Pencanting tegar

9/11/11

Nak jadi macam Yuyu, Cik Epal, Fatin Liyana, Maria Elena

Assalamualaikum semua

* senyuman manis nampak gigi rabbit buat tatapan umum sejagat

Tadi aku melawat blog2 golongan blogger perempuan yang hot dan fofuler seperti Fatin Liyana, Maria Elena, Cik Epal serta Yuyu. Pergh, populer giler mereka. Ko tengok ajerlah follower depa! Pastu cash out bukan sikit2... leh buat belanja satu sem aku. Pergh...

Aku pernah juga nak try2 cedok sikit cara mereka. Macam Abg Ben cakap kena rajin update, keep in tpuch dengan blogger lain.. selalu blogwalking dan join kontest ke  kan..

Ternyata aku hanya sekadar hangat- hangat tahi kambing. Sekejap je. Then , malas balik. 
Sukar sekali barangkali untuk aku mengubah cara penulisan aku yang pelbagai mengikut rasa mood. 
Berbasa- basi.
Cuti 4 bulan tak begitu meniup semnagat untuk menjadi blogger tegar. Sebaliknya aku semakin malas. Hahaha.
Terlalu banyak kerja yang perlu dilakukan selain menghadap laptop 24 jam. 

Tak mengapa tak banyak follower. Tak mengapa tak popular. Tak mengapa orang tak kenal saya.

Yang penting... segala mesej dan intipati yang ingin aku sampaikan telus masuk ke kepala otak anda2 semua.
Mesej harus sampai.

Baru ada saham masuk bila dah lepak dalam kubur nanti.

Doakanlah aku begitu rajin untuk study untuk tahun ketiga aku di sini. Lagi 2 tahun.
Moga Allah permudahkan urusanku. Urusan dunia akhiratku. Urusan hidup matiku. Urusan kejayaan kebahagiaanku. Urusan cinta dan jodohku. 

Allahumma ameen.

p/s: Jadilah diri sendiri. Tak rugi pun. ;D

6 comments:

CIKGADIS said...

haaaaa betul3.. saya sukung

Syahbinar Shuib said...

sy pon minat diorang jugak :))
btw , follow kamu !

Anastasyea said...

Kalau kita ikhlas menulis. Insya Allah .. pastinya ada orang yang baca. Jangan mudah putus asa k. (",)

anastasyea's latest post .. Kertas Soalan Peperiksaan Percubaan PMR (Penilaian Menengah Rendah) Negeri Pahang bagi tahun 2011

CKB said...

kenalah jd diri sendiri baru ori. ;D

Miszyuyu said...

jd diri sendiri lebih elok taw yunk ^^v

Mila Ahmad said...

usaha tangga kejayaan hehe...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails