Pencanting tegar

2/15/11

Kita keturunan Banjar.

Assalamualaikum wbt.

Salam Kulaan
Kulaan Niring Ancapi Kurihing.

Kali ini aku ingin berbicara tentang nasab keturunan aku jika mengikut sebelah abah. Sebelah mama berketurunan Bugis. Abah aku mewarisi darah Banjar dari kedua- dua belah arwah TokWan dan arwah Atok.
Sebelum aku bercerita panjang, apa itu Banjar? Ya, ramai tak tahu apa itu Banjar.
Banjar merupaka satu suku kaum yang masih jelas aktifnya di Indonesia dan benih- benihnya disebarkan terus ke Malaysia.
Usah kau memalsukan yang benar kawan, kau pun pasti ada darah keturunan Minangkabau, Jawa, Bugis dan sebagainya. Bau- bau bacang pun jadilah. Moden- moden kau pun dah memang itu dalam darahmu, mengaku sajalah!

Arwah TokWan jika tak silap merupakan Banjar yang dari Kalimantan manakala arwah Atok pula dari Sumatera. Atau mungkin aku terbalik kot? ah, biarlah. Yang pastinya begitu.
Arwah Atok pernah bercerita tentang kaum Banjar ni, dan pernah juga aku dengar arwah Atok berbicara dalam bahasa Banjar. Well, of course aku tak paham. hahaha
Disebabkan kedua- dua arwah Atok dan arwah TokWan dari latar tempat yang berbeza makanya bahasa mereka punya dialek yang berbeza. Apa yang bezanya? Entah, aku pun tak tahu. Haha

Di kampungku Parit Buntar, kebanyakan mereka boleh dikatakan kebanyakannya terdiri dari orang Banjar.
Pernah sekali kami pulang ke kampung dan melawat saudara belah arwah Tok Wan. Bahasanya aku jangka sedikit berbeza dari apa yang abah dan arwah Atok pernah tuturkan.
Satu perkataan yang aku faham dari nenek saudara yang kami lawati iaitu " Ina ". Ya, itu nama aku. Sepatah pun aku tak faham. Aku tanya Atok, Atok sengih je. Ceit! Atok pun tak paham rupanya.. dialek berbeza jelasnya.

Aku ada member di Teluk Intan, tak sangka pula dia Banjarian juga!
Dia bertanya padaku . " Bisa bersurah Banjar? " [ baca: boleh bercakap Banjar? ]
Aku menjawab spontan, " tak bisa ".
Dia bertanya menguji " Badiam mana? " [ baca: tinggal di mana?]
Aku jawab " Aku di Kuala Lumpur ". ( oke, memang aku tak faham sebenarnya, aku agak2 saja. tak sangka tekaan aku tepat. Hehehe. sila tepuk tangan laju- laju sampai putus )


Jujur kata, aku tertarik untuk belajar bahasa Banjar. Ya lah, siapa lagi mahu meneruskan warisan bahasa ini kan? Sama juga dengan Silat Gayong. Siapa lagi kalau bukan kita orang Melayu untuk meneruskan warisan Melayu kita kan? Biar orang luar tahu siapa Melayu ini di zaman kemuncaknya. Kekalkan sejarah dalam warisan darah kita. ( cewwaahhh, semangat tiba- tiba )

Ada pernah bertanya pada aku :
" My fren cakap orang banjar ni panas baran. You panas baran ke? "

My answer :
" Tak tahu pulak. Tapi I tahu bila I perlu baran. ( maksud aku, bila kesabaran dicabar- cabar hingga off limit ) "

Abah aku orang Banjar. Pure. Tapi dia merupakan manusia yang paling penyabar yang pernah aku jumpa.
Jangan sekadar bersangka- sangka. Kenal dahulu baru cinta.

Oklah, itu saja pun yang aku tahu. Tak banyak vocab Banjar lagi dalam kamus bahasa aku. Sikit- sikit bolehlah. Ok, nak pergi makan.

Mangan turu mangan turu gedi.
( Tak mau!!!! )

Siapa Malaysian yang rasa keturunan Banjar juga.. boleh lawati web ni. sign up kalau mahu. ^^

**"ANAK BANJAR" ditakrifkan sebagai seseorang yang ibubapanya adalah dari keturunan Banjar atau seseorang yang ibunya sahaja Banjar atau ayahnya sahaja Banjar atau Datok/Neneknya Banjar**

17 comments:

hana said...

sye orng banjar..
mak jawa tp ayah banjar..
=D

DORAETYA. said...

Heh heh, eden pon orang banjar juga. Banjar Teluk Intan sama macam kawan hang tu. HAHA :D

Hai, first time komen sini ;p

fiena said...

hey2..salam kulaan bebeh!

Yusri said...

saya pun org banjar juga..dalam blog saya ada juga tulis kosa kata banjar ni..

fiena said...

great! salam kulaan yusri!

sawn said...

aku pun orang banjar jugak... hehehehehe Pt Buntar dengan banjar memang senonim... hahahahhaha

unieMARKS :) said...

hee , mangan turu ! i noeeeee
emm , makan tidoo kan ? kan ? heee ;D

Yusri said...

mangan turu tu bahasa jawa...jgn kompius jawa ngan banjar..haha

fiena said...

tahuu..saja selit sekalii
barulah harmoni..hikhikhik

Along Putera said...

As Salam..

Salam KULAAN dari ulon.. Ulon arai banar nireng coretan si CKB napa apa gin jangan supan mangaku banjar.. amun kita mangkaji sajarah banjar kita, tanto haja kita marasa bangga.. Salam Kulaan hagan Kulaan dari Ulon Ahli Pertubuhan Banjar Malaysia Buhan Bandar Baru Bangi.. -AP Anak Banjar Sungai Manik... KADA ULON BIARKAN BANJAR HILANG DIDUNIA.. Barelaan..

CKB said...

hehe..makasih kulaan ulon. :)

Azmirza El-Banjary™ said...

Salam perkenalan Kulaan , Ulun Urang Banjar (Banjarmasin)sila melawat ke blog ulun di http://azmirza.heck.in

Azmirza El-Banjary™ said...

Kada Ulun Biarkan Banjar Hilang di Bumi ! [url=www.azmirza.heck.in] Visit my Blog[/url]

Anonymous said...

Hai salam kenal, ulun urang banjar asli dari banjarmasin kalimantan selatan. Ulun himung mandangar banyak urang banjar di sana. :)
twitter ulun : @ahmadinidzar

Anonymous said...

Salam.. Sabarataan urang banjar,amun kelapangan diang ina hingkatkah tahaga di kl

orang sugihbanar said...

ulun asli banjar dan masih bagana di banjar :)

Anonymous said...

Salam.. Kulaan lah kita.. Badiam di parit buntar

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails