Pencanting tegar

4/29/11

Maria bukan mak aku 2

" Imran! Imran! Imran!"
Suara- suara sorakan halus tapi nyaring melaung- laung seperti zikir. Nama Imran memenuhi ruang stadium bola keranjang sekolah.
Imran berlari melantun- lantun kan bola ke atas lantai. Dia sangat cekap mempermainkan pihak lawan. Seorang dari pihak lawan yang berbadan besar berlari ke arahnya. Niatnya satu, curi bola dari Imran. Imran mengacah ke kiri, ke kanan, ke kiri lagi dan terus tunduk sambil berpusing melarikan bola dari si giant itu. Peluh memercik setiap kali Imran berlari. Rambutnya yang lurus beralun mengikut rentak Imran sambil melampiaskan titik- titik peluh ke udara. Matanya cekap mencaru ruang. Ya! Itu dia! Imran menyisip masuk dalam ruangan targetnya dan terus melompat tinggi memasukkan bola ke dalam jaring. Laju.

YESSSSSSSS!!!! Satu lagi mata untuk pasukan Red Hunters!!

Preeeeeeettttt!! Masa tamat! Blue Dragon hampa kecewa. Bukan sekali mereka dilaukkan oleh Imran dari Red Hunters, sudah banyak kali. Hari ini, mereka mencatat lagi rekod kekalahan. Ahhh, bedebah kau Imran!

Imran melompat girang sanbil memberi isyarat flying kiss kepada penyokong. Rakan- rakannya memeluk dan menjulang Imran ke udara. Imran hanya menarik hujung bibirnya ke kiri. Gaya cool orang kata.
Dan gaya itulah yang ramai perempuan tergila- gilakan Imran.

Di usia yang baru mencecah 15 tahun, Imran sangat cekap bermain bola keranjang. Dia juga merupakan pelajar cemerlang. Selain itu, Imran yang berhidung mancung, berkulit sawo matang, mempunyai rambut lurus yang agak panjang, tinggi dan berbahu bidang itu sememangnya menjadi idaman para gadis yang menggedik. Sesekali rambutnya itu menutup matanya. Setiap kali itulah, Imran akan menolak rambutnya ke belakang dengan jari- jarinya. Dan setiap kali itulah, perempuan- perempuan akan meneropong Imran dan bersorak gedik tanda kesukaan. Keningnya tebal bermata ke dalam sering menundukkan pandangan dan memberi tenungan tajam yang mampu mencairkan hati si dara. Imran seorang yang pendiam.
Jarang bercakap. Jarang bersosial.

Di dalam kelas, Imran hanya menghabiskan masa membuat kerja sekolah dan mengulang kaji pelajaran. Kalau tak pun, dia akan banyak menghabiskan masa membaca karya- karya sastera Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.
Orang panggil dia, " Imran si sunyi".

Imran tidak pernah marah orang panggil dia sedemikian. Memang dia sunyi, apa masalahnya? Imran malas melayan karenah rakan- rakan sekelasnya yang sering mengenengkan dia dengan Sasha, si gadis cantik popular di sekolahnya. Persis Fasha Sandha, itulah Sasha di kelasnya. Cantik, berkulit cerah gebu, berambut ikal panjang hingga ke paras dada menyerlahkan lagi kemontokan isi dadanya. Sengaja dibiarkan begitu. Matanya yang bulat, hidungnya yang kecil serta bibirnya yang comel benar- benar mampu menggegarkan iman mana- mana lelaki pun. Sesekali Sasha sengaja membuka kancing baju kurungnya bagi mendedahkan dadanya yang putih gebu dan menarik sedikit kain menampakkan betisnya yang mulus. Orang dah tunjuk, memang minta dipeluk!

Imran malas memberi respons kepada skandal yang rakan- rakannya cipta. Bagi Imran, Sasha itu tak ubah seperti ayam di pasar. Ayam yang togel bulu tercabut bergolek- golek di atas meja jualan. Membenarkan sesiapa melihat, sesiapa menilai, sesiapa menyentuh, sesiapa merasa. Ya, ayam. Kulit Sasha secerah kulit ayam. Itulah ayam. Eh, Sasha di sekolahnya.

Pukul 1.30 petang. Masa pulang. Imran mengambil begnya dan terus keluar kelas menuju ke rumahnya. Lapar. Ah, mungkin Maria ada tinggalkan sesuatu sebelum dia pergi kerja pagi tadi kot. Jangan membazirlah Imran. Imran berjalan tanpa menghiraukan sekeliling. Tiba- tiba ada orang menepuk bahunya. " Imran!"
Imran menoleh dan mencabut earphone mp3 yang dimenanginya ketika menyertai streetdance setahun dulu.

" Ada apa?" Imran memandang wajah Sasha yang merah tercungap- cungap mengutip oksigen. Dadanya turun naik. Rambutnya basah. Peluh rambutnya menitik ke atas tulang selangkanya. Menggoda.

" Penat I jerit- jerit panggil you tadi tau. " Kata Sasha sambil tercungap- cungap lagi mengelap peluhnya. Dia tersenyum.

" Ada apa?" Imran malas melayan. Dia mahu pulang cepat. Lapar.

" You free tak lepas ni? Jom kita keluar pergi lunch nak? Jangan risau, I belanja ok?" Sasha memberi idea sambil menggoyang- goyangkan bahunya. Ahh, sengaja betul si minah ni.

" Tak, aku ada tuisyen. Nanti kan nak PMR. Belajarlah. Jangan membazir duit. Bye." Imran mematahkan permintaan Sasha begitu sahaja. Bulat- bulat ditolaknya. Sasha terlopong dan mendengus kasar. Isshhh!! Susah betul lah dia ni!

Padan muka! Menggatal sangat! Imran berjalan selamba tanpa menghiraukan manusia di sekelilingnya. Ramai saja perempuan yang tak dikenalinya menegur Imran dan beramah mesra. Tiba- tiba sahaja. Tak kenal tak pernah jumpa, suka- suka saja dipanggilnya Imran si hensem lah, si kacak lah. Meluat Imran. Imran hanya membatukan diri dan terus menuju ke rumah usangnya yang barangkali lebih layak dipanggil pondok.

Imran membuka mangga rumahnya dan menolak perlahan daun pintu usang itu. Kruuukkk. Ahhh, tercabut lagi pintu ni. Kena baiki lagi lah ni. Nanti lah.
Imran mencampakkan begnya di atas lantai dan terus mencari meja makan. Kosong. Maksudnya, tiada makanan lagi untuk hari ini. Haih. Imran mengeluh. Laparnya. Dia pergi ke luar dan singgah di halaman rumah seorang wanita tua. Kelihatan nenek itu senyum melihat Imran. Imran mengangkat tangan sambil menarik hujung bibirnya ke kiri. Imran tak pandai senyum. Kelihatan nenek itu mengangguk sambil tersenyum.
Imran terus pergi memutarkan kepala paip di halaman nenek itu dan terus meneguk air paip dengan rakusnya sambil membasuh muka. Setelah selesai, dia mengangkat lagi tangannya dan terus pulang semula ke rumah usangnya. Nenek itu hanya melihat Imran, sambil menggeleng- gelengkan kepala. Kasihan sungguh anak muda ini.

Setelah selesai membaiki pintu rumahnya, Imran pergi ke restoran Sunny. Shiftnya bermula pukul 6 petang. Sengaja datang awal. Sambil menunggu shiftnya tiba, dia membaca novel Are You Afraid Of the Dark nukilan Sidney Sheldon yang dipinjam dari rakannya, Kumar. Tekun, khusyuk membaca sehingga hilamg rasa laparnya tadi. Ketamakan kuasa dan harta mampu membinasakan saudara sedarah sedaging sendiri. Membunuh manusia sana sini. Cuak. Benci.

Pukul 6. Novel itu ditutupnya dan disimpan kemas di dalam beg. Dia bekerja dengan tekun sehingga pukul 12 malam. Dia suka kerja di Sunny. Pukul 9 dia akan dapat makan makanan free. Jadi, itu sajalah makanannya dalam satu hari. Kadang- kadang dia akan bungkus untuk esok pagi atau untuk Maria.
Maria. Ego sungguh wanita itu.
__________________________________________________________________

" Maria, ni makanan untuk kau. " Selamba Imran meletakkan makanan yang dibungkusnya tadi ke atas meja. Maria lapar sangat sebenarnya. Tapi, dia ego.

" Aku dah makan. Kau makan sajalah. Kau ingat aku akan kisah sangat kah dengan makanan kau ni? Bodoh!" Herdik Maria dan terus masuk menghempaskan pintu biliknya.

" Sekurang- kurangnya ia halal!" Imran menekan perkataan 'halal' itu semahunya. Dibiarkan Maria melayan perasaannya. Imran bukan pandai memujuk pun. Niatnya cuna ingin Maria berubah. Makan dari duit yang halal. Tapi, macam manapun... dari duit Marialah Imran dapat belajar.
____________________________________________________________________

" Ohh mama, saya mahu kahwinn"
Lucu. Itulah yang Imran fikirkan tentang lagu yang berkumandang di radio Era.fm itu. Apalah, nak kahwin pun kena bagitahu mak ke? Macam budak kecil. Bagitahu biasa2 sudahlah. Ni macam budak minta susu. Ditariknya hujung bibir ke kiri bersama dengusan halus.

Mak. Teringin sungguh dia untuk menggunakan perkataan itu. Terutamanya, kepada Maria.

" Sial! Bodoh! Aku bukan mak kau lah! Aku hanya penjaga kau! Walaupun aku lahirkan kau, tak bermakna aku mak kau! Aku terpaksa lah! Lagi sekali kau panggil aku begitu, aku campak kau ke dalam sungai tu!"

Itulah kali pertama dan terakhir Imran memanggil Maria dengan panggilan 'mak'.
Air basah menuruni lekuk pipi Imran.
Segera dilapnya.
Teruskan membaca buku sejarah. PMR hampir dekat.

bersambung....

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails