Pencanting tegar

5/6/11

Mana mungkin lumpur terpalit hilang begitu saja?

Assalamualaikum

Ahh, aku cedera. Cedera sikit, harap tak parah. Bukan, bukan fizikal ku yang berdarah.
***************************************************************

Setiap dari kita dilahirkan dengan sekeping hati suci nan bersih. Putih bersinar berseri. Semakin membesar, semakin ia menggelap. Ya, gelap dek dosa.

***************************************************************

Kau sedang berjalan, mahu pulang ke rumah. Tiba- tiba kau ternampak sesuatu yang bersinar. Kau berjalan ke arahnya. Kau sangka ia permata, kau pergi menggapainya. Dalam gapaian itu, kau perlu melompat tinggi. Lompat! Lompat! Tapi, sayang... kau terjatuh ke dalam lumpur yang berdekatan. Kau tak putus asa untuk ambil benda bersinar itu, kau cuba.. dan banyak kali itu juga kau jatuh di dalam lumpur. Kotor. Tapi, berbaloi padamu. Kau dapat mencapai benda bersinar itu. Tapi, nyata kau tertipu. Ia bukan permata... ia hanya kaca. Kini, badan kau penuh dengan palitan lumpur.. marah. Kau bangun, kau ingin pulang ke rumah.

Kau mahu pulang juga ke rumah. Dalam perjalanan, hujan lebat turun melunturkan lumpur yang menyaluti kau tadi. Tapi, masih belum bersih.
Kemudian, kau nampak sungai.. kau ingin menyeberangi sungai itu. Sayang, kau hanyut dibawa arus mengganas. Pukulan arus menanggalkan seditkit demi sedikit lumpur di badan kau. Badan kau sakit, tapi lumpur tertanggal.

Kau tak putus asa, kau mahu juga pulang ke rumah. Kau berjaya keluar dari sungai itu dan teruskan perjalanan. Kau letih, badan sakit, tapi.... lumpur sudah semakin memudar. Hanya kesan calitan lumpur saja yang masih utuh melekat di bajumu. Ahh, tak kira. Kau nak pulang juga.

Sekali lagi, hujan menerjah membebani kau. Sejuk, letih. Tapi, kau harus pulang.

Kau semakin hampir dengan rumah kau. Dan baju kau...  bersih dari lumpur. Hujan yang memukul tubuh lemah kau telah menanggalkan kesan lumpur tadi. Mujur saja kau teruskan berjalan.

Kau tiba ke rumah. Senyum. Akhirnya... lega.
Kau sangat penat tapi.. baju kau bersih. Senyum lagi.

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Mana mungkin lumpur yang terpalit akan hilang begitu saja... kan?
;)

p/s: Aku masih dalam perjalanan pulang. Entah ke mana arah rumah aku. Sedang berusaha. JOM!

4 comments:

cik saya said...

wah. betul2. :) nice...

Lizan said...

setiap yg terjadi ada hikmahnya, walau apa pun dugaannya lalui lah dengan kesabaran..tanpa iman di dada pasti tergelincir tanpa disedari...

CKB said...

cik saya:;D

CKB said...

lizan: betul2!:D

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails