Pencanting tegar

3/1/11

Rempah dalam hubungan


Di mana letaknya cinta andai tiadanya sayang,
Di mana letaknya sayang andai kasihnya tiada,
Di mana letaknya kasih andai jumutnya suka,
Di mana letaknya suka andai lupanya setia,
Andai setianya lupa, manakan ada percaya?

*******************************************
Ku taburkan bebelan bukan untuk kau bahaskan,
Tapi untuk kau dengarkan.

Ku lemparkan kemarahan bukan untuk kau debatkan,
Tapi untuk kau tenangkan.

Ku hamparkan segala kesedihan bukan untuk kau kasihankan,
Tapi untuk di kongsikan.

Ku cucukkanmu dengan cemburu bukan untuk kau marahkan,
Tapi untuk ku tahu sejauh mana aku kau cintakan.

Ku letakkan percaya bukan untuk kau curangkan,
Tapi tanda aku cukup setia.

Ku beri hati ini bukan untuk kau hancurkan,
Tapi untuk kau jaga sebaiknya.

Ku tak harap kau tunggu aku sampai kau mati,
Tapi cukup sehingga ke syurgaNya nanti,
Sehingga itu....
Kita sama- sama tunggu
Kita cari cintaNya dahulu
Kita mantapkan iman yang kian beku
InsyaAllah, ada jodoh.. 
Kita bertemu.
;)

12 comments:

HATYCIKNUURUL said...

nice entry,..best la puisi tu,.hehe,.

CKB said...

trimas ^^

AISHA INANI said...

sedihhh!
saya takder sesapa nak bg hati, nak bg jiwa, bg setia, blahblah... huahhh.

CKB said...

ahaha..emo gilaa..lepak sudahhh
hekhekhek

Seksi Bani said...

tak lari gunung dikejar.. ada jodoh, kahwin ler tu... hikss..

CKB said...

stuju yg bani yg seks1 haha

Muhammad hamizan bin yusof said...

sy pon sme ngn aisha inani jgk..xde sape pon nk bg semua tu..haha

Bijen M. said...

Ah-ha.
Mode cinta bersepai lagi.

CKB said...

ahha, ni utk kwn gua la. juga tk sapa2 yg tgh brcintaa mcm Bijen. haha

Adi Wahab said...

pandai bersastera rupanya...

CKB said...

;)

CKB said...

hamizan: lepak sudahh..kte single best pee

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails