Pencanting tegar

3/8/11

Di luar gula2, di dalam ulat sampah.

Assalamualaikum dan selamat petang.

Dunia memang klise. Pengarah muvi semua klise. Cerita drama yang klise. Ah, pendek kata semua rakyat sudah dipengaruhi dengan itu perkara. Klise.

Sudah, sudah. Jika debat ingin kau wujudkan dengan aku, silakan saja packing barang kau dan pulang ke kampung kau sekarang. Jika perang saraf ingin kau mulakan dengan aku, matikan saja ide itu kerana aku malas membazir neuron sama orang macam kau. Menutup sampah dengan kain sutera. Akan busuk juga si sutera itu. Kan?

Jika kau ingin debatkan yang bengkok itu lurus, yang petak itu bulat, yang keras itu kapas, yang hitam itu putih,
 lupakan saja niat kau itu. Aku tak mahu membazir air liur dan adrenaline untuk berdebat dnegan orang seperti kau. Kau yang klise.

Selama ini kaki yang dipijak itu kau boleh biarkan, tiba- tiba bahumu dilanggar terus kau memaki serata. Mengapa? Bimbang gusar takhta bertukar tangan? Takut kecut salahmu diberitahu semua? Hanya kerana satu event tahunan, kau melatah salah semua. Klise.

Hah, tak perlu pandang sinis sampai senget kepala. Tak perlu muncung mulut juling mata. Haha, aku peduli apa!
*ketawa*

Maaf sudah aku pohonkan diselit bersama aku punya ketegasan. Maaf, aku bukan jenis pak turut menurut kata si Pak Pandir. Pendirian ini teguh dan hatiku rasa ia benar. Hanya ditepuk bahu sudah marah segala. Belum lagi ludahan tu! Haktuih!

Hey, jangan sangka kau sudah juara. Jangan sangka mereka bersama kau sahabat semua. Jangan2 antara mereka itu yang menikam dalam. Hahaha.

Aku jujur dalam bahasa. Kau? Sekadar kata ikut rasa.

- nampak kan bezanya? Booooo ~~

6 comments:

ZACK ENTRY said...

ayat penuh dengan bahasa..;) (risau nak komen sebab risau salah maksud bahasa) ^^,

CKB said...

aahaha..komen jelahhh..;P

Nurul said...

ulat sampah??i seee..

jd 'mereka' tu ulat smpah laaa ea...haha..ulat sampah yg memakai kain sutera.

CKB said...

ahaha..dati, ni skadar hiperbola.
tiba dislahfahamkan takpasal semua jari menuding kat aku lagi.
sibbek kau faham. =D

Adi Wahab said...

Bunyinya macam sedang marahkan seseorang..

sabar2...k

CKB said...

biasalah encik Adi, mainan politik.
Semua nak kipas2.
Baru ditepuk bahu sudah melatah, isu mengundi sebenarnya yang dirisaukan mereka. Haha

Klise.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails