Pencanting tegar

4/14/11

cool tapi hipokrit

Assalamualaikum

Semalam,err..pagi ni..pukul 4 pagi.. baru je menghabiskan cerita drama Jepun; Nobuta. Bukan apa, saja buang stress jawab exam Systemic Pathology yang buat aku rasa nak lempang diri sendiri.

Akira dan Shuji

Cerita ini banyak reminisce moments in secondary school. Yeah.. bagi aku, kenangan yang paling manis adalah ketika di sekolah menengah. Pada masa Form 1 dan Form 2 masih lagi keanak- anakan, but things heat up when Form 3 sampailah matriks. Betul, zaman remaja yang benar2 remaja bagi aku adalah ketika berumur 15 tahun sehingga 19 tahun. Duration masa itu sekejap saja, hanya 4 tahun tetapi terlalu banyak memori dan  perkara yang berlaku.
Entah kenapa masa sekolah tak sabar je nak keluar pergi universiti tetapi bila dah duduk dekat dalam U ni, aku benar- benar merindukan zaman persekolahan.


Seperti Nobuko, demi untuk fits in dalam community, dia perlahan - lahan untuk berubah menjadi yang lebih baik. Shuuji on the other hand, keep pretending to be cool sebab dia mahu semua orang kenali dia walhal dia tidaklah secool manapun sebenarnya. Watak yang benar- benar genuine dalam cerita ini adalah Akira di mana dia tetap menjadi diri dia.

So, apa yang aku dapat dari cerita ini?


Friendship. Point of change.

Friendship yang kukuh buat aku rasa cemburu dengan Nobuko yang punya sahabat begitu setia bersamanya walau seteruk manapun dia. Semuanya dilalui bersama- sama. Cute!

Point of change. Jangan tipu kau yang kami nampak sekarang adalah kau yang sebenar dari dulu. Setiap orang akan mengalami proses perubahan. Proses perubahan yang paling rapid adalah ketika di sekolah menengah di mana semua orang mahu fit in dengan rakan- rakan dan trying hard to be popular. Heh, termasuklah aku. So, pelbagai aktiviti akan disertai oleh remaja2 yang dahagakan populariti ini. Sepanjang tempoh ini, adalah tidak dinafikan betapa ramainya umat menjadi hipokrit. Kau cuba get along dengan kawan- kawan yang cool atau serupa haramm supaya kau diterima untuk join group mereka.

Dari seorang yang pendiam kau berubah menjadi seorang yang banyak cakap. Dari seorang yang tak cool kau menjadi cool. Eleh, kau ingat mereka yang cool tu tak noob macam kau ke dulu? Mereka pun berubah lahh.

" No one is confident with themselves. Everyone is afraid of what people thinks"

Betul tak pernyataan ni?
Heh, jangan tipulah. Kalau benar kau yakin dengan diri kau.. aku cabar kau berak kat tepi kedai KFC sekarang! Apa? Malu? Malu pada siapa? Kan kau sangat confident kan?
See? Mereka yang cool itu hanya di mata kita. Hakikatnya mereka tu tak cool pun. Mereka cool sebab mereka selalu memikirkan apa yang orang lain fikir terhadap diri mereka. Acting cool to fit in.


Popular girls? Trying to be mean and acting 'pretty'. This is the definition of popular girl to me. Di zaman sekolah dulu perempuan yang popular ini adalah perempuan-cantik-yang-aktif-sukan-tak-pandai-pun-takpe-ada-gedik-cukup-untuk-buat-kau-rasa-nak-pijak-jenis-layan-semua-lelaki-seksi-sikit-serta-punya-barang-yang-mahal-mahal-tahap-celebrity-serta -suka-cakap-ikut-suka-lutut-kambing-kau.

Setiap orang memerlukan perubahan demi kebaikan sejagat, dan mungkin kadang- kadang kita perlu menjadi hipokrit tanpa kita sedari. Bukan semua benda kau boleh lepas cakap semua. Ada benda kau akan simpan dalam hati tapi balik bilik tumbuk bantal tekup bantal jerit sekuat hati Mak Limah bila keluar bilik senyum manis. Semua orang perlu menjaga hati semua orang.

Tapi, ada benda yang kau perlu kekalkan. Personaliti. Walaupun kau pakai macam Paris Hilton, menggedik macam Paris Hilton, ada rancangan BFF sendiri tetapi kau tetap tak boleh jadi Paris Hilton. Kau tetap Bedah jual kuih kat tepi kedai Pak Jabit. Kan?
So, why trying hard to be someone that you are not?

Ubah sedikit sifat untuk menjadi lebih baik.Tapi, keep your personality. You cannot change the whole you. 
Ada apa pada populariti? Ada apa pada cool?
Being yourself is more cool than being everyone's cupcake.
Cupcake.. the ingredients are almost the same. Only the appearance and how it was made makes it different.
No matter who made it, where it was made, what inside it.. it will always be a cupcake. Alter lah macam manapun, cupcake itu takkan menjadi durian mahupun dinosour. Masih lagi cupcake. Comel di mata orang, manis bila dimakan. Memberi senyuman pada mereka yang kelaparan.
Kamu hanya cupcake yang kecil.. bukan kek Secret Recipe. Tapi, sebab dah ubah sikit ingredient bagi sedap, corakkan dengan cantik2.. semua orang pun senyum melihat cupcake tu.

kan?

p/s: Perubahan itu perlu, tapi bukan terus menukar diri kamu.. cuma buang sifat buruk itu.
:)

8 comments:

shaffique said...

horikita maki comel !!! ;P


My latest entry : Ukiran Pelik Dan Menggelikan Tim Jones

mian said...

wau.like this.haha.betol2.ramai orang berubah sebab nak bagi orang dekat ngan die.in the end, die sendiri akan rase hidup sendiri sucks sebab terlalu nak jage sangat hati orang.just be yourself.hehe.cool =)

Seksi Bani said...

SB suka tgk drama filipin.. kekeke...

CKB said...

shafiq: hehehe

CKB said...

mian: kdg2 kite pun boleh jd hipokrit tnpe kita sedari. :)

CKB said...

SB: ish, xbestlah.. citer filipino pjg sgtt.smpat beranak sorg baru nk abeh..haha

xazryx said...

aku tgk cite ni pon sbb ade yamapi dgn horikita maki .HAAHA .

CKB said...

ceyhhhh

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails