Pencanting tegar

2/25/11

Putus cinta itu rahmat

Assalamulaikum semua. Apa khabaq?
Aku tak blogwalking lagi. Nantilah kalau rajin baru BW.

Sape kat sini pernah putus cinta? Frust menonggeng guling- guling? Pernah tak?  Tipu lah kau cakap tak pernahh. Ape? Tak pernah?? Maksudnya cinta kau masih teguh pada Allah, Rasulullah dan ibu bapa kau je buat masa sekarang ni. Alhamdulillah.
Bagi yang pernah, haa...kat sini pendeta nak bagi tips tips move on yang InsyaAllah berkesan.

Sakit tak bila putus cinta? Mestilah sakit kan? Rasa hatiku dirobek- robek oleh garpu rumput tu. Kemudian, kau rasa down like hell. Bila jumpa lagi calon yang MUNGKIN akan buat kau bahagia... tettttt, kau kecewa lagi dan lagi dan lagi sampai lebam. Kita selalu berdoa agar Allah bagi kita bertemu dengan jodoh kita, tapi  bila kita rasa seseorang tu jodoh kita.. tup tup kecewa menerjah hati lagi.



Doa tak makbul?


Agak- agak kenapa jadi macam tu? Takkan lah Allah tak nak kabulkan doa kita kot? Haa, meh sini duduk rapat2 aku bercerita serba sikit dari pengalaman dan ilmu cetekku untuk aku kongsi dengan kalian. Meh2 rapat. Haip! Yang bukan mahram tu pehal rapat sangat tuh? Lempang sedas baru tau.

Rasa jeles tengok kawan kita yang kapel..hepi je. Kita ni asyik kecewa je. Demm demm demm. Pernah tak kita terfikir kenapa kita asyik salah pilih orang? Ahha! Jodoh sebenar kita sebenarnya telah ditentukan di Luhmahfuz. Tak kira dengan jalan apa kita ambil dia, baik halal mahupun jalan maksiat.. orangnya tetap itu juga. Cuma bezanya adalah rasa berkahnya.

Ok, back to the topic.
Before you meet your Mr. Right, you will meet many Mr. Wrong.. Sebenarnya, Tuhan nak tunjukkan kat kita. Ada lah salah kita here and there yang kita mungkin tak perasan yang tuhan nak suruh kita perbaiki. And hakikat sebenarnya kita masih belum bersedia untuk berumah tangga. Makanya, Allah turunkan sedikit ujian dengan menarik orang yang bukan mahram kita sayang tu dan datanglah kesedihan hati.

Standard typical manusia lah kan, bila susah baru nak cari Tuhan. Ha, itulah tujuan sebenarnya. Kalau kita tak alami kekecewaan jiwa ni, ade ke kome pergi lepak kat sejadah lepas solat lama2 sikit borak2 ngan Tuhan? Ade? Ade? Ce citer ce citer. Takde kan. Lepas solat laju2 kau terjah enset mesej ," Ayang da solat ;) ."
Choyy
Ingatlah wahai kawan- kawan. Apabila kita dilanda ujian dan dugaan, itu adalah tanda Allah sayang kita.

Allah SWT berkata:
   " Ketika Allah sukakan kepada seorang hamba, Dia mengujinya. Jika dia sabar menghadapinya, Dia hindarkan. Jika dia rela, Dia memilihnya."


Rasulullah SAW bersabda:
   " Dalam sabar terhadap sesuatu yang kamu benci terdapat banyak kebaikan."



rujuk entri ini

Tips2 move on

Pertama, dekatkan diri dengan Tuhan. Sentiasa pujuk hati dengan berbicara dengan Allah. Tengah2 malam tu waktu sesuai tau. Apa? Tak reti nak solat sunat and doa Bahasa Arab ala2 Pak Syeikh?? Hey2, jangan risau brader sistah, Allah itu Maha Bijaksana dan Maha Mengetahui. Dia yang menciptakan kita masakan Dia tak tahu apa yang kita nak bicarakan betul tak? Kalau rasa macam tak reti, ambil saja wuduk atau buat selepas solat fardhu.. lepak lama sikit atas sejadah tu. Kita bicaralah semahunya. Mintalah dengan Dia. Dia dengar hati kita. Dia dengar rintih kita. Cuma kita terlalu ego nak jugak2 carik orang lain. Haish!

Kedua, tiuplah semangat baru ke dalam diri. Teguhkan pendirian. Tegaskan pegangan. Fokuskan dirimu kepada yang lebih berhak. Ubat hati itu ayat Al- Quran. Berdampinglah selalu dengannya. Hayati baitnya. ;)

Ketiga, sibukkan diri kamu. Join aktiviti. Balik je bilik, solat Isyak terus tidur. Bangun pagi awal sikit sebelum subuh boleh buat tahajjud. Tahajjud itu sumber kekuatan. Carilah kekuatanmu dalam tahajjud itu okeh?

Selebihnya boleh kamu kamu semua rujuk di sini. Yang aku listkan di sini dicedok bulat2 dari pengalaman aku sendiri. Ini yang utama.


Di sini aku ingin ajarkan satu doa yang aku amalkan diajar oleh abah masa tazkirah dulu :

    " Ya Allah ya Tuhanku, ampunkanlah dosa2ku yang banyak ini.. permudahkanlah segala urusan dunia akhiratku, permudahkanlah segala urusan hidup dan matiku, permudahkanlah segala urusan kejayaan dan kebahagiaanku dunia akhirat serta permudahkanlah urusan jodohku. Ya Allah, andainya dia adalah jodohku, dekatkanlah hati kami, satukanlah jiwa kami, wujudkanlah rasa cinta antara kami keranaMu. Jadikanlah dia cintaku yang membawaku lebih dekat padaMu. Kekalkan rasa cinta dan bahagia itu sehingga ke syurgaMu. Dan seandainya dia bukan untukku, permudahkan urusan kami dan damaikan kami dengan ketentuanMu. Sungguh Kau Maha Mengetahui lagi Maha Pengasih."


p/s: aku tak punya banyak ilmu. secetek kulit bawang mungkin. Tapi yang cetek ini jualah yang ingin aku kongsi. Semoga ia memberi manfaat kepada kamu. Salam menemui bahagia ;)

6 comments:

Muhammad hamizan bin yusof said...

nice3 entry...mencari entry mcmni..thanks...:)

ZACK ENTRY said...

nice entry..


<-- tak berpeluang rasa bercinta lagi..^^,

CKB said...

hamizan : thnx.ade la sikit ilmu utk dikongsi. andai ade cela, maaf ye ;)

ZE: tq. npe x bpluang lg ?

:: cikNuurul :: said...

nice entry,.CN brpeluang merasai "kehebatan" putus cinta,.:-) CN amalkn doa,muhasabah dri dan redha dgn ujianNya,.dn skang alhmdulillah,hati CN dh rse tenang,xsdih dh,xmrh cume kdg2 tringat tu,normal la kn,.hehe,.

Muhammad hamizan bin yusof said...

hehe..xlah..ape yg cela nya..ok je..100% setuju dgn pendapat kt ats..:)

CKB said...

CN : a'ah..ala tringat skit2 tu normal lah. cme jgn smpai trbawa2 emosi dah la ek? Alhamdulillah ;)

Hamizan : ahaha.. trimass. ;D

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails