Assalamualaikum
Ada tiga ujian yang Allah bagi kat kita:
1. Ujian nikmat ( kesenangan )
2. Ujian kesusahan
3. Ujian amanah
1. Kita sering alpa bila ruang lapang, harta menggunung, kejayaan beratur. Syukurnya sekejap. Lalainya panjang. Bagi aku, ujian ini bahaya. Sebab ia buat kita rasa selesa di dunia. Selesa itu bahaya, kadang buat kita lupa. Yang... ia pinjaman cuma.
termenung ke langit.
tutup mata.
Astaghfirlahala'zim.
2.Tipikal manusia. Susah baru cari Tuhan. Nak exam baru bangun qiam. Dah putus cinta, baru nak sujud malam- malam. Kesusahan juga sebenarnya satu nikmat. Petanda Allah masih sayang, nak uji bagi upgrade kita punya iman. Tapi, kebanyakan manusia tidak faham.
memandang diri dalam cermin.
ambil wuduk.
3. Setiap kita pikul amanah. Anak, isteri, ibu, bapa, pelajar, presiden, pengarah, guru, doktor, menteri.
Orang ramai serahkan jawatan itu kepada kita, tanda mereka percaya. Maka, kewajipan untuk kita dengan bersungguh- sungguh menjalankan tanggungjawab tu. Tak boleh makan sogokan. Tak boleh jadi kaki gebang.
Tapi, bagaimana tanggungjawab kepada Allah? Tanggungjawab kita yang paling besar tu?
*Senyap.
duduk bersimpuh.
menekup muka.
oh Tuhan, hamba Mu ini banyak dosa.
p/s: Malaysia takkan selamanya begini. Satu hari, ya.. satu hari nanti. Ia bakal ranap di telan bumi. Jangan tanya kenapa. Tengok diri sendiri. Tengok skirt2 mini. Tengok lagi 3gp.
Masih mahu tanya kenapa lagi?
No comments:
Post a Comment