" L.I.F.E = Life Isn't F**king Easy"
Oh, tidak!
Bukan niat aku nak mencarut dalam blog personal luahan hati kesayang aku ni. Tapi, aku cuma rasa statement itu sangat menarik dan yeah.. ia memang betul.
Sesungguhnya hidup ini bukannya mudah. Adakalanya kita di atas, adakalanya kita di bawah. Pernah dengar tak quote yang popular zaman sekolah dalam buku majalah sidang redaksi dulu?
" Hidup seperti Roda"
Tuhan akan letakkan kita di bawah supaya kita dapat merasa betapa susahnya menjadi orang yang di bawah. Supaya kita dapat berusaha dan meminta, mencari Dia untuk memudahkan hidup kita. Kemudian, Dia letakkan kita di atas supaya kita berasa gembira dan bersyukur kepadaNya kerana telah memudahkan hidup kita. Namun, ada kalanya Dia campakkan kita ke bawah semula. Ianya supaya kita kembali ingat bahawa kita tak akan selamanya di atas dan supaya kita tak lupa untuk terus berusaha mencari Dia. And this process will go on and on. Cuma bezanya adalah nilai keimanan kita. Sejauh mana kita dapat bertahan dengan setiap ujian Allah ni. Bersabar> trafik iman naik.
********
Sepanjang minggu ni keadaan agak tough untuk aku. Tough camne? Hehe, takyah tanyelah bebeh. Gua malas nak cerita. Benda dah jadi. Tak puas hati camne pun gua tak leh pusing masa.
Tapi, camne pun.. aku bersyukur. Di saat genting yang macam- macam ujian timbul sekaligus menimpa aku, Allah hadiahkan aku beberapa teman yang setia dan selalu bersama aku. Tak ramai pun. Boleh kira dengan jari je. Tapi cukup. Alhamdulillah.
Gua tak hipokrit dalam dan luar blog. Lagi- lagi dalam blog lah kan. Setiap pembaca punya perspektif sendiri. So, sorry guys kalau aku ada ter'fire' korang sama ada sengaja atau tidak sengaja. ( Fer, pengakuan ikhlas ni. Cik/ Encik Ju-On pun tak wat camni tau!
Serius lah. Aku memang jujur je. Kalau ada salah paham..sorry sesangat. maybe aku akan lebih berhati- hatilah nanti.
Papepun, aku suka jadi blogger. Aku suka cakap segala pandangan aku. Bukan semuanya betul pun. Banyak gak yang salah tapi Alhamdulillah ada banyak blogger yang berhemah tegur aku dengan baik. Biasalah, aku hanya blogger biasa. Banyak emo dari faktanya ( ye kot ). Terima kasih kengkawan blogger!
********
Mengenang nasib je takkan ke mana. Find your strength and go for it. Selagi tak langgar syariah Islamiyyah, InsyaAllah, Allah will be with you. <3
Okay Afiq Azwar and Urwah?
Be strong guys. And and for my besties too. Nad n Asri. Korang da best la bebeh!
p/s : aku akan umumkan pemenang Contest Jejariku Kreatif Esok!! Agak2 nak bagi ape eh kat blogger2 ni? Hurm~~~ suggestion??
^^
2 comments:
bagi hadiah kat pemenang iaituu video gimik fiesta techno..hahahahah...mahal tuuuu....
lain blogger lain opinion.sdgkan PM pun ramai duk kutuk dalam blog kan.ape kesah, cool sudeyh.
dunia blogger mmg pnuh cbran. hahaha
Post a Comment