Orang kata, " Apalah kau ni, macam orang zaman kuno!"
Aku senyum.
Orang kata, " Kau hidup zaman bila ni? Tak ada orang bercinta macam kau lah! Antik betul! "
Aku ketawa.
Oh, tak apalah. Biar dunia ejek- ejekkan aku punya rasa. Apa istilah ' couple ' bila sudah suka?
Entah.
Aku tak suka term couple tu.
Kawan aku ada kata," Kau pasti ke dia? Entah dia sama saja dengan Adam lain yang luka- lukakan hati kau"
Well, kenal tak salah. Suka pun.. tak salah kan?
Mana nak tahu pun kalau ' si dia ' itu punya perasaan yang sama kan?
Aku dah janji dengan Tuhan. Kalaupun aku suka sama ini Adam, tapi aku harus malah wajib redhakan hati aku andai jodohku dengan Adam pilihanNya. Aku dah janji kena lapang dada. Sebab Dia lagi terer malah lebih kenal aku dari diri aku sendiri. Maka, pasti Dia tahu apa yang paling best untuk aku.
Tapi, tak salah juga. Kalau aku suka ini Adam. Aku harap perasaan ini menjadi guideline kami untuk jadi lebih baik. Kalau tiada pun jodoh antara kami, pertemuan kami ini tiada yang salahnya. Kami bertemu dan kami berubah. Menjadi lebih baik, InsyaAllah.
Tapi, tak salah juga kan? Andai aku pinta hari- hari pada Pemilik hati aku ini agar satukan hatiku dengan hati 'si dia'. Dialah Pemilik segala hati, Yang mampu membolak- balikkan hati.
Semoga hati kami terikat dengan rahmatMu sehingga ke syurgaMu.
p/s: Tak acilah tang jodoh baru nak doa2. Tang lain tak mau doa ke? Kalau nak jadi baik, bukan untuk suami saja, tapi untuk seluruhnya! Pantas CKB! Dah lama sangat kau kecundang! Bangun!
5 comments:
ayat terbaikk. cayalahh :D
heeeee
biar org nak kata apa
yg pntg kita buat perkara yg tidak salah kerana-Nya kan =)
solihin: yeahhh
aimie :btull2. :D
cinta akan datang tapa dipaksa... *eceh, mcm nak bunuh diri je cakap cenggini * =.='
saya percaya cinta akan menyapa bila Tuhan tahu kita sudah bersedia :)
Post a Comment