Pencanting tegar

6/26/11

Kembali termangu

Assalamualaikum semua
Telah hampir 2 purnama hamba meninggalkan kolej kesayangan hamba. Selepas ini hamba akan berpindah berubah angin ke K5 di Kg. Baru yang takdelah baru sangat tu.

Yea, bila duduk rumah memang rasa diri ini malas amat. Bila duduk rumah dah tak ada aktiviti ceramah, usrah ke, motivasi ke..kan? Motibasi banyak lah! Ada saja benda yang nak dibuat sampaikan ruang untuk belajar agama sendiri disempitkan demi urusan dunia huahuahuahui ni.

Dah berapa lama dah aku cuba untuk melonjakkan diri keluar dari kepompong dunia aku agar dapat aku menggapai cahaya bintang yang terang pada malam yang gelap menyepi. Lompat dan lompat.

Sememangnya, dengan ketinggian 148 cm ini memang susah nak capai benda yang tinggi. Tapi, tak salah kalau kita punya cita- cita kan?
Aku dah terlepas camping di K. Kangsar yang aku nak pergi sangat2. Aku demam teruk so aku dikuarantin di rumah. Sedih. Serius.

Dah berapa lama dah ni.. aku tak pergi majlis ilmu. Aku duk rumah kadang- kadang masak buat kerja rumah semua. Bila letih tidur. Sebenarnya, sendiri pun sedar betapa aku semakin lalai dan malas untuk meneruskan mutabaah yang diberikan oleh akak usrah sebagai assignment cuti aku. Banyak sangat benda nak dibuat. Sampai assignment aku terbengkalai. Penuh futur ni.

Kadang- kadang akan sampai satu waktu, aku malas nak buat apa- apa pun. Aku hanya baring merenung siling putih. Aku terfikir, " Putih pulak siling ni".
Have you ever wondered why the ceiling is still white even though it has been over 20 years the house is built? 
( Woi, betul ke grammar aku nih? )

Sebabnya, siling tu tinggi. Cer kalo kita tengok lantai. Paling- paling tidak pun 2 kali setahun kena mop berus bagi bersih putih. Siling tak payah pun. Lantai kat bawah orang pijak2 kotor. Siling kat atas kepala orang tak sampai nak sentuh2 sebab tu dia putih. Gunakan ini sebagai metafora manusia alim dan manusia lalai ( macam aku ).

Ukhti Fatin ada cakap, kalau kita macam ada masa yang tak tahu nak buat apa.. itu sebenarnya masa tu Allah sengaja senggangkan untuk kita supaya kita dapat buat at least solat sunat 2 rakaat. Dan aku, termangu memandang siling. Hari- hari aku berlalu dalam keresahan sebenarnya. Aku resah dengan aku yang semakin cuai. Aku nak minta tolong tapi ada je benda yang buat aku tak dapat pergi. Tapi, Alhamdulillah. Allah kurniakan aku dengan pelbagai cerita dari pengalaman manusia lain untuk aku.
Bagaimana mereka berubah.
Apa ganjaran mereka peroleh.
Semua tu.. buat aku terpegun. Kan indah kalau aku pun macam tu. Ciskek! Jangan ber'kalau' CKB! Kau kena cuba usaha!

Terdapat sebuah cerita.. dari seorang teman.
Gadis A yang biasa2.. couple2 juga.. kemudian berubah terus. Tudung labuh..Purdah lagi. Aku tak tahu apa yang menyebabkan perubahannya, tapi berbaloi usahanya itu. Atas usahanya untuk mendekatkan dirinya pada Allah yakni Pemilik segala hati dan cinta, Allah bayar cash kepada gadis A. Allah bagi dia jodoh yakni seorang imam yang memang baik latarbelakangnya serta peribadinya. Cukup indah.
Nampak tak?
Seorang yang biasa... berubah.. menjadi luar biasa.. Allah bagi cash! Atas dunia lagi Allah dah bagi. Kat akhirat apa lagi kan?

Jujur harus aku nyatakan, betapa cemburunya aku pada si gadis A. Mendapat jodoh yang begitu baik jagaan agamanya. Cemburu. Sungguh.

Aku selalu bertanya pada diri aku.
Layakkah aku untuk dapat orang seperti dia? ( umpama imam itu )
Sedang iman aku masih boleh diluka dihiris?
Layakkah aku untuk peroleh nikmat bahagia yang Allah beri ini?
Sedang diri masih penuh selaput hitam dosa?

Terima kasih kepada seorang kawan. AA. Dia buat aku berfikir dengan lebih deras. Syukur Allah kurniakan aku kawan- kawan yang baik dan hebat. Semoga mereka ini sentiada si bawah lindungaMu ya Rabb.

Aku rasa, aku perlu kembali pada track yang aku dah lari. Hope tak jauh sangat.
Ukhti Hana ada cakap;

" Jagalah niat dalam setiap amal. "

InsyaAllah. InsyaAllah.

p/s: Nak berubah memang lama. Ambil masa. Tapi, kena cuba juga.

4 comments:

gadis melayu said...

woot2~ ble nk hang out sama lg..??? heeeee~

CKB said...

set date n time!

Seksi Bani said...

"Have you ever wondered why the ceiling is still white even though it has been over 20 years the house is built? "

meh sini SB betulkan grammar:

"Have you ever wondered why the ceiling remains white even though the house was built 20 years ago?"

hehe..

CKB said...

pergh SB! thanks bebanyak! Lu mmg seksi! Haha
;)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails