Pencanting tegar

8/1/11

Aktiviti Bulan Ramadhan



Assalamualaikum

Hari ini dengan rasminya merupakan hari pertama umat Islam berpuasa. Semalam telah pun bermula terawikh dan sedikit tazkirah dari ustaz di masjid2 sempena hadirnya Ramadhan yang mulia ini.

Kebanyakan orang kata, bila tiba saja bulan Ramadhan segala benda jadi slow. Takleh nak dating, takleh nak tengok porn, takleh mencarut, takleh buat aktiviti harian dan segala macam lagi.

Kerana itulah istimewanya Ramadhan, hampir semua umat Islam berhenti melakukan aktiviti2 lagha.
Tapi ada yang menganga pun takleh jadi jugak kan.

Seperti di dalam video di atas, Ramadhan merupakan bulan pesta. Ya! Pesta Ibadah.
Pelbagaikan amalan ibadah kita pada bulan ini. Semoga kita menerima keberkatan yang banyak InsyaAllah.

Sediakan mutabaah amal supaya kita sentiasa dapat update dan check diri kita.

Contoh2 mutabaah amal yang anda boleh follow. Mudah saja, tekan kat google saja ok?
Sesuaikan mengikut citarasa sendiri.
Aim biar tinggi. ;)

Salam Ramadhan Al Mubarak.

1 comment:

Shukri Mohd Ali said...

salam ramadhan dan selamat berpuasa.

p/s : selalu baca sini tapi jarang komen :)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails