Pencanting tegar

6/7/11

Gadoh & Aku Tak Bodoh

Salam buat kali kedua pada hari ini semua.

Gadoh sememangnya sebuah filem yang cukup sarkastik dan penuh dengan mesej- mesej tersirat.Tak heranlah kalau ianya tak lepas ke panggung. Hehe. Hekceli, tak guna aku ulas segala cerita filem Gadoh tu, takut2 aku kena tuduh si keji pulak. Hehe. Cerita Gadoh itu banyak membuka minda manusia yang selalu rasa dia saja yang bagus, rasa hebat, rasa high standard, rasa terbaik walhal tak sedar diri sangat bodoh, rendah, hina bila kau berjalan mendabik dada.

Filem yang penuh dengan mesej sosial, pentadbiran, pendidikan, kepolitikan
Aku suka. :)

Filem Aku Tak Bodoh aku tonton ketika dalam perjalanan ke Pahang tempoh hari. Ya, ceritanya mudah. Cerita tentang remaja / anak- anak yang sering dipinggirkan buah fikiran mereka. Disuruh turut saja kata ibu bapa. Kata anak- anak ditolak ke tepi, ibu bapa sibuk bekerja.. Suka main serkap jarang saja. Sememangnya inilah realiti dunia kini. Jangan heranlah ramai budak rosak akhlak fikirannya. Semuanya keranadi rumah lagi tidak dididik dengan baik. 

Aku seorang blogger. Aku Ok. :)

Sesekali kita perlu mendengar pendapat orang lain, membuka hati untuk maslah orang lain disandarkan kepada kita. Jangan terlalu pentingkan diri sendiri.


Aku bukanlah peminat besra KPop ke hape ke. Kalau kau bukak aku layan je. Tapi bila aku tahu yang ada kPop Malaysia? Aku just boleh cakap... apakah neraka? ( baca: what the hell?)

Hey, Aku Tak Bodoh lah untuk tahu yang tarian tu semua dicilok dari group Korea cam 2PM *( ini je band korea yg aku tahu )... Bila aku tengok gambar2 diorang dok posing ala2 Korea.. buat aku rasa macam...

" Aku rasa macam nak Gadoh dengan orang" ( tangan meraup muka, muka menoleh ke kiri- tunduk )






Aku suggest popularkanlah budaya Melayu kita.. macam Tarian Zapin ke..Tarian Mak Inang ke.. korang bagilah nafas baru. Bagi ada sikit bunyi techno ke.. hape ke.. takkan itu pun aku nak ajau? Sia- sialah kau pergi amik bidang seni muzik kat kolej macam tuuu.

Aku pernah tengok lagu Zapin dorang masukkan bunyi techno and tarian nye ada unsur zapin campur sikit dengan Hop. Ferr~~ Cool habes lah!

Cukup2lah meniru orang, orang tunjuk peha kau pun nak tunjuk peha. Semua orang pun ada peha apa kau nak bangga sangat dengan batang balak peha kau tu? Haih!

Ketandusan idea dalam meraih kepopularitian sendiri. =.='

4 comments:

OrAng_PeRLiS_mEnULiS said...

dah tengok aku tak bodoh... mmg best.. mak bapak, pengetua, cikgu, sosial semua kena kias.. haha: Pernah dengar SCREENGRAB! Cubalah! Lebih mudah dari PHOTOSCAPE

Hanif said...

Belum pernah tgk..nanti nak cari DVD

CKB said...

org perlis: mmg perh!

CKB said...

hanif: cari jgn x cari

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails