Pencanting tegar

10/28/10

Allah sayang kita ^.^

Salah ukhuwah,

Okay, hari ni aku exam pathology. semalam farmakologi. Dua2 disaster. Tapi hari ni paling super duper extreme CAPITAL BLING BLING sangat2 terlampau disaster.
http://www.emocutez.com

 Kenapa?
 Aku telah melakukan kesalahan paling bongek+sengal+waklu!http://www.emocutez.com dalam exam tadi. Aku salah faham the instruction. And VOILA! Technically my 15 marks will be deducted without any doubt. Its my fault anyway, and yeah.. no one to blame pun.

I came with unprepared mind, body and soul, and there I was answering the questions like an idiot. Frankly speaking, I have no confidence to sit for the exam. Itulah akibat study last minute. Tolong jangan tiru saya. Only after I submit the scripts, barulah aku tahu aku dah buat kesalahan setupit itu. And aku tak ikut makan lunch pun dengan kawan2 aku. My heart beating like damn fast and it was like shrinking deep to my soul. Air mata jangan cakaplah. Laju je.http://www.emocutez.com

Sampai je bilik, bukak tudung, kunci pintu, nanges kuat2. Oh LORD, what have I done?! Aku taknak repeat paper! Aku taknak repeat paper! Dalam tangisan tu hanya satu je yang aku boleh ucapkan.
- ASTAGHFIRLAHALA'ZIM.

Ampunkanlah aku ya Allah yang Maha Agung. Ampunkanlah aku ya Allah yang Maha Agung.

Dalam tangisan teresak2 tu, terlintas dalam fikiran. Mungkinkah ini kifarah dari Allah? Ya Allah, berat sungguh ujianMu ini. Terlalu banyak dosa yang aku lakukan so Allah nak bagi pengajaran sikit.

Sorry to Farah and Aimi, buat korang ketuk2 pintu bilik aku n tunggu punya lama walaupun sampai sudah aku tak bukak2 pintu. Akhirnya korang tinggalkan note. The note u gave sedarkan aku. Allah nak uji tahap tawakkal aku. Tahap redha aku. Tahap sabar dan tabah aku.

* thanks jugak tu Nani yang sabar ngan aku. Asri my best friend terus call aku bila tahu aku tengah sedih. My rumet, Mira..thanks sgt2..syg rumet! And to all my frens who have been with me for my ups n downs. Syukur setinggi- tingginya. 

Aku taknak kasi melarat dan terus ambil wuduk dirikan solat taubat. Ya Allah, berdosanya aku padaMu. Malunya aku padaMu. Dalam ujianMu ini Kau tunjukkan begitu banyak kasih sayang Kau padaKu. Dalam kesedihan ku Kau tampilkan ramai kawan2 yang setia dan baik yang sedia menemani di kala dukaku. Dan aku masih bergelumang dengan dosa. Malu.. sungguh aku malu.

Seringkali aku meminta agar diteguhkan imanku, dikuatkan tabahku, ditingkatkan sabarku. Seandainya ujian ini adalah untuk menguji apa yang telah ku pinta dari Mu itu, aku redha. Aku serah segalanya padaMu. Kerana Kau adalah pemilik segala setiap sesuatu.

Seakan magic Alice in Wonderland, hatiku terus menjadi tenang walau tangisan masih lagi berbisik- bisik.

Pastu, aku buka lah buku " Penenang Jiwa; Pengubatan dan Rawatan" dari Imam Al- Ghazali.

Allah SWT berkata:
   " Ketika Allah sukakan kepada seorang hamba, Dia mengujinya. Jika dia sabar menghadapinya, Dia hindarkan. Jika dia rela, Dia memilihnya."

Ayat ni buat aku tersenyum. Allah sayangkan aku? Allah sayangkan aku! Sebab tu Allah uji aku. Dia nak ingatkan aku padaNya! Lapang rasanya dadaku.  Syukur Ya Allah. Terima kasih ya Allah.

Rasulullah SAW bersabda:
   " Dalam sabar terhadap sesuatu yang kamu benci terdapat banyak kebaikan."

Senyum lagi. Terima kasih ya Allah. Bantulah aku dalam mencari sinarMu.
Jangan biarkan aku jauh dari Mu dan berkatilah kami semua. Allahumma ameen.

http://www.emocutez.com

2 comments:

pika ruslan said...

lbey kurg jek ng aku..
nme jek jwb,tp cm x jwb jek..
frmako ak mmg hncuss ahh..mri laa same2 kte doa ye
:))

CKB said...

jom2! :D

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails