Pencanting tegar

1/13/11

Antara Johor dan Kuala Lumpur.

Salam alaik buat semua pembaca blog faz punye cerita.
Terima kasih kerana masih tegar membaca walaupun kadang- kadang blog aku ni sarat dengan emosi seorang perempuan yang punya gangguan hormon pada tiap- tiap bulan.


Aku budak KL. Dah lama aku menetap di sini. Aku lahir pun di Hospital Kuala Lumpur. Pernah terfikir nak lepak kat negeri lain tapi tak pernah terfikir untuk berpindah dan menetap di negeri lain. Kuala Lumpur ataupun akronimnya KL. KL ni memang sinonim dengan bandar hiburan, bandar kemajuan, bandar kemodenan dan tak lupa juga bandar kemaksiatan. Masa aku matrik dulu aku tak pandai berloghat2. Aku hanya cakap KL je. Bila orang cakap loghat Kelantan, Utara mahupun Nogori aku hanya akan sengih menampakkan gigi kapak aku yang besar sambil mata blur bagi menandakan aku hanya berhipokrit ketika itu. Ya, pura- pura faham tapi aku tak faham pun. Jadi orang melabel aku sebagai.. "biasalah..budak KL kan"


Aku pakai ikut aku suka. Bila aku pakai pakaian yang pelik sikit pada mata diorang mereka akan kata..
" budak KL lah katakan ". =.="


Tapi, di matrik dulu ada ramai orang yang cultural shock. Perangai yang dulu macam ayu tiba- tiba bertukar jadi orang zaman batu yang pakaiannya dasyat tak cukup kain dan mulalah bercakap dengan slang KL. Ala, yang ada campur bahase Inggeris tu. Macam " You all, jom kita peRgi shopping nak? Aww, I tak suka lah makan kat situ" dengan gaya gedik meluatkan aku. Alhamdulillah, bebudak KL maintain cool. Siap ada yang jadi naqibah kat matrik dulu. Ferr


Kemudian aku pindah ke universiti tercinta aku dan berjumpa dengan orang Johor. Satu hari, ada kawan aku menguap, kawan Johor aku ni kata kat dia.." Kuat sangap lah kau ni".
Aku dan member aku terkejut hebat. Apa ke buas dasyat bahasa budak Johor ni.?


"Woi, ko pehal cakap macam tu?" kata kawan aku.
" Pesal plak? Pe masalahnya?" kawan Johor aku mempertahankan diri.
" Tu sangap tu. Gila ke kau?" Aku defend kawan aku.
" Hahaha.. Sangap tu menguap lah dalam loghat Johor. Apa masalahnya korang ni?"
Kami berdua terkedu, " HAH??Menguap?"

Sangap. Dalam definisi kamus orang Johor maksudnya adalah menguap.
Tapi kalau dalam definisi manusia di Selangor dan Kuala Lumpur, maksud sangap ni lebih menjurus kepada orang yang gila seks.
Fer..punya jauhlah maksud satu perkataan tu kan. Baru lain negeri, belum negara lagi.

Jadi, setiap perkataan yang kita guna di sini tak semestinya sama di tempat lain. Kerana ethnic background dan cultural value semua berlainan. Andai aku adalah orang KL, maka logiklah untuk aku menulis/ bercakap dalam loghat yang aku biasa. Perlukah aku memuaskan hati setiap orang di seluruh negara sebab berkemungkinan setiap dari perkataanku mungkin membawa maksud yang dasyat kepada mereka?

Kerana aku hanya orang KL. Aku jarang keluar dari negeri ni. Jadi vocabulary aku tentang perkataan dari dialek yang berlainan sangat kurang. Manalah orang Johor nak tahu sangap pada kami adalah gila seks ye dok? Sekalipun mereka dah tahu, mereka akan tetap guna perkataan tu. Sebab dah biasa kan.
Manalah kami nak tahu menganjing pada negeri lain sama maksud dengan mengejek ye dok?

Jadi, jangan tipikal. Kamus Dewan tak sentiasa betul. ^^
Peace out

2 comments:

Nurul said...

kawan aku pun suke gune sangap.sampai kena marah ngan aku baru diam.

tp sangap yg dye mksudkan mmg sama ape yg ko mksudkan iaitu gila sex.

Noor Fatin said...

hahhaahh betol2. kat kl maksudnya lain. kekke kat tempat lain maksudnya lain.. hee

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails