecil di taman hatiku berkembang mekar, tolong jangan bagi banyak sangat baja. Nanti bunga- bunga ini mati terlebih baja. Tolonglah saya jaga bunga- bunga di taman hati ini perlahan- lahan. Oh2, tolong juga saya jaga bunga yang paling cantik tu.

Sebab saya harap sangat... doa sangat.. yang bunga tu kembang mekar dengan indahnya... bila kita sudah halal. Bunga tu bukan untuk saya sorang je, awak pun mesti suka bila tengok bunga cantik tu nanti. ^^
Dengan harapan, bunga itu terus kembang hingga ke JannahNya. InsyaAllah.

Maafkan saya kalau saya lukakan taman awak.
Saya cuma nak jaga bunga- bunga dalam taman saya je. :)


P/s: A video that I would want 'the person' to watch.
Until Jannah. Yes, until Jannah. 

10/31/11

Cinta kuno

Orang kata, " Apalah kau ni, macam orang zaman kuno!"
Aku senyum.

Orang kata, " Kau hidup zaman bila ni? Tak ada orang bercinta macam kau lah! Antik betul! "
Aku ketawa.

Oh, tak apalah. Biar dunia ejek- ejekkan aku punya rasa. Apa istilah ' couple ' bila sudah suka?
Entah.
Aku tak suka term couple tu.

Kawan aku ada kata," Kau pasti ke dia? Entah dia sama saja dengan Adam lain yang luka- lukakan hati kau"

Well, kenal tak salah. Suka pun.. tak salah kan?
Mana nak tahu pun kalau ' si dia ' itu punya perasaan yang sama kan?

Aku dah janji dengan Tuhan. Kalaupun aku suka sama ini Adam, tapi aku harus malah wajib redhakan hati aku andai jodohku dengan Adam pilihanNya. Aku dah janji kena lapang dada. Sebab Dia lagi terer malah lebih kenal aku dari diri aku sendiri. Maka, pasti Dia tahu apa yang paling best untuk aku.

Tapi, tak salah juga. Kalau aku suka ini Adam. Aku harap perasaan ini menjadi guideline kami untuk jadi lebih baik. Kalau tiada pun jodoh antara kami, pertemuan kami ini tiada yang salahnya. Kami bertemu dan kami berubah. Menjadi lebih baik, InsyaAllah.

Tapi, tak salah juga kan? Andai aku pinta hari-  hari pada Pemilik hati aku ini agar satukan hatiku dengan hati 'si dia'. Dialah Pemilik segala hati, Yang mampu membolak- balikkan hati.
Semoga hati kami terikat dengan rahmatMu sehingga ke syurgaMu.


p/s: Tak acilah tang jodoh baru nak doa2. Tang lain tak mau doa ke? Kalau nak jadi baik, bukan untuk suami saja, tapi untuk seluruhnya! Pantas CKB! Dah lama sangat kau kecundang! Bangun!

9/27/11

Malam dingin yang hangat

Malam ini aku duduk termangu di depan laptop yang baru masuk tahun ketiga bersamaku.
Rheumatoid arthritis dan OTPF aku tatap satu- satu dengan mata yang semakin mahu layu.
Jasad umpama kayu terpacak di kerusi tak bisa bergerak sini sana
Sejuk.
Tapi masih hangat.
***************************
Orang kata.. dalam hati ada taman
Mungkin untuk aku.. bukan taman lagi..

Ia ada sebuah dunia penuh bunga dan kilauan bintang
Putih
Bersih
Suci

Patut kah aku punya perasaa berat sebelah ini?
Sedang patut aku letak redha di puncak emosi
Bukan rasa yang bias
Tak adil
Tak adil


Mungkin aku perlu minta lagi pada Tuhan
" Ya Allah, tolong jaga hati ini. Tolong jaga hati ini. Jangan biarkan aku menyerahkan kepada yang bukan sepatutnya. Hanya Kau yang Maha Memahami"

Jangan bias
Jangan berat sebelah




Ada satu suara di hujung kotak hati

" Aku berdoa pada Tuhan agar dia orangnya. Ya, dia. "

Allahumma ameen. Moga Allah permudahkan urusan kita.

Selamat belajar wahai mahasiswa sekalian.

6/9/11

Lelaki nampak comel bila...

Saya sangat setuju dengan pernyataan di bawah ...
Serius sangat comel
<3


Lelaki nampak sangat comel bila mereka lipat baju.

Lelaki nampak sangat comel bila mereka pandai bake a cake.

Lelaki nampak sangat comel bila mereka disuruh cari uban emak.

Lelaki nampak comel bila mereka melatah tanpa dibuat buat. Takat "Oh mak kau" je pun comel.

Lelaki nampak comel bila tidur dalam kesejukkan.

Lelaki nampak comel bila memandu sambil curi curi pandang awek dia yang duduk dekat passenger seat.

Lelaki nampak comel bila makan ais krim comot comot sampai ke pipi.

Lelaki nampak comel bila selesema atau bersin bersin tak henti henti.

Lelaki nampak comel bila mereka buat buat tahu padahal masih blur blur sebab tak ingat direction.

Lelaki nampak comel bila mereka ketakutan.

Lelaki nampak comel bila mereka menangis.

Lelaki nampak comel bila mereka solat dengan kain pelekat. Nampak macam abah abah.

Lelaki nampak comel bila mereka cuba buat muka serius tapi tiba tiba tergelak. Bergantung pada siapa yang buat lawak.

Lelaki nampak comel bila mereka membaca dengan khusyuk bukan dibuat buat.

Lelaki nampak comel bila mereka gelisah dan nervous.

Lelaki nampak comel bila mereka tekun bekerja especially yang bekerja di pejabat.

Lelaki nampak comel bila mereka cuba main gitar tapi ternyata sumbang mambang. Sekurang kurang mencuba katanya.


sumber sini 

<3
=)

6/8/11

Suami kena kuat

Assalamualaikum


Memanglah kalau dah kahwin tu suami memang kena kuat. Kalau tak kuat camne nak dukung bini yang tengah pregnant tu kan? Kan? Ha! Ha! Korang pikir kuat apa? Cepat je korang tekan eh? Otak kuning betul. Haha


Seorang suami haruslah kuat pertamanya dari segi agamanya.
Jadi, wajarlah adanya satu institusi atau seminar ke ape ke bagi mereka2 yang bergelar suami atau yang bakal jadi suami ini untuk bermuhasabah diri dan memperbaiki iman agar dapat memegang teguh agama dalam keluarga. 







Daripada buat isteri2 setia punye persatuan, baik buat persatuan suami soleh ke... kan? Isteri setia buat apenye nak berpersatuan? Duk umah le atenye jaga makan minum pakai anak suami ye dok? Suami tu kena bagi banyak ilmu agama, senang le deme nak paham yang agama Islam ni mudah dan penuh dengan kasih sayang. Ate kalau suaminya sembahyang pun idakk, bini sibuk persatuan sini sana.. nak kukuh mende rumahtanggenye? hoho
Rujuk sini.


Dari Dr. Fadzillah Kamsah. rujuk sini.


Ha, 10 sifat calon suami yang baik!


Agama!
Akhlaknya!
Tegas!
Amanah!
Tak boros!
Jaga pandangan tak tengok perempuan lain!
Jaga batas pergaulan!
Rakan pergaulan yang baik!
Bertanggungjawab!
Wajah tenang!


Ha, kalau anda yang kaum Adam ni nak jadi calon suami yang baik, bolehlah baca ulasan lanjut di sini ye.


Selain itu, anda juga boleh rujuk sini untuk menambah ilmu tentang bagaimana untuk menjadi suami atau bakal suami yang baik. 


Sesungguhnya telah ditetapkan jodoh kita di Lauhul Mahfuz. Lelaki yang baik adalah untuk perempuan yang baik dan begitulah sebaliknya. Jika kamu seorang yang baik tetapi mendapat pasangan yang tidak baik, pohonlah padaNya. sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana. 


Selamat bertemu jodoh kalian =)

5/24/11

Tak boleh hidup tanpa kau walaupun aku mati.

Assalamualaikum wbt

Can't live without you even if I die by 2 AM.

Aku bukanlah peminat cerita korea. Tapi, kalau kau pasang aku layan je. Sebab bagi aku, cerita korea ke..apa- apalah cerita bersiri macam dadah. It's addictive. Sekali kau tengok, kau nak tengok lagi dan lagi. Jadi, kalau di asrama aku lebih suka tengok muvi berbanding drama. Tapi, kalau member dah pasang aku layan jer lah kan sampai kejang urat mata aku. Haha.
*****************************************************************

Sudah berapa ramai kes bunuh diri terjun bangunan shopping complex, terjun gaung, terjun laut dan segala jenis terjun yang dilakukan oleh si pembunuh diri ini. Kita tolak kes yang berkait dengan politik kerana aku ingin bicara soal cinta kini. Hehe.

I'll love you forever
We got an everlasting love
Aku tunggu kau hingga ke syurga
Can't live without you even if I die
Aku cinta kau sampai mati
Aku tunggu kau seribu tahun

Ha, apa lagi? Aku cinta kau sampai kucing bertanduk? Haha. Begitulah ayat- ayat manis yang sering diungkap bagi mereka yang sedang dilamun cinta mintan.
Segala janji manis ditabur, bila rasa itu habis.. habis madu sepah dibuang.


Bila clash, menangis macam nak pengsan macam dia ajelah lelaki/ perempuan yang tinggal kat bumi ni. Pastu menagih kembali kasih sayang si dia yang ternyata dah tak nak kat kau lagi. Siap ugut nak bunuh diri lah... nak buat benda jahat lahhh.. rosakkan hubungan orang tu dengan kekasih dia lahhh..ape kes ni deyy?

Bila laki tu dah tak mau dengan kau, mulalah tulis surat pepanjang then terjun bangunan. Otak bersepai. Impian hancur.
Katanya, biarlah aku tunggu kau di pintu syurga. Kat pintu jelah sebab nanti dia akan masuk neraka. Yelah, bunuh diri tu kan dosa besar. Haish.

Sebelum berjumpa dengan si dia elok je kau hidup sensorang, takkanlah lepas putus dengan dia kau hilang terus liver kau kann? Baru couple deyy, tak kahwin lagi janganlah beriya sangat.

Biasalah, bila clash mesti sedih. Bila orang tak nak kat kau mesti kau rasa loser habis. Tapi, chill sudahh.
Janganlah sampai nak cederakan diri, bunuh diri, register kan diri masuk Hospital Bahagia, baling asid semua..

Hidup ni indah peoples!
Yang patah akan tumbuh.
Yang hilang akan berganti.

Sekalipun yang tumbuh itu tidakkan sama dengan yang patah, tetapi yang tumbuh itu baru, fresh dan lebih baik.
Manakan sama yang berganti itu dengan yang hilang kan?
Tapi, percayalah.. apabila kita bersabar dengan sesuatu InsyaAllah, Allah akan memulangkan kepada kita dengan perkara yang lebih baik.
Bersabarlah dalam sabar.

Redhakan mereka yang pergi, redhakan mereka yang tak mahu kau lagi.
Redhakan apa yang terjadi, redhakan apa jua situasi.
Nescaya kau akan lebih mengerti
Bahawa dunia ini indah dan hilanglah rasa benci.

Sekali sekala, kita perlu mengecewakan hati demi iman.
Sekali sekala kita perlu lukakan hati demi iman.
Tapi, percayalah.. duka itu hanya sementara.
Allah sedang mengatur rancangan yang lebih baik untuk hambaNya.
Maka, kau harus percaya.
Jangan mudah putus asa
Teruskan menadah tangan berdoa.
" Temukan aku dengan jodohku yang mulia,
Yang mampu membawaku sehingga ke syurga
Yang sentiasa mencari redhaNya
Yang setia bermalam dalam sujudnya"

Allahumma ameen
;)

2/25/11

Rahmat putus cinta : 2

Assalamualaikum wbt.

Ada orang bertanya, apa rahmat putus cinta ?
Kalau sekalipun cinta kita itu ikhlas?
Sekalipun kita benar jujur dalam menuturkan cinta ?
Sekalipun kita tulus? Tapi?
Akhirnya masih lagi putus cinta? Masihhh lagi orang tak berlaku jujur pada kamu?
Demm demm demm. Jahat gila dorang tu tipu kau yang jujur ni.


" Hak ela CKB! Lu tak tahu, lu tak pernah kena tipu, lu tak pernah rasa lu boleh lah cakap kencang! Bajet lah lu! Lu tak tau apa gua rasa selama ni! Gua demm punya ikhlas! "

Erk, sabar dulu bro sis. Dalam entri Rahmat putus cinta yang lepas, ada dinyatakan. Namun, mungkin ada yang kurang faham. Lek lu derr lek lu . Oh oh, mana kau tahu aku tak punya pengalaman? Sudah aku nyatakan rasanya, segala yang tercatit semuanya dicedok serba serbi dari pengalaman aku dan sesiapa di sekeliling aku. Tak tahu maka sila senyap. Terima kasih.

Cinta saya ikhlas 

Ok. Kau jujur. Kau ikhlas. Kau tulus. Ciskek! Dia yang jahat! Dia yang tipu kau kan? Demm demm demm.
Baiklah, mari kita imbas kembali. Atas dasar apa kamu tangkap cinta sama dia?

1. Dia sangat cun/ hemsem
2. Cuma kerana dia. Dia yang menyempurnakan hidupku.
3. Kerana nafsu. Grrr
4. Aku sunyi.
5. Kerana aku rasa dia mampu mendekatkan aku kepada Allah.

Erm, ok. Aku biarkan smua ini bermain dalam fikiran kamu. Ingat, kita masih muda. Jangan matikan akal.
********

Apa rahmat putus cinta ni?

Pertama. Kau berpeluang spend lama gila masa atas sejadah. Yelah, kau kan tengah kecewa. Nak cakap kat sapa lagi? Ex kau? Ah, usah serabutkan semak yang ada. Cari lah Allah. Allah kan Maha Mendengar. Kau lepak je lama2 atas sejadah lepas solat tu. Tak payahh la nak over2 bacaannya kalau kita tak arif. Zikir simple dan doa banyak2 . Doa itu senjata mukmin. Cisdale! Tak tahula pulak nak doa macam mana. Kau cakap je macam mana pun. Mintak elok2 je la. Mintak hari2. Dah lama- lama tu kau jadi immune kau sentiasa nak lepak atas sejadah luangkan masa personal kau dengan Allah. Ha, kan dah satu rahmat tu. Bila lagi kau nak luangkan masa dengan Pencipta kau kan? Masa bercinta dulu tak sempat. Pantang lambat balas mesej awek kau muncung panjang.

Kedua. Yay! Jimat baii gua punya kredit.

Ketiga. Kau akan jumpa nanti. Malas aku cerita panjang. Ya lahh, aku kan tak tahu apa. Apa guna aku cakap pasal benda aku tak pernah rasa kan? ( Cisdale! )



Senang cerita, apabila kita dilanda kedukaan.. itu sebenarnya adalah satu pembuka jalan yang Allah sediakan untuk kita mencari dan mengenali Allah. Kita dah jauh agaknya, maka Dia tutup satu jalan bahagia yang kita suka itu dan sediakan jalan bahagia yang lain dengan mencariNya. Setiap dugaan dan ujian kita lalui itu sebenarnya adalah satu jalan yang Allah buka untuk kita untuk improve tahap iman kita.

Dan yaaa, benci betull korang dengan CKB.

" Cisdale! CKB ni bukannya baik mana. Haktuih! "

Yezza, aku jua manusia biasa. Punya cela di mana- mana. Ingin aku pinjam kata2 nasihat seorang akhi kepada aku,

"Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti aku yg tbaik dikalngan kamu, bukn juga yg paling soleh dikalangan kamu, kerna aku juga pernah melampaui batas utk diri ku sendiri, seandainya sesorang itu hnya dpt menyampaikan dakwah pabila ia menjadi sempurna nescaya tidak akan ada para pendakwah. Maka akn jadi sedikitlah org yg memberi peringatan " Pesanan Imam Hassan al- Basri.

Renung2kan dan selamat beramal!

p/s: percayalah. satu hari nanti kau akan bersyukur kerana diberatkan bahumu dengan seribu ujian, kerana pada akhirnya kau mengukir berjuta senyuman. =D

Putus cinta itu rahmat

Assalamulaikum semua. Apa khabaq?
Aku tak blogwalking lagi. Nantilah kalau rajin baru BW.

Sape kat sini pernah putus cinta? Frust menonggeng guling- guling? Pernah tak?  Tipu lah kau cakap tak pernahh. Ape? Tak pernah?? Maksudnya cinta kau masih teguh pada Allah, Rasulullah dan ibu bapa kau je buat masa sekarang ni. Alhamdulillah.
Bagi yang pernah, haa...kat sini pendeta nak bagi tips tips move on yang InsyaAllah berkesan.

Sakit tak bila putus cinta? Mestilah sakit kan? Rasa hatiku dirobek- robek oleh garpu rumput tu. Kemudian, kau rasa down like hell. Bila jumpa lagi calon yang MUNGKIN akan buat kau bahagia... tettttt, kau kecewa lagi dan lagi dan lagi sampai lebam. Kita selalu berdoa agar Allah bagi kita bertemu dengan jodoh kita, tapi  bila kita rasa seseorang tu jodoh kita.. tup tup kecewa menerjah hati lagi.



Doa tak makbul?


Agak- agak kenapa jadi macam tu? Takkan lah Allah tak nak kabulkan doa kita kot? Haa, meh sini duduk rapat2 aku bercerita serba sikit dari pengalaman dan ilmu cetekku untuk aku kongsi dengan kalian. Meh2 rapat. Haip! Yang bukan mahram tu pehal rapat sangat tuh? Lempang sedas baru tau.

Rasa jeles tengok kawan kita yang kapel..hepi je. Kita ni asyik kecewa je. Demm demm demm. Pernah tak kita terfikir kenapa kita asyik salah pilih orang? Ahha! Jodoh sebenar kita sebenarnya telah ditentukan di Luhmahfuz. Tak kira dengan jalan apa kita ambil dia, baik halal mahupun jalan maksiat.. orangnya tetap itu juga. Cuma bezanya adalah rasa berkahnya.

Ok, back to the topic.
Before you meet your Mr. Right, you will meet many Mr. Wrong.. Sebenarnya, Tuhan nak tunjukkan kat kita. Ada lah salah kita here and there yang kita mungkin tak perasan yang tuhan nak suruh kita perbaiki. And hakikat sebenarnya kita masih belum bersedia untuk berumah tangga. Makanya, Allah turunkan sedikit ujian dengan menarik orang yang bukan mahram kita sayang tu dan datanglah kesedihan hati.

Standard typical manusia lah kan, bila susah baru nak cari Tuhan. Ha, itulah tujuan sebenarnya. Kalau kita tak alami kekecewaan jiwa ni, ade ke kome pergi lepak kat sejadah lepas solat lama2 sikit borak2 ngan Tuhan? Ade? Ade? Ce citer ce citer. Takde kan. Lepas solat laju2 kau terjah enset mesej ," Ayang da solat ;) ."
Choyy
Ingatlah wahai kawan- kawan. Apabila kita dilanda ujian dan dugaan, itu adalah tanda Allah sayang kita.

Allah SWT berkata:
   " Ketika Allah sukakan kepada seorang hamba, Dia mengujinya. Jika dia sabar menghadapinya, Dia hindarkan. Jika dia rela, Dia memilihnya."


Rasulullah SAW bersabda:
   " Dalam sabar terhadap sesuatu yang kamu benci terdapat banyak kebaikan."



rujuk entri ini

Tips2 move on

Pertama, dekatkan diri dengan Tuhan. Sentiasa pujuk hati dengan berbicara dengan Allah. Tengah2 malam tu waktu sesuai tau. Apa? Tak reti nak solat sunat and doa Bahasa Arab ala2 Pak Syeikh?? Hey2, jangan risau brader sistah, Allah itu Maha Bijaksana dan Maha Mengetahui. Dia yang menciptakan kita masakan Dia tak tahu apa yang kita nak bicarakan betul tak? Kalau rasa macam tak reti, ambil saja wuduk atau buat selepas solat fardhu.. lepak lama sikit atas sejadah tu. Kita bicaralah semahunya. Mintalah dengan Dia. Dia dengar hati kita. Dia dengar rintih kita. Cuma kita terlalu ego nak jugak2 carik orang lain. Haish!

Kedua, tiuplah semangat baru ke dalam diri. Teguhkan pendirian. Tegaskan pegangan. Fokuskan dirimu kepada yang lebih berhak. Ubat hati itu ayat Al- Quran. Berdampinglah selalu dengannya. Hayati baitnya. ;)

Ketiga, sibukkan diri kamu. Join aktiviti. Balik je bilik, solat Isyak terus tidur. Bangun pagi awal sikit sebelum subuh boleh buat tahajjud. Tahajjud itu sumber kekuatan. Carilah kekuatanmu dalam tahajjud itu okeh?

Selebihnya boleh kamu kamu semua rujuk di sini. Yang aku listkan di sini dicedok bulat2 dari pengalaman aku sendiri. Ini yang utama.


Di sini aku ingin ajarkan satu doa yang aku amalkan diajar oleh abah masa tazkirah dulu :

    " Ya Allah ya Tuhanku, ampunkanlah dosa2ku yang banyak ini.. permudahkanlah segala urusan dunia akhiratku, permudahkanlah segala urusan hidup dan matiku, permudahkanlah segala urusan kejayaan dan kebahagiaanku dunia akhirat serta permudahkanlah urusan jodohku. Ya Allah, andainya dia adalah jodohku, dekatkanlah hati kami, satukanlah jiwa kami, wujudkanlah rasa cinta antara kami keranaMu. Jadikanlah dia cintaku yang membawaku lebih dekat padaMu. Kekalkan rasa cinta dan bahagia itu sehingga ke syurgaMu. Dan seandainya dia bukan untukku, permudahkan urusan kami dan damaikan kami dengan ketentuanMu. Sungguh Kau Maha Mengetahui lagi Maha Pengasih."


p/s: aku tak punya banyak ilmu. secetek kulit bawang mungkin. Tapi yang cetek ini jualah yang ingin aku kongsi. Semoga ia memberi manfaat kepada kamu. Salam menemui bahagia ;)

12/28/10

Mari tutup bulu kaki!

Salam alaik buat semua kamu semua yang pastinya tak rindukan aku. ( ayat tacink )
Uhum, sejak dua menjak ni aku kurang sikit blogwalking. Hal ini kerana aku tidak ber sleepwalking kelmarin.
Tak apalah. Kegembiraan melampau dalam menyambut anak saudara kedua yakni Faris telah mengalihkan segala fokusku terhadap sekelilingku. Fer, macamlah aku yang beranak! Laki pun tak dop!

Semalam, baru dapat satu assignment. Otakku tampaknya masih belum bersedia dalam menerima segala butiran ilmu. Dah lama sangat dibiarkan rehat sehingga berkarat. Pandangan kosong sambil melampiaskan senyuman tak bermakna mempamerkan gigi kurang memenuhi struktur arkitek terkemuka.

***


Aurat. Aurat bukanlah sekadar menutup rambut serta kulit badan anda. Ia lebih dari sekadar menutup bulu kaki yang menggerinting halus.
Kalau dibandingkan dengan zaman dahulu, sekarang ini populasi wanita yang memakai tudung sudah semakin meningkat. Ya, manis betul bila mereka bertudung. Tapi, perasan tak? Cara mereka berhijab jelas pula nampaknya batang leher mereka.. belit punya belit tudung..ferrr..panjang tu tudung dye..labuh! Tapi... nampak pulah bahagian dada nye. Eh?

Aku rasa tak perlulah aku jelaskan apakah itu aurat. Aurat merupakan bahagian aib. Jadi, nape nak tunjukkan aib kita kepada umum?  Tunjuk ketiak yang baru cukur dengan muka bangga. Kaki yang baru guna VEET ditayang bersama hentakan kaki ala- ala kucing jalan (catwalk).

Erm, aku pasti bagi mereka yang sudah mengenali aku dahulu atau belum pun kenal siapa aku pasti kamu berasa jelik dengan ayat- ayat poyoku ini. Ya, benar. Aku pernah berada dalam golongan itu. Jadi, aku tahu apa rasanya. Apa rasanya? Rasa best bila lelaki tengok ko tak kelip- kelip mata. Rasa HOT abesss arr.
Rasa kau la yang paling chantek di dalam Times Square tu walaupun kau tahu kau hanya berangan je lebih.
Tapi, what's the point? Kau bagi semua orang tengok body kau meliang-liuk, semua orang nak ngorat kau..kerana kau nampak HOT.
Tapi, tak ada seorang pun yang ingin mendekati kau kerana keikhlasan ingin merobah dan memimpin kau.
Tayang sana tayang sini, bagi orang raba sana sini. Mereka tak lebih mendekati kau hanya kerana ingin mengambil kesempatan. Tak rasa sedih ke?Macam sangat pathetic kan?

Percayalah, mana- mana lelaki pun pasti mahukan yang at least tahu menjaga maruah. Kalau dah terdedah sana sini pe barang bro... macam ayam jual kat Pasar Chow Kit je.

Tadi, aku baca blog sapa ntah. Ada gambar artis ni ( tak perlu sebut nama ) berdiri megah di sisi boyprennya sambil berposing ala- ala Paris Hilton. Malang sekali buat artis ini, beliau terlupa kot mencukur bulu ketiiaknya macam ternampak la rerambut halus itu terkeluar dari ketiak beliau. Omaigod! omaigod! Malu beb!

Ha, cuba kalau korang pakai pakaian yang sopan..baju lengan panjang yang longgar dan selesa. Kalau korang simpan bulu ketiak sampai leh buat tocang pon sapa tahu kan? Itu rahsia kamu saja. ( Kasihan suami kamu )

Apa- apa pun, jom pakai pakaian yang sopan. Barulah cool. Say no to bulu ketiak tersembul!
hahahaha

^^

12/25/10

entri kurang berkualiti. jangan baca. nanti korang jagi gila.

Hari ni sangat serabut. Oh, lupa pulak..Assalamualaikum kamu semua.
Ok, sambung. Hari ni sangat serabut pada awal paginya. Sebagai Exco Program merangkap protokol, aku dan Nani dikejutkan sekali lagi sampai kami dah tak rasa terkejut pun dengan perubahan perjalanan program yang tiba- tiba. Program ape? Program..hehehe

KURSUS KAHWIN!
Tulisan perlu besar bersama tanda (!) juga perlu berwarna eye-catching supaya bagi perasaan terkejut dan excited kepada korang. Jangan euphoria.

Harharhar ( dengan penuh perasaan bangga ). Selain daripada menjadi seorang Exco yang tak delah berdedikasi sangat, aku juga merupakan seorang peserta kursus tersebut. Percaya tak? hahaha

Anyway, banyak ilmu yang dipelajari hari ni. Opkos sangat penat sebab dari pukul 8 pagi sampai 5.30 petang kursus tu. Esok ada lagi sampai pukul 1 petang.

Erm...oh ye!

Angah aku telah selamat melahirkan anaknya pada pukul 2.10 pagi tadi bertarikh 25 Disember dan 19 Muharram. Dengan berat 2.85 kg  baby boy itu telah diberi nama Mohd. Faris Iman Bin Mohd. Irwan.

Faris = Pahlawan
Iman = Kepercayaan

Mohd. Faris Iman = Pahlawan beriman yang terpuji

Alhamdulillah. Syukur ke hadratNya selamat semuanya. Sekarang ni orang nak letak nama anak dasyat2..nak western.. gelamer gelamer... Tapi mereka terlupa. Apakah maksud di sebalik nama itu. Ingatlah, ketika kita dihimpunkan di Padang Masyar nanti, kita akan dipanggil dengan nama beserta nama bapa kita. Jadi, bagilah nama- nama yang baik kepada keturunan kamu. ^^  

p/s : tak sabar nak ada anak sendiri. mesti best kan? ^^


12/20/10

Si dia sayangkan aku. Aku pasti!

Salam alaik buat pembaca sekalian.
Entry kali ni agak serius dan kurang santainya, so enjoy lah.

*******************
Dia sayangkan aku. Aku tahu tu. Boyfriend aku ni leh tahan lah hensemnya, tapi aku tak kisah semua tu. Yang penting, hati dia baik. Dia tak pernah tinggal solat. Aku percaya, dia lah calon suamiku yang aku cari selama ni.



Ala, biasalah..kapel2 kan..mesti ada lambungan ombak. Gaduh- gaduh tu biasalah. Bila time gaduh, kadang- kadang ( atau selalunya ) akan memaki- maki. Segala perkataan kelat yang ada dalam dunia ni habis dihamburkan.Aku malas nak balas, nanti lagi haru. Dia ni kuat jeles tau. Kalau dia jeles tu, mula lah dia emo semacam. Mengalahkan perempuan period! Kalau emo sangat tu kadang- kadang dia naik tangan. Dia pernah tampar aku sebab aku pertahankan member laki aku. Tapi, takperla. Jelous tu tanda sayang kan?


Kadang- kadang rasa benganglah jugak. Selalu sangat maki hamun, pernah ada sekali tu dia pukul aku sampai lebam lengan aku. Sedih! Tapi lepas tu dia akan pujuk aku. Dia akan belikan aku hadiah dan minta maaf. So, perasaan bengang dan sedih tu dah terubat.


Dia selalu kata, dia tak nak sape2 sentuh aku. Dia suruh aku jaga maruah aku bila keluar dengan member2 laki lain. Hehe..kan dah cakap dia ni baik orangnya. Masa birthday aku, dia hadiahkan teddy bear n bunga ros sambil nyanyi lagu birthday kat aku. Sweet kan? Dia peluk aku dan cium pipi aku. Malunya! Hehe


Satu hari, kami keluar malam. Jam dah menunjukkan pukul 2 pagi. Ish, takkan aku nak balik rumah waktu macam ni?? Mampus kena pelangkung dengan mak aku. Jadi kami sewa hotel. Tapi kami tak buat apa2! 
Erm.. entah macam mana, kami terlanjur. Astaghfirlah! Apa kami dah buat ni??? Aku ketakutan.
2 bulan kemudian, aku dapati aku sudah mengandung. Ya Allah!! Aku khabarkan berita ni kepada si dia. Si dia punyalah terkejut dan tanpa berfikir panjang dia suruh aku abort. Aku taknak!! Aku nak baby ni....
Tapi dia ugut aku macam2... jadi, akhirnya..kami abort jugak.




Sekarang ni..dah hampir setahun kejadian tu berlalu. Dan kami masih kapel. Tapi perasaan tu tak macam dulu. Walau macam mana pun.. aku tak boleh kehilangan dia..aku sayang dia..dan aku tahu dia sayang aku. Tapi, tulah. Dia selalu maki hamun aku pastu nak pukul- pukul pulak. Bila ajak kahwin, dia kata takde duit. Yelah, student lagikan. Tapi sampai bila?

********************



Erm, bagaimana kita nak tahu yang si dia kesayangan kita tu sayangkan kita?

1. Dia akan menjaga maruah dan melindungi kita. Dia akan pertahankan kamu walaupun membabitkan nyawanya sekalipun demi melindungi maruah dan agama.


2. Dia tidak akan sekali- kali menyentuh kita. Kerana dia terlalu sayangkan kita, jadi dia taknak kita buat dosa bila bersama dengan dia.


3. Dia akan menasihati kamu jika kamu membuat kesalahan kerana dia terlalu sayangkan kamu.


4.Sekalipun dia sanat jeles dan marah terhadap kamu, dia akan memilih untuk berdiam diri atau berbinxang dengan kamu secara aman. Tidak akan sekali- kali memaki hamun apalagi memukul kamu. Kerana dia tiada hak ke atas kamu.
- Sekiranya dia sanggup untuk memaki hamun, pukul kamu dalam keadaan kamu masih belum halal untuknya, fikirkanlah.. apa lagi yang dia mampu lakukan sekiranya dia sudah menikahi kamu.


4. Dia akan mengambil kamu dengan cara yang mulia. Cuba untuk percepatkan pernikahan. Kerana dia takut jika melakukan dosa lalu menarik kamu sekali untuk buat dosa.

pesanan penganjur: fikir- fikirkanlah wahai kaum hawa sekalian. Oklah, korang dah buat dosa tu. Tak leh buat ape dah kan.. korang nangis air mata darah pun bukan leh undur balik. Cara yang terbaik adalah bertaubat dan lekaskan pernikahan. Namun, sekiranya si dia kamu itu adalah seperti lelaki dayus dalam cerita di atas, fikirlah banyak2 kali. Bincang dengan keluarga. Adakah kamu mahu jadikan lelaki seperti itu sebagai pemimpin kamu? Sanggup bunuh anak sendiri, sentuh kamu yang belum halal untuknya.
Beristikharah lah. Dah banyak sangat kes macam ni aku dengar. Risau aku dibuatnya.

Mintalah petunjuk dariNya. Jika dia tak mahu lepaskan kamu, ada dua kemungkinan saja.
- dia sayangkan kamu gila2!
- dia sebenarnya rasa bersalah dengan kamu dan dia takut dia kantoi.

Ada tiga jenis perkahwinan ni:

1. kamu bercinta kerana nafsu. Di sini, syaitan akan membisikkan seribu janji manis keindahan alam remaja percintaan dan menghembuskan rasa "konon- konon sayang" itu apabila kamu bersentuhan. lalu kamu kahwin. Perkekalan dan perkahwinan ini, biasanya tak kekal. Cara terbaik? Lepaskan dia dan carilah petunjukNya.

2. kamu bercinta kerana jin. Then kamu kahwin. Ini adalah hasil dari buatan orang seperti sihir, ubat pengasih, nasi kangkang dan sebagainya. Kamu meminta pertolongan jin untuk menjadikan si dia kesayangan kamu milikmu secara mutlak. Perkekalan dalam perkahwinan ini? Mungkin kekal tapi tak berkat. Cara terbaik? Bertaubat lah dan redha dengan qada' dan qadarnya.

3. Kamu bercinta kerana Allah. Kemudian kamu berkahwin. Kamu sayangkan si dia. Kamu takut kehilangan dia. Lalu, kamu membuat istikharah dan berikhtiar untuk menjadikan si dia halal buat kamu. Kamu mengambil dia dengan cara yang mulia dan hormat. Perkekalan dan perkahwinan ini? InsyaAllah kekal dan penuh barakah.

- jadi, mana satu pilihan anti?
Adakah kamu benar- benar pasti yang si dia sayangkan kamu? Atau sekadar menurut hawa nafsu?
Fikirlah demi masa depan kamu.
^^

11/4/10

doaku sebagai seorang wanita

YA RABBI...
Aku berdoa untuk seorang lelaki, yang akan menjadi sebahagian daripada hidupku.
Seorang lelaki yang sungguh mencintai-MU lebih dari segala sesuatu
Seorang lelaki yang akan meletakkanku pada kedudukan kedua di hatinya setelah Engkau.
Seorang lelaki yang hidup bukan untuk dirinya sendiri tetapi untuk-MU.

