Pencanting tegar

2/22/10

siapa gedik angkat tumit!


ya..
itulah tajuk entri aku kali ini

khas ditujukan kepada mereka2 yang gedik
siapa ya?
definisi gedik acapkali dikaitkan dengan kaum hawa kerana kaum hawa ni memang bijak dalam menggedik2.
( betul ke?)

aku tahu kewujudan perkataan gedik beserta definisnya ketika aku di tingkatan 2 atau 3 jika tak silap.
tika ini aku masih seorang yang skema
muka pun blur2 semacam~

di dalam kelasku terdapat seorang perempuan yang aku rasa okla tapi disebabkan sifatnya menggedik meliang liuk membuatkan tekakku kembang rasa loya meluat.
wajahnya?
sebenarnya dia ok sahaja tapi disebabkan sifatnya itu aku sudah rasa dia langsung tak lawa.
dalam kelas kami kebanyakannya skema2 belaka
maka dia mencari geng2 yang seangkatan
aku paling tak tahan bila geng2 gedik jalan sekali.

gedik gile!
cakap dengan gurls nak poyo je
nampak je laki terus menngedik gile

cth: bila ada je lelaki lalu, tibe2 je ketawa dengan kuatnya sambil mata melirik ke arah lelaki tersebut.bapak ar!

tudung singkat x cukup kain,
kain singkat bajet sekolah banjir,
baju ketat bajet miskin pakai baju adik,
tapi beg, kasut dan nset semuanya up to date!
aku dulu pakai nset abah aku je.pinjam untuk pergi tuisyen.huhu

namun yang aku pelik bin ajaibnya adalah
ramai juga lelaki2 yang terkinja2 n terkejar2 kan golongan gedik2 ni
mungkin terpikat dengan suara manja mereka
liang liuk badan tika bertutur
tapi cakap nak lepas je
mencarut sana sini
sanggup putus kawan disebabkan seorang lelaki
serius aku malu sebab aku pun kaum hawa gak..peh!

bagi aku
sebenarnya sifat gedik ini adalah semulajadi dalam diri seorang insan berkaum hawa
gedik manja inilah yang memikat si suami
tapi itulah
menggedik dengan suami la
bukan dengan semua jantan pun kau layan
sifat gedik ini yang menyerlahkan sifat kefemininan seorang wanita
tapi ditonjolkan sedikit sahaja selebihnya untuk suami tercinta

hehe

jadi janganlah anda menggedik tak tentu pasal
orang bisa membezakan sama ada manja dan lembut anda itu adalah semulajadi ataupun artificial semata- mata
tapi kadangkala orang2 gedik kelakar juga
pakai aksesori sampai nak jadi macam pokok krismas dah..
make up punya tebal macam pakai tepung gomak

HAHAHAHA

*gelak tak tahan*


satu aku respect pada golongan gedik ini ialah
tahap kekonfidenan mereka sangat tinggi
mengapa?
yalah..muka tak seberapa tapi perasan cun habis la tahap miss world gitu
kadang2 badan penuh lemak sana sini
pakai juga ketat2..nampaklah bonjolan2 yang tak berapa nak rata tu
ada juga yang perasan dialah yang hebat..semua perkara dia tahu
padahal poyo je lebih

satu pengajaran aku dapat dari mereka

BE CONFIDENT!

=D

2 comments:

Anonymous said...

salam..

heheh.. nape xder shoutbox dalam blog nih? terpaksalah saya membebel di tempat komen ini =)

teruskan berblog utk memuhasabah diri dan org lain!!

i will follow u~~~ (eheh.. nyanyi macam lagu digi ye..)

CKB said...

xreti ar nk wat shoutbox tu..xpe2..bebel je byk2 kt cni..hihi

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails