Amboi2, lama sungguh aku tak buka blog ni..( fuuuhhhhhh)
Habuk berterbangan!
Ohoi!
Syukur ke hadrat Ilahi dengan limpah kurniaNya aku masih dapat menegakkan belikat yang tegang dan menghembuskan gas Karbon Dioksida dengan sempurnanya buat kali yang entah ke berapa.
Semenjak berminggu- minggu yang lepas aku telah mengalami pelbagai cabaran hidup dan hidup aku memang serabut dan sibuk. Dari KTSN aku ke Kuala Selangor kemudian ke Trolak, Perak pulang semula ke KL dan bersiar- siar ke Zoo Negara kemudian pergi isi minyak ke Kuala Terengganu dan pulang semula ke KTSN kemudian pergi dengan tergesa- gesa ke Bangi lalu bertolak ke Pekan, Pahang. Dan hari ini, aku di KL. Semua ini terjadi dalam jangka masa 3 minggu sahaja.
Sepanjang perjalanan aku diduga dengan pelbagai ujian. Kesabaran aku bagai ditendang terajang. Diri aku bagai lalang ditolak ke sana kemari sesuka hati. Longlai jasad penat semangat. Mujur aku punya rakan seputar dan pakcik makcik yang bertimbang rasa. Baik manis keletah mereka.
Sesekali aku telah kecundang dengan hebatnya lalu tunduk dengan naksu amarah. Ya, pastinya syaitan bertepuk melompat gembira apabila aku menurut alur merah darah muda. Panas.
Gurauan yang disangka mampu mengukir senyuman ternyata menyalakan lagi api marak rasa marah.
Cis! Persetanlah!
Semalam dan hari ini aku duduk di hadapan laptop menyiapkan tugasan HM yang memeningkan kepala. Selesai. Alhamdulillah. Hadiah dari Pahang; Muka sunburned, sakit kepala, sakit pinggang, demam, selesema dan suara rock. Pasti, kenangan bersama sembilan lagi rakan yang sama merasa pedih perit dari mereka mereka itu akan aku ukirkan di dalam hati biar ia terus terpateri.
Kerna bila yang perit itu dikongsi, kelak ia menjadi igauan gembira buat kami.
:)
orang kata, jangan cakap dengan orang bodoh nanti kita pun jadi bodoh.
baik diam.
Bila kita sangkal pernyataan dia, dikata kita pembangkang
Bila kita tegur cara dia, dia kata kita tidak fikir panjang
Bila kita buat cara kita, dia kata kita saja suka bikin onar
Bila kita bagi idea, dia kata kita bina popular
Makanya, apa cara untuk kami betulkan kau?
Cukup doa cara kami, iman perisai kami, Allah penolong kami.
No comments:
Post a Comment