Pencanting tegar

5/23/14

Separuh hati

Phew phew phewwww *buang buang habuk

Dah berkabus blog aku ni. Habuk tebal 6 inci dah boleh buat arnab. (tagline masa matrik bila bilik penuh habuk). Haha teringat Bad.
Apa khabar lah Bard. And bebudak matrik. Paling aku rindu zaman gila masa sekolah, matrik dan universiti. Start menggila masa matrik. Terima kasih pada Badriah yang menukarkan aku yang suci bendul gitu kepada manusia seumpama kau. Haha.

Kemudian 4 tahun aku bertapa di kolej Universiti Kebangsaan Malaysia tercinta aku *tangan di dada mata ke atas*. Geng2 satu kursus dengan aku yang sampai sekarang masih tak kurang gilanya nampaknya menebarkan sayap ketidak normalan mereka ke satu tapak yang lebih jauh. Ya, ke alam 'dewasa'. Menyingkap kembali zaman muda mudi yang ntah apa- apa, aku rasa lebih bangga dari diri yang sekarang. Ya.

Kini, aku seolah bahtera tanpa layar dan kemudi (diambil dari lirik 'Bonda' oleh M. Nasir). Terumbang- ambing penuh golak. Kawan- kawan tak normal aku dah menjauh. Syukur, Allah dekatkan aku kepada sahabat yang cukup aku sayang. Bibi. Bicara dengannya tak pernah jemu dan lalai. Dalam sedu mampu disambut dengan senyum tawa diakhir bicara. Ah, rindulah dengan mek Kelate tu.

___________________________________________________________________________

Tipu jika aku kata aku tak sedih. Tipu jika aku kata aku kuat. Tipu. Tipu. Sejujur manapun manusia, pastikan menipu bila dia di tempat golak seperti aku. Ya, seperti di dalam kasut aku (baca: in my shoes). Apalagi si penipu macam aku. HAHA

Hati seolah diambil sebelah. Rasa sedih sekadar separuh jalan. Rasa gembira juga seolah separuh jalan. Semua seolah tidak kena.

Hingga tiba ke satu tahap, aku tak punya lagi rasa apa- apa. Tak mampu nak fikir risau. Apalagi mengalirkan air mata. Kadang fikir, aku salah kah?

Pernahkah korang berada di satu masa, yang kau mungkin tahu ia salah, tapi kau seolah tersepit. Ah, bagaimana bisa si pembaca maya menyelam ke dasar jiwa s penulis maya juga kan?


Rindu. Ya, aku rindu menulis. Mungkin aku akan mula menulis semula. Terima kasih kepada yang setia membaca rintihan jiwa jujur. Jujur kah? Mungkin.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails