" Mama..mama you know I love you.
Oooh, mama.. mama you're the queen of my heart
Your love is like tears from the stars
Mama I just want you to know..
Loving you is like food to my soul.."
" Yes it is," spontan Imran menyambung lagu "a song for mama" nyanyian Boyz II Men. Imran ligat menulis lirik lagu " Kasih infiniti" untuk kumpulan Perspektif yang telah disertainya empat tahun lalu. Semenjak keluar dari rumah Maria, Imran terus menyertai kumpulan Perspektif. Pada mulanya dia hanya bermain gitar, kemudian dia membuat lagu dan lirik untuk kumpulan tersebut. Dia tidak mahu menyanyi. Katanya, biar saja di bekerja di belakang tabir. Dia lebih senang begitu. Kini, sudah empat tahun Imran berkecimpung dalam dunia seni. Imran juga banyak menulis lirik, sajak- sajak untuk artis- artis lain. Tapi, itu hanyalah kerja sambilannya saja. Sekadar menampung perbelanjaan universiti dan keperluannya.
Selesai SPM, Imran meneruskan pengajian asasi di Universiti Islam Antarabangsa (UIA). Pak Mat, Hashim anak Pak Salleh yang bekerja sebagai doktor di Hospital Ampang banyak membantunya. Kak Bedah juga kadang- kadang memberi sedikit sumbangan bagi membantu pengajiannya. Kini, dia adalah Imran yang sedang melanjutkan pelajaran di peringkat degree dalam jurusan kejuruteraan mekanikal. Setahun saja lagi. Kemudian, dia akan keluar sebagai orang yang dihormati. Ya, dia mahu kumpul duit. Untuk kahwin. Untuk Maria. Maria.
Imran tidak berubah. Dia masih lagi seorang yang pendiam tapi aktif di dalam pembelajarannya. Dia masih seorang pelajar cemerlang. Dia masih seorang atlit olahraga. Di kampus, siapa yang tidak kenal Imran? Kebanyakannya pasti mengenali Imran.Imran berambut panjang, tinggi lampai dan selalu menjadi imam itu memang idola setiap pelajar. Sudahlah kacak, bijak dan pandai menjaga batas agama.
Tetapi, tiada siapa tahu siapa sebenarnya Imran. Walaupun Azlan, kawan baiknya semenjak sekolah yang kini sama- sama melanjutkan pelajaran di universiti dan bidang yang sama, juga tidak mengetahui cerita di sebalik kesugulan Imran. Yang dia tahu sekarang, Imran sudah pandai senyum. Sikit. Ketawa? Jangan harap.
" Ha, Im. Kau buat apa tu?" Azlan masuk ke bilik asrama mereka secara mengejut. Imran, macam biasa. Stoner. Merenung kertas liriknya yang ditulis tadi. Azlan datang menjenguk lirik "Kasih infiniti".
" Ferr, Im. Gila lah kau. Sudah mahu final exam ni pun kau masih buat kerjakah? Agak- agaklah Im. Tahulah kau bijak! Tapi, utamakan dulu study," Azlan menasihati Imran sambil menghempaskan beg galasnya dan terus mencampakkan tubuhnya ke atas katil. Selesa. Seharian di perpustakaan menelaah. Ahhhh...bestnya.
" Tiba- tiba idea datang. " Itu saja yang Imran jawab.
Azlan sudah biasa dengan Imran yang pendiam. Muka ketat saja sepanjang masa. Azlan pula banyak cakap. Suka berjenaka. Pernah sekali Azlan merajuk tak mahu pulang ke bilik kerana Imran tak ketawa langsung dengan jenaka- jenakanya. Senyum pun tidak. Balik- balik, hujung bibirnya akan ditarik ke kiri. Bukan Azlan tak maklum yang Imran memang tak pandai senyum, tapi entah kenapa dia emo semacam ketika itu. PMS kot? Tersenyum Azlan apabila mengingatkan sifat mengada- ngadanya dulu dengan Imran. Tapi, bagus juga. Semenjak itu, Imran sudah pandai senyum. Sikit. Jadilah dari tiada kan?
"Im,"
"Hmm.." Imran mengangkat kening kirinya. Matanya masih menumpukan perhatian pada lirik lagu itu. Diangkatnya kertas lirik lagu " Kasih Infiniti" separas dengan mukanya. Imran mendengus halus. Dinipiskan bibirnya. Senyum. Okay, siap. Lega hatinya.
" Dah 6 tahun kita member baii. Tapi, segala kisah kau aku tak pernah tahu. Kenapa ya Im?"
Azlan merenung siling. Imran membuang pandangannya ke luar tingkap.
" Aku tak mahu paksa kau cerita. Tapi, kau kawan aku. Dari wajah kau, aku tahu kau sedang bergelumang dalam keperitan yang amat. Aku mahu membantu kau. Spiderman pun perlukan bantuan Im, apatah lagilah kau." Azlan meneruskan rasa hatinya. Dia betul- betul ingin membantu Im. Masalah kewangan kah? Masalah keluargakah? Masalah identiti kah? Celaru.
" Aku boleh lagi," Imran mengemaskan meja studynya. Di susun semua lirik- lirik lagu yang baru dia cipta tadi di dalam fail kuning tertulis " Lirik".
" Terpulanglah Im. Aku tak nak paksa kau. Tapi, kau tahu kan. Apa- apa hal, kau boleh roger- roger aku. "
Azlan mematikan perbualannya. Sudah ebberapa kali dia menguap. Mengantuk amat! Mujur dia sudah solat Isyak di surau blok. Memang niatnya bila pulang ke bilik untuk tidur saja. Perlahan matanya ditutup rapat. Azlan sudah memulakan pelayaran fantasinya.
" Terima kasih Lan," perlahan Imran membalas kata- kata Azlan tadi. Hanya dengkuran Azlan memberitahu " sama- sama " pada Imran. Heh! Tak guna kau Lan. Aku ucap terima kasih kau berdengkur pula! Imran tersenyum sendiri.
________________________________________________________
Pejam celik pejam celik, sudah tamat tahun tiganya. Satu tahun saja lagi. Alhamdulillah, Imran berjaya mengekalkan reputasinya sebagai pelajar cemerlang. Tapi, Imran masih sama. Dia seorang yang merendah diri dan sangat rajin. Perpustakaan umpama rumah keduanya. Hari itu hari Jumaat. Selesai solat Jumaat, Imran terus ke perpustakaan. Cari bahan untuk tesis. Satu- satu buku dibeleknya. Cermin mata yang baru ditempahnya seminggu lepas dibetul- betulkan. Ahhh... sakit kepala gua!
" Gotta..get my head in the game.. ( you gotta getcha getcha head in the game!)"Ya, Im! Get your head in the game! Kau boleh buat! Lagu nyanyian Zac Efron dalam High School Musical itu meniup semangat Imran yang semakin rapuh.
Sedang leka membaca, Imran terkejut apabila bahunya ditepuk. Imran mengerutkan dahinya dan mengangkat kening kirinya. Imran berpaling ke belakang. Kelihatan seorang gadis cerah bertubuh montok membuat isyarat "hai" sambil melambai- lambaikan tangannya.
" Sasha, apahal kau?" Sasha ni mengambil jurusan perguaman di sini. Tak sangka mereka ditemukan kembali. Sebenarnya, Im tak suka. Im rimas dengan Sasha yang menggoda. Aku culik kau karang baru tahu!
Sasha menyimpulkan senyumannya. Sengaja. Dia ingin menyerlahkan lagi bibir merah keorenannya. Munggilnya bibir Sasha.
" You buat apa ni?" Sengaja Sasha bertanya.
" Tak nampak?" Imran mencabutkan earphonenya sambil mengangkat kening kirinya. Matanya diberi isyarat supaya Sasha memandang buku- buku dan kertas- kertas tesisnya.
" Ohh, janganlah marah youu. Hihi. You, kita lunch nak nanti?" Sasha memakai shawl jingga terang itu mengenyitkan matanya. Mengada.
" Tak mahu. Hari ini hari Jumaat kan. Perangai elok sikit boleh tak?" Imran malas melayan. Sakit imannya diperlakukan Sasha begini. Sasha mencebikkan bibirnya. Imran buat tak tahu. Imran terus mengemas buku- bukunya dan beredar dari situ. Tak aman sungguh! Baik tidur di bilik lagi best!
Dan Sasha... mengetatkan genggaman penumbuknya. Nantilah kau Mohammad Imran Haikal Abdullah. Aku akan buat kau tak boleh lari dari aku. Kau.....kau akan jadi milik aku! Milik aku!! Jerit Sasha dalam hatinya. Mukanya berkerut ketat dan bibirnya diketap rapat. Geram.
Imran keluar menuju ke biliknya. Jauhnya tempoat aku parking motor. Ahh, buku ni berat sangatlah. Panasnya cuacaaa. Ahhhhh! Banyak benar alasan kau Imran! Ujian sikit inipun kau nak merungut. Nanti di Masyar matahari sejengkal dari kepala tahu? Astaghfirlaha'zimm.
Dalam perjalanan, Imran terserempak dengan seorang gadis bertudung bawal bidang 50. Dipinnya tudung itu di bahu kiri dan kanan. Gaya butterfly perempuan kata. Manalah Imran tahu.
Gadis itu memakai payung berwarna pink berlindung dari terik matahari.
" Assalamualaikum," Imran memberanikan diri menegur gadis bertudung hijau muda itu.
" Waalaikumsalam.. Eh, Imran. Baru balik dari perpustakaan kah? Banyaknya buku.." Ain tersenyum manis. Tetapi Ain tidak memandang Imran dengan tepat. Sesekali saja mata mereka bertembung. Kebanyakan masanya Ain akan mengalihkan pandangannya dari muka Imran. Segan barangkali.
" Ermm, ya. Ain? Oh, nanti beritahu Aiman yang Im akan fakskan lirik " Kasih Infiniti" tu ya?"
" Oh, Ain dari kelas. Nak hantar buku sebentar. Okay, nanti Ain beritahu Abang Aiman ya. Erm, ada apa lagi?" Ain tak mahu berbicara lama. Panas. Lagipun, dia segan.
" Tak ada apa, cuma.." Imran terketar- ketar.
" Cuma?"
" Erm... hati- hati. Jalan ke sana banyak lopak."Ahhh, apa kau cakap ni Imran!? Ain tertawa kecil.
" Hihihi, tengah panas ni manalah ada lopak Im. Dari pagi tak hujan bila masa pula ada lopak ni... Sihat tak ni? Hihihi. Ok lah Im, Ain pergi dulu ya. Assalamualaikum." Ain berlalu meninggalkan Imran. Imran menepuk dahi sambil menjawab salam Ain. Apalah kau ni!!! Imran berjalan menuju ke motornya. Pasrah.
___________________________________________________________
bersambung....
No comments:
Post a Comment