Tipikal wayang sekarang, kalau bukan cerita matrempit berlumba memeluk bohsia di atas motor akan ada cerita rosak akhlak remaja yang lain. Takpun cerita hantu datang cekik2 manusia dan akan ada si 'ghostbusters' yang terdiri dalam kalangan ustaz- ustaz.
Tak kiralah drama mahupun filem, peranan ustaz atau ulama akan dibawa ke tengah filem apabila tibanya masa untuk menghalau hantu- hantu yang mengganggu manusia.
Sedang peranan ustaz dan para ulama itu lebih jauh skopnya dari sekadar penghalau makhluk halus. Peranannya lebih berat, lebih besar dan lebih penting dari penghalau hantu ghaib.
Peranan ustaz dan para alim ulama itu tugas mereka adalah untuk mengajak manusia; aku dan kamu untuk kembali merujuk Al- Quran dan Hadis, kembali menghadap kiblat tunduk sujud mengagungkan Allah dan seterusnya membuang 'hantu' di dalam jiwa kita.
Ustaz hadir di penghujung cerita dengan bacaan ayat- ayat Al- Quran bagi menghalau hantu sedang keseluruhan cerita langsung tidak menggambarkan nilai hidup Islam pun. Berangguk- anggukan di disko bagai ayam mencatuk makanan kemudian diserang hantu apa ntah then ustaz datang halau hantu tu. Tipikal. Klise.
Orang sekarang lebih takutkan hantu yang ghaib, sedang hantu di jiwa manusia sedang mula meraja.
Berapa ramai 'hantu manusia' yang membuang anak, merempit hilang anggota, menggeliat sini sana di pub- pub, menuang air haram ke dalam esophagus dengan rakusnya, menyuap rasuah ke dalam mulut manusia lain?
Apa hantu - hantu ini tidak pula ingin dihalau?
Terbaru, jenayah simbah asid anonymously oleh penunggang motosikal semakin hebat diperkatakan. Kejam.
Nak tahu apa lagi kejam?
Nak tahu?
Lagi kejam bila kita tak meletakkan Allah di hati kita. Lagi kejam bila kita tak meletakkan Allah di atas segala keutamaan. Lagi kejam bila kita tak mengendahkan suruhan Allah. Solat 5 waktu sama sekali diabaikan setelah banyak nikmat yang diberi. Zakat langsung dilupa setelah banyak harta yang dikumpulkan dengan izin Allah. Menindas orang bawahan setelah mereka memberi kau amanah dengan izin Allah.
Kerana semua ini, kerana tiadanya utama Allah di hati, semua segala 'hantu' muncul mula merajai setiap jiwa sanubari. Apa nak heran hantu berkeliaran di tengah malam sedang hantu manusia sedang sibuk tidur melupakan Solat Isyak? Apa nak heran orang buang anak sedang zina menular bagai budaya? Apa nak heran rogol sini sana andai aurat terdedah sini sana? Apa nak heran anak jahat tak pandai semua andai bapanya menyuapkan makanan hasil rasuah dan penindasan? Aku tanya lagi, apa nak heran?
Ya Allah, janganlah Kau tinggalkan kami. Ingatkan kami andai kami terlupa, kerana kami sangat lah hina dan alpa. Jangan keraskan hati kami, ampunkan kami yang sering menzalimi diri kami. Izinkan kami menjejak kaki kami ke syurgaMu, dengan izinMu, lindungilah kami. Allahumma ameen.
p/s: teringat cerpen 'Kegawatan' nukilan Faisal Tehrani dalan bukunya ' Tiga Kali Seminggu'. Menyedarkan diri yang terlalu alpa dalam arus hedonisme. Enah sampai bila Malaysia ini akan selamat. Ya Allah, lindungi negara ini.
4 comments:
'hantu' dalam diri yg slalu menyesatkan(nafsu)...:(
apa nak heran belum kawin da pregnant, sbb time bertunang da takde malu2 malahan kulu kilir bagai dah suami isteri lagaknya.
cik aisha: nafsu itu fitrah, syahwat itu jahat.menurutkan fitrah berlandaskan syahwat itu hantu. ;D
lizan: ntahnye, apa nak heran kan?
Post a Comment