Sudah masuk hari ke 28 kita berpuasa dalam bulan Ramadhan.
Pejam celik pejam celik raya hanya tinggal 2 hari saja lagi.
Cepat sungguh. Terasa semakin kehilangan nikmat Ramadhan.
Apa- apa pun, bagi yang berpuasa penuh... TAHNIAH! dan rasanya golongan Adam yang sehat walafiat punya tiada kesulitan untuk berpuasa penuh kan?
Melainkan abang2 di Jalan TAR yang tegar menghisap asap dan menghembus asap rokok melalui nasal cavitynya tanpa rasa segan silu.
Uzur barangkali. Mungkin beliau khunsa, siapa tahu kan? :P
Gambar skema ini anda bolehlah meminta bantuan pakcik google yang baik hati bagi mengcopy-paste kannya di mana2 anda suka. Di facial region ditegah sama sekali.
Di kesempatan ini jugalah aku ingin menyusun sepuluh phalanges aku yang terdiri daripada 2 thumbs dan 8 digits. Aku memohon kemaafan dari occipital lobe of brain hinggalah ke hallox andainya aku, yakni Nur Fadzlina telah melukakan hati sesiapa di anatra anda secara live action atau secara pena sama ada dengan keadaan conscious atau subconscious.
Sesungguhnya aku hanyalah seorang homosapiens yang biasa di mana heart aku masih mempunyai 4 chambers. =D
Gamba ini diedit menggunakan editor murah cap ayam sebab itu tak cantik plus dengan seni kreatif aku yang cukup rapuh.
Disebabkan di Facebook banyak sangat org tag aku dekat muka2 dorg yang di buat macam kad rayer, aku pun rase nak buat jugak. Tapi aku malas nak letak di Facebook dan tag 50 orang untuk bermastautin di muka aku makanya aku lebih senang menguploadkan di blog sahaja.
Akhir kata, amalan Ramadhan bukan rigid pada Ramadhan saja. Bawalah sikit2 untuk dipraktikkan di Syawal dan seterusnya. Puasa sunat enam di bulan Syawal jangan lupa ya. =D
Selamat Menyambut Aidilfitri. Lemangketupatrendanglontong takkan dapat dipisahkan. =)
No comments:
Post a Comment