Seorang lelaki yang mempunyai sekeping hati yang sungguh mencintai dan dahaga akan Engkau dan memiliki keinginan untuk menauladani sifat-sifat agung-Mu.

Seorang lelaki yang mengetahui bagi siapa dan untuk apa dia hidup, sehingga hidupnya tidaklah sia-sia.

Seorang lelaki yang memiliki hati yang bijak bukan hanya sekadar otak yang cerdas.
  
Seorang lelaki yang tidak hanya mencintaiku tetapi juga menghormati aku.

Seorang lelaki yang tidak hanya memujaku tetapi dapat juga menasihati ketika aku berbuat salah.

Seorang lelaki yang mencintaiku bukan kerana kecantikanku tetapi kerana hatiku.

Seorang lelaki yang dapat menjadi sahabat terbaikku dalam tiap waktu dan situasi.

Seorang lelaki yang dapat membuatku berasa sebagai seorang wanita ketika berada di sisinya.

Seorang lelaki yang memerlukan sokonganku sebagai peneguhnya.

Seorang lelaki yang memerlukan doaku untuk kehidupannya.

Seorang lelaki yang memerlukan senyumanku untuk mengatasi kesedihannya.

Seorang lelaki yang memerlukan diriku untuk membuat hidupnya menjadi sempurna.

Dan aku juga meminta...

Buatlah aku menjadi seorang perempuan yang dapat membuat lelaki itu bangga.

Berikan aku sekeping hati yang sungguh mencintai-MU, sehingga aku dapat mencintainya dengan cinta-MU,bukan mencintainya dengan sekadar cintaku.

Berikanlah sifat-MU yang lembut sehingga kecantikanku datang dari-MU bukan dari luar diriku.

Berilah aku tangan-MU sehingga aku selalu mampu berdoa untuknya.

Berikanlah aku penglihatan-MU sehingga aku dapat melihat banyak hal baik dalam dirinya dan bukan hal buruk saja.

Berikan aku mulut-MU yang penuh dengan kata-kata kebijaksanaan-MU dan pemberi semangat, sehingga aku dapat mendukungnya setiap hari, dan aku dapat tersenyum padanya setiap pagi.

Dan bilamana akhirnya kami akan bertemu, aku berharap kami berdua dapat mengatakaan,''Betapa besarnya Engkau kerana telah memberikan kepadaku seseorang yang dapat membuat hidupku menjadi sempurna.''

Aku mengetahui bahawa Engkau menginginkan kami bertemu pada waktu yang tepat dan Engkau akan membuat segala sesuatunya indah pada waktu yang Kau tentukan.

ya Rabbul 'izzati..perkenankanlah


10/18/10

16 tahun dah kahwin! PERGH bebeh!

Salam alaik bakal zauj dan zaujah sekalian..ehehehehe

Hari ini aku bangun2 je tidur selepas rasa nak pengsan baca pathology, aku merewang2 membaca2 blog orang lain. Ada satu entry di blod seseorang yang bernama safiyyah itu kata ada orang yang umur 16 tahun dah kahwin!
Dan dia masih bersekolah, SPM pun tak lepas lagi!

And I was like.... http://www.emocutez.com

huhu

Ini lah saudari ema rahmah kita


Pergh bebeh. Aku masa umur 16 tahun belajar pun main2.http://www.emocutez.com
perghh..budak ni potong turn aku plak!

Dulu2 aku selalu mempersoalkan isu kahwin awal ni. Aku rasa kalau kahwin awal ni menggelapkan masa depan sebab kena ikut suami je kan. Hahaha. Betapa jahilnya aku.
http://www.emocutez.com

Tapi kini baru aku sedar, betapa indahnya Islam. Islam menggalakkan penganutnya kahwin awal supaya firstly dapat mengelakkan maksiat. Tapi fokus sebenar kahwin ni adalah untuk sama2 menguatkan kecintaan kita terhadap Allah. Menikmati cinta bersama kekasih hati yang telah Allah redhai.

Together worshiping Allah, seeking His pleasure

Ada orang kata, " kahwin awal? Macam lah dia tu dah terer nak pegang tanggunjawab besar tuh"
Well, kepada orang yang bercakap begini kat adik Rahmah kita tu,
     "  Allah tidak akan membebani hambaNya dengan ujian yang tak tertanggung oleh mereka. "

Mungkin dari segi lahiriahnya kita tengok adik Rahmah ni memang kebudak2 an. COME ON LAH! She's SIXteen for crying out loud! Tapi aku pasti, secara mentalnya sebenarnya adik ni telah pun bersedia untuk mendirikan rumah tangga dari segi agamanya, kefahaman tentang alam perkahwinan. Dan kerana itulah Allah mempercepatkan jodohnya. Alhamdulillah. Congrates akak ucapkan.

****


Ada orang pernah cakap kat aku;

                          " Faz ni sokmo tulis entry pasal kahwin. Faz memang nak kahwin awal ke?"

or 

" Asyik tulis pasal kahwin je. I doakan U bertemu jodoh yang soleh. Ameen "
( yang ni aiii like!http://www.emocutez.com )

Okey, menjawabkan kepada soalan yang pertama. Ramai orang kata, abes study dulu baru kahwin.
Well, sejujurnya aku beritahu. Aku tak kisah pun kahwin awal. ( Jangan tak kahwin dah la. harharhar )
Kerana bagi aku, perkahwinan itu kan perkara yang baik.. why nak lengah2kan. 

Cuma persoalan nya adalah..

Adakah aku/ kau/ kita semua sudah bersedia mentally, physically and agamanya?

Rezeki, jodoh, hidup dan mati kita semuanya sudah tertulis di Lauhul Mahfuz. Qada' dan qadarnya dan terang2 tertulis. Cuma, adakah kita mahu mengambilnya dengan cara syariah atau maksiat?
Allah dah kurniakan iman dan fikiran. Gunalah.

Apa2 pun, aku tertarik dengan nasehat adik ni;

Kalau nak cari suami untuk dijadikan pohon untukmu berlindung, maka carilah yang berIMAN bukannya berHARTA. cari jugalah yg elok budi bahasanya bukan sekadar elok paras rupanya. KENAPA? kerna sesungguhnya Allah menyeru kita mengejar cinta yg hakiki di akhirat sana dan bukannya cinta dunia yg fana ini. Suami merupakan saham mengejar ganjaran di akhirat sana. Berusahalah sebaik mungkin. Cintailah mereka kerana ALLAH SWT. sesungguhnya itulah cinta yg sejati. Janganlah menyemai cinta kerana nafsu semata, kelak kamu hanya merugikan diri sendiri.





Akhir kata, jangan lah salah faham ingat aku nak kahwin sangat. 
Aku pun tahu aku tengah belajar lagi. Tapi kan kita kena sentiasa bersedia betul tak?
Aku nak jadi cam mama aku. Tapi so far, aku rasa aku baru ada 5.78% dari 100% yang mama aku ada.
Haha..so..aku rasa belum cukup lagi.
InsyaAllah.
Doakan aku untuk teguh di jalan Allah, mencintai akhirat.
Ameen.

futnot : kecantikan adalah hak milik setiap insan.http://www.emocutez.com

9/22/10

Semuanya sudah tertulis




"Rizqi kita sudah tertulis di Lauhul Mahfuzh. Mau diambil dari jalan halal ataupun haram, dapatnya sejumlah itu juga. Yang beza adalah berkahnya. Jodoh kita sudah tertulis di Lauhul Mahfuzh. Mau diambil dari jalan yg maksiat ataupun jalan yg di redhaiNya, orangnya yang itu juga. Yang beza adlh rasa berkahnya."


^.^

Di sini ingin aku share tips2 mencari calon suami yang terbaik:


1. Pilih yang baik dan beragama – agama nie penting kerana ia mendidik kita untuk menjadi insan yang lebih baik. Kalau takde agama, takdelah pegangan dalam hidup, kan? Nak didik anak bini pun susah. Lelaki yang beragama nie bukan sajer boleh memimpin dirinya sendiri, bahkan dia juga boleh jadi pemimpin yang baik kepada isteri dan anak-anaknya.  So, sebelum melihat kriteria2 lain, lihatlah dulu pegangan agamanya, okey dan boleh tak si dia membimbing kita ke jalan yang betul kelak…
2. Cari yang sabar dan penyayang – semasa tengah berdating, mungkin you all dah dapat detect perangaiboyfriend korang kan? Penyabar ke atau pemarah? Cuba uji… misalnya berpura-pura buat bende yang dia tak suka ke, time tu la nak tengok dia melenting ke tak. Kalau dia marah tahap cipan, sah2 dia panas baran. Jangan pilih lelaki camni cik adik oii, kalau tidak, seksa hidup ko nanti.
3. Jangan nilai pada rupa – ‘don’t judge a book by it’s cover’..ataupun jangan nilai buku melalui kulitnya sajer! Sebab kecantikan luaran nie sementara ajer. Mungkin rupa si dia nie macam rupa orang pecah rumah, tapi mungkin hatinya baik. Kalau muka tu sehensem Tom Cruise, tapi perangai tak senonoh, nak buat aper, kan? Ingatlah nanti kalau kita tua, tua samer2. Kedut pun, kedut sama2 (melainkan ada salah sorang yang pakai botox…huhu :-) )
4. Hormat orang tua – sememangnya kite nak calon suami yang bukan saje taat pada mak bapak dia, tapi juga hormat pada orang tua kita, kan? So, kalau si dia datang ke rumah, perhatikanlah tingkah laku dia pada mak bapak kite pulak.  Dia hormat ke atau kurang ajar?
5. Cari yang boleh mendengar dan mendidik – penting nie sebab kalau kita ada problem, ada jugak insan yang sudi mendengar luahan hati kite, betul tak? Bukan tu jer, kalau ada bende yang kite tak tau, si dia juga boleh mendidik kita khususnya dalam bab2 agama. Jangan 2×5 sudahler…:-)
6. Lihat pada family dia – nie biasanya dipraktikkan masa zaman mak bapak kita dulu. Masa nak cari jodoh untuk anak-anak diorang, mereka akan ‘melihat’ pada keluarga si lelaki dulu. Kalau semernya baik2 ajer, dapatlah ‘green light’…sebab ‘ke mana tumpahnya kuah kalau bukan ke nasi’nya, kan? Mak bapak kitalah juga yang membentuk kita untuk jadi insan yang berguna atau tak satu hari nanti. Tapi ada jugak yang mak bapak kurang baik tapi dapat anak yang baik…:-).  So, nilailah betul-betul yer.
7. Pilih yang (ikhlas) sayang kat kite – maksudnya pilih jejaka yang betul-betul sayang kat kite. Jangan pulak pilih lelaki yang kita sayang tapi si dia plak buat endah tak endah je kat kita. Ada jugak kes di mana si lelaki nie berpura-pura sayang kat si gadis kerana hanya nak main-mainkan dia. So, kalau anda di dalam situasi di mana anda kena pilih di antara lelaki yang anda sayang dan lelaki yang sayang pada anda… sebaik2nya pilihlah option yang kedua tuh…:-)

artikel ini aku share dari setelkahwin.com

haa, name pon setel kahwin kan?
hehe..interesting sungguh. =D

di sini aku juga ingin share doa bagi siapa siapa yang baru putus cinta sama ada kekasih tunang dan sebagainya,
bolehlah amalkan ayat di bwh ini.

Doa ini aku jumpa dalam buku yang abah aku beli yang bertajuk  Ikhtiar Penyembuh Penyakit oleh Tuan Guru Dato Dr Haron Din, terbitan Darussyifa’.



Indahnya Islam. 
Semua ada penawarnya. ^.^

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails