Pencanting tegar

11/28/14

Stagnant


Ada orang bukan jenis yang sukakan perubahan. Lebih kepada stagnant kehidupannya. Statik.

Boleh jadi sebab kehidpan sekeliling yang mempengaruhi atau diri yang penakut.

Seorang manusia itu merpakan seorang pengembara. Pengembara yang mengharapkan jalan pulang yang bahagia. Pengembara tak begitu pasti apa yang dia akan hadapi, tapi yang pasti adalah destinasinya.

Setiap pegembara pasti akan mempunyai pilihan. Dia mahu makan makanan yang sedap dengan harga murah ada pakej tempat tinggal yang sangat selesa. Tapi dia punya dua jalan.

Pertama; jalan yang lurus macam highway tapi sejauh 200km
Kedua: Jalan bukit bukau penuh lumpur dan duri yang sejauh 30 km sahaja.

Mana pilihan anda?

Orang yang stagnant atau lebih jelas dengan orang yang selesa akan pilih jalan pertama. Dan semestinya tiada salah dalam pemilihan dua2 jalan ni. Its just the matter of time. And energy.

Jika kita taknak bersusah payah memanjat, terjun, menyelam hanya kerana takut lemas atau takut kaki patah walaupun perjalanannya lebih dekat, bolehpilih jalan highway yang jauh.

Dah pasti nampak arahnya, tapi memang jauh lah. Dah berapa kali rehat pun belum pasti. Jalan kedua mungkin hanya memerlukan 1- 2 hari. Sekurang- kurangnya ada tempat berteduh sebentar di bawah pokok dan ada anak sungai mengalir sepanjang perjalanan.

Jalan highway? Panas. Tapi lurus. Nampak arahnya, tapi tak pasti bila akan sampai. Mungkin mengambil masa 2- 4 hari.

Barangkali makanan dah habis atau tempat tinggal fully occupied baru sampai. Takpa, tidur di ruang tamu dan secawan kopi lebih- lebihan tu pun boleh lah.

Heh.

Terlalu banyak metafora mejadikan mesej terselindung dalam ke bawah.

Apa- apa pun, orang begini, di ajak lah bagaimanpun utuk kita bawa pada perubahan yang lebih baik, dia tak nak. Dan itu bukan salah sesiapa. Itu adalah pilihan.

Yang menjadikan salah apabila kita tidak bersyukur dengan apa yang kita dapat dari pilihan kita, :)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails