Pencanting tegar

Showing posts with label personal. Show all posts
Showing posts with label personal. Show all posts

9/10/17

Adventure to Kamdar!




Assalamualaikum..

Okay, perkara ni berlaku akhir bulan 7 hari tu, tapi baru hari ni nak menulis.. Setiap kali teringat, dan setiap kali cerita pengalaman mesti akan tergelak. Yelah, pergi Kamdar je pun, apalah sesat semua kan? Jom baca. LOL

Image result for kamdar

==================================================================

Kejadian bermula apabila aku ada temujanji dengan staf Kamdar. So, Kamdar punya HQ kat KL kan?
Aku pun gigih lah google jugak yelah manalah tahu sesat ke apa kan. Dah confirm, start enjin dan jalannnnn.

Lepas dapat parking aku pun bermulalah perjalanan. Siap makeup sebab mana tahu ada lawatan Prince ke area situ nampak aku sejuk sikit mata dia KAHKAHKAH. Okay, aku park kt area Semua House, so aku jalan kaki ke Kamdar area Colleseum (betul ke eja ni?) tu.

Ada sikit nyesal park jauh sebab berpeluh2 iolls ketibas dah mula kan proses. So, aku lepak dulu dalam Kamdar sebab ada aircond. Fuuuu sejukkk woiii besttt.

Agak dah lega, aku tanya la staf kat situ opis tingkat berapa. "Tingkat 7, kak. Naik lif sana ea." Aku pun ucap terima kasih sebab yelah, senyum je staf tu aku pun balaslah dengan senyuman paling manis mana tahu dia suka leh rekemen kat abang dia (kalau abang dia hensem  KAHKAHKAH).


So, aku masuk lif, tekan nombor 7. Alhamdulillah, mudah urusan hari ni. Sampai tingkat 6, ohhh tempat langsir, boleh lah beli sini nanti. Pastu naik ke tingkat 7. Pintu lif bukakkkk je... aku nampak..

GELAP. Dan ada cahaya sikit dari tingkap tingkap YANG TAK SIAP. Aku macam..

Image result for confused meme

okay... Aku jalan masuk dalam sikit.. Gulp, takde orang. Kawasan ni... tak siap lagi. What theeee.. Okay aku dah cuak. Bagi cover kecuakan, aku gelak. Apa kehal dorang prank aku ke? Lantak lah, aku turun jelah balik. Pergilah balik kat lif.

Sekali nak tekan turun... takde butang turun. Yang ada wayar terjulur julur. Aku cam.. speechless. HAHAHAHAHA KEJADAH KELAKAR SANGAT NIIII.

So, aku turun jelah tangga sambil tergelak sensorang. So aku duduk je dulu kat tangga sambil call staf Kamdar tersebut. Tak angkat. Takpelah.. aku lepak dulu kat tangga tingkat 6.


Then, aku tanya lah staf area situ. Opis mana? Ehh, kat tingkat sini lah kak, tingkat 6. Tu, hujung tu.
Aku macam, Alhamdulillah, akhirnya. So touchup makeup sikit n pergi lah ke opis tersebut. Ketuk ketuk ketuk.

"Assalamualaikum, boleh saya jumpa dengan Pn XXXX?"

Yang aku nampak cumalah, bilik kecil yang ada 3-4 orang lelaki. Takkan lah opis besau ni je? Tapi, aku positif.

" Aa, kak.. dia kat bangunan lagi satu." WHATTTTTTTT

Image result for confused meme

"Kamdar depan Sogo tu kak, akak jalan terusss je nanti akak nampak signboard. Opis tingkat 7"


Woii HAHAHA.
So, aku pasrah. Lepas ucap terima kasih dan tersenyum manis aku pun blah dan lelaju pergi tempat yang dimaksudkan. Woi jauh tau tak. Takdelah jauh tapi cuaca panas masa tu. Ketiak basah. Makeup cair. Arghh lapar lagi LOL. Tapi aku gigihkan diri.


Jalan punya jalan, YES!! Nampak dah Signboard Kamdar depan SOGO tu. Aku pun tanpa berlengah terus masuk. Okay, aku relax jap amik aircond dulu. Sambil pura- pura tengok baju padahal aku nak aircond je aku ternampak lif. YES! Aku ingat kata- kata jejaka sebentar tadi. Tingkat 7.

So, aku masuk lif tekan tingkat 7. Eh jap.. sini dia tulis opis tingkat 10?? Tingkat 7... tempat langsir??

Image result for confused meme

HAHAHA, Tekan jelah tingkat 10 ni. Aku pun naiklah ke tingkat 10. Ada sofa YAY!! Duduk situ jap sambil call. Aku tanya la dia kat tingkat berapa saja lah nak comfirmation bagi surprise gittew.

" Oh, saya di Tingkat 7, tapi lif sampai tingkat 5 je tau. Lepas tingkat 5 tu naik je tangga sampai hujung".

Image result for confused meme
Little did I know I am the one whose surprised!!

And yeah guys and girls. I was at 10th floor. Hahaha.

So, punyalah aku begitu pandai aku turunnnn tingkat 5 and pergilah nak naik tangga. OMAK KAU TOKOJUT! Bukak pintu tangga ada banyak tangan tangan dan kaki kaki yang terpisah dari badan.

Image result for mannequin meme

HOIIII. Dah lah letih pastu terkejut plak. HAHAHA. Aku tergelak sensorang. Aku harap takde sapa join aku gelak kalini sebab kat tangga ni hanya ada AKU SEORANG. Yeah.

So, aku call balik dia cakap naikk je terusss sampaiiii atasss sekaliiii. So, I was being so obedient memanjatlah aku naik ke atas. Masuk tingkat 9 dia tulis tu dah gelap. Paling best, kat hujung tangga ada cermin. Hoi, kejadah this one freaking me out!!!! Tapi, aku naik je, dia kata naik  je
kan...So... aku naik dan naik. Masa ni aku fikir, Hmm aku dah boleh lepas Batu Caves ni.

Nak sampai tingkat 11 yakni tingkat atas sekali aku nampak cerah. Alhamdulillah. Mungkin definasi tingkat kita berbeza. So, aku raikanlah perbezaan tersebut. Sampai je pintu tingkat 11. I was stunted.


INI BUKAN OPIS! INI ROOFTOP!!

Image result for trolled meme
Did I just been TROLLED!!???

Hahaha. Aku rasa nak mencarut dan dalam masa yang sama aku ketawa sebab kalau ada kamera muka aku comel sikit bila tengah ketawa. HAHAHA. *tawa dalam tangisan.

So, aku pasrah dan turuunn balik ke tingkat 10 yakni tingkat opis. Aku duduk kat sofa separa baring dah sebab PENATTT TAUUU. Then, ada staf kat situ. Aku tanya dengan gaya Super Saiya punya Letih. "Dik, opis mana?"

"Aa, company ni ke kak?"

"Aah, company Kamdar."

"Eh, kak. Ni Bukan Kamdar! Ni (apa ntah nama company tu)!"


Dan ya tuan tuan dan puan puan serta adik adik abang abang kakak kakak dan jugak makcik jual karipap kat matriks.

SAYA SALAH BANGUNAN.

Image result for laugh meme
LET'S ALL LAUGH TOGETHER YEAHHHHHHHH CELEBRATE IT AITTTTT!!


Kemudian, aku pun turun la ke Ground Floor.Dan Rupa- rupanya Kamdar sebelah je. Aku yang salah masuk. HAHA.

So aku terus masuk cari lif dan betul kata dia, lif sampai tngkat 5 je. Lepas tu kena naik tangga sampai tingkat 7. Sampai je, aku dah takde moood nak berbasa basi so aku just, " Hai, saya yang call banyak kali tadi."

Dan tanpa diundang, aku duduk kat kerusi yang macam untuk ruangan menunggu.

Alhamdulillah, like FINALLY I found her and I was so... tired. Ketiak basah. Badan bau labah labah. Muka berpeluh. Kaki wiggly sebab letih. I wished I could just close my eyes and...SLEEP.


Tapi, tak lah. Aku jumpa je lah dia dan teruskan agenda.


===========================================================

Konklusinya, aku jumpa staf Kamdar tu dan hantar barang pada dia. Mission accomplished.

Pengajarannya adalah, kau janganlah kabut sangat, relax and be cool serta perhatikan sekeliling.
Dalam cerita ni, Kamdar tak salah langsung. Aku yang sengal.

Sehingga ke hari ini, sambil menulis,, aku tergelak lagi bila teringat. HAHA


Dan juga, whatever happens, kau kenalah stay positive.. Memang penat, bengang, sakit hati. Tapi, marah lagi buat penat. So aku ketawa. At least, bila terhibur tak lah rasa letih sangat.


Sekian, aku harap korang terhibur baca entry kali ni. ><




5/26/16

Program Graduan : GEMS 2.0 by Excel Minds Consultancy



Assalamualaikum. Ha, siapa yang tak kerja lagi tu boleh lah baca blog aii CIK KAIN BATIK. Mwehehehe

Di sini aku nak kongsi satu Program Bantuan untuk Para Graduan DEGREE yang tegar menganggur tanpa segan dan malu.
(aku pun dulu camtu.. sobs)


Program ni khas untuk para graduan degree yang feeling akan dapat kerja sejurus keluar dari universiti hakikatnya kena tunggu sampai setahun kerja tak dapat tapi sibuk goyang kaki di rumah.

Tak kisahlah jurusan apa pun, sebab program ni boleh uruskan semua. Macam, program ni percuma kot!

Kau pergi training softskill secara PERCUMA lepas tu dapat penempatan BEST GILA kalau tak bersyukur gak aku mohon pergilah terjun ke lautan penuh piranha.

Lepas tu program ni akan pastikan kau WAJIB kerja dalam DEGREE POSITION. Program ni akan bantu kau dari segi;

- filter job position to Degree Level only
- filter the salaray to Degree Level only
- upgrade your softskills knowledge
- improve sense of gratitude ( ramai lagi tak dapat kerja tapi kau dapat dengan lebih mudah so syukurlah!)

Senang cerita,
pergi website ni Program Gems 2.0.

Kalau ada kawan- kawan yang dah lama memancing kerja tapi yang dapat hanya habuk air mata, boleh ajak sekali ok?

ps: Zaman CKB dulu takdepun benda ni. SOBS




Muka gembira!!
Untunglah lepas je training esok dah boleh start kerja.

Kau ada? HAHA

5/13/15

Kerana kita semua pendosa


Aku pernah tempuh satu masa yang aku rasa andai Allah mahu cabut nyawa aku tika itu, aku redha.
Kerana pada masa itu aku rasa bahagia, aku rasa seronok dengan hidup aku. Dan aku rasa tenang. Seolahnya dunia ni aku dah selongkar semua rahsianyaa dan tak sabar nak jumpa tempat yang kita panggil Syurga.

Sekarang?

Aku tak ready. Malah aku takut.

Fakta yang " semua yang hidup pasti akan merasa mati" itu aku tahu.
Dan aku takut.

Kerana sekarang aku rasa tak cukup. Masih banyak yang perlu aku laksanakan. Aku nak kejar itu, kejar ini. Dan yang paling parah,

Aku rasakan dosa itu manis. ;(

Allah, takutnya. Masa buat tak ingat. Bila terkenang menggigil.

Pernahkah kau terbaring memandang siling, pandang rumah kau, tengok jari jemari kau, tengok gambar keluarga kau, dan tiba- tiba kau terfikir...... "Semua akan mati"

"Semua akan hadapi akhirat"
"Semua akan sama ada masuk syurga atau neraka"

Dan apa yang kau sedang lihat kini, pecah dan retak menjadi ribuan zarah. Kosong. Kau hilang semua yang kau pandang. Kau hilang semua yang kau tahu. Yang tinggal hanya dosa dan pahala kau. Amalan.

Dan kau tahu betapa berdosanya kau. Masa tu, air mata laju mengalir. Badan menggigil ketakutan. Takut saat ditarik nyawa. Takut saat dikuburkan. Takut saat dihisab. Takut masuk neraka. Takut hilang semua yang kau sayang.

Takut.

Berapa kali kau insaf?

Berapa kali kau bertaubat?

Berapa kali kau berusaha upgrade iman?

Sungguh, aku takut sekarang. Dengan dunia yang hanyut dibaluti hiburan. Cerita porno dah jadi movie. Cerita maksiat diangkat tinggi. Maksiat berleluasa.

Aku takut.

Mari kita mula semula. Ambillah hijab, tutuplah kepala dan dada. Jagalah solat. Jagalah mata. Jagalah mulut.

Kerana kita semua pendosa.

3/22/12

Mengintai pelangi

Hidup ini takkan selamanya indah. Takkan selamanya senyum. Takkan selamanya aman.
Pasti ada ketikanya badai gelora menghempas jiwa, menggelodak emosi dan mencabar sabar.

Pasti ada tikanya kerut dahi ketat berlipat, mulut muncung ke depan, dan hati terbakar membara- bara.
Di sini, hanya iman dan kewarasan akal saja yang dapat mengawal diri.

Orang kata, bila seseorang itu sedang marah jangan di balas dengan tengkingan.
Umpama menuang minyak ke dalam bara api.
Sebaliknya, jadilah tasik yang sejuk dan tenang.
Bukankah marah itu api, dan sebaik- baik pemadam api adalah air?
Atas sebab itu agama mengajar kita untuk berwuduk bila hati sedang panas. :)

Bila A marah, B harus diam. Tenang.
Tunjukkan kasih sayang.
Mengalah bukan bermakna kalah.
Yang kita mahu kesepakatan, bukan siapa menang siapa betul.

pelangi bagi siapa yang bersabar menunggu tamatnya hujan

Dalam cerahnya hari, pasti akan ada tikanya hujan lebat guruh petir melanda
Mengapa tangiskan hujan lebat itu
sedangkan ada pelangi mengintai di akhir titisannya?

Turunnya hujan bermakna turunnya rahmat Allah. Pelangi itu adalah hadiah bagi siapa yang bersabar dan berfikir.

Jadinya pertengkaran itu bermakna itu ujian Allah. Nikmat hebat menunggu di akhir ketegangan itu bagi siapa2 yang berfikir dan bersabar.



Hidup tak sentiasa indah, tapi ia akan jadi lebih indah bagi yang tahu menghargainya. :)

1/27/12

Joy

Lama aku tak hapdet.
Assalamualaikum!
Hari tu, sabtu lepas bertarikh 21/1 buat pertama kalinya aku yang dilahirkan di kota sesak Kuala Lumpur ini menjejakkan kaki ke Menara KL yang dorang duk gebang2 tu.

So, aku dengan heksaited nye parking depan opis brader polis, berjalan dengan perut separa lapar dan VOILA!. Penuh semangat di jiwa.. aku cakap dengan kengkawan aku.. " AKU NAK NAIK ATAS!"
yayayayaayayyyy! 

pergi dekat kaunter pendaftaran. 
Down. RM35. Awat la mahai benor. jatuh keheksatitedan aku. Lalu kami ke XD theatre. macam main roller coaster. nak tahu ap eitu XD theatre? Lu bukak browser lu.. bukak www.google.com.. then lu type " XD theatre KL Tower". Lu baca sndiri wa malas nak citer

Pendek kata. BEST!



        
Percubaan pertama. Iguana ni berminat dengan cincin gua. CISKEK!

Percubaan kedua. Budak tu tak puas hati dekat wa sebab wa lagi cool dari dye. BHAHAHA!

Percubaan ketiga berjayaaaaaaaa.. Sesi menayang gigi bersama iguanaaa


Dua budak jakon kan menara KL.
dress yang gua pakai ni lu all boleh cekitout dekat chantekdress.

Feeling model. 

sekali sekala. bye. Gua nak call tunang gua. 

p/s: eh? ble plak gua bertunang ni? merepek

1/20/12

Mengharap pada yang pasti

InsyaAllah, kalau niat kita baik.. maka berusahalah dan bertawakkallah kepada Yang Pasti..

Jangan asyik memikirkan masa depan kerana ia pasti akan datang,
jangan terlalu memikirkan masa silam kerana ia takkan berulang,
Fikirkan hari ini, kalau pagi jangan tunggu petang,
Hari ini milik kita!
Selamat berjuang!

InsyaAllah, insyaAllah, kalau tak dapat apa yang kita mahu pun,
apa jua yang Dia bagi pasti itulah yang terbaik.

Tapi, aku mahu pohon juga..
Permudahkanlah urusan kami..
Sehingga ke JannahMu.
Pelihara kami, jadikan kami hamba- hambaMu yang soleh dan solehah.

Allahumma ameen

1/14/12

Perempuan pelakon yang hebat.

Perempuan, adalah satu makhluk yang unik. Ya, dia merupakan pelakon yang sangat hebat. Seorang yang paling terer berpura- pura walau semana jujur pun dia. Percayalah, wanita memang naturally nya begitu. Hebat dalam berpura- pura.



Wanita itu,
Mampu mengukir pelangi sedang hatinya dilanda badai tengkujuh
Mampu memberi manisan sedang pahitnya ditelan
Mampu mengukir senyuman menyenangkan sedang hatinya sungguh resah
Mampu menoreh hati sendiri asal hati orang lain terjaga
Mampu menjadi sekuat badang dalam lemah lembutnya

Aku rasa cukup lah.. kepura- puraan yang wanita tampilkan.
Ketahuilah hatinya cukup lembut, mudah terguris..

**********************************************

Biar air mata itu mengalir
Biar sendu menjadi lagu
Biar, biar, biar

Biar tangis itu membawa bersama
Luka torehan manusia
Biar sendu itu berlagu
Menghibur hati yang sedang syahdu
Di waktu malam kelam kelabu

Cukuplah Allah bagiku,
Cukuplah Allah penolongku,
Cukuplah Allah temanku.

**********************************

Terima kasih kerana memahami
Terima kasih kerana terus setia mendengar
Terima kasih kerana menjadi tiang
Tiang kekuatan untuk bersandar
Untuk berpaut
Untuk berdiri

Syukran, May Allah bless you.

1/12/12

Aku maafkan kamu.

Pernah dengar tak lagu Jamal Abdillah feat. Malique - Aku maafkan kamu.

Cuba hayati bait lagunya.


Ada teratak di hujung kampung
Bawah cermin kopak ada kotak
Tersembunyi dalamnya ada tempurung
Sembunyi bawahnya katak melalak
Atur sepuluh daktil batal yang batil
Detik dua usul ditutup satu lagi tampil
Dari halaman rusuk kiri satu susuk ganjil
Minta diisolasi dari dalil busuk jahil
Aspirasi tak serasi dengan suara bunyi
Inkarserasi dari penghuni dan keluarga bumi
Surat wasiatnya atas paksi dalam rumi
Minta dikebumikan hidup-hidup dalam guni
Mana cepat terbang atau warna gelang tangan
Buah fikiran aneh tergantung di persimpangan
Halusinasi susuli ketandusan ihsan
Ubat parut auditori kesan artileri insan
Gagal dikesan
Aku maafkan kamu
Tak perlu kita bertemu
Cukup kau tahu
Yang aku
Maafkan kamu
Tolong teruskan hidup
Jangan sebut namaku
Timbul tenggelam, timbul tenggelam
Acapkali terpendam, acapkali tersergam
Cermin muka kopak penuh bintik hitam silam
Ini bukan lagu rindu ini madah dendam
Kutimbang tanpa neraca di awal usia
Ku dihukum masuk neraka oleh manusia
Minta tunjuk lubang atau pintu tak dapat jawapan jitu
Jadi aku tak berganjak biarkan saja begitu
Maafkan mereka, mereka tidak tahu
Mereka tidak ramas buku, mereka segan ilmu
Mereka tidak fasih malah fasik guna kata
Kita kongsi nama bangsa tapi tidak kasta bahasa
Maafkan mereka, mereka tiada nilai
Ibu bapa lalai dari kecil dah diabai
Tanpa kasih sayang, mereka suka menyakiti
Kita kongsi warna mata tapi tidak warna hati
Atas kepala murai sekawan
Mari ku ramit kucup lehernya
Terlalu rahi dendam di angan
Sampai terkacip mulut mahirnya
Aku maafkan kamu
Tak perlu kita bertemu
Cukup kau tahu
Yang aku
Maafkan kamu
Tolong teruskan hidup
Jangan sebut namaku
Jangan ahli sihir seru nama maharaja
Nanti segerombolan hantu bisu yang menjelma
Guna hak berfikir sebelum hak untuk bersuara
Kalau terpelajar sila guna hak miranda
Pura-pura dengar, telan tapi tidak hadam
Hafaz bila lafaz tapi mereka tidak faham
Mereka mula kiri, aku kanan bila baca
Sudah mahir rumi, mari tafsir alif ba ta
(Alif)
Ada teratak di hujung kampung
(Ba)
Bawah cermin kopak ada kotak
(Ta)
Tersembunyi dalamnya ada tempurung
Sembunyi bawahnya katak melalak
Ada teratak di hujung kampung
Bawah cermin kopak ada kotak
Tersembunyi dalamnya ada tempurung
Sembunyi bawahnya katak melalak
Aku maafkan kamu
Tak perlu kita bertemu
Cukup kau tahu
Yang aku
Maafkan kamu
Tolong teruskan hidup
Jangan sebut namaku
Ada teratak di hujung kampung
Bawah cermin kopak ada kotak
Tersembunyi dalamnya ada tempurung
Sembunyi bawahnya katak melalak
Ternyata kamu lebih suci dari apa yang kubayangkan

Well, aku pasti dan sangat pastiyang setiap di anatar kita mesti ada orang yang kita tak suka atau orang tak suka kita. Yelah, we can't make the whole world loves us kan?
Ada manusia yang jenis tak erti apa itu sinikal, kurang hajar dan jaga hati orang. Ya, memang ada jenis orang memang tak tahu macam mana nak jaga hati orang. Asyik rasa diri bagus. Grandiosity. Orang jenis ini ada masalah personaliti yang kita panggil Narcisisstic Personality Disorder. Juga ada jenis yang nak mintak attention. Baik di alam realiti mahupun dalam blog. Kalau realiti memang sangat obvious la kan. Kalau dalam blog? Dia akan guna cara mengeji ke, tepek gambo bebanyak ke, mengkritik orang je memanjang dan rasa diri sendiri je betul just because dia nak dapat banyak attention.. ini kita pangil dia ada Histrionic Personality Disorder. Orang macam ni resa bila dia tak jadi centre of attraction.

Ok, enough of that, Takde kena mengena. Just basic knowloedge of psychiatric patients.

So, kalau ada orang yang telah melukakan hati kita tu. Kita try to think positive. Life is colourful kan? Pasti ada sebab kenapa Allah temukan kita dengan manusia camtu.
Kita selalu minta padaNya agar dikuatkan iman, tingkatkan kesabaran dan ketabahan. So, macam mana nak tingkat sabar kalau takde ujian? 
Allah bagi kita jumpa orang - orang macam ni. So, kita cuba fikir positif, dan bersabar, And cakap pelan pelan dalam hati...

" Aku maafkan kamu. "

p/s: The world needs more positive people. And it starts with YOU. :)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails