Pencanting tegar

4/29/11

Maria bukan mak aku.

" Sorry, it's all that you can say.. years gone by and still.."

Bait lagu Baby Can I Hold You Tonight nyanyian Boyzone menangkap gegendang pendengaran. Aku tersengih. Jiwang betul. Entah kenapa lagu ini membuatkan aku terasa sugul. Pen yang aku putar-putarkan dengan jari tadi aku hempas ke meja. Arghhh. Mana idea ni??  Aku membuang pandangan ke luar. Ku tenung KLCC dan Menara Kuala Lumpur. Apa yang aku cari pun aku tak tahu. Ku alihkan pandangan ke Bangunan Tabung Haji. Haih. Terernya manusia, membina bangunan setinggi ini, aku mampu melihat hampir seluruhnya kota sesak ini. Kalau manusia dah terer macam ni, Allah mestilah lagi terer kan? Dia beri akal pada manusia sehingga manusia boleh membina konkrit mencakar langit halus. Allahuakbar.. mana idea ni. Lirik lagu yang aku tulis sebentar tadi aku konyokkan dan campak ke lantai.

" Bodoh! Itu pun tak boleh buat! " Kedengaran jiran sebelah memarahi anaknya. Result teruklah tu.
Bodoh. Bangang. Sial. Perkataan -perkataan ini memanjangkan menunganku. Membawa aku ke masa silam. Masa dulu. Masa..... aku. Dan Maria.

_______________________________________________________

" Bodoh! Kau ni manusia ke apa? Menyusahkan!" Maria mengherdik aku di lorong gelap Jalan Haji Taib.
Aku senyap. Sedih. Aku sekadar menatap bumi.

" Kan aku dah kata, jangan ikut aku lagi! Duduk saja di rumah! "

" Aku lapar.. "

" Aku tak ada duit sekarang! Kau pulang ke rumah! Kalau kau bernasib baik adalah makanan aku bawakan! Pergi! "

" Aku lapar sekarang.."

" Hey, kau tu lelaki ok? Aku ni perempuan! Bodoh betul mengharapkan perempuan menanggung kau. Kalau lapar sangat pergilah usaha! Mencuri! Tak payah berlagak baik sangat!" Maria menolak bahuku sehingga aku tersungkur. Maria pergi. Aku terduduk seorang merenung kegelapan malam. Ahhh, laparnya. 

Aku berjalan perlahan. Perutku sakit. Terlalu lapar. Sudah tiga hari aku tidak mengisi perutku dengan makanan. Perutku sudah kembung dengan air paip. Tiba- tiba langkah aku terhenti. Mataku terkaku kepada cermin kaca. Pak Mat's Bakery. Banyaknya makanan. Kriiiooookkkkk. Arghhh. Perutku dah menggendang hebat minta diisi. Air liur aku meleleh. Mata aku terpana pada roti- roti yang dipamerkan. Aku kesatkan air liur dan pegang perut aku. Aku tak ada duit. 

Curi. Maria kata kalau lapar sangat boleh mencuri. Otakku ligat merancang. Senyum. Aku mengangkat muka dan terus masuk ke dalam bakery itu. Seorang lelaki tua tersenyum padaku. Aku senyum kelat. Dia menghampiriku, melultut lalu memegang bahuku. 

" Nah, ambil ni. Buat alas perut malam ini dan esok pagi". Terkejut sakan aku. Dia menghulurkan satu kotak lutsinar yang mengandungi 4 croissants kepadaku. Ternganga.

" Jangan mencuri ya adik, tak baik.. berdosa." Lelaki itu tersenyum dan bangun berdiri. 

Aku hanya mampu ternganga. Terasa malu. Aku segera berlari keluar tanpa ucapan ' terima kasih' pun pada dia. Aku malu! Tapi, aku lapar! Aku menolak daun pintu usang rumahku dan menutup rapat- rapat. Aku begitu gelojoh membuka kotak croissants itu dan terus mengunyahnya dengan cepat- cepat. Sambil aku mengunyah, tanpa aku sedar ada air hangat membasahi pipi. Aku tak tahu kenapa. Aku teruskan makan.

Aku mengelap mulutku dan terus menghempas badanku ke atas tilam usang di dalam bilikku. Puas. Habis croissants itu aku makan. Maria tak pulang lagi. Biarlah, dia memang selalu pulang lewat. Angin dingin malam memukul lembut kulitku. Sejuk. Wajah Maria terapung- apung dalam pandangan. Ahh, Maria.. bila kau mahu pulang? Perlahan aku menutup mata.

" Hey, bangun! Cepat bersiap ke sekolah. " Maria menendang- nendang kaki Imran yang lena dibuai mimpi. Imran bangun menggosok matanya. Ahh.. malas sungguh. Hari ini hari pertama Imran ke sekolah. Maria baru ada duit untuk bayar yuran. Imran berdiri dan terus bersiap.


" Cepatlah sial!" Maria mengherdik dari luar rumah. Imran keluar dengan muka selamba. Mengantuk lagi sebenarnya. Mereka berjalan kaki menuju ke sekolah Imran. Senyap. Maria hanya mengunci mulutnya sepanjang perjalanan. Sampai di sekolah, Maria berhenti menapak. 

" Ni sekolah kau. Nanti kau pergi pejabat di sana, cakap kau budak baru masuk. Aku tak mahu masuk." Maria menunjukkan pejabat yang di tingkat 2 itu kepada Imran.

Imran memandang Maria sambil mengangguk dan terus melangkah ke tempat yang dikatakan Maria itu. 
Sesampainya dia di sana, Imran kehilangan kata- kata. Nak cakap apa entah tadi? Guru- guru di pejabat itu memandang Imran dengan penuh kemusykilan. Seorang perempuan cantik bertudung litup menghampairinya.

" Adik Imran ya? Mak adik, Maria Ahmad tadi ada telefon yang adik akan datang pagi ini kan?Jom, ikut cikgu pergi ke kelas kamu ya," kata guru itu sambil menguntumkan senyuman.

" Maria bukan mak saya." Terbelalak mata guru manis itu. Demikian juga guru- guru di pejabat itu. Aish, baru budak 7 tahun sudah tak mahu mengaku ibu. Kurang ajar.

Cikgu manis itu hanya menelan air liur. Imran berwajah selamba. Tiada ekspresi. 
" Ohh, saya Cikgu Rina. Guru kelas kamu. Jom kita ke kelas kamu ya. Nama kelas kamu 1 Gembira."
Rina mengalihkan topik dan terus menarik tangan Imran ke kelasnya.

1 Gembira? Heh, langsung tak sesuai dengan aku. Bila masa aku gembira? Oh, malam tadi. Aku dapat makan puas. Mungkin itu gembira.

_____________________________________________________

bersambung..

4 comments:

Adi Wahab said...

Salam...Ina..
Penulisan yang baik..
good start..sedikit cadangan..
tentang penggunaan perkataan yang mungkin tidak ramai orang tahu..

contohnya penggunaan perkataan 'Croissant', mungkin awak leh explain secara ringkas di hujung ayat apa benda tu.

**kalau nak guna terms2 medik atau sains di masa depan, mungkin boleh guna kaedah yg sama..pembaca kita mungkin ramai. dan bukan semua yg faham terms2 yg 'agak' rumit...

neway, tahniah for first cerpen..menanti sambungan cita...:)

Fatihah Mustapa said...

menariknya..cepatlah post sambungan..x)

CKB said...

adi: thnx for the advice!

CKB said...

gplovers: InsyaAllah..nantikan~~;)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails