Perempuan, adalah satu makhluk yang unik. Ya, dia merupakan pelakon yang sangat hebat. Seorang yang paling terer berpura- pura walau semana jujur pun dia. Percayalah, wanita memang naturally nya begitu. Hebat dalam berpura- pura.
Wanita itu,
Mampu mengukir pelangi sedang hatinya dilanda badai tengkujuh
Mampu memberi manisan sedang pahitnya ditelan
Mampu mengukir senyuman menyenangkan sedang hatinya sungguh resah
Mampu menoreh hati sendiri asal hati orang lain terjaga
Mampu menjadi sekuat badang dalam lemah lembutnya
Aku rasa cukup lah.. kepura- puraan yang wanita tampilkan.
Ketahuilah hatinya cukup lembut, mudah terguris..
**********************************************
Biar air mata itu mengalir
Biar sendu menjadi lagu
Biar, biar, biar
Biar tangis itu membawa bersama
Luka torehan manusia
Biar sendu itu berlagu
Menghibur hati yang sedang syahdu
Di waktu malam kelam kelabu
Cukuplah Allah bagiku,
Cukuplah Allah penolongku,
Cukuplah Allah temanku.
**********************************
Terima kasih kerana memahami
Terima kasih kerana terus setia mendengar
Terima kasih kerana menjadi tiang
Tiang kekuatan untuk bersandar
Untuk berpaut
Untuk berdiri
Syukran, May Allah bless you.
5 comments:
itulah wanita...;)
yea. :)
kena pandai jaga hati mereka :)
:hatinya mudah rapuh. :)
ye :)
Post a Comment