Pencanting tegar

8/14/11

Kalau kita tahu kita lebih faham.

Assalamualaikum wbt.


Hari ini rasa lain. Lain dengan hari hari terawikh sepanjang bulan Ramadhan ini. Rasa.... lain.


******


Teringat zaman sekolah dulu di mana sekolah aku pada setiap hari Jumaat pada awal pagi tersebut kami akan adakan sesi membaca Yasin dan sedikit tazkirah di surau sekolah. Yea, Alhamdulillah walaupun sekolah aku terletak di kawasan sesak bandaraya Kuala Lumpur ( walaupun alamat sekolah Selangor Darul Ehsan..teeheee ) tapi ustaz dan ustazah di sekolah kami adalah para pendidik agama yang sangat proaktif dalam menanam benih Fardhu Ain di dalam setiap jiwa anak muridnya. Mungkin bukan semua benih itu tumbuh mekar, tapi Alhamdulillah.. semoga usaha mereka sentiasa dilimpahkan rahmat dari Allah SWT.


Macam- macam aktiviti yang diadakan bagi mendidik kami tatkala usia remaja yang rebel itu mula meraja. Kehkehkeh, teringat masa kantoi dengan ustaz masa panjat toilet surau sebab toilet biasa kotor. LOL.


Setiap kali hari Jumaat itulah, ustaz- ustaz akan bertemu giliran memegang jawatan pengemudi kami bagi bacaan Yasin. Kemudian, dia akan menyanyikan satu lagu yang cukup indah. Aku tak pernah dengar lagu tu... memang indah.
Tajuknya... Senandung Al- Fatihah.




Baru aku tahu, lagu ini adalah maksud kepada Surah Al- Fatihah. Pertama kali mendengar, seolah bergetar seluruh jiwa dan meremang bulu roma. Entah kenapa.


********************************
Hari ini, ketika bersolat terawikh.. aku cuba mengamati tiap ayat- ayat yang dibaca oleh imam di dalam solat. Aku teringat senandung ini ketika imam mula membaca Al- Fatihah...
Ya Allah.. betapa rasa gementar seluruh tubuh... jiwa rasa bergetar.. mata rasa panas.. dada rasa sesak. 
Betapa rasa semacamm je.. 


********************************


Sungguh.. apabila kita tahu maksud setiap ayat yang kita baca.. kita akan lebih faham.. dan lebih menghayati.


Dengan menyebut nama Mu ya Allah
Yang Maha Pengasih, Penyayang
Segala puji bagi Mu ya Allah
Pemelihara seluruh alam raya

Engkaulah Maha Pengasih dan Penyayang
Yang menguasai Hari Pembalasan
Hanyalah kepada Mu kami menyembah
Dan pada Mu kami mohon pertolongan

Tunjukkanlah kami ke jalan yang lurus
Jalan orang-orang yang Kau beri nikmat
Bukan jalan mereka yang Kau murkai
Dan bukan pula jalan mereka yang sesat 



Bayangkan.. ketika kita sedang bersolat yang sambil lewa.. Malaikat maut mencabut nyawa kita.. Mati lah jasad.. bersemadilah roh di alam kubur. Sudah cukupkah amal kebajikan kita di dunia ini? Cukup kah untuk mengelak dari siksa kubur? Cukupkah untuk elak dari masuk neraka? Ya Allah, ampunilah kami.


Ketika bersolat.. bayangkan ketika kita sedang berdiri tegak..cuba fikir.. mampukah kita berdiri sebaik ini di Padang Masyar nanti?


Setiap dari kita punyai nafsu..


Dalam kitab-kitab yang membicarakan ilmu tasawwuf, ada disebutkan 7 tingkatan nafsu. Iaitu :

1. Ammarah
2. Lawwamah
3. Mulhamah
4. Mutmainnah
5. Radiah
6. Mardiah
7. Kamilah



Tingkatan yang terendah dan terhina ialah Ammarah. Dan tingkatan yang termulia ialah Kamilah.


-Nafsu Ammarah ialah nafsu yang paling hina, paling buruk dan paling jahat. Orang yang bersifat dengan nafsu Ammarah, dia akan merasa bangga apabila melakukan dosa. Dosa-dosa orang yang menyahut seruannya untuk melakukan maksiat juga, dia akan beroleh saham darinya.
Cara untuk menghapuskan nafsu ini adalah perbanyakkan membaca " Laailahaillallah ".


-Tingkatan kedua nafsu ialah Lawwamah. Orang yang memiliki nafsu Lawwamah sedar bahawa diri dia sering terlibat dengan dosa. dan dia sering mengkritik diri dia apabila terlibat dengan dosa. Mereka sentiasa melakukan dosa. Waktu melakukan dosa, mereka tak fikir apa-apa pun. Sebaik saja habis melakukan dosa, dia sedar yang dia telah terlanjur. Dia menyesal dan mengkritik diri dia sendiri di atas keterlanjurannya. Tetapi setelah masa berlalu, dia buat semula dosa kemungkaran yang menjadi kegemarannya.   Seandainya orang bernafsu Lawwamah ini berjaya membuat kebaikan, maka senanglah timbul riyak dan ujub dalam dirinya. Perasan dan syok sendiri. Pendek kata, dia boleh buat baik.. tapi tak banyak.
Cara untuk menghapuskan nafsu  Lawwamah adalah dengan perbanyakkan membaca " Ya Allah ".


-Tingkatan yang ketiga ialah nafsu Mulhamah. Orang yang bernafsu Lawwamah, apabila dia sedar bahawa dia melakukan dosa, hasil dia mengkritik diri dia setelah dia terlanjur melakukan dosa, dia akan berusaha menghisab diri dan berusaha memperbaiki diri. Dia mempelajari ilmu Fardhu Ain dan mula mengamalkannya. Namun, dia masih terlibat dengan dosa. Senang cerita, dia tak istiqomah. Kalau duduk dalam majlis ilmu yang sepatutnya 1 jam.. dia hanya dapat bertahan selama setengah jam. Begitulah seterus2nya.
Cara untuk menghapuskan nafsu  ini adalah dengan perbanyakkan bacaan "Allah".


Tingkatan yang keempat ialah nafsu Mutmainnah. Orang yang bernafsu Mulhamah, hasil usahanya mencari jalan keluar dari melakukan dosa yang istiqamah dan sungguh-sungguh, maka Allah akan tingkatkan nafsunya ke tingkatan Mutmainnah.  Dia sabar dan redha dengan segala ketentuan yang datang dari Allah. Senang story, ni nafsu baik lah. ;D


Jadi, sama2 lah kita berusaha tingkatkan kekuatan diri dan iman kita selagi Ramadhan still available. Ok?


Semoga perkongsian kali ini dapat memberi manfaat buat kita semua. ;)
rujuk sini.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails