Pencanting tegar

4/10/11

Dunia Blogger huru hara kah?

Assalamualaikum

Aku bukanlah blogger yang popular dan dikenali sangat dalam dunia blogger ni. Kadang2 aku banyak gak tak tahu apa dah jadi kat dalam dunia blog. Setelah beberapa lama aku menyepi dek kerana praktikal dan sekarang aku akan menghadapi final exam yang ke-4 di universiti tercintan aku ni, aku banyak membaca blog- blog ( BW) orang lain. Tapi, malang sekali aku tidak meninggalkan jejak. Ahah, takpelah.. aku tak kisah sangat pasal trafik ni.

Aku lihat, banyak jenis blogger ni. Dan sekarang, bagi aku lah..isu terhangat adalah apabila blogger2 mengutuk atau dalam bahasa baiknya adalah mengkritik blogger2 lain. Tak perlu kot aku bagi link siapa aku pasti majoriti blogger tahu siapa mereka yang sarcasm ini. Ini aku senaraikan pendapat aku:\



1. Aku pembaca tegar blog sarkastik tersebut dan harus aku akui.. apa yang mereka sarkakan adalah kebenaran yang kita, manusia seringkali cuba tutup dengan kain chiffon bagi nampak cantik. Dalam 75% isi kandungan blog tersebut aku setuju dan selebihnya aku tak setuju dan malas ambil port.
Yang benar memang pahit, kan?

2. Juga aku akui, memang cara mereka terlalu kasar mungkin lebih2 lagi majoriti mereka Melayu Islam dan orang yang mereka kutuk itu jua Melayu Islam. Cara mereka kasar, menyentap tanpa belas kasihan. Jika ingin menegur, gunalah cara berhemah..tegur direct je derr.. tak payah guna blog berkias semua. Kan ada yang dah sentap buat entry post emo. Hehe

3. Setiap manusia itu berbeza. Maka setiap blogger itu berbeza. Ada yang suka pura2 comel padahal kat realiti amikkk kau ganaih gila rimau pun kecut pancreas tengok beliau. Biasalah tu, ada yang jujur... ada yang hipokrit demi meraih trafik. we have to accept the differences lah. Aku pun banyak je blog2 yang aku memang tak suka. Lagi2 blog ' perasan comel' tepek muke muncung itik beriban dekat blog mahupun FB. Tapi, aku boleh buat apa? Kutuk? Kritik? Tak akan ada bezanya. Sebab selagi blogger tu tak mahu sedar diri semakin tua dan perlu matang tak guna kau kutuk2 beliau.

Samalah aplikasinya dengan kambing. Kau kata kambing busuk tak mandi.. kutuk gila2. Macam la kambing tu peduli kan? kan? So, apa yang korang boleh buat??
>>> Berdoa lah agar mereka diberikan petunjuk supaya bijik mata korang tak sakit bila tengok muka muncung itik mata boolat dalam " Pencarian Awek Tudung Muka Kiut Badan Mantap" Hahaha.



Tak guna kau kutuk2 kritik2 sebab sebenarnya kau menaikkan trafik diorang jugak.

" Bapak lah blogger Cik Kain Batik ni! Bajet baik gila cun semua ahhhh?? Perasan baguihh je! Aku memang benci bloogger macam ni!"

Lalu orang pun cari siapa Cik Kain Batik ni? Haa...tak pasal2 trafik aku naik sebab ada orang kutuk aku kan? Duit nuff aku pun naik beriban. Bolehlah nanti aku nak cash out beli Laptop baru. Hohoho.

So, buat pengkritik... tegur dengan cara berhemah.
Buat yang dikritik, cuba reflect balik betul salah mereka yang kritik anda tu. Jangan terus sentap je tak memasal. Lagi kau sentap, lagi best orang nak kutuk kau. Tak payah raih simpati sebab kadang2 aku pun meluat dengan entry tacink lepas dikritik.
Kalau kritikan itu munasabah..ambillah iktibar.. kalau tiba2 macam takda kena mngena.. pekakkan telinga butakan mata tak payah baca lagi blog deme.
OK?

Hidup ini penuh warna. Berbagai ragam manusia. Ragam itu menjadikan ia berwarna warni. Kalau semua nak sama macam kau.. Kau kawan dengan diri kau sorang sajalah.  Accept differences. Tegur dengan baik.

Aku suka blogging sebab aku boleh curahkan pendapat aku kat sini. Sekian.

6 comments:

ZACK ENTRY said...

semua perkara ada pro dan kontra..ada baik dan buruk..ada kebenaran dan penipuan..dan macam-macam lagi la..^^,

Cik Atiqah Shaharin said...

nice entry. thumbs up!!

Seksi Bani said...

aduuhh.. ada blogger kutuk blogger lain ker? hmmm... tak pernah jumpa lagi kes tu... haissh... takkan ler benda2 blogging ni sampai nak kutuk mengutuk.. tak der keje lain ker?

CKB said...

ZE, Cik Atiqah , SB: inilah dunia..huhu

Shukri Mohd Ali said...

tak perlu glemer dan populariti. yang penting pemikiran dan pendapat itu diluahkan. hehe =)

CKB said...

betul2!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails