Acapkali aku ditujukan dengan persoalan ini iaitu; " Kenapa mesti Kain Batik?"
Hehe... Di sini, biarlah aku menjelaskan dengan lebih detail tentang maksud di sebalik CKB ini.
Kain Batik: material kapas yang merupakan warisan turun temurun masyarakat Melayu khususnya wanita. Kain batik punya banyak corak yang biasanya bercorakkan alam semulajadi yakni bunga bungaan dan daun daun.
Itu, adalah maksud secara literal.
Metaforanya; kain batik merupakan warisan wanita Melayu turun temurun. Kain batik itu sendiri melambangkan sifat Melayu yang sukakan alam semulajadi melalui corak floranya, feminin dan kesopanan bahasa serta budaya masyarakat Melayu. Kain batik boleh digayakan sebagai kain biasa yakni diikat di pinggang, ataupun dijadikan selendang ( wanita Melayu dulu2 ). Pemakaian kain batik yang diletak di atas kepala seperti selendang menggambarkan keayuan serta sifat malu yang ada pada seorang wanita.
Wanita Melayu dahulu umpamanya Mahsuri digambarkan melalui penceritaan dongeng yakni sebagai seorang wanita Melayu yang sopan, cantik parasnya, ayu lembut tuturnya, senyum manis bicaranya, sopan gayanya namun tegas dalam pendiriannya. Digambarkan sebagai seorang yang setia, jujur dan bersungguh- sungguh dalam kerjanya baik di rumah mahupun di bendang. Itulah gambaran wanita Melayu bersama kain batik yang kita boleh imaginasikan sekarang.
Kini, apa yg dapat kita lihat sekarang pada wanita Melayu? *uhukz
Tak juga kata aku ini wanita Melayu terakhir gila sopan tahap dewi- dewi remaja. No no noooo
Tapi aku ingin sekali mngembalikan warisan dan tipikal wanita Melayu dahulu yang terkenal dengan kesopanan serta kelembutan bahasa ( bukan kebodohan ) cumanya diberi sedikit nafas baru dengan cita-cita yang tinggi, ketegasan serta pengaplikasian agama yang utuh di jiwa. Cukup ingin sekali. Ya, aku masih tak berjaya sebenarnya.
Ada kawan lelaki aku kata, biasalah lah kalau lelaki pakai kain pelikat.. nama macho..kelelakian. ( Ya, aku setuju..aku rasa lelaki yang pakai kain pelikat dengan baju Melayu nampak sangat cool lagi2 kalau ada songkok atau kopiah dan hanya pakai selipar jepun berjalan lenggang pulang dari masjid atau surau setelah selesai solat berjemaah ). Tetapi, perempuan tak boleh pakai kain batik keluar rumah sebab nampak sangat seksi.
Lebih seksi daripada yang pakai hot pants, spaghetti dang skirt koyak2 nampak seluar kecil tiga segi di dalam tu. Katanya, bagi lelaki.. perempuan yang pakai kain batik dan berbaju T-shirt biasa itu sebenarnya nampak lebih seksi kerana cara pemakaian kain batik itu lebih menunjukkan sifat2 kewanitaan pada diri seorang wanita. Oh2, tidaklah aku suruh kome semua pergi Pavillion nanti pakai kain batik dengan spaghetti nanti..tidakk.
Cuma aku ingin kita warisi sifat wanita Melayu yang sinonim dengan kain batik ini dahulu. Bukan seksi itu fokusnya, sopan lembut itu utamanya.
^^
3 comments:
jadi kenapa mesti Cik Kain Batik? ^^,
menggambarkan saya, perempuan dan anak jati Kuala Lumpur berbangga dengan warisan kain batik sejak turun temurun. Hehe
kain batik ni boleh buat bikini tak? haha...
Post a Comment