Pencanting tegar

2/19/15

Duitkah tuhan kau?

Duit.

Siapa tak suka duit? Siapa kata dia tak perlukan duit tu memang tipu dem demm.
Lagi- lagi pada zaman Sekarang, semua benda perlu duit. Dan betapa pentingnya duit sampai ada yanng sanggup melakukan hampir apa saja.

Sebenarnya kenapa kita perlu duit? Kita perlu duit untuk sediakan keperluan bagi diri dan keluarga. Nak survive katanya. Tapi jika perlu duit untuk beli Iphone 6 itu bukan perlu duit namanya, itu kebulur duit.

Manusia kini lupa tujuan duit tu. Duit itu letaknya di tangan, dapat duit dan kita beri pada mereka unntuk cipta lebih banyak kebahagiaan. Bukan mencipta dendam!

Masalah kini manusia meletakkan duit di hati. Lupa yang beri rezeki itu Allah yang Maha Kuasa. Lupa sihat tubuh, bahagia keluarga, iman Islam itu juga nikmat rezeki. Kita banyaknya mentafsirkan duit = rezeki.


Kebergantungan terhadap duit; gaji bulanan, bisnes MLM, insurans semakin berleluasa. Semua orang mahu dapat duit banyak. Tapi lupakah kita untuk apa semua duit itu? Apakah nniat asal untuk punya duit? Apakah yang perlu dijaga sebelum duit?

Ramai yang menggadaikan silaturahim kerana duit. Memperjudikan kesihatan diri dan keluarga demi duit. Memajakkan cinta pada Ilahi semata kerana duit.

Kau kurang ajar pada manusia lain, pada mereka yang berjasa pada kau semata mereka tidak punya Wang yang banyak. Kau ingat kau Selamat? Kau kurang ajar pada ibu bapa atas Masalah kecil dan konon nanti kau xkan bagi duit.

Duitkah tuhan kau?

Yang memberi izin kau boleh bayar bulan2 bil insurans makan pakai itu semua Allah.

Duitkah tuhan kau?

Yang memberi kau kesihatan percuma dan keluarga bahagia serta oksigen bertalu tanpa caj itu Allah.

Duitkah tuhan kau?



Kau jangan lupa budak, kau hingusan lagi. Dah berapa ramai berkecil hati dengan kau.

Duitkah tuhan kau?

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails