" As we go on, we remember All the time we had together
And as our lives change From whatever We will still be Friends Forever"Semua pelajar tahun akhir kejuruteraan mekanikal menyanyikan lagu Graduation nyanyian Vitamin C. Kaum Hawa sesuai dengan hati lembut mereka masing- masing mngesatkan air mata. Tersentuh. Di dalam kepala masing- masing berfikir, adakah ukhuwah yang dibina ini akan berkekalan? Apakah masih ada rasa ukhuwah bila mereka keluar? Bilakah lagi mereka akan bertemu dan berbual gembira? Masihkah boleh lagi mereka berperangai gila- gila?
Pelajar lelaki meletakkan tangan mereka ke atas bahu- bahu kawan mereka. Majlis makan malam itu sungguh menyentuh hati. Imran hanya tersenyum nipis. Azlan seperti biasa akan menjadi 'joker'. Dia akan cuba menghidupkan suasana. Di dalam hati jantannya sebenarnya turut berasa sedih. Tapi, keegoan membatasi segalanya. Alah, semua lelaki begitu. Ego. Padahal semua pun tersentuh juga.
Selesai majlis makan malam, masing- masing berpelukan dan bergambar sakan. Manalah tahu tak jumpa lagi selepas ni.
" Imran!" Laila membuat muka berkerut sambil menunjuk ke arah Imran.
" Senyum lah sikit!! Kita bukan nya tangkap gambar orang nak mati!" Satu dewan hotel ketawa.
Imran mengangkat kening dan senyum nipis. Dalam hatinya berkata," Aku dah senyum lah sengal, kau tak nampak ke?"
Entah kenapa hari itu Imran punya perasaan ingin bercakap.
" Alah, kita semua ni pun memang akan mati kan, okay lah tu," Imran cuba menyimpulkan senyuman. Dia cuba. Aishh, awatla susah sangat nak senyum ni?
Satu dewan senyap. Terpukul dengan kata- kata Imran. Laila ketawa kecil sambil membetulkan kamera DSLR D90 nya di atas tripod.
" Okay lah okay lah. Kau menang Im.. Dah dah, aku set time sekarang. Sedia!" Sebaik saja Laila menekan punat kameranya itu dia terus berlari dan bergaya ala- ala model bersama rakan- rakannya.
Klikk!
Semua tersenyum. Begitu juga Imran.
_______________________________________________________________
Hari ini hari terakhirnya di UIA. Sudah 5 tahun dia tidak singgah di rumah Maria. Bertemu pun tidak. Tapi, Imran selalu menjenguk Maria secara senyap- senyap dan mengikuti perkembangan Maria melalui Kak Bedah. Alhamdulillah, Maria sudah tukar kerja. Dia kini bekerja dengan Kak Bedah sebagai tukang masak.
Setiap kali hari raya, Imran akan pulang dan melihat Maria dari jauh. Dia cuma ingin memastikan Maria masih duduk di situ. Setiap bulan dia akan mengirimkan wang kepada Maria melalui Kak Bedah.
" Kak Bedah, ini wang bulan ni. Saja ingatkan Kak Bedah, jangan kata ini dari saya ya? Campurkan saja wang ni dengan gaji dia," Kak Bedah hanya mengangguk. Baik betul budak ni. Kalaulah aku ada anak perempuan, pasti akan aku jodohkan mereka.
Selesai berkemas, Imran sudah bersedia untuk pulang ke rumah. Inilah harinya. Ya, dia kini membawa nama graduan. Dia juga sudah mendapat kerja di Petronas. Baru kelmarin dia pergi ke pejabat utama Petronas dan mengesahkan persetujuannya dengan Petronas. Gaji pun lumayan. Dia ingin membawa Maria tinggal dengannya sekali. Angan- angannya terus dilayan sambil bersiap.
" Im, ni untuk kau." Azlan menyerahkan tupperware yang berisi makanan beserta kad yang disampul dengan sampul berwarna merah. Imran mengangkat kening kirinya.
" Ain bagi. Tadi aku terserempak dengan dia. Kebetulan aku ingin berjumpa dengan Laila, terserempak pula dengan dia. " Panjang lebar Azlan menerangkan. Imran membuka penutup tupperware itu. Hmm, sambal ikan bilis. Senyum. Dia buka buka sampul merah itu dah membaca isi kad di dalamnya.
" Assalamualaikum akhi.
Tak sangka sekejap saja kita akan meninggalkan dunia mahasiswa kan? Imran, Ain tak mahu bicara lebar. Cumanya, Ain ingin memberitahu Imran bahawa Ain sebenarnya sudah lama menyimpan perasaan terhadap Im. Sejak masuk ke sini, Im benar- benar membuatkan Ain rasa kasih terhadap Im. Ain saja ingin beritahu walaupun Ain tahu siapalah Ain jika mahu dibandingkan dengan Sasha. Ain tahu, Im sedang berhubungan dengan Sasha. Sasha itu cantik, bijak dan pandai bergaya. Sesuailah dengan Im yang segak. Ain beritahu ini kerana mungkin selepa sini kita tidak akan berjumpa. Okaylah Im. Semoga berbahagia. Assalamualaikum.
Nurul Ain Hasanah Abdul Shukor"
Terjegil mata Imran membaca isi kad tersebut. Sasha? Sejak bila aku couple dengan Sasha?
Azlan memandang Imran dengan penuh tanda tanya. Apa yang kad itu beritahu Imran?
" Weh, bila pula lah aku dengan Sasha ni?" Imran tak boleh tahan kemusykilan yang berlegar- legar di mindanya.
" Eh, kau bukan dengan Sasha kah? Aku rasa satu uni tahu kot kau dengan Sasha." Musykilnya Azlan. Selama ni dia memang sangka Imran dengan Sasha.Pernah sekali Azlan ternampak mereka di perpustakaan pada awal tahun 4 mereka.
" Siapa kata? " Imran menekan suaranya. Marah. Geram.
" Sasha lah. Dia kata dia pakai tudung pun sebab kau yang galakkan," Azlan semakin bingung. Apakah selama ini dia dan pelajar- pelajar lain ditipu mentah- mentah?
" Whattt?? Dusta! Hish! Suka- suka saja buat cerita! Sudahlah Lan, kau jangan percaya lagi dengan dia. Lan, aku nak pulang dulu. Esok kita jumpa di studio Aiman ok?" Imran seolah memberi arahan. Azlan hanya mengangguk dan mereka terus berpelukan sambil menepuk- nepuk bahu masing- masing. Imran pergi sambil mengangkat tangannya. Azlan hanya memandang.
___________________________________________________________
Tak guna punya Sasha. Patutlah selama ini Ain asyik mengelak dari Imran. Tak guna kau! Marahnya! Hish! Sepanjang perjalanan ke perhentian bas UIA dia menyumpah- nyumpah Sasha di dlaam hatinya.
Di perhentian bas, dia terserempak dengan Ain. Gugup. Ain sedang tekun membaca buku. Warna ungu memang sesuai dengannya.
" Assalamualaikum Ain," sapa Imran tanpa menghiraukan rasa menggelabahnya.
" Waailakumussalam. Eh, Im?" Ain mengangkat mukanya dan terkejut. Muka nya merah. tak tahulah kerana panas matahari atau segan bertemu dengan Imran.
" Im ada hal nak cakap." Ain hanya tunduk dan membuang pandangannya ke sisi kanannya. Mencari kalau- kalau ada kereta Naza Citra hitam sudah sampai. Tiada bayang pun.
" Im dengan Sasha tiada apa- apa. Kami bertegur sapa pun jarang. Lagipun..." Kata- kata Imran tersangkut. Ahh, slowlah sikit berdegup wahai jantung!
" Lagipun?" Ain menanti sambungan ayat Imran dengan penuh kemusykilan.
" Erm... Ain. Im...Im..Ehehmmm! Err...Im sukakan Ain. " Ayatnya mati. Ahhh!!! Tensionnya aku dengan jantungku ini! Slowlah sikit berdegup! Imran beristighfar sebentar. Ain mempamerkan riak terkejut.
" Sudi tak Ain menjadi bidadari Im di dunia dan InsyaAllah di syurga juga?" Imran menahan rasa ingin menggelupurnya. Ain mati kata- kata. Manusia lain di perhentian bas itu menjadi penonton drama " cinta tudung dan kopiah" mereka. Ain menelan air liur. Senyap.
" Im tak mahu paksa Ain. Tapi, itulah yang Im mahu cakapkan. Ikhlas dari hati Im. Sebab, Im rasa.. Im dah jumpa tulang rusuk Im yang dah hilang tu.. " Imran memandang tepat wajah sawo matang itu. Matanya yang sederhana besar dan redup itu benar- benar mendamaikan. Eh, Imran! Jangan pandang lama- lamalah!
Ain tunduk. Bukunya yang dibaca tadi digenggam kuat. Dalam tunduk itu ada makna. Ain sebenarnya sedang tersenyum. Ain terlalu malu untuk berkata- kata lalu dia hanya mengangguk. Imran kaku.
" Ain?"Curious Imran dengan anggukan Ain.
" Ain sudi membantu perjuangan Im." Perlahan suara Ain mengucapkan kata- kata keramat itu. Alhamdulillah! Imran meraup mukanya dengan ucapan syukur pada Yang Esa berkali- kali. Penonton di perhentian bas itu menepuk tangan mereka. Tak sangka drama di kaca tv kini di depan mata. Live yaww!!
Kereta Naza Citra hitam pun sampai. Ain bingkas bangun dan pergi menaiki kereta itu. Imranhanya tersenyum sambil matanya mengekori langkah Ain. Aiman di dalam kereta seperti dapat menghidu sesuatu. Ya, ada bau. Bau penyatuan dua jiwa. Senyum.
___________________________________________________________
Perjalanan hampir 2 jam ke Kampung Baru dari UIA Gombak. Jalan sesak amat. Pemandu teksi menyumpah- nyumpah dengan pemandu lain yang langsung tidak berhemah dalam kesesakan ini. Imran hanya berzikir menenangkan hati. Tapi, syukur juga Imran. Sampai juga dia di depan rumah nya. Rumah Maria.
" Assalamualaikum."Imran berdiri di hadapan pintu rumah usang itu. Tidak banyak yang berubah. Cuma daun pintu itu telah ditukar dan dicat baru. Di tangan Imran terdapat bungkusan berwarna kuning. Semalam dia sempat pergi ke Jalan Tunku Abdul Rahman. Untuk Maria pastinya.
" Waalaikumsalam." Kedengaran suara dari dalam menyahut diselang- selikan dengan bunyi batuk- batuk.
Tidak sihatkah?
Daun pintu dibuka. Imran menyelak rambutnya yang panjang paras bahu itu. Kacau betul pandangan rambut ni. Lupa pula nak pergi potong semalam. Takpelah, nanti aku pergi potong di kedai Siva.
Keluarlah seorang wanita awal 40-an. Tingginya paras dada Imran saja. Wajahnya putih pucat. Tiada makeup. Dan, dia bertelekung. Imran menelan air liur. Berdebarnya.
Wanita itu mengangkat mukanya memandang Imran. Wajahnya berubah riak. Terkejut.
Imran cuma senyum kelat.
" A..aa..apa kau buat di sini?" Maria begitu terkejut. Hampir saja jantungnya gugur. Walaupun wajah Imran sedikit berubah, namun dia kenal benar dengan wajah itu.
" Kan Imran dah pernah beritahu, Imran akan pulang juga. Terima kasih kerana menunggu Imran sehingga Imran pulang," Imran tersenyum.Di dahi lelaki itu terdapat tanda hitam. Tanda nur. Tanda orang selalu sujud. Tenang saja wajahnya. Maria kehilangan kata- kata. Sugul.
" Boleh Imran masuk?" Imran cuba menyembunyikan rasa gembiranya melihat Maria yang sudah banyak berubah. Maria cuma mengalihkan badannya dan memberi isyarat supaya Imran masuk. Imran mengangkat beg besarnya dan ditarik masuk ke dalam rumah. Dilihat isi rumah itu tidak berubah walau seinci pun. Semuanya sama.
" Kau...kau nak makan?" Maria bertanya kepada Imran dengan penuh kepayahan. Suaranya tersekat- sekat.
Imran cuma senyum. Kali ini, dia senyum yang senyum!Senyum ikhlas! Imran menyerahkan bungkusan kuning itu kepada Maria.
" Tak perlu susah- sudah. Im bukan tetamu. Im cuma sudah pulang ke rumah. Ni, ambillah. Memang Im belikan untuk..." Ayatnya mati di situ. Untuk Maria?Atau untuk mak? Dia seperti teragak- agak untuk menyebut.
Maria menyambut bungkusan itu dan terus duduk di kerusi malas. Senyap. Telekung yang dipakainya tidak dibuka lagi. Matanya jatuh kepada bungkusan itu. Dibuka perlahan- lahan. Imran melihat dengan penuh debar. Sudah terlalu lama mereka tidak bersua. Terasa kekok.
Di dalam bungkusan itu ada sekeping kad merah dan juga sehelai baju kurung serta sehelai..... tudung.
Warna hijau muda. Sesuai dengan kulit Maria yang cerah. Di atas kad merah itu terdapat tulisan Imran.
" Untuk Maria Manisa Binti Ahmad, mak Mohammad Imran Haikal Abdullah"
Maria mencampakkan kad itu ke atas lantai. Mukanya berkerut kelat. Imran tenang. Ada hikmahnya Im.
" Aku bukan mak kau! Tak faham lagikah?" Imran diam. Sabar.. sabar.
" Heh! Mak? Kalau betul kau anggap aku mak, kenapa kau tak datang jenguk aku hah? Kenapa kau tak pulang beraya?? Kenapa kau biar aku tertunggu- tunggu kau tanpa khabar berita? Kalau bukan kerana Pak Mat dan Bedah, aku pasti tak tahu langsung perkembangan kau! Bodoh! Aku benci kau! Benci!"
Maria tiba- tiba begitu beremosi. Air matanya mengalir laju. Entah kenapa jauh di lubuk hatinya terasa begitu rindu dengan pemuda ini. Rindu dengan pertengkaran mereka. Rindu dengan suaranya. Rindu Imran.
Imran hanya membisu. Dibiarkan wanita ini meluahkan perasaannya. Di dalam hati Imran, berbunga- bunga gembira. Maria menunggu aku. Maria tidak tahu selama ini Imran selalu menjenguk Maria. Dibunuhnya ular yang cuba membuat sarang di rumah itu. Dibetulkan tingkap yang sudah rapuh. Semua itu Maria tidak tahu. Biarlah dulu.
Maria menghampiri Imran dan mencampak bungkusan itu di muka Imran. Marah!
" Aku tak mahu ini! Aku tak perlu semua ini! Aku senang sekarang! "
" Aku bukan mak kau, Imran! Aku BUKAN MAK KAU!!!"
Maria menjerit dengan penuh emosi. Suaranya serak. Matanya banjir. Wajahnya basah. Maria terduduk di hadapan Imran. Imran hanya diam. Imran menghampiri Maria dan duduk di hadapan Maria. Perlahan bahu Maria dirangkulnya masuk di dalam pelukan hangatnya. Dagu Imran bersentuh dengan kepala Maria. Maria penat beremosi. Maria membiarkan badannya dalam hangat pelukan Imran. Sesekali dipukul- pukul dada sasa Imran. Benci kau! Benci kau!
" Kau memang bukan mak aku Maria.. memang kau bukan mak aku." Imran perlahan mengiyakan kata- kata Imran. Maria terkejut. Tangisannya terhenti. Bukankah memang ini yang aku harapkan? Bukankah memang ayat ini yang aku selalu mahu dengar? Tapi, mengapa.... aku rasa hatiku bagai dicucuk seribu duri? Maria berhenti memukul Imran lalu cuba meleraikan pelukan Imran. Namun, pelukan Imran terlalu kuat.
" Maria, kau bukan mak aku..." Ahhhh!! Peritnya ayat ini! Jangan kau ucap lagi Imran! Jangan!! Berhenti!! Hati Maria tak berhenti menjerit. Ingin saja ditekup kedua telinganya.
" Tapi kau adalah syurga duniaku. Syurga aku di bawah tapak kakimu. Izinkan aku memasuki syurgaNya bersama tapak kakimu. Bersama kau." Imran membisik. Air matanya sudah tidak tetahan. Ego jantannya kalah. Maria senyap. Air mata kembali membanjiri wajahnya. Senyum. Maria senyum dalam tangisan.
" Panggil aku mak." Dalam sendu senyuman Maria memegang tangan Imran yang besar itu dan digenggamnya erat.
Imran senyum. Di dalam hatinya tak terhingga ucapan syukur.
Senyap..
" Hai mak, mak apa khabar?" Tersekat- sekat suara Imran. Maria tersenyum. Ya Allah, maafkan aku kerana dosaku. Peliharalah anak ini dan tempatkan dia di dalam syurgaMu.
_________________________________________________________
Tamat.
No comments:
Post a Comment