Pencanting tegar

1/5/11

Awek Khairul Fahmi bergambar dengan aku.

Salam alaik buat kamu semua. Maaf buat peserta Contest Jejariku Kreatif sebab tak update pemenang lagi. Actually, dah ada nama pemenang tu, tapi aku tak beli hadiah lagi. Jadi, harap bersabar ye? Aku tak bz sangat sepanjang minggu ni, tapi takde mood nak update.

Kejap lagi ada meeting. Haish, boring betul. Aku sangat tak suka pergi meeting bila orang- orang yang menghadiri meeting itu tidak tahu etika ber'meeting' walaupun meeting itu sekadar ala kadar dan penuh senda gurau tak bermanfaat. Adalah sangat menjengkelkan apabila ada orang yang cuba nak tunjuk 'terer' dengan melakukan semua kerja atas alasan tak mahu menyusahkan orang namun hakikatnya dia telah mengambil tanggunjawab orang lain lalu berasa payah dan dengan lantang menyuarakan ketidakpuashatian beliau bersama ayat " Apakah neraka??" >> What the hell??
=.="


Ketika negara dilanda isu hangat meletop kebaboom tentang kemenangan Harimau Muda ke atas Garuda dengan agregat 4-2, pemain seperti Norshahrul, Muslim, Safee Ali dan keeper hebat kita yakni Khairul Fahmi  kerap menjadi bualan di dunia blogger.
Paling hot adalah isu tentang awek Khairul Fahmi yang cantik telah mengecewakan ribuan gadis di Malaysia.

Atas nasihat cik Idati Hutan, aku pun melayari ke dunia blog cik Elia kita tu. Fullamakkersss!!!
Gua macam pernah nampak ini olang!




Tengok2!!! Aku ada gambar dengan cik Elia lah!!!
haaaa...korang ade ke? Ade ke?? ( sambil dongakkan dagu dan memandang korang dengan pandangan mencerun penuh bangga )



OK ok..aku tipu. Cik Elia yang sebenar tak pernah kenal aku pun. ( Muka gila sedih )
Klon cik Elia tu adalah kawan kitorang. cik Diya yang lebih dikenali sebagai cik Speaker. Bukan kerana muka dia seperti speaker ( Oh bukan! Oh Tidak! ), tapi kerana suara dia seperti pakai speaker kuatnya. Barangkali dia pernah tertelan speaker ketika kecil. =.=

Cik Diya sangat pandai dan rajin dan selalu rasa diri dia gemuk walhal dia kurus seperti pokok pinang. Huhu.

Sekian saja laporan aku.

p/s: Cik Elia jangan marah ekk...tapi muka korang memang serupa woooo

7 comments:

Fahmishah said...

TAK BOLEH BLAH!

idAti mALek said...

eh eh eh wah wah.....

awek ridwan sarudin pun ade bgambar skali ngan awek khairul fahmi...~!!!!

fadzlina said...

HARHARHAR

pami jelez~~

d_tieah said...

Wah..
Gitulah kan..
Pelanduk 2 serupa..
Igtkan mmg kwn lama td..

Bijen M. said...

Apakah neraka?
Ha ha ha.

fadzlina said...

tiah: tu la..ktorg gle shocked! haha

bijen: bukan aku cakap tu..ade org dlm meeting yg cakap..hu~~

Humaira Yahya said...

hehehe. pentipu lah fadz ni hihi

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails