Pencanting tegar

4/18/11

Hentikan virus menjilat bontot.

Assalamualaikum semua yang membaca

Hari ini, aku baru saja selesai meletakkan noktah kepada exam Ortopedik dan Surgeri aku. Daammsyik betullah. Aku ada salah jawap lagi. Persetan itu semua. Aku mahu maju kepada Rehab Com dan Neuropsikologi yang bakal mencederakan sel- sel neuron aku.

Ya, BN menang lagi di Sarawak. Di akhbar Kosmo! gua nampak bini dia cium sayang sama dia. Aku tertanya2 kalau dia kalah adakah bini dia akan cium? Haha, abaikan imaginasi keji aku. Jangan tanya aku kenapa aku baca Kosmo!. Aku tak terhingin pun nak baca tabloid mahupun mainstream news umpana Utusan Malaysia itu. Fakers. Oh2, aku juga bukan di pihak pembangkang. Laporan mereka dua kali lima saja. Bak kata Sarkasis, jilat bontot yang butthurt. Daammmsyiokk aku tak mencarut ok.

Aku dah lama tak tahu perkembangan dunia. Terperap dalam bilik study untuk exam cukup menyeksakan.
Tahu2 itu kalah ini menang. Down. Pelbagai korupsi yang berjaya ditutup. Mata rakyat dibutakan dengan wang pangkat segala.

Jangan skeptikal dahulu wahai manusia yang bersifat merkuri.
Think.
Aku sedang mencari, tiadakah medium neutral yang tidak memberatkan mana2 pihak?
Or should I say, mana keadilan?
Parti yang bernama keadilan tak semestinya adil. Parti yang bernama barisan tak semestinya berbaris. Rebellious mungkin?

Aku cukup meluat dengan mereka yang begitu obses dengan parti2 politik ni. Asalkan pergi ke masjid, dengar ceramah agama, ikut tabligh orang pembangkang?
Asal duit banyak, bercuti selalu, pangkat tinggi dan berlagak itu orang kerajaan?
Pandangan tipikal bagi mereka yang skeptikal.

Bukan menyuruh kau semua jadi lalang duduk di atas pagar. Tapi, aku mahu kamu semua buka mata yang belum buta. Buka telinga yang bisa mendengar. Buka hati yang belum mati. Guna akal yang masih berfungsi.
Setiap parti punya rasional dan sucks nya tersendiri.
Hentikan virus menjilat bontot.

p/s:  Entri serius buat kamu berfikir. Akal masih belum mati. Aku sayang Malaysia.

6 comments:

Anonymous said...

bernas! cukup bernas! :D

selipar hijau said...

Daammsyik??
ape ko ingt negeri damsyik ke..sengal..papepun..lawak2..hahah

CKB said...

SB: hehe..mknlah beras keluaran bernas ;D

CKB said...

SH: itu kata sopan bagi Damn. Nnt kata aku suka mencarut pula dalam blog tercinta ni. Haha

Shukri Mohd Ali said...

hahaha. good one. propaganda politik memang keji.

CKB said...

hehe..semua demi kepentgan diri

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails