Pencanting tegar

5/13/15

Kerana kita semua pendosa


Aku pernah tempuh satu masa yang aku rasa andai Allah mahu cabut nyawa aku tika itu, aku redha.
Kerana pada masa itu aku rasa bahagia, aku rasa seronok dengan hidup aku. Dan aku rasa tenang. Seolahnya dunia ni aku dah selongkar semua rahsianyaa dan tak sabar nak jumpa tempat yang kita panggil Syurga.

Sekarang?

Aku tak ready. Malah aku takut.

Fakta yang " semua yang hidup pasti akan merasa mati" itu aku tahu.
Dan aku takut.

Kerana sekarang aku rasa tak cukup. Masih banyak yang perlu aku laksanakan. Aku nak kejar itu, kejar ini. Dan yang paling parah,

Aku rasakan dosa itu manis. ;(

Allah, takutnya. Masa buat tak ingat. Bila terkenang menggigil.

Pernahkah kau terbaring memandang siling, pandang rumah kau, tengok jari jemari kau, tengok gambar keluarga kau, dan tiba- tiba kau terfikir...... "Semua akan mati"

"Semua akan hadapi akhirat"
"Semua akan sama ada masuk syurga atau neraka"

Dan apa yang kau sedang lihat kini, pecah dan retak menjadi ribuan zarah. Kosong. Kau hilang semua yang kau pandang. Kau hilang semua yang kau tahu. Yang tinggal hanya dosa dan pahala kau. Amalan.

Dan kau tahu betapa berdosanya kau. Masa tu, air mata laju mengalir. Badan menggigil ketakutan. Takut saat ditarik nyawa. Takut saat dikuburkan. Takut saat dihisab. Takut masuk neraka. Takut hilang semua yang kau sayang.

Takut.

Berapa kali kau insaf?

Berapa kali kau bertaubat?

Berapa kali kau berusaha upgrade iman?

Sungguh, aku takut sekarang. Dengan dunia yang hanyut dibaluti hiburan. Cerita porno dah jadi movie. Cerita maksiat diangkat tinggi. Maksiat berleluasa.

Aku takut.

Mari kita mula semula. Ambillah hijab, tutuplah kepala dan dada. Jagalah solat. Jagalah mata. Jagalah mulut.

Kerana kita semua pendosa.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